Tuesday, November 15, 2016

Pencuci Wanita Penyebab Kanser Servik, Penyakit Kelamin Dan Sukar Hamil


Apa itu Pencuci Wanita

Feminine wash adalah bahan pencuci yang biasa digunakan oleh golongan wanita untuk memastikan kebersihan bahagian intim mereka. Ada juga sesetengah wanita yang menggunakan douching (mencuci saluran vagina) dengan kerap atau mungkin hampir setiap hari.

Fakta sains mendapati bahawa terdapat nilai pH yang berbeza bagi setiap bahagian tubuh manusia.Kulit dibahagian kepala, muka, kaki dan tangan mempunyai nilai pH yang berbeza antara satu sama lain. Maka kita akan mendapati produk yang berlainan bagi setiap bahagian tubuh.

Namun apa yang menyedihkan ialah masih terdapat sesetengah wanita yang terlupa tentang satu lagi pembersih yang juga berlainan pH dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi.Sesetengah mereka hanya menggunakan sabun,gel mandian atau mencuci dengan air bersih malahan ada yang tidak mencuci langsung kawasan intim.


Jadi apakah pH yang sesuai apabila kita bercadang untuk membeli pembersih peribadi???

Kesan Penggunaan Pencuci Wanita


Selain dari pemilihan pencuci wanita yang sesuai cara penggunaan yang betul juga adalah penting. Ini kerana penggunaan pembersih ini sekadar kegunaan untuk kawasan luaran sahaja.

  • Elakkan mencuci sehingga ke dalam saluran dalam. Kesannya ia boleh menyebabkan bakteria baik yang ada dalam miss V tu mati. Jadi hal ini akan menyebabkan radangan dan iritasi kulit, sama ada rasa gatal-gatal, pedih dan masalah keputihan yang melampau.
  • Pada pasangan yang berkahwin yang inginkan anak, anda tak digalakkan menggunakan pembersih selepas mengadakan hubungan intim. Ianya akan menyukarkan anda untuk mengandung ini disebabkan pembersih tu akan membunuh sperm tu semua. 
  • Terdapat pencuci yang mengandungi antiseptik yang kuat, yang boleh menyebabkan jangkitan kulat dan bakteria kebal jika digunakan dengan kerap atau terlalu lama. Jika ini terjadi, kulat dan bakteria tersebut tidak akan bertindakbalas dengan rawatan perubatan, menjadikan ia sangat sukar untuk dielakkan dari merebak ke seluruh bahagian vagina. 
  • Penggunaan pencuci wanita juga boleh menyebabkan kedua-dua bakteria baik dan bakteria jahat terhapus. Ini akan menjadi disadvantage kerana tubuh kita memerlukan bakteria. Fakta sains mendapati hanya asid laktik yang dikeluarkan oleh bakteria baik didalam faraj menjadi benteng daripada serangan virus .Pengeluaran asid laktik berupaya mengawal naik turun persekitaran faraj bagi mengekalkan pH 3.8-4.2. Bakteria baik (normal vaginal flora) adalah perlu untuk kita mengekalkan tahap keasidan vagina yang memberi keupayaan untuk menentang sebarang jangkitan pada bahagian tersebut.
  • Terdapat beberapa kajian yang dilakukan dinegara barat telah mengesahkan bahawa pH faraj yang meningkat atas sebab pengunaan produk dengan pH yang tidak sesuai akan membuka pintu kepada jangkitan virus bahaya seperti HIV,HPV dan jangkitan kelamin.  
  • Terdapat juga bukti saintifik penggunaan pencuci wanita hanya akan menjurus kepada ketidakseimbangan dan jangkitan merbahaya seperti barah serviks,aids,herpes dan jangkitan kelamin seperti trikomonas,chlamydia dan gonorrhoea.

Tips Pemilihan Pembersih Wanita Yang Baik

  • Pastikan pembersih peribadi yang dibeli mengandungi asid laktik dan pH 3.8-4.2
  • Elakkan juga daripada menggunakan pencuci wanita yang ada bahan pewangi kerana pewangi tambahan ini biasanya diperbuat daripada phthalates (kumpulan bahan kimia yang biasanya digunakan dalam pembuatan PVC dan plastik) yang boleh menjadi punca kepada kanser dan gangguan hormon.
  • Jika anda mencari cara untuk mengekalkan kebersihan dan menghalang jangkitan, dan tidak mempunyai sebarang simptom, pilihan terbaik adalah sabun yang lembut dan air.
  • Pilih sabun tanpa pewangi (macam agak mustahil kan?) dan hypoallergenic. Ia mudah, tidak mahal dan selamat untuk digunakan setiap hari,
Kepada semua wanita yang dikasihi, setelah memahami fakta-fakta yang dijelaskan, maka mulakanlah perubahan dari hanya fokus kepada penjagaan muka,tangan dan kaki, harus pula diberi tumpuan khas kepada bahagian intim yang amat penting ini dikekalkan persekitaran yang sesuai dan seimbang.

Ketahui Kebaikan Alfalfa untuk keintiman Wanita
Jika berminat Untuk mendapatkan Produk Shaklee Anda bolehlah hubungi saya: 
SMS/whatapps: 013-4505852  (soffiah)
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive