RAMAI berpendapat, pembedahan satu-satunya jalan keluar bagi mengatasi masalah pendarahan otak atau darah beku yang berlaku dalam otak. Tetapi, bukan semua masalah ini boleh diselesaikan dengan jalan pembedahan.
Sebetulnya, dalam menangani masalah ini ia bergantung kepada saiz, lokasi, jenis dan tahap kesedaran pesakit.
Jika pendarahan yang dialami hanya mengakibatkan gangguan pada sesetengah fungsi otak seperti lemah separuh anggota badan dan pesakit dalam keadaan sedar, maka doktor akan memantau perkembangan pesakit dari semasa ke semasa.
Pembedahan hanya dilakukan apabila keadaan pesakit dianggap serius seperti koma.
``Bukan semua kes pendarahan otak akan dibedah, lebih-lebih lagi bagi kes-kes yang menyebabkan kesan setempat seperti pesakit tidak boleh menggerakkan tangan atau kaki.
``Ini kerana, pendarahan atau darah beku pada otak ini biasanya akan larut dan meresap dalam otak dengan sendirinya dalam tempoh dua atau tiga minggu,'' kata Ketua Jabatan Neurosurgeri dan Pakar Perunding Bedah Otak dan Saraf, Jabatan Neurosurgeri, Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Mohd. Saffari Hj. Mohd. Haspani.
Pendarahan otak adalah satu keadaan terdapatnya darah atau darah beku pada mana-mana bahagian luar saluran darah dalam otak.
Keadaan ini berlaku sama ada berpunca daripada kecederaan akibat kemalangan atau secara spontan (semula jadi).
Menurut beliau, biasanya doktor sendiri dapat meramalkan peluang pesakit untuk hidup cerah atau sebaliknya apabila mereka dimasukkan ke wad.
Sehubungan itu, pembedahan akan dilakukan apabila pesakit berada dalam keadaan koma dan setelah ujian CT Scan dilakukan.
``Pembedahan juga dilakukan sekiranya saiz darah beku atau pendarahan lebih daripada tiga sentimeter.
``Selain itu, kriteria lain yang diambil kira jika ada kesan pembengkakan yang serius pada bahagian tisu otak di sekeliling darah beku tersebut,'' jelas beliau.
Otak diselaputi kulit, selaput otak dan dilindungi tengkorak. Ia mengandungi sejenis cecair otak yang dipanggil cerebrospinal fluid, darah dan tisu otak. Tisu ini terlalu lembut dan sensitif.
Mohd. Saffari menjelaskan, pesakit yang masih dalam keadaan sedar ketika dibawa berjumpa doktor, akan dipantau selama 48 jam.
Sekiranya tahap kesedarannya menurun dalam tempoh tersebut, ujian imbasan ke atas otak pesakit akan dilakukan bagi mengenal pasti masalah pesakit.
Beliau memberitahu, sebahagian besar kes pesakit pendarahan otak berpunca daripada tekanan darah tinggi atau hipertensi.
``Biasanya, ia berlaku di luar saluran darah otak misalnya pendarahan boleh terjadi dalam tisu otak yang dikenali Intra Cerebral Hematoma,'' jelas beliau.
Pendarahan jenis ini, berlaku di sebabkan oleh darah tinggi. Jelasnya, pendarahan juga boleh berlaku pada bahagian bawah selaput subaraknoid. Pendarahan jenis ini selalunya disebabkan aneurisme.
Aneurisme adalah pembengkakan yang terjadi pada saluran darah otak utama yang berbentuk seperti belon.
Ia disebabkan kelemahan dalam dinding pembuluh darah akibat penyakit atau kecacatan sejak individu itu dilahirkan.
Aliran darah dengan kelajuan tinggi menyebabkan terbentuknya belon pada dinding pembuluh darah tersebut.
Belon tersebut membesar dan boleh pecah yang menyebabkan pendarahan otak. Menurut Mohd. Saffari, berdasarkan kajian di Amerika Syarikat (AS), dianggarkan antara sembilan hingga 15 dalam 100,000 orang menghadapi masalah pendarahan otak setiap tahun.
Pada tahun 2002, Hospital Kuala Lumpur (HKL), sebanyak 86 kes pembedahan otak untuk mengeluarkan darah beku telah dilakukan manakala pada tahun 2003 pula sebanyak 120 kes.
Di Malaysia, peratusan tertinggi dicatatkan ke atas pesakit yang menjalani pembedahan otak terdiri daripada kalangan orang Melayu sejumlah 46 peratus, Cina, 30 peratus dan sembilan peratus India.
Secara etiologinya, 64 peratus pendarahan berpunca daripada darah tinggi, aneurisme 13 peratus dan 10 peratus kecacatan arteriovena (AVM).
Kadar kematian dalam tempoh 30 hari selepas pembedahan dianggarkan sebanyak 48 peratus.
Selain darah tinggi dan aneurisme, lain-lain punca yang mengakibatkan pendarahan otak ialah:

- Kecacatan arteriovena (AVM)
- Ketumbuhan otak
- Kelainan kecairan darah
Ini kerana, apabila pendarahan berlaku, darah yang membeku di sekeliling tisu otak atau di bahagian bawah selaput otak boleh menyebabkan tekanan dalam otak meningkat.
``Apabila tekanan meningkat, ia akan memberi kesan pada lokasi berlakunya pendarahan. Biasanya, pendarahan otak akibat tekanan darah tinggi berlaku di bahagian basal ganglia,'' katanya.
