Puting yang tenggelam bukanlah sesuatu yang perlu dirisaukan.
Sebenarnya terdapat antara 28-35% dari wanita yang hamil kali pertama
mempunyai puting yang tidak timbul dengan sempurna (Hyttch & Baird,
1958; Blaikeley, 1953; Waller, 1946).
Kehamilan merupakan tempoh penting
perkembangan dan tumbesaran payu dara. Bakal-bakal ibu yang dahulunya
memiliki puting tenggelam atau mendatar kini mungkin mendapati puting
mereka mula menonjol apabila menghampiri masa untuk bersalin. Penonjolan
dan pembentukan puting akan bertambah baik setiap kali kehamilan dan
setiap kali anda melalui pengalaman menyusu anak.
Apabila anda
berada dalam trimester terakhir kehamilan, anda bolehlah memeriksa
puting anda. Tekan areola di bahagian pangkal puting. Dengan menggunakan
ibu jari dan jari telunjuk, tekankannya ke dalam dada. Jika puting
kekal pada kedudukan yang sama dan tidak terjojol, ini bermakna anda
memiliki puting yang leper. Tetapi jika tekanan ini menyebabkan puting
anda masuk ke dalam, ini menandakan puting anda tenggelam. Sebenarnya ,
kes puting yang benar-benar tenggelam jarang berlaku.
Anda boleh
terus menyusukan bayi dengan puting yang tenggelam. Tidak semestinya
anda mesti mempunyai puting yang terjojol baru boleh berjaya menyusukan
anak. Bentuk puting ketika rehat tidak menunjukkan setakat mana ia akan
menonjol ketika bayi menghisapnya.
Kedudukan Yang Betul Ketika Menyusu.
~Sentuhkan bibir bayi dengan puting anda
berkali-kali dan tunggu sehingga bayi membuka mulutnya dengan luas
seperti menguap.
~Tarik sedikit payu dara anda ke belakang dengan
memastikan ibu jari dan jari-jari anda jauh dari areola apabila mulut
bayi mula melekap pada payu dara anda. Ini memberi ruang kepada bayi
memasukkan seberapa banyak yang boleh bahagian areola ke dalam mulutnya.
~Apabila bayi diletakkan pada kedudukan yang betul, tisu payu dara dapat dihisap dengan sempurna seolah-olah seperti puting.
~Apabila bayi diletakkan pada kedudukan yang betul, tisu payu dara dapat dihisap dengan sempurna seolah-olah seperti puting.
Menyusu bayi dengan puting yang tenggelam kadangkala merupakan satu
cabaran. Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang mempunyai puting yang
tenggelam atau leper lebih mudah terkeliru apabila menghisap. Keadaan
ini berlaku apabila ia diberi puting tiruan di awal-awal minggu
penyusuannya. Kenapa ini terjadi, penjelasannya adalah mudah. Meletakkan
bayi ke payu dara anda selepas sahaja ia dilahirkan adalah sangat
penting untuk 'mengingatkannya' bentuk puting ibunya. Bayi akan menjadi
biasa dengan bentuk puting dan payu dara anda. Dalam kebanyakan kes,
bayi boleh diletakkan terus ke atas dada anda. Biarkan ia menjilat dan
menghisap puting anda. Bayi yang dibiarkan berbuat demikian
sejurus selepas dilahirkan lebih berjaya menghisap susu dari ibunya,
walaupun ibu tersebut mempunyai puting susu yang tidak terjojol.
Perkara yang Perlu dilakukan.
~Elakkan
dari mengguna puting tiruan sehingga penyusuan dengan susu ibu telah
benar-benar mantap.
~Jika terpaksa memberi tambahan susu formula,
picagari atau cawan boleh digunakan dari awal sementara berusaha membina
hubungan penyusuan antara anda dan bayi.
~Pastikan anda mendapat bantuan
dan sokongan dari pihak hospital atau kaunselor penyusuan berkaitan
dengan teknik dan kedudukan semasa menyusu sejak dari mula lagi.
Dapatkan latihan yang cukup sehingga anda benar-benar mahir tentang
teknik penyusuan ini ketika payu dara anda masih lembut dan mudah
dipegang.
~Amatlah berguna jika anda dapat memerah atau mengepam susu
untuk beberapa minit sebelum memasukkan puting anda ke dalam mulut bayi.
Ini akan membantu pengaliran susu yang baik. Memerah susu ke bibir bayi
juga dapat menarik minat bayi anda.
Baca sini Ingin Ketahui Rahsia susu Melimpah Ruah .
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852