Monday, December 1, 2014

Punca Dan Cara mengatasi Kitaran Haid Tidak Menentu.

Share:

Haid Tidak Teratur Selepas Bersalin

Haid ialah darah alami yang keluar dari perempuan yang sihat. la adalah tanda seseorang wanita itu sihat dan normal dan menunjukkan bahawa seseorang wanita itu subur dan sudah bersedia untuk hamil. Namun, wanita yang mengalami kitaran haid tidak normal selepas bersalin, ia menjadi igauan kerana jika tidak berhati-hati, mungkin berlaku ‘ter accident’ hamil semasa bayi masih kecil.  
 
Ini kerana apabila kitaran haid normal iaitu tetap dan teratur, mudah untuk anda merancang keluarga secara semula jadi. Dengan ini, anda boleh menjangka waktu subur dan berhati-hati semasa melakukan hubungan intim bersama suami.
 

Bagaimanapun ada segelintir wanita mengalami kitaran haid tidak sempurna seperti sebelum hamil iaitu mengalami haid dalam tempoh masa yang panjang, singkat malah tiada langsung mendapat haid. Selain itu, ada juga mendapat haid keadaan yaang sedikit atau banyak. Namun gangguan haid tidak normal selepas bersalin adalah perkara biasa dan tidak bahaya jika tidak berpanjangan. Situasi ini biasanya kembali normal selepas bayi berhenti menyusu susu ibu atau mulai makan makanan pejal antara enam sehingga 12 bulan. 
 
Bagi wanita selepas bersalin yang tidak melakukan penyusuan susu ibu, haid akan datang antara tiga dan 10 minggu selepas bersalin (secara purata 45 hari). Jika anda menyusukan secara eksklusif, anda mempunyai tempoh masa yang panjang tanpa ketiadaan haid. Haid tidak normal berlaku selepas bersalin antaranya puncanya adalah: 
  • penyusuan susu ibu
  • berlebihan hormon prolaktin 
  • pengambilan pil perancang.  
Penyusuan susu ibu
Normal jika anda tidak mendapat haid semasa anda melakukan penyusuan susu ibu. Keadaan ini berlaku kerana badan ibu menghasilkan hormon prolaktin yang mengakibatkan tidak terjadinya haid. Gangguan kitaran haid berlaku kerana hormon prolaktin yang tinggi semasa penyusuan. Dalam tempoh ini, ada juga ibu mendapat haid dalam tempoh masa yang singkat, panjang dan haid yang banyak. Namun ia boleh dianggap normal jika berlaku dalam satu tempoh kitaran haid yang tidak lama, Tetapi tidak normal jika ia berlarutan dan proses penyusuan sudah berhenti dan masih tidak mendapat haid sekurang-kurangnya dua atau tiga kali kitaran. Segera berjumpa pegawai perubatan untuk mendapat pemeriksaan lanjut. Malah dalam tempoh ini juga ada wanita yang melakukan penyusuan susu ibu tetap hamil! Jadi berhati-hatilah!

Berlebihan hormon prolaktin
Lazimnya, selepas melahirkan si manja, anda akan mengalami tempoh masa keluarnya darah nifas antara masa 40 sehingga 60 hari. Berakhirnya tempoh nifas bermakna organ pembiakan seseorang wanita itu telah pulih. Sebaik darah nifas berhenti, biasanya putaran haid anda kembali normal di mana haid datang kira-kira sebulan setelah darah nifas berhenti.
Apabila wanita itu melahirkan bayi, badan akan menghasilkan hormon yang dikenali sebagai prolaktin. Hormon ini akan merangsang pengeluaran susu ibu dan pada masa yang sama menyekat pengeluaran jumlah hormon astrogen dalam badan yang memainkan peranan untuk kitaran haid anda.
Penyusuan badan dikatakan mampu mengelakkan kehamilan dalam masa empat hingga enam bulan selepas kelahiran (jika penyusuan secara eksklusif) Selepas tempoh ini, anda mungkin terdedah kepada kehamilan.

Ada segelintir ibu mengalami, haid tertunda, putaran haid lebih lama atau kurang serta tidak mengalami haid selepas melahirkan si manja sepanjang tahun. Malah ibu ini juga tidak menyusui bayi secara eksklusif. Kajian ada menunjukkan 10 sehingga 30% wanita mengalami peningkatan kadar prolaktin yang terus-menerus meskipun darah nifas sudah berhenti. Gangguan hormon ini mengakibatkan ibu tidak mengalami haid.