``Pendarahan yang berlaku pada bahagian inilah yang boleh menyebabkan pesakit lumpuh pada sebelah tubuh, keadaan muka senget sebelah dan mengalami masalah pertuturan,'' jelasnya.
Lebih membahayakan, jika pendarahan yang berlaku pada saluran darah kecil. Ini kerana tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan saluran darah tersebut pecah.
Sehubungan itu, Mohd. Saffari menegaskan supaya jangan mengambil mudah jika secara tiba-tiba anda mengalami sakit kepala yang teramat sangat.
Gejala ini merupakan salah satu daripada punca pendarahan otak dan ia sangat berbeza dengan sakit kepala seperti migrain.
Selain sakit kepala, pesakit akan muntah-muntah, pengsan atau tidak boleh menggerakkan anggota tubuh.
Dalam keadaan begini, kata Mohd. Saffari, pesakit memerlukan rawatan kecemasan. Keadaan ini boleh menyebabkan tahap kesedaran pesakit semakin menurun dan akhirnya mengakibatkan kematian.
Bagaimanapun, ada sesetengah kes seperti transient ischemic attack yang berlaku secara tiba-tiba, boleh juga menyebabkan keadaan pesakit semakin pulih.
``Sebaliknya, bagi keadaan pesakit yang tidak pulih lebih baik menjalani pemeriksaan rapi di hospital bagi memastikan tahap angin ahmar yang dialami,'' kata Mohd. Saffari.
Ini kerana, kemungkinan peluang untuk pesakit dipulihkan adalah cerah. Tetapi, jika dibiarkan, lama-kelamaan tisu otak akan rosak sekali gus akan menghilangkan fungsinya. Tekanan pada otak, boleh merosakkan `fungsinya' yang akhirnya mengakibatkan tahap kesihatan pesakit menurun.
Menurut Mohd. Saffari, pendarahan otak boleh dirawat jika pesakit segera dibawa berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
``Kes-kes seperti pesakit yang koma secara tiba-tiba mesti dibawa berjumpa doktor dengan segera. Kita akan mengesyaki kemungkinan pesakit mengalami pendarahan otak, tetapi kita tidak tahu setakat mana tahap keseriusan keadaannya.
``Kemungkinan, pendarahan yang dialami oleh pesakit berada pada tahap sedikit, sederhana atau serius,'' kata beliau.
Rawatan
Bergantung kepada keadaan pesakit. Jika pesakit yang mengalami pendarahan otak ini disebabkan hipertensi dan dalam keadaan koma, darah beku perlu dikeluarkan segera.Selain pembedahan, rawatan fisioterapi dan terapi pertuturan amat penting untuk pemulihan bagi pesakit-pesakit yang mengalami pendarahan otak. Mengawal tekanan darah dengan mengambil ubat penting untuk mengelakkan berulangnya pendarahan otak. Sekiranya pendarahan berpunca daripada:
- Aneurisme - pilihan rawatan yang biasa ialah dengan membuat pembedahan dan memasang clip pada leher aneurisme tersebut untuk menutup laluan darah dari- pada pembuluh darah utama.
- Rawatan lain yang semakin banyak digunakan sekarang adalah coiling pada aneurisme terbabit.
- Kecacatan arteriovena (AVM) - ujian dilakukan de- ngan angiogram untuk memastikan keadaan ini.
Antara rawatan pilihan termasuklah:
- Pembedahan
- Pancaran radiasi bertenaga tinggi (Radiosurgery) untuk mengecutkan AVM
- Rawatan Endovascular atau Embolization - menyekat aliran darah ke saluran darah AVM dengan sejenis ubat.
Komplikasi pembedahan
Seperti pembedahan lain, pembedahan otak untuk mengeluarkan darah beku juga boleh mengakibatkan pendarahan semula dan jangkitan kuman.Pesakit juga boleh mendapat komplikasi serangan sawan tetapi boleh dikawal dan peratusnya juga rendah.
Tak Jadi Operate Kepala Selepas 14 Hari Minum Vivix
Ikuti cerita Encik Sharif.
"Berdoa sambil berusaha. Semua penyakit ada ubatnya. Aku try satu produk ni. Memang berkesan.
Vivix Shaklee. Tadi doktor pakar kata bini aku dah tak payah operate kepala sebab darah beku dia tak merebak dan stabil. Darah pun tak beku sangat.
Ni bukan pasal nak jual produk atau apalah tapi lepas guna benda ni memang tekanan darah bini aku stabil dan banyak perubahan.
Sambil berdoa dan mengurut ni agak antara faktor dia tambah sihat.
Tq pada awan yang rekemen haritu.
Walaupun dia tak pulih sepenuhnya tapi berita ni pun antara berita yang menggembirakan sebagai seorang suami.
Suami mana yang tak sayang bini. Duit boleh cari bang. Nanti kalau ada perubahan lagi aku update dalam ni.
Ni testimonial pada isteri aku sendiri.
Apapun jangan anggap produk ni menyembuhkan, semuanya atas kuasa Allah.
Terima kasihpada semua kawan yang melawat dan mendoakan isteri aku. Jasamu hanya Allahyang dapat balas.
Kepada yang ada darah tinggi atau kolestrol tinggi boleh cuba.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement

0 comments:
Post a Comment