Friday, May 20, 2016

9 Ciri Isteri yang Mendatangkan Rezeki Bagi Suami


Pernikahan merupakan sunnah yang diagungkan oleh Allah SWT. Selian mencari ridha-Nya, menikah menjadi salah satu jalan untuk membuka pintu rezeki Allah SWT. Allah akan mencukupkan rezeki pasangan yang sudah menikah, meski hanya salah satu dari keduanya yang bekerja.

Selain suami yang bertanggung jawab mencari nafkah, maka seorang istri pun memiliki tanggung jawab lain  dalam keluarga. Berikut ini ciri-ciri istri yang mendatangkan rezeki bagi suami, yang wajib diketahui.

1. Isteri yang taat pada Allah SWT dan Rasul-Nya.

Isteri dengan ciri ini  akan membawa rumah tangga menuju syurga dan membawa ketenteraman dalam keluