Thursday, April 28, 2016

Suplemen Membantu Cegah dan Hilangkan Visceral Fat

Penggunaan suplemen bersama-sama dengan senaman kardio memang berkesan untuk mengurangkan visceral fat. Dengan menggantikan karbohidrat dan gula dengan makanan yang kaya dengan lemak sihat seperti trigliserida rantai sederhana (MCT), mono-tak tepu asid lemak (MUFA) dan Omega-3 asid lemak, anda sebenarnya boleh mempercepatkan keupayaan tubuh anda untuk membakar lemak perut visceral melalui diet dan senaman.

Di antara suplemen yang anda boleh gunakan untuk tujuan ini adalah:

Vivix 

Untuk mengelakkan glukosa ini berubah menjadi lemak, kita perlu ambil tindakan pencegahan dengan Vivix.
Vivix mengandungi Resveratoral.
  • Resveratoral dalam Vivix meningkatkan keupayaan otot untuk menyerap gula
  • Resveratoral dalam Vivix juga mengelakkan lebihan gula disimpan dalam lapisan lemak.
  • Resveratrol dalam Vivix turut mengelakkan pembentukan tisu lemak
  • Resveratoral dalam Vivix juga mampu mengurangkan simpanan lemak dalam badan.

Phytocol-ST

Phytocol ST mengandungi fitosterol yang secara saintifik diuji mampu membantu mengurangkan visceral fat.

Phytocol ST membantu mengurangkan visceral fat dengan berkesan

Cinch Shake


Cinch Shake bantu rasa kenyang dan elakkan menggeleber
Salah satu kandungan istimewa Cinch Shake adalah ia mengandungi leucine. Leucine bekerja dengan asid amino isoleucine dan valine untuk membaiki otot, mengawal gula darah dan menyediakan tubuh dengan tenaga.

Leucine membantu membakar lemak visceral (terletak di lapisan paling dalam badan dan yang paling responsif kepada diet dan excercise). Leucine yang paling berkesan bercabang-rantaian asid amino untuk mencegah kehilangan otot kerana ia rosak dan ditukarkan kepada glukosa cepat daripada isoleucine atau valine.

Kajian klinikal menunjukkan dalam masa 12 minggu peserta hilang dan purata 15 lbs, 7 inci. Dengan Cinch anda kehilangan apa yang anda tidak mahu dan mendapatkan apa yang anda mahu.

Leucine penting dalam menguruskan badan

Omega Guard

Omega Guard yang mengandungi minyak omega 3 merupakan salah 1 daripada 5 minyak yang dapat mencairkan lemak visceral fat. Omega Guard bukan sahaja mempercepatkan metabolisme, tetapi juga mencetuskan keupayaan badan untuk menghasilkan leptin, membantu dengan mengurangkan selera makan, serta membakar lemak dengan efektif.
Omega Guard membantu menyingkirkan lemak agar lemak dapat dimanfaatkan untuk tenaga

Lecithin

Lecithin membantu dari segi membakar lemak. Lecithin dinamakan “pengemulsi semulajadi” kerana ia mempunyai kesan ‘melekat pada lemak’….dalam kata ringkasnya, ia menyebabkan lemak ‘terapung’ dalam darah dan seterusnya mencegah lemak dari melekat pada dinding membran.

Dan Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4,000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

Lecithin untuk pembakaran lemak

Cinch Tea

Salah satu ramuan cinch tea adalah teh hijau yang mana berperanan menurunkan lemak visceral fat dengan efektif.Teh ini juga berfungsi untuk membekalkan tenaga segera kepada mereka yang sedang mengurangkan pengambilan kalori dalam makanan ketika proses menurunkan berat badan.
Bagi sesiapa yang kurang bersenam dan yang kurang melakukan aktiviti fizikal tapi nak kurus amat digalakkan ambil CINCH ENERGY CINCH TEA MIX ini kerana ia membantu untuk boost metabolisme kita. Bila metabolisme kita tinggi,maka pembakaran lemak pun dengan kadar yg tinggi walaupun kita kurang bersenam.Ada juga yang rajin bersenam atau bersukan tapi susah untuk turun berat badan,sebab ape? sebab kadar metabolisme dia sangat rendah. 

Dan yang paling menarik, segelas Energy Tea Mix hanya membekalkan 5 kalori sahaja! Sangat sesuai bagi orang yang sedang berdiet!

Cinch Tea menggantikan kopi, teh dan milo. Sedap jugak yang penting berkhasiat
Hasil yang memberangsangkan adalah berbeza mengikut individu. Ada yang boleh nampak kesan dalam sebulan. Ada yang perlukan masa lebih dari sebulan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa, hubungi saya sekarang:
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Shaklee ID: 1027990  
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 
SMS/whatapss: 013-4505852
Share:

Kenapa "VISCERAL FAT" Di Gelar The killer fat?

Apakah Visceral Fat dan Mengapa Ia bahaya?


 
“Even if you’re not overweight, belly fat can significantly increase your risk for heart disease, cancer, dementia and diabetes.”   Bill Gavin, MD Providence St. Peter Hospital
Kalau bercakap pasal fat atau lemak, rata-rata kita mesti bersangka bahawa orang gemuk sahaja mesti banyak lemak, terutama visceral fat ini. Tapi tahukah anda visceral fat ini tidak mengenal sesiapa, yang kurus lidi pun boleh ada visceral fat kalau tidak jaga makan.

Jenis Lemak Dalam Badan

Lemak dalam badan terbahagi kepada 2 jenis
  • Lemak bawah kulit (subcutaneous fat) – kawasan yang selalu ada lemak bawah kulit adalah tangan, pinggul, peha.
  • Lemak di sekeliling organ (visceral fat) – lemak yang menyelaputi organ-organ seperti pada hati, usus, jantung, dan lain-lain.
Visceral fat ini akan merosakkan organ anda walaupun ketika anda sedang tidur, ia lebih berbahaya daripada rokok. Visceral fat ini mengeluarkan sejenis toksik yang menyebabkan peradangan pada pembuluh darah terutamanya pembuluh darah ke otak dan jantung.

Radang ini boleh menyebabkan pembuluh darah menjadi sempit sehingga menyebabkan serangan jantung atau strok jika ia terjadi pada otak.

Visceral fat ini kita perlukan juga dalam badan kita, tetapi pada kuantiti yang kecil.

Carta Visceral Fat 
Carta Visceral Fat
Anda kena jaga-jaga dan bertindak bila visceral fat anda di tahap Tinggi (high) dan bagi yang berada di tahap Sangat Tinggi (Very High) anda seharusnya bertindak segera untuk menurunkan tahap visceral fat anda.

Bahaya Visceral Fat

Lemak visceral fat ini memang sangat bahaya, dalam menurunkan berat badan, menurunkan kadar visceral fat patut menjadi fokus utama anda. Visceral fat merupakan penyumbang utama masalah kesihatan seperti berikut:
  • Penyakit jantung
  • Kanser
  • Strok
  • Arthritis
  • Diabetes type-2
  • Lemah tenaga batin

Bagaimana menurunkan tahap Visceral Fat Dengan Berkesan

Senaman

Anda boleh mengurangkan pertambahan lemak visceral dengan gabungan senaman aerobik. Penyelidik mencadangkan sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti aerobik seperti berjalan pantas atau berjoging sekurang-kurangnya empat kali seminggu.

Senaman perut, seperti sit-up, membina otot di kawasan itu, tetapi tidak akan mengurangkan jenis lemak. Selain itu, latihan rintangan seperti menggunakan mesin senaman, boleh membantu dengan lemak subkutaneus tetapi tidak lemak di bahagian abdomen.

Melakukan apa-apa jenis senaman aerobik boleh mempunyai kesan yang besar ke atas lemak visceral, yang boleh bertahan sehingga setahun selepas apa-apa kehilangan berat badan berlaku.

Ubah Pemakanan

Pakej makanan perlu lebih diberatkan pada buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan tinggi serat seperti bijirin penuh, dan daging tanpa lemak boleh membantu dengan kehilangan lemak visceral.

Ia juga akan lebih baik jika dapat mengelakkan minuman manis dan produk yang berat dalam lemak tepu, seperti mentega atau lemak keju, dan menggunakan minyak masak semula jadi yang tinggi mono tak tepu dan poli tak tepu lemak.

Ubah Gaya Hidup

Cubalah berhenti merokok, elakkan alkohol, kawal stress anda dan cuba dapatkan tidur yang mencukupi.
Ketahui suplemen untuk mengatasi masalah visceral fat dengan berkesan di SINI

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa, hubungi saya sekarang
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapss: 013-4505852
Share:

Monday, April 25, 2016

Kerap Sesak Nafas Mungkin Paru-Paru Anda Cedera (Fibrosis Pulmonari)

Tisu fiber antara tisu penghubung yang menghubungkan antara satu tisu ke tisu lain untuk membentuk organ. Hampir seluruh anggota badan manusia mempunyai tisu ini, kecuali sel otak.

Ini termasuk tisu par-paru yang menjadi penghubung antara satu alveoli dengan alveoli yang lain. Bagaimanapun, dalam keadaan tidak normal, tisu ini boleh terhasil dengan banyaknya dan berkumpul menyebabkan tisu 'parut' terjadi.

Ia dipanggil fibrosis. Jika berlaku di paru-paru, ia dipanggil fibrosis pulmonari.


Kes fibrosis pulmonari membabitkan hampir lima juta pesakit di seluruh dunia. Ia terjadi secara perlahan-lahan tanpa simptom awal disebabkan pelbagai faktor.

Penyebab Terjadinya Fibrosis pulmonari.

Antara sebab biasa terjadinya pembentukan 'parut' ini di paru-paru ialah;
  • jangkitan kuman
  • penyakit auto imun di mana tisu badan diserang oleh antibodi badan pesakit sendiri
  • Kecederaan pada tisu paru-paru.
    • 'Kecederaan' pada tisu paru-paru pula boleh disebabkan oleh asap rokok. 
    •  Individu bekerja di kilang atau lombong arang batu yang terdedah kepada asbestos dan silikon berisiko mendapat penyakit ini.
    • Pendedahan kepada rawatan radioterapi yang membabitkan dada 
    • Pengambilan beberapa ubat tertentu juga boleh menyebabkan 'kecederaan' berlaku kepada tisu paru-paru, seterusnya menyebabkan 'parut' terjadi.
  • Ada juga pesakit yang menghidap fibrosis pulmonari tidak dapat dikenal pasti punca utamanya.

Simptom-Simptom  Fibrosis Pulmonari

'Parut' yang terbentuk antara sel paru-paru menyebabkan fungsi utama organ itu untuk menyerap oksigen dari udara dan mengeluarkan karbon dioksida dari badan terganggu.Oleh itu pesakit akan mengalami simptom seperti:
  • sesak nafas. Sesak nafas ini lama-kelamaan menjadi semakin teruk jika semakin banyak 'parut' terbentuk.
  • keletihan dan lemah disebabkan kurangnya bekalan oksigen. 
  • Dada juga menjadi tidak selesa
  • pesakit mengalami batuk berpanjangan. 
  • Susut berat badan
  • Hilang selera makan.

Rawatan Untuk Pesakit Fibrosis Pulmonari

Pemeriksaan klinikal di klinik biasanya gagal mengenalpasti masalah ini. Begitu juga pemeriksaan melalui sinarX, terutama jika masalah pulmonari fibrosis masih di peringkat awal.

Selain itu, pemeriksaan darah juga gagal mengenal pasti masalah ini. Untuk mengesahkan seseorang pesakit mengalami penyakit berkenaan, ujian Computed Tomografi (CT) dengan resolusi tinggi perlu dijalankan.

Jika penyakit ini dapat dikenal pasti, pengambilan sampel tisu perlu dilakukan. Ini dapat membantu mengenal pasti punca berlakunya pembentukan 'parut' itu, seterusnya sedikit sebanyak dapat membantu rawatan sesuai yang boleh dilakukan.

'Parut' yang terbentuk bersifat kekal. Ia tidak dapat dibuang dan tiada rawatan khas menghilangkannya. Rawatan biasanya lebih terarah kepada mengurangkan jumlah pembentukan tisu fiber yang berikutnya untuk mengelak pertambahan tisu yang berkumpul di dalam paruparu.

Rawatan seperti pengambilan steroid dan ubat antiradang biasanya akan diberi kepada pesakit. Rawatan sokongan oksigen penting jika kadar oksigen dalam badan menurun. Ada juga pesakit perlu melalui pembedahan besar untuk transplan atau penukaran paru-paru.

Oleh Dr Hanafiah Bashirun
 
Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa, hubungi saya sekarang:
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapss: 013-4505852 
Share:

Sunday, April 24, 2016

9 Penyebab Kencing Berdarah

Bayangkan ketika membuang air kecil, tiba-tiba kita melihat ada darah dalam air kencing. Pastinya keadaan itu mencetuskan rasa panik dan bimbang kerana perkara itu tidak pernah berlaku. Pelbagai persoalan muncul di benak dan menyebabkan kita risau apa terjadi kepada kita. 
 
Kencing berdarah atau hematuria bukan perkara biasa yang boleh dipandang ringan. Kehadiran darah dalam air kencing mungkin kecederaan dalaman akibat melakukan senaman berlebihan atau penggunaan ubatan dan bahan kimia, tetapi ia juga gejala kepada penyakit lebih serius iaitu kanser.

Kencing berdarah terbahagi kepada dua jenis. Jenis yang pertama ialah darah dalam air kencing dapat dilihat dengan mata kasar apabila bahan kumuh itu berwarna merah atau coklat gelap (gross hematuria). Manakala yang kedua pula ialah darah hanya dapat dikesan menerusi mikroskop oleh pemeriksaan doktor (microscopic hematuria) selepas pesakit mengadu pedih dan sakit pada kemaluan ketika membuang air kecil.


kencing berdarah perempuan

Penyebab kencing berdarah

Hematuria boleh berlaku disebabkan pelbagai sebab. Bagi sesetengah orang, darah di dalam air kencing boleh hilang dengan sendirinya dan ada individu lain memerlukan rawatan. Wanita lebih tinggi mendapat kencing berdarah berbanding lelaki. Ia tidak sama dengan masalah kencing kotor atau kurang lawas sering diperkatakan umum. 
 
Darah yang keluar melalui air kencing boleh berasal daripada mana-mana saluran kencing akibat kecederaan dan keradangan. Luka tersebut mungkin disebabkan oleh:
  1. Jangkitan saluran kencing-biasanya disertai dengan rasa panas dan pedih semasa membuang air kecil, kencing yang kerap atau warna air kencing sedikit keruh. Jangkitan ini boleh berlaku di mana-mana dari buah pinggang hinggalah ke saluran yang mengeluarkan air kencing. 
  2. Batu karang- Biasanya disertai dengan sakit yang sangat kuat pada bahagian pinggang yang bergerak ke bahagian bawah perut.
  3. Prostat membesar (BPH) dalam lelaki sahaja.
  4. Penggunaan ubat cair darah atau penyakit berkaitan dengan darah cair.
  5. Aktiviti lasak
  6. Akibat hubungan seks
  7. Penyakit autoimun atau penyakit berkaitan darah cair
  8. Kanser buah pinggang atau kanser pundi kencing. Kanser pundi kencing biasanya berlaku kepada perokok.
  9. Penyakit buah pinggang
Penyebab nombor 1-6 disyaki terlebih dahulu kerana boleh dikesan melalui sejarah penyakit dan pemeriksaan. Sekiranya 1-6 tidak berkaitan, penyiasatan lanjut akan dilakukan. Sekiranya kencing berdarah yang pekat, risiko untuk kanser adalah tinggi.

Kencing jernih semula selepas minum Vivix

Saya ingin berkongsi pengalaman seorang anak yang ibunya mengalami masalah kencing berdarah. Walaupun tak tahu ada diagnosis yang sebenarnya, tapi kemungkinan besar penyakit buah pinggang. Tapi selepas minum Vivix, alhamdulillah air kencingnya kembali jernih.



Sebab sebulan dua ni mak aku kencing kotor, berdarah.
Kencing merah pekat
Doktor suspect takut buah pinggang
Dah 2 bulan kencing merah gitu tapi tak rasa sakit pun
Hujung bulan 12 ni appointment check up kat Hospital Sungai Petani
Tu aku bagi Vivix tu

Dah sejak dia ambil Vivix dah ok belum?
Kemarin mak aku beritahu kencing dia dah jernih macam biasa.

Bagaimana Vivix membantu dalam kencing berdarah

Apabila berlakunya pendarahan di mana-mana sahaja di tisu badan manusia, bermaksud ada kecedaraan di situ. Apabila berlaku kecederaan badan akan bertindak-balas dengan menghantar sel-sel untuk menyembuhkannya kembali dan menyebabkan keradangan.

Namun, yang menyebabkan kecederaan itu ialah radikal bebas. Vivix yang diekstrak daripada 4 tumbuhan yang sangat kaya dengan antioksida membantu meneutralkan radikal bebas sekaligus mengelakkan kecederaan pada tisu.

Selain itu, Vivix juga bertindak membekalkan tenaga kepada sel untuk fungsi yang lebih baik, memelihara sel yang baik dan membaikpulih sel yang rosak.

Jika anda Berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

*** Untuk mendapat harga yang lebih menjimatkan anda boleh menghubungi terus dengan saya.
Share:

Tips 10 Makanan Untuk Merawat Gout

Gout adalah sejenis arthritis. Ia boleh menyebabkan serangan sakit secara tiba-tiba terbakar, kekejangan, dan bengkak pada sendi, biasanya ibu jari kaki. Serangan ini boleh berlaku berulang-ulang kecuali gout dirawat. Dari masa ke masa, mereka boleh membahayakan sendi, tendon dan tisu-tisu anda yang lain. Gout adalah yang paling biasa di kalangan lelaki.


Selain dari ubat-ubatan, untuk mengurangkan asid urik di dalam badan anda untuk kesihatan, 10 makanan  yang dikenali dapat membantu dengan sakit gout dan merendahkan tahap asid urik.

10 MAKANAN MEMBANTU SAKIT GOUT

1. PERASA & REMPAH

 

Cuka epal cider (Apple Cider Vinegar) berupaya menghancurkan/melarutkan/membubarkan kristal asid urik dengan menukar ph darah kepada keadaan yang lebih alkali.

Tambah 1/3 cawan halia yang telah dikisar dalam tab mandi untuk menggalakkan badan berpeluh dan membuang asid urik dari sistem badan. Ingat untuk bilas selepas mandi anda untuk mengeluarkan sebarang sisa dari halia untuk melindungi kulit anda.

2. SAYUR-SAYURAN.

Alfalfa tinggi dengan mineral dan nutrien lain yang boleh mengurangkan serum asid urik dalam darah.
Daun pasli adalah diuretik yang hebat, ia membantu dalam meningkatkan jumlah air kencing yang seterusnya menggalakkan penyingkiran asid urik.

3. BIJIRIN KECIL


Dr Theodore A. Baroody mencadangkan dalam bukunya, “Alkalinize or Die” bahawa penghidap gout boleh makan bijirin kecil yang beralkali untuk membantu dalam penyingkiran asid urik. Bijirin itu adalah couscous, amaranth and millet

Cuba dapatkan di kedai-kedai makanan kesihatan, ia boleh disediakan dalam kaedah yang sama seperti beras dan adalah alternatif yang lazat untuk beras dan pasta. Boleh juga menggunakan resipi-resipi yang lain.

4. HERBA

 

Black cohosh mengawal keasidan darah dan membantu melarutkan asid urik membuat ia lebih mudah untuk dihapuskan.

Bilberry tinggi kandungan flavanoids, sejenis pigmen larut air yang terdapat dalam tumbuh-tumbuhan yang mempunyai ciri-ciri anti-oksida.

Teh Buchu (Buchu adalah sejenis tumbuhan dari Western dan Southern Cape Afrika Selatan) membantu melarutkan dan mengepam keluar kristal asid urik dari sendi dan buah pinggang serta aliran darah anda.

Devil’s claw adalah ejen pembersihan semula jadi untuk kekotoran toksik dalam darah. Ambil 400 mg ekstrak keringnya 3 kali sehari seperti yang diperlukan untuk kesihatan.

Biji saderi (Celery seeds) melegakan gout dengan mengeluarkan asid urik dari badan. Biji saderi mengandungi kira-kira 20 agen anti-radang yang berbeza. Dos yang disyorkan adalah 500 mg, 2 kali sehari. Amaran: Wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit buah pinggang perlu berhati-hati kerana biji saderi adalah diuretik yang kuat dan boleh memburukkan lagi penyakit buah pinggang.

5. PRODUK TENUSU


Menurut 1 kajian analisis kesan susu dari lembu, kerbau atau bison, pada tahap asid urik 6 peserta yang sihat. Selepas minum susu, kandungan asid urik air kencing peserta meningkat sehingga 38% berbanding dengan jumlah mereka keluarkan selepas minum air. Untuk manfaat kesihatan yang berpotensi sama, susu rendah lemak boleh juga digunakan selalu. Produk susu rendah lemak, seperti yogurt, boleh memberi manfaat kesihatan yang sama.

Produk tenusu, seperti susu, yogurt dan keju kotej (cottage cheese), membekalkan kalsium dan vitamin D untuk tulang yang kuat dan protein. Menurut laporan yang disiarkan dalam “Pemakanan dan Penyakit reumatik” pada tahun 2008, produk tenusu mempunyai “kesan klinikal yang bermakna” dalam mengurangkan asid urik. Oleh kerana susu dan keju biasa tinggi lemak tepu, selalulah pilih versi rendah lemak.

Produk tenusu, termasuk susu, keju dan yogurt, boleh membantu mengurangkan paras asid urik dalam badan anda, membawa kepada penurunan risiko untuk gout. Sebagai cecair, susu/susu rendah lemak boleh membantu badan anda mengepam asid urik yang berlebihan keluar melalui air kencing. Sasarkan 16-24 oz minum susu setiap hari.

Makan bijirin sarapan pagi anda dengan susu rendah lemak dan minum susu rendah lemak dan bukannya minuman ringan (minuman ringan adalah salah satu penyumbang peningkatan asid urik) atau minuman beralkohol untuk manafaat yang tinggi.

6. KEKACANG ATAU PROTIN TUMBUHAN


Daging dan makanan laut mengandungi kandungan purine yang tinggi dan boleh meningkatkan tahap asid urik anda. Menggantikan protein haiwan dengan sumber berasaskan tumbuhan, di sisi lain, boleh menurunkan tahap asid urik anda.

Kekacang yang kaya dengan protein termasuklah kacang soya, lentil, kacang hitam, kacang dal, kacang kuda dan kacang navy, makanan berasaskan soya, seperti tauhu, susu soya dan tempe, kacang soya, edamame, tauhu bakar atau kukus, smoothie soya, kuah dal, sup lentil dan salad chilled bean, “vegetarian chili“, hummus dan lain-lain adalah sumber tumbuh-tumbuhan yang bernilai untuk menyediakan sejumlah besar keperluan protein.

Beli atau sediakan sup dan makanan lain yang rendah garam untuk mencegah pengambilan natrium yang berlebihan yang dikaitkan dengan pembentukan batu karang.

Sebagai makanan yang kaya dengan serat, kekacang juga membantu anda menurunkan berat badan anda, mengurangkan risiko anda untuk gout dan batu karang.

Hadkan pengambilan daging anda tidak lebih daripada 6 oz. sehari jika anda terdedah kepada batu karang & asid urik yang tinggi. Kekacang adalah semula jadi rendah lemak, bebas kolesterol, dengan meningkatkan pengambilannya anda boleh mengurangkan tahap kolesterol anda dan meningkatkan kesihatan kardiovaskular anda secara keseluruhan.

7. AIR


Cecair/bendalir menggalakkan penghidratan dan membantu badan anda mengeluarkan asid urik melalui air kencing. Jika anda terdedah kepada batu karang asid urik, minum sekurang-kurangnya 10 gelas cecair setiap hari, sekurang-kurangnya separuh daripadanya dalam bentuk air kosong.

Air kencing berwarna kuning cair atau jernih merupakan tanda positif penghidratan. Cecair lain yang boleh membantu mengurangkan tahap asid urik termasuklah susu atau susu non dairy, sup rendah garam, teh herba, susu soya, susu beras, gelatin dan buah-buahan & sayur-sayuran yang kaya dengan air seperti tembikai, buah-buahan sitrus, tomato, timun, saderi dan buah-buah jenis beri.

Elakkan jus kranberi dan jus limau gedang (grapefruit), yang boleh menyumbang kepada batu asid urik.

8. BIJIRIN PENUH


Bijirin penuh mengandungi semua bahagian berkhasiat dari bijirin, lebih banyak serat, protein dan mikronutrien, termasuk magnesium, berbanding bijirin bertapis. Pengambilan makanan yang kaya dengan magnesium dan rendah kalsium seperti barli, oat, beras perang dan bran, dalam diet anda untuk mengurangkan risiko batu karang.

Gantikan karbohidrat rendah serat, seperti roti putih, pasta dan pretzels dari tepung berproses, dengan bijirin penuh, yang lebih mengenyangkan, bagus untuk mengawal jumlah pengambilan makanan (portion intake) dan penurunan berat badan. Apabila membeli roti, pasta dan bijirin, teliti pembungkusan produk untuk memastikan bahawa bijirin penuh disenaraikan sebagai bahan utama.

Menurut laporan “Pemakanan dan Penyakit reumatik”, terdapat kaitan antara obesiti dan gout; pengurusan berat badan yang sihat boleh membantu tahap asid urik yang lebih rendah.

Bijirin penuh boleh dihadhamkan dengan lebih baik berbanding bijirin bertapis/berproses dan mempunyai kesan yang rendah pada tahap gula dalam darah anda dan melambatkan isyarat lapar, ini membantu anda menguruskan berat badan.

Untuk hasil terbaik, gantikan roti putih, pasta, cereal dan makanan ringan dengan makanan bijirin penuh yang belum diproses keseluruhan seperti oat, beras perang, beras huma, barli dan air-popped popcorn. Kerana makanan yang kaya dengan serat juga mengenyangkan dan membantu dalam kawalan berat badan anda.

9. BIJIRIN BEBAS YIS


Produk bijirin yang dicampur yis mengandungi tahap purine yang tinggi. Ia boleh membawa kepada peningkatan paras asid urik. Bijirin penuh bebas yis seperti beras perang, beras huma, quinoa, barli dan air-popped popcorn adalah alternatif yang berkhasiat. Sebagai makanan yang kaya dengan serat, bijirin juga boleh menggalakkan selera dan kawalan berat badan juga mengurangkan risiko anda untuk mendapat batu karang dan gout.

10. BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN


Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan antioksidan yang membantu badan anda mempertahankan dirinya daripada jangkitan dan penyakit, serat dan air. Diet yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran, malah kacang yang kaya dengan purin, kobis bunga dan bayam tidak dikaitkan dengan peningkatan risiko gout meningkat, menurut Johns Hopkins, Medicine.

Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan antioksidan, seperti buah beri, ceri, tomato, bell pepper, tomato dan squash boleh membantu mengurangkan gejala batu karang.

Oleh kerana buah-buahan dan sayur-sayuran rendah dalam kandungan tenaga, bermakna mereka menyediakan kurang kalori bagi setiap hidangan berbanding lemak dan kanji, ia juga boleh membantu memudahkan proses pengurusan berat badan. Mengekalkan berat badan yang sihat adalah penting untuk mencegah risiko gout dan batu karang.

Elakkan sayur-sayuran dalam tin yang mengandungi sodium tinggi yang boleh menyumbang kepada batu karang.

Bagaimana Vivix membantu pesakit gout?

Dalam kajian yang dimuatkan dalam Clinical Rheumatology, 2014 Nov, 26, saintis mengkali keberkesanan resveratrol (salah 1 komponen Vivix) dalam merawat gout. Tikus yang disuntik dengan bahan untuk meningkatkan asid urik dalam darahnya. Ternyata resveratrol boleh mencegah keradangan dan bengkak sendi dan turut mengurangkan penghasilan asid urik daripada bahan yang disuntik tadi.

Vivix bukan minuman botani semata-mata, tapi ia adalah hasil kajian bertahun-tahun yang dihasilkan daripada 4 tumbuhan yang salah satunya ialah anggur muskadin yang mengandungi sekurang-kurangnya 4 jenis polifenol yakni antioksida yang sangat hebat. Hebatkan ciptaan Allah pada sebiji anggur yang disediakan untuk kebaikan makhluknya. 



Jom saya belanja testimoni vivix untuk gout. Ini kisahnya…

TESTIMONI VIVIX UNTUK GOUT #1

PENDERITAAN GOUT SETELAH BERPULUH TAHUN MENDERITA TAMAT DENGAN VIVIX SHAKLEE

TESTIMONI VIVIX UNTUK GOUT #2

GOUT PAKCIK HILANG DAH BOLEH SKIP DIALISIS SETELAH AMALKAN VIVIX

TESTIMONI VIVIX UNTUK GOUT #3

KONSISTEN VIVIX GOUT DAH LAMA TAK MENYERANG

TESTIMONI VIVIX UNTUK GOUT #4

PARAS ASID URIK TURUN DARI 9.9 KE 7.6 SETELAH AMBIL VIVIX

TESTIMONI VIVIX UNTUK GOUT #5

MAKAN MEE BANDUNG ADE KUPANG DAN SEGALA BAGAI SEAFOOD, SAMPAI UMAH DAN SELEPAS BEBERAPA HARI TAKDE GOUT LANGSUNG!!!

Jika anda Berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-   
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

*** Untuk mendapat harga yang lebih menjimatkan anda boleh menghubungi terus dengan saya.
Share:

Saturday, April 23, 2016

Punca Gout, Rawatan Gout Dan Diet Pesakit Gout

Apa itu penyakit Gout???

Gout merupakan satu bentuk artritis yang akut menyebabkan kesakitan teruk dan bengkak pada bahagian sendi. Ia disebabkan oleh pengumpulan asid urik yang tinggi di dalam badan.
Asid urik terbentuk daripada pemecahan purin yang terdapat dalam kebanyakan tisu manusia dan makanan. Kebiasaannya, purin larut di dalam darah dan dikumuhkan di dalam air kencing. Pengambilan diet yang tinggi kandungan purin mungkin merupakan salah satu sebab peningkatan asid urik di dalam darah.
Sumber protein dalam diet terutamanya daging merah dan makanan laut, mengandungi purin yang boleh meningkatkan risiko pembentukan gout.
Untuk jangkamasa panjang pula, pesakit gout juga dinasihatkan utk mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin seperti organ dalaman (hati, paru2, otak), makanan bercengkerang (kerang, udang, ketam), ikan bilis, ikan kembung dan sardin.

Apakah Makanan Patut Diambil?

Sekiranya anda menghidapi gout, anda mungkin perlu mengurangkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin. Saranan bagi pengambilan makanan yang tinggi kandungan purin adalah di antara 100-150 mg/ hari. Makanan dibahagikan kepada 3 kumpulan dalam pengurusan penyakit ini iaitu :
  • Tinggi kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dielakkan
  • Sederhana kandungan purin : Makanan dalam kumpulan ini perlu dihadkan
  • Rendah kandungan purin : Makanan yang boleh diambil mengikut keperluan normal.

Jadual di bawah menunjukkan sumber purin dalam makanan.


KUMPULAN MAKANAN
TINGGI PURIN (150-825mg purin/ 100g makanan)
SEDERHANA PURIN (50-150mg purin/ 100g makanan
RENDAH PURIN(0-50mg purin/ 100g makanan)
Makanan perlu dielak
Makanan diambil secara sederhana
Makanan yang diambil mengikut keperluan normal
Bijirin dan Produk Bijirin
Roti bijirin penuh, oat, bran gandum : *Hadkan 2/3 cawan sehari
Roti, nasi, bihun, kueteow, biskut
Buah-buahan
Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
Semua jenis buah dan jus buah
Sayur-sayuran
Asparagus, kekacang, cendawan, bayam, kubis bunga : *Hadkan ½ cawan sehari
Kebanyakan sayuran
Makanan Berprotein
Ikan bilis, sardin, hati, ginjal lembu, otak, ikan parang, ikan kembung
Ikan, ayam, daging, makanan laut, kekacang, lentil ( kacang dal, kacang peas) *Ambil 2-3 hidangan sehari mengikut Panduan Diet Malaysia
Susu dan produk tenusu, telur dan keju
Lemak dan Minyak
Semua jenis (ambil secara sederhana)
Sup
Ekstrak daging
Sup daging
Sup sayur
Lain-lain
Yis, minuman beralkohol terutama bir (Hadkan 1 minuman sebanyak 3 kali seminggu)
Minum 6-8 gelas sehari. ELAKKAN pengambilan gula, sirap, gula-gula, teh, kopi, coklat dan kastard.
 
Pengambilan cecair yg banyak seperti air kosong juga amatlah digalakkan dimana ianya dapat mencairkan dan membantu proses penyingkiran asid urik dari badan.

Rawatan Dan Langkah Pencegahan Gout

Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.

  • Rehatkan sendi semasa serangan gout. 
  • Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku. 
  • Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
  • Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor).Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
  • Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
  • Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
  • Mengelakkan minuman keras
  • Apabila mengambil Allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan. Jangan mengubah atau menghentikan dos Allopurinol semasa serangan gout.
  • Minum banyak air

Apakah Suplemen Yang Dicadangkan Untuk Membantu Pesakit GOUT?

Vivix

Melindungi DNA, memperbaiki DNA, memberi impak positif kepada pengawalan genetik, menggalakkan pembentukan mitokondria di dalam sel, melambatkan pembentukan protein AGE yang menyebabkan kerosakan sel.

Alfalfa 

Untuk menyingkirkan toksik secara lembut dari badan. Namun pengambilan alfalfa memerlukan pesakit mengambil air yang banyak.

Performance drink 

Memastikan tubuh pesakit sendiri mempunyai kandungan air dan gula yang cukup agar tidak dehydrate.

Omega Guard 

Ini sangat penting bagi pesakit yang mengalami gout yang sangat teruk. Omega penting untuk mengelakkan inflamation pada sendi2 pesakit. Ianya sebagai langkah berjaga2 sebelum bengkak itu menjadi lebih teruk.


Set Gout Shaklee
Jika anda Berminat untuk mendapatkan Set Gout ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/        
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com  
SMS/whatapps: 013-4505852   

ketahui juga Bagaimana Sirap Anggur ini dapat membantu atasi masalah GOUT.   

*** Untuk mendapat harga yang lebih menjimatkan anda boleh menghubungi terus dengan saya.
Share:

Thursday, April 21, 2016

6 Jenis Makanan Yang Wanita Patut Elakkan Semasa Datang Bulan

 

Senarai makanan yang tidak digalakkan untuk diambil oleh wanita semasa datang bulan

1. Daging berlemak

Makanan seperti daging yang berlemak boleh menyebabkan kekejangan dan rasa sakit di bahagian rahim. Ia boleh menambahkan kesakitan kepada senggugut anda. Jika anda ingin makan daging, gantikan daging berlemak dengan ayam atau ikan.

2. Ais Krim

Ais krim adalah makanan yang paling dicari oleh wanita semasa datang bulan tetapi tahukah anda, ia adalah salah satu makanan yang perlu dielakkan?

Produk tenusu mengandungi lemak. Oleh kerana itu, ia memberi kesan yang sama seperti daging yang mempunyai lemak. Jika anda terasa seperti mahukan ais krim, anda boleh cuba ais krim yang tidak mengandungi susu.

 3. Snek dan kerepek

Elakkan makan jajan atau snek seperti kerepek kerana ia mempunyai kandungan garam yang sangat tinggi. Kandungan sodium yang tinggi boleh menyebabkan perut kembung

 4. Cokelat, biskut dan kek

Makanan bergula dikatakan boleh meningkatkan mood seseorang tetapi ia hanya bertahan untuk sementara waktu sahaja. Kesan pengambilan gula dalam biskut atau kek boleh membuatkan senggugut menjadi lebih teruk.

Sekiranya anda inginkan sesuatu yang manis, cuba mengambil buah-buahan seperti mangga dan buah pic.

 5.Kopi

Bagi pencinta kopi, memang amat sukar untuk meninggalkan minuman berkafein. Walau bagaimanapun, kafein merupakan salah satu penyebab senggugut.

Untuk mengantikan keperluan kafein anda, anda boleh minum teh kerana kandungan kafein yang terdapat dalam teh adalah lebih rendah.

 6. Minuman tenaga

Seperti kopi, minuman tenaga mengandungi kafein dan ia tidak bagus bagi wanita yang sedang datang haid. Selain itu, ia juga mempunyai kandungan gula yang tinggi dan ini boleh menambah kesakitan di perut. 

Jika anda mempunyai masalah senggugut ketika datang bulan, anda boleh mencuba Set Senggugut Shaklee.
Ketahui cara melancarkan darah haid anda di SINI

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa, hubungi saya sekarang:
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapss: 013-4505852 
 
Share:

Makanan Yang Boleh Buat Jadi Pelupa


Kadang-kadang kita sering terlupa dengan sesuatu perkara walaupun ianya masih baru namun kita sudah terlupa.Sebenarnya ada banyak faktor yang menyebabkan perkara tersebut berlaku antara salah satu darinya ialah faktor permakanan. 

Perkara ini perlu diberi perhatian terutamanya pelajar yang bakal menduduki peperiksaaan. 
Mari kita tengok senarai di bawah ini apakah makanan yang perlu dielakkan:
 
  1. Banyak makan epal yang sudah masam 
  2. Banyak makan makanan masam termasuk asam atau jeruk buah-buahan 
  3. Banyak makan bawang besar.
  4. Banyak makan makanan yang mengandungi rempah dan ketumbar kering 
  5. Memakan kepala ikan dipercayai kepala ikan ada acid yang boleh rosakkan neuron-neuron dalam otak kita (Wallahua’lam) 
  6. Memakan makanan dan minuman yang bercampur dengan semut. Semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang boleh melemahkan ingatan. 
  7. Makan sehingga terlalu kenyang. 
  8. Makan makanan yang disentuh oleh tikus. 
  9. Makan makanan yang dijual di warung-warung yang kotor dan terdedah.
  10. Minum minuman yang memabukkan seperti arak dan tuak masam.
  11. Banyak makan makanan yang mengandungi bahan kimia termasuk bahan perasa dan bahan awet. Umpamanya, minuman bergas dan makanan segera (junk food). Ketahuilah bahawa bahan kimia di dalamnya boleh menumpulkan fikiran dan daya ingatan seseorang.
Masalah pelupa atau kurangnya daya ingatan ini juga boleh dikaitkan dengan penyakit yang berkaitan dengan Alzheimer dan Dimensia. Terdapat supplement yang dapat membantu masalah ini. Antara supplement yang disarankan ialah:
  • Vivix 


Satu ciri penyakit Alzheimer ialah pengumpulan plak di dalam otak. Plak ini terjadi disebabkan oleh apa yang dikenali sebagai “amyloid-beta peptides.” 
Satu kajian makmal menunjukkan dengan memasukkan Resveratrol ke dalam sel-sel akan mengurangkan perembesannya dan juga menurunkan jumlah amyloid-beta peptides di peringkat sel. 
Resveratrol tidak menyekat pengeluaran amyloid-beta, tetapi sebaliknya menggalakkan kehancurannya dalam sel-sel. Penemuan ini menyarankan wujud peranan potensi bagi Resveratrol untuk menentang pengumpulan plak amyloid-beta dalam otak para penghidap penyakit Alzheimer.
  • Omega Guard


Sebahagian besar daripada otak terbina dari lemak 'baik' yang juga dikenali sebagai asid lemak Omega-3. Kajian menunjukkan diet yang kaya dengan Omega-3boleh meningkatkan keupayaan belajar, kemahiran menaakul atau menyelesaikan masalah, meningkatkan daya tumpuan dan ingatan serta perhubungan antara sel otak. 
Omega-3 juga menunjukkan dapat menyokong keseimbangan emosi dan sikap positif dan membantu menigkatkan daya ingatan ketika mereka tua kelak. Bagi ibu yang sedang hamil trimester II & III sangat di galakkan mengamalkan Omega bagi perkembangan awal otak bayi dalam kandungan. 
  • Lecithin 

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang,penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory) . 

Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

Jika anda berminat untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa, hubungi saya sekarang:
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapss: 013-4505852 

Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive