Antara pengalaman yang paling
meresahkan dalam hidup seorang wanita selain dari bersalin adalah
apabila tiba masanya perubahan berlaku kepada sistem peranakan iaitu
fasa menopause atau putus haid.
Penting untuk kita mengetahui simptom-simptom menopause ini terlebih dahulu supaya dapat mempersiap diri untuk menghadapinya.
Untuk entry ini saya ingin kongsikan cara semulajadi untuk
menghadapi masalah pra-menopaus dan menopaus tanpa sebarang kesan
sampingan kerana ada doktor yang lebih berminat membekalkan wanita
istimewa ini dengan pil perancang yang diketahui tidak sesuai untuk
semua orang kerana kesan sampingannya, apatah lagi orang-orang tua yang
mempunyai masalah kesihatan.
Masalah ini mudah diatasi dengan perubahan gaya hidup, termasuk
perubahan pola pemakanan kepada vegetarian, senaman aerobik dan amalkan
teknik-teknik yang boleh memberi ketenangan.
Atasi Simptom Menopause Dengan Makanan Tambahan
Antara makanan tambahan yang disarankan kepada wanita ini yang dirujuk di laman web Dr Weil dan buku Return To Joy of Health yang ditulis
oleh Dr Zoltan P. Rona ialah:
1. Makanan berasakan soya
1. Makanan berasakan soya
Isoflavones yang terkandung dalam makanan soya dipercayai dapat
mengembalikan keseimbangan hormon dan mempunyai tindakan estrogen, iaitu
hormon yang terkurang dalam wanita akibat menopaus.
Walaupun masih
dalam kajian kesannya terhadap kesihatan wanita, namun ramai wanita yang
mengadu simptomnya berkurangan dengan pengambilan soya.
Saya nasihatkan
anda dapatkan soya dalam makanan berbanding suplemen, namun soya sumber
semulajadi dan non-GMO yang ditawarkan oleh Shaklee sudah tentu pilihan
terbaik.
2. Herba-herba yang mengandungi aktiviti estogen
Ini termasuklah biji flax (flaxseed yang mengandungi lignins, yang dipercayai dapat mengawal hormon estrogen.
Dong quai yang digunakan dengan meluas di China dan Barat. Namun, ia
tiada aktiviti estrogen tapi mampu mempengaruhi keseimbangan hormon.
Wanita yang mengalami pendarahan berlebihan dinasihatkan untuk tidak
mengambil herba ini.
Black cohosh juga dipercayai tiada aktiviti estrogen, namun boleh mengurangkan simptom pra-menopaus.
Rasberi
Siberia Ginseng
3. Vitamin E
Juga dikatakan mempunyai sedikit kesan estogen. Selain itu, vitamin E boleh mengembalikan kelembapan kulit dan vagina.
4. Gamma-Linolenic asid (GLA)
Asid lemak perlu yang mempengaruhi penghasilan prostaglandin yang turut mengawal simptom pra-menopaus.
5. Bioflovonoids yang terdapat dalam vitamin C
Bahan ini menghalang pengurangan estrogen dengan begitu cepat, jadi
secara tak langsung dapat membantu mengawal simptom pra-menopaus.
6. Boron
Walaupun merupakan mineral yang kecil, namun suplemen bron dipercayai
dapat meningkatkan paras estrogen sama dengan wanita menopaus yang
dirawat dengan estrogen yang tidak mengambil suplemen boron dalam diet
hariannya.
Suplemen cadangan Shaklee untuk wanita menopaus
Tonik antipenuaan : VIVIX
Sudah tentu ini adalah suplemen yang paling gempak untuk
wanita-wanita menopaus. Dengan memberi impak kepada 4 mekanisme utama
penuaan selular, VIVIX bukan sahaja mengembalikan keremajaan kulit, tapi
organ dalaman tidak terkecuali. Rasailah sendiri perbezaannya dengan
VIVIX.
Suplemen membantu simptom pra-menopause
Energizing Soy Protein (ESP)
Protein soya terbaik dalam bentuk suplemen. Dihasilkan daripada soya yang bermutu dan bebas GMO.
GLA Complex
Dihasilkan daripada minyak borage yang mempunyai kandungan GLA 3 kali ganda berbanding Evening Primrose Oil.
Vitamin E
Digabungkan bersama selenium yang membantu penyerapan vitamin E
dengan berkesan. Sebiji kapsul mengandungi 400IU. Pengambilan 1-3 biji
vitamin E Shaklee sehari dapat mengurangkan simptom pra-menopasu dengan
berkesan.
Vitamin C
Dibangunkan dengan teknologi sustained-released untuk memastikan
kandungan vitamin sentiasa berada dalam badan dan bersedia digunakan
bila-bila masa sahaja.
Vita-Lea
Multivitamin terbaik dan terlengkap untuk keperluan zat makanan
wanita menopaus dan turut mengandungi boron dalam membantu mengurangkan
simptom menopause.
Menopaus adalah sesuatu yang akan terjadi dalam kitaran hidup seorang wanita memang dan tak boleh elak. Akan tetapi kita boleh tanganinya dengan bijak dan tenang jika berilmu dan bersedia dari sekarang.
0 comments:
Post a Comment