Situasi ini dikenali sebagai hiperprolaktinemia. Selain mengakibatkan tertundanya masa haid, situasi ini juga menyebabkan amenorrhea iaitu suatu keadaan apabila ibu tidak mengalami haid sepanjang tahun. Bahkan ada juga wanita yang mengalami masalah ini turut mengalami oligomenorrhea (putaran haid lebih lama daripada 35 hari), atau polymenorrhea (putaran haid kurang daripada 21 hari).

Pengambilan pil perancang
Ibu yang mengambil ubat pencegah hamil seperti pil, suntikan atau implan mengalakkan peningkatan hormon prolaktin. Bagaimanapun perlu diingat, gangguan haid boleh terjejas akibat pengambilan pil yang tidak mengikut peraturan betul. Perlu berjumpa berjumpa doktor untuk memastikan pengambilan pil yang betul. Namun, jika sepanjang tahun anda dapati haid masih belum ada, anda dinasihatkan segera berjumpa doktor untuk membuat pemeriksaan lanjut. Lazimnya pegawai perubatan akan melakukan serangkai pemeriksaan seperti pemeriksaan darah, ujian pap smear, biopsy rahim, pemeriksaan USG, histeroskopi dan Iain-Iain. Setelah memperoleh diagnosis ke atas gangguan. kitaran haid anda akan diberi suplemen zat besi dan ubat-ubatan untuk menstabilkan hormon anda supaya kitaran haid anda kembali normal.

Apabila haid kembali, bermakna kesuburan sudah kembali pulih. Ketika ini berhati-hati dan elakkan hamil dalam tempoh masa yang terdekat. 

Vitamin Shaklee Membantu Haid Teratur! 
Shaklee ada vitamin yang dapat membantu masalah ibu ibu yang mengalami masalah haid yang tidak teratur selepas bersalin. Segelintir ibu-ibu tidak datang haid sehingga dua atau tiga tahun! dan ianya tidak normal kerana sepatutnya haid datang setiap bulan bagi memastikan rahim anda mengeluarkan darah yang kotor!
Ibu-ibu boleh mencuba GLA Complex yang famous di kalangan wanita di Malaysia sekarang. Sebabnya GLA Shaklee lebih baik daripada EPO! Anda mungkin biasa mengenali produk yang mengandungi EPO (Evening Primrose Oil) yang banyak dijual di Farmasi atau di kedai-kedai ubat.EPO yang mengandungi GLA dapat membantu dalam pembinaan fungsi dalam tubuh.Shaklee juga mempunyai produk yang serupa seperti EPO,iaitu GLA Shaklee yang hasilkan dari minyak borage yang mengandungi Asid Gamma Linolenik,Asid Linolenik selain diperkayakan dengan vitamin E dan juga minyak bunga matahari. Selain aturkan haid, kulit pun cantik tau.. flawless jeee.. kulit lembab.. sebab ada Vitamin E tue! 

Selain itu GLA Shaklee popular di kalangan mereka yang ingin mengandung dan mereka yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu.Alhamdulillah ramai yang mendapat kesan yang positif selepas mengambil GLA Shaklee bersama-sama Zinc yang diambil oleh suami mereka.
Jom kita lihat testimoni, Alhamdulillah. Sejak amalkan GLA Shaklee lebih mudah nak merancang.  

Testimoni 1

Testimoni 2
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau    
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


 * Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.  Tidak digalakkan bagi perempuan mengandung.
Share:

Thursday, November 20, 2014

Kelebihan Berpantang Tradisional VS Moden

VS   

Tempoh berpantang selama 40 hari amat perlu diamalkan oleh ibu-ibu yang baru sahaja lepas bersalin kerana hormon ibu bersalin sudah bercelaru dan perlu dipulihkan selama tempoh berpantang. Jika ditanya kepada saya cara berpantang mana yang perlu diamalkan samada tradisional atau moden jawapan saya adalah kedua-duanya adalah baik. 
Dibawah ini adalah amalan-amalan yang perlu ibu lalui sepanjang tempoh berpantang untuk memulihkan kesihatan tubuh badan.

1.Urutan
Mengurut sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala. Mengurut boleh menghilangkan sengal-sengal badan.
 
2.Bertungku
Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. InsyaAllah, lepas bertungku darah nifas akan mudah dan banyak keluar. Sebaiknya-baiknya bertungkulah tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang.
 
3.Bertangas
Kaedah bertangas mampu membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang. Cara bertangas adalah air rebusan rempah ratus yang masih panas diletakkan di bawah kerusi dan ibu duduk di atas kerusi sambil membuka kaki supaya wasapnya dapat diserap dari bahagian bawah. Pastikan wasap tersebut terkepung dengan cara melabuhkan kain yang dipakai ibu hingga ke lantai.

4.Berbengkung
Berbengkung sangat membantu untuk mendapatkan bentuk tubuh kembali ramping. Berbengkunglah setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketika waktu makan. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit, juga boleh mengembalikan kedudukan peranakan.

5.Mandi rempah ratus
Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin, memberi kesegaran dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada hari ketiga dan seterusnya, sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah pandan dan serai wangi. Air rebusan sireh yang sudah suam pula boleh digunakan untuk bersuci selepas membuang air kecil.
 
6.Memakai param dan pilis
Param dipakai ke seluruh badan dan pilis disapu di dahi. Kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pilis pula untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah.
 
7.Minum jamu
Jamu dapat memanaskan badan, membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh. Namun, makan jamu haruslah berpada kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepanasan kepada bayi yang menyusu badan.
 

Disamping semua ini, anda juga boleh mengamalkan vitamin sebagai pelengkap atau altenatif yang sangat mudah yang turut menyumbang kepada kesihatan ibu dari dalaman iaitu set berpantang Shaklee.
 
Set berpantang Shaklee terdiri dari: 
Vitamin C- untuk kuatkan antibodi badan ibu, membina kolegen yang penting untuk menyambung struktir otot dan tisu. Turut mempunyai kuasa penyembuhan.
 
Vitalea - dengan formula zat besi berfungsi untuk menghasilkan darah yang sihat. Mengandungi multi vitamin dan mineral semulajadi untuk menampung kekurangan zat zat makanan penting sepanjang berpantang.
 
B Complex- Memberi kesegaran kepada ibu, mengatasi kelesuan, membantu menukarkan karbohidat, protein dan lemak kepada tenaga. Jadi, turut membantu ibu menurunkan berat badan selepas bersalin.
 
Zink- Sangat baik untuk baik pulih luka dalaman, membantu pemulihan sel badan dan bagus untuk masalah keguguran rambut.
 
Jika anda nak lebih lagi, boleh tambah Alfalfa dan ESP.

Alfalfa
: merupakan penggalak pengeluaran susu dan membekalkan 15mineral, 10 vitamin gentian(fiber) dan tinggi protein. Membantu pelawasan dan membuang angin dari badan.
 
ESP: merupakan penggalak juga dan memekatkan susu badan supaya anak lebih kenyang dan tidur lebih lama. Ia juga memberikan ibu tenaga yang berpanjangan dan tidak penat sepanjang menyusukan anak di waktu malam. Malah, ESP juga memberikan ibu kenyang lebih lama dan membantu ibu mengurangkan berat badan dengan segera.

Kesimpulannya penjagaan Dalaman dan Luaran semasa berpantang amat penting untuk kesihatan ibu bersalin. Jadi amalkan kedua-duanya.
Jika anda ingin mendapatkan Set Berpantang Penyusuan shaklee, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
Amalan Berpantang Tradisional dan Moden Tempoh berpantang selama 40 hari amat perlu diamalkan oleh ibu-ibu yang baru sahaja lepas bersalin kerana hormon ibu bersalin sudah bercelaru dan perlu dipulihkan selama tempoh berpantang. Dibawah ini adalah amalan-amalan yang perlu ibu lalui sepanjang tempoh berpantang untuk memulihkan kesihatan tubuh badan. Urutan Mengurut sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala. Mengurut boleh menghilangkan sengal-sengal badan. Bertungku Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. InsyaAllah, lepas bertungku darah nifas akan mudah dan banyak keluar. Sebaiknya-baiknya bertungkulah tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang. Bertangas Kaedah bertangas mampu membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang. Cara bertangas adalah air rebusan rempah ratus yang masih panas diletakkan di bawah kerusi dan ibu duduk di atas kerusi sambil membuka kaki supaya wasapnya dapat diserap dari bahagian bawah. Pastikan wasap tersebut terkepung dengan cara melabuhkan kain yang dipakai ibu hingga ke lantai. Berbengkung Berbengkung sangat membantu untuk mendapatkan bentuk tubuh kembali ramping. Berbengkunglah setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketika waktu makan. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit, juga boleh mengembalikan kedudukan peranakan. Mandi rempah ratus Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin, memberi kesegaran dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada hari ketiga dan seterusnya, sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah pandan dan serai wangi. Air rebusan sireh yang sudah suam pula boleh digunakan untuk bersuci selepas membuang air kecil. Memakai param dan pilis Param dipakai ke seluruh badan dan pilis disapu di dahi. Kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pilis pula untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah. Minum jamu Jamu dapat memanaskan badan, membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh. Namun, makan jamu haruslah berpada kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepanasan kepada bayi yang menyusu badan. Disamping semua ini, anda juga boleh mengamalkan vitamin sebagai pelengkap atau altenatif yang sangat mudah yang turut menyumbang kepada kesihatan ibu dari dalaman iaitu set berpantang Shaklee. Set berpantang Shaklee terdiri dari: Vitamin C- untuk kuatkan antibodi badan ibu, membina kolegen yang penting untuk menyambung struktir otot dan tisu. Turut mempunyai kuasa penyembuhan. Vitalea - dengan formula zat besi berfungsi untuk menghasilkan darah yang sihat. Mengandungi multi vitamin dan mineral semulajadi untuk menampung kekurangan zat zat makanan penting sepanjang berpantang. B Complex - Memberi kesegaran kepada ibu, mengatasi kelesuan, membantu menukarkan karbohidat, protein dan lemak kepada tenaga. Jadi, turut membantu ibu menurunkan berat badan selepas bersalin. Zink- Sangat baik untuk baik pulih luka dalaman, membantu pemulihan sel badan dan bagus untuk masalah keguguran rambut. Jika anda nak lebih lagi, boleh tambah Alfalfa dan ESP. Alfalfa: merupakan penggalak pengeluaran susu dan membekalkan 15 mineral, 10 vitamin gentian(fiber) dan tinggi protein. Membantu pelawasan dan membuang angin dari badan. ESP: merupakan penggalak juga dan memekatkan susu badan supaya anak lebih kenyang dan tidur lebih lama. Ia juga memberikan ibu tenaga yang berpanjangan dan tidak penat sepanjang menyusukan anak di waktu malam. Malah, ESP juga memberikan ibu kenyang lebih lama dan membantu ibu mengurangkan berat badan dengan segera.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Amalan Berpantang Tradisional dan Moden Tempoh berpantang selama 40 hari amat perlu diamalkan oleh ibu-ibu yang baru sahaja lepas bersalin kerana hormon ibu bersalin sudah bercelaru dan perlu dipulihkan selama tempoh berpantang. Dibawah ini adalah amalan-amalan yang perlu ibu lalui sepanjang tempoh berpantang untuk memulihkan kesihatan tubuh badan. Urutan Mengurut sangat baik untuk melancarkan perjalanan darah dan mencergaskan badan. Urutan biasanya dimulakaan selepas tiga hari bersalin. Bahagian yang biasanya diurut ialah perut, lengan, pinggang, kaki, belakang badan dan kepala. Mengurut boleh menghilangkan sengal-sengal badan. Bertungku Bertungku bertujuan untuk mengeluarkan darah kotor dalam tubuh terutamanya saki baki darah beku, membuang angin, menyembuhkan luka peranakan, menghangatkan tubuh dan mengecutkan urat yang kembang. InsyaAllah, lepas bertungku darah nifas akan mudah dan banyak keluar. Sebaiknya-baiknya bertungkulah tidak kurang daripada 45 minit setiap pagi dan petang selama tempoh berpantang. Bertangas Kaedah bertangas mampu membuang angin meroyan, mengecutkan vagina, menyihatkan peranakan , membetulkan kedudukan salur peranakan dan mengecutkan rahim. Ini penting untuk menyembuhkan luka dan jahitan segera. Biasanya rawatan ini perlu dijalankan selama setengah jam setiap kali bagi tempoh seminggu sekali sepanjang tempoh berpantang. Cara bertangas adalah air rebusan rempah ratus yang masih panas diletakkan di bawah kerusi dan ibu duduk di atas kerusi sambil membuka kaki supaya wasapnya dapat diserap dari bahagian bawah. Pastikan wasap tersebut terkepung dengan cara melabuhkan kain yang dipakai ibu hingga ke lantai. Berbengkung Berbengkung sangat membantu untuk mendapatkan bentuk tubuh kembali ramping. Berbengkunglah setiap hari sehingga habis berpantang terutamanya ketika waktu makan. Ia bukan sahaja boleh mengelakkan masalah perut buncit, juga boleh mengembalikan kedudukan peranakan. Mandi rempah ratus Anda digalakkan mandi dengan menggunakan air rebusan daun atau akar kayu. Air mandian tersebut berupaya mengeluarkan angin, memberi kesegaran dan menghaluskan kulit. Amalan mandi biasanya dilakukan pada hari ketiga dan seterusnya, sekurang-kurangnya tujuh hari berturut-turut. Antara jenis daun herba yang digunakan ialah pandan dan serai wangi. Air rebusan sireh yang sudah suam pula boleh digunakan untuk bersuci selepas membuang air kecil. Memakai param dan pilis Param dipakai ke seluruh badan dan pilis disapu di dahi. Kebaikan memakai param ialah dapat menghaluskan kulit dan menghindarkan angin. Pilis pula untuk mengelakkan pening dan mata rabun. Pemakaian herba dapat mengurangkan pitam dan tekanan darah rendah. Minum jamu Jamu dapat memanaskan badan, membantu mempercepatkan pengecutan rahim, melancarkan pengaliran darah, mengetatkan alat sulit, malawas pembuangan air besar, menghindarkan keputihan yang berlebihan seterusnya menyegarkan tubuh. Namun, makan jamu haruslah berpada kerana dikhuatiri akan memberi kesan kepanasan kepada bayi yang menyusu badan. Disamping semua ini, anda juga boleh mengamalkan vitamin sebagai pelengkap atau altenatif yang sangat mudah yang turut menyumbang kepada kesihatan ibu dari dalaman iaitu set berpantang Shaklee. Set berpantang Shaklee terdiri dari: Vitamin C- untuk kuatkan antibodi badan ibu, membina kolegen yang penting untuk menyambung struktir otot dan tisu. Turut mempunyai kuasa penyembuhan. Vitalea - dengan formula zat besi berfungsi untuk menghasilkan darah yang sihat. Mengandungi multi vitamin dan mineral semulajadi untuk menampung kekurangan zat zat makanan penting sepanjang berpantang. B Complex - Memberi kesegaran kepada ibu, mengatasi kelesuan, membantu menukarkan karbohidat, protein dan lemak kepada tenaga. Jadi, turut membantu ibu menurunkan berat badan selepas bersalin. Zink- Sangat baik untuk baik pulih luka dalaman, membantu pemulihan sel badan dan bagus untuk masalah keguguran rambut. Jika anda nak lebih lagi, boleh tambah Alfalfa dan ESP. Alfalfa: merupakan penggalak pengeluaran susu dan membekalkan 15 mineral, 10 vitamin gentian(fiber) dan tinggi protein. Membantu pelawasan dan membuang angin dari badan. ESP: merupakan penggalak juga dan memekatkan susu badan supaya anak lebih kenyang dan tidur lebih lama. Ia juga memberikan ibu tenaga yang berpanjangan dan tidak penat sepanjang menyusukan anak di waktu malam. Malah, ESP juga memberikan ibu kenyang lebih lama dan membantu ibu mengurangkan berat badan dengan segera.

Make Money at : http://bit.ly/copy_win
Share:

Wednesday, November 19, 2014

Adakah Parut Bedah Pecah Jika Hamil Lagi?

Parut Pembedahan Selepas Bersalin

Oleh : Dr Fauziah Mohd Hassan

PEMBEDAHAN untuk melahirkan anak yang dikandung dinamakan pembedahan caesarian section.
Pembedahan sebegini boleh dilakukan melalui pembukaan yang sama di kulit iaitu secara melintang di bahagian bawah perut ataupun secara menegak di antara pusat hingga ke pubis.

 

Parut yang terbentuk di kulit (luar) tidak mungkin pecah setelah sembuh walaupun sudah dibedah beberapa kali. Setiap kali pembedahan yang baru dilakukan parut yang telah terbentuk akan dibuang dan parut baru akan terbentuk. Perlu diketahui bahawa kulit boleh ditegangkan beberapa kali ganda tanpa ianya pecah terburai. Keadaan ini boleh diperhatikan apabila seseorang ibu hamil kembar ataupun hamil berganda melebihi dua atau apabila perut sudah terlalu gemuk hingga perut membuncit.

Keadaan ini amat berbeza bagi parut pada rahim (dalam abdomen) yang terbentuk setelah pembedahan caesarian dilakukan. Kekuatan parut yang terbentuk pada rahim bergantung kepada beberapa faktor.

Penyembuhan yang sempurna tanpa jangkitan kuman semasa proses penyembuhan. Tanda jangkitan berlaku pada parut rahim ialah pengeluaran darah nifas yang busuk, pendarahan nifas yang banyak, demam dan sakit perut. Parut yang dijangkiti kuman semasa proses penyembuhan akan menjadi lemah. 
Parut yang dibuat di bahagian bawah rahim “lower segment caesarian section” adalah lebih kuat daripada parut yang dibuat menegak pada otot rahim “classical caesarian section”. Parut yang berbentuk T terbalik pada otot rahim adalah parut yang paling lemah.

Apabila doktor membincangkan tentang kekuatan parut dan kemungkinan berlakunya pecah pada parut pembedahan caesarian semasa kehamilan atau semasa proses bersalin, yang dirisaukan ialah parut pada otot rahim bukan parut pada kulit. Ramai pasangan keliru mengenai fakta parut ini. Oleh itu seseorang ibu yang telah menjalani pembedahan caesarian dan ingin mencuba melahirkan anak yang seterusnya secara normal perlu dipastikan bahawa parut pada otot rahimnya kuat (tidak ada faktor yang melemahkannya seperti yang dibincangkan di atas) dan saluran kelahirannya (tulang pelvis) cukup besar dan tidak sempit (cephalopelvic disproportion). 

Melahirkan anak melalui saluran tulang pelvis yang sempit dan pada masa sama mempunyai parut pada rahim akan meninggikan risiko parut di otot rahim itu pecah disebabkan saluran “tersumbat” dan rahim akan pecah pada tempat yang paling lemah ia itu pada parutnya.

Parut rahim yang pecah boleh menjejaskan nyawa ibu dan anak yang dikandung. Keadaan ini boleh menyebabkan pendarahan yang banyak. Lazimnya kadar parut yang pecah bagi “lower segment caesarian section” adalah antara 0.5% -2 %. Risiko parut pecah berlaku lebih tinggi jika terdapat faktor-faktor yang melemahkan kekuatan parut itu ataupun jika telah terdapat lebih daripada satu pembedahan caesarian. 

Pembedahan lain seperti pembedahan untuk membuang sista, kandungan luar rahim (ectopic pregnancy) tidak diambil kira untuk menentukan kekuatan parut pada rahim. Pembedahan-pembedahan lain tidak membabitkan pembedahan dan pembentukan parut pada rahim melainkan jika pembedahan dibuat pada rahim seperti pembedahan untuk membuang fibroid semasa tidak hamil. Risiko untuk parut pada rahim pecah adalah lebih tinggi jika seseorang ibu mengalami kesakitan untuk bersalin (labour).
 
Perlu diingatkan juga bahawa lagi banyak pembedahan dilakukan akan membuatkan pembedahan seterusnya menjadi lebih susah disebabkan oleh pelekatan organ-organ seperti usus dan pundi-pundi kencing. Berulangnya pembedahan caesarian juga meninggikan risiko uri di bawah menutupi saluran kelahiran, plasenta praevia dan juga keadaan uri melekat pada otot rahim (placenta accreta).

Jika anda sedang mencari Set Bersalin Secara Pembedahan Anda boleh mendapatkan Set Berpantang Shaklee ini:
 Untuk mendapatkan Set Berpantang ini anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Penyusuan Susu Ibu Menurunkan Berat Badan

Penyusuan susu ibu bukan sahaja memberikan kebaikan kepada bayi, tetapi juga memberikan kesan yang sangat baik untuk siibu seperti:
  1. membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  2. membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  3. mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  4. menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Bagi membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan, memberikan tenaga kepada ibu agar sentiasa cergas untuk meneruskan penyusuan serta secara tidak langsung dapat membanyakan susu badan, para ibu ini telah mengambil set penyusuan slimming dan alhamdulillah mereka semua amat berpuas hati dan diluah kan melalui testimoni-testimoni di bawah. Jom kita tengok apa kata para ibu yang berjaya ini.
Testimoni 1. 
 Testimoni 2
 
 Testimoni 3 

 Testimoni 4 

 Testimoni 5 
 
Seronokkan bila melihat kejayaan para ibu ini mendapatkan berat idaman mereka. Anda juga boleh menjadi salah seorang daripada mereka dengan Set Penyusuan Slimming ini.

Untuk mendapatkan Set Kurus Penyusuan, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Tuesday, November 18, 2014

Perbezaan Lupa Dan Nyanyuk


DIMENTIA/Nyanyuk adalah sebahagian daripada proses penuaan. Setiap individu yang memasuki usia 20 tahun mula mengalami proses kematian sel-sel dalam otak dan menyebabkan otak mula mengecut. Lebih cepat sel-sel otak mati, maka lebih tinggi risiko mendedahkan seseorang kepada dimentia.  
 
LUPA dan nyanyuk adalah dua istilah yang sangat berbeza. Lupa pula adalah satu fenomena biasa bagi kebanyakan individu seperti lupa sekejap. 
Namun terdapat juga jenis lupa yang berpunca dari penyakit seperti epilepsi yang boleh membuatkan seseorang individu itu 'terleka' seketika tentang apa yang sedang dilakukan atau didengarnya," kata Prof. Madya Dr. Raymond mengenai perbezaan antara keduanya bagi mengelakkan kekeliruan antara kedua-dua istilah ini.

Keadaan terlupa berlaku kepada sesiapa sahaja sama ada kanak-kanak, dewasa atau orang tua. Salah satu punca paling kerap mengapa seseorang individu menjadi lupa ialah kerana terlalu banyak masalah atau perkara yang sedang difikirkan, sibuk atau akibat tekanan.

Dalam istilah perubatan dan psikologi, lupa juga dikenali sebagai amnesia dan terbahagi kepada beberapa jenis. Lupa paling kerap dialami individu ialah:

1. Lupa secara spontan
Lupa secara spontan berpunca daripada sikap yang gemar mengabaikan sesuatu perkara dan cuai.

2. Sindrom otak pasca traumatik
Biasanya ia berlaku akibat gegaran ke atas otak sehingga menimbulkan kecederaan ke atasnya.

3. Sindrom otak organik
Ia disebabkan oleh penyalahgunaan dadah, pengambilan alkohol secara berlebihan dan pengambilan ubat tanpa kawalan. Ini boleh menyebabkan perubahan ke atas fungsi otak.

 
TANDA-TANDA 


1. Hilang daya ingatan/lupa 

Pesakit tidak dapat mengingati peristiwa-peristiwa yang baru berlaku (lost of recent memory). Contohnya seperti lupa menu sarapan pagi yang dimakannya dan sebagainya. Bagaimanapun, mereka masih ingat peristiwa atau perkara lama seperti nombor kad pengenalan dan sebagainya. Namun, ingatan ini juga lama-kelamaan akan hilang dari ingatannya.

2. Fungsi otak merosot


Kemudian satu persatu fungsi otak merosot menyebabkan pergerakan menjadi lambat dan lemah di kaki, daya makan dan menelan turut terganggu. Pesakit juga tidak mampu lagi mengawal pundi kencing dan pembuangan air besar menyebabkan mereka membuang air di merata-rata tempat. Pengeluaran najis juga tidak dapat dikawal dan keluar tanpa pengetahuan pesakit.

3. Hilang rasa malu


Pesakit juga tidak merasa malu berbogel di khalayak ramai atau di kalangan ahli keluarga. Mereka juga tidak segan mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak senonoh atau berbincang mengenai topik-topik yang memalukan.

4. Hilang kebolehan asas


Mereka juga mula hilang pengetahuan asas seperti mengira, pengetahuan am lain seperti tidak dapat mengenali ahli keluarga yang biasa dilihat atau selalu dilihatnya seperti anak, cucu dan saudara mara lain.

Percakapan juga menjadi semakin sukar dan tahap kefahaman juga amat lemah. Ini adalah sebahagian tanda-tanda nyanyuk di peringkat yang teruk. "Tanda-tanda sama ada seseorang individu itu mengalami dimentia atau hanya penyakit lupa yang biasa dapat dikesan melalui ujian psikologi yang dilakukan. Pesakit akan menjalani ujian fungsi korteks yang diseragamkan di seluruh dunia seperti mengatur kiub, ujian ingatan dan pemeriksaan mata. Pada peringkat awal, doktor akan menjalankan ujian tahap kecerdasan otak.

Ujian scan otak (CT) boleh mengenalpasti sama ada otak mula mengecut atau sebaliknya. Ujian EEG juga kadangkala dilakukan bagi merakam gelombang otak. Gelombang otak yang hilang menunjukkan tanda-tanda dimentia. Tahap vitamin B12 dalam darah juga diukur. Jika ia kurang, maka pesakit akan diberikan suntikan yang mengandungi vitamin ini agar mereka boleh mengingat semula.

PEMAKANAN UNTUK OTAK SIHAT
SEJUMLAH 5 hingga 15% individu berusia melampaui 65 tahun mengalami kekurangan vitamin B12 yang penting untuk otak. Kekurangan ini kerap ditemui dikalangan pengamal yang hanya makan sayur-sayuran sahaja. 

Vitamin B12 yang mengandungi cyanocobalami membantu melindungi saraf dan ia terlibat dalam pembentukan sel darah merah di dalam tulang sum sum. 

Kekurangan vitamin B12 adalah berkaitan dengan kegagalan menyerap vitamin B12 dari perut dan ini boleh diatasi dengan pengambilan beberapa mg dos vitamin bagi menggalakkan penghasilan faktor anemia yang boleh menggalakkan proses penyerapan.

Vitamin B12 dihasilkan oleh mikro organisma tertentu dan dihasilkan di dalam hati serta melalui proses sintesis. Vitamin B12 boleh didapati dari makanan seperti hati, daging, telur, keju dan bahan bijirin.

RAWATAN 
  
Bagi mengatasi masalah nyanyuk bergantung kepada punca terjadinya nyanyuk. Biasanya nyanyuk yang disebabkan oleh kekurangan vitamin B12 boleh diatasi dengan pemberian vitamin ini. Bagaimanapun, ia hanya boleh diberi melalui suntikan memandangkan dos yang terdapat pada vitamin tambahan atau makanan tidak mencukupi untuk keperluan pesakit.

Begitu juga dengan nyanyuk akibat kekurangan hormon tiroid dan jangkitan otak boleh disembuhkan melalui rawatan memulihkan penyakit ini melalui pemberian hormon dan pembedahan otak. Bagaimanapun, punca nyanyuk akibat strok atau alzheimer tidak boleh disembuhkan dan pesakit terpaksa menghadapinya seumur hidup. Setakat ini belum ada lagi ubat untuk menyembuhkan nyanyuk. Sejenis ubat yang dikenali sebagai Tacrine digunakan bagi menghasilkan sejenis kimia dalam otak dikenali sebagai acetyl choline. Namun penggunaannya tidak begitu digalakkan.

Jika anda inginkan Supplement B-complex yang terbaik Shaklee adalah pilihan yang terbaik untuk anda.
Bagaimana memilih B-Complex yang baik?

  • Mengandungi kesemua 8 vitamin- B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik dan biotin sebagaimana dinyatakan dlam RDA (kesemuanya perlu diambil pada masa yang sama)
  • Harus mengandungi 100% RDA untuk asid folik dan biotin
  • Pastikan jurang peratusan nilai harian B1, B2, B3 dan B12 tidak terlalu besar
  • Elakkan pengambilan B-complex yang menawarkan rumusan larut air (sustain-release) 
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!



https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


 * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Sumber : Majalah SERI DEWI & KELUARGA

Share:

Thursday, November 13, 2014

8 Panduan Makan Malam Yang Sihat

Makan malam merupakan waktu makan utama dan sama penting seperti sarapan dan makan tengah hari. Makan malam sering kali diabaikan oleh sesetengah daripada mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Pada tanggapan mereka, makan malam boleh mengakibatkan mereka menambahkan berat badan. Tanggapan ini sebenarnya tidak tepat. Ini kerana faktor-faktor lain seperti makan secara berlebihan, makan makanan yang berlemak, berminyak serta tinggi kalori dan gaya hidup yang boleh menyumbang kepada kegemukan.

Jadi bagi yang suka makan malam dan tidak mahu gemuk bolehlah ikuti panduan ini.
  1. Utamakan makanan yang seimbang pada setiap waktu makan malam. Pastikan hidangan anda mengandungi bijirin seperti nasi atau roti, ikan, ayam atau kekacang serta sayur-sayuran mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
  2. Hadkan pengambilan makanan yang bergoreng, berlemak dan berminyak.
  3. Ketahuilah saiz hidangan makanan anda. Makan malam sepatutnya membekalkan anda 400-500 kalori.
  4. Waktu makan malam yang sesuai adalah di antara 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya anda tidur lewatdan berasa lapar, anda boleh mengambil snek yang ringan sebelum tidur seperti buah-buahan, roti, biskut atau segelas susu suam.
  5. Tidak digalakkan mengambil makanan pada lewat malam. Ini adalah kerana pengambilan makanan hampir dengan waktu tidur akan menyebabkan ketidakselesaan dan akan mengganggu tidur anda.
  6. Elak makan malam sambil menonton televisyen. Ini adalah kerana anda tidak sedar berapa banyak anda makan sambil menonton rancangan kegemaran anda tersebut.
  7. Elak mengambil teh atau kopi selepas makan malam. Pengambilan teh atau kopi boleh mengakibatkan gangguan tidur.
  8. Sekiranya anda perlu menghadiri jamuan makan malam, anda tidak perlu makan semua jenis makanan yang dihidangkan. Makan secara sederhana dengan mengambil saiz hidangan yang kecil. Pilih makanan yang lebih sihat. Utamakan buah-buahan serta air kosong.
Contoh hidangan makan malam yang sihat


Menu
Kuantiti
Kalori
Nasi putih
1 cawan
150
Ikan bawal goreng
1 kecil
140
Sup sayur campur
1 mangkuk kecil
40
Kerabu pegaga
1 cawan
50
Air kosong
1 gelas
-
Betik
1 potong
60
Jumlah kalori
440


Menu
Kuantiti
Kalori
Nasi putih
1 cawan
150
Terung sambal (panggang)
1 biji sederhana
140
Asam pedas ikan senangin
1ekor sederhana
120
Air kosong
1 gelas
-
Nanas
1 potong
60
Jumlah kalori
470

Menu
Kuantiti
Kalori
Satu mangkuk mihun sup (lebihkan sayur dan kurangkan minyak)
1 mangkuk
260
Teh tarik
1 gelas
130
Epal
1 biji sederhana
50
Jumlah kalori
440
  

Bagi Membantu anda mempercepatkan pembakaran lemak  anda boleh mendapatkan Set Kurus Optimum ini, anda boleh terus klik link di bawah dan order!! 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!  
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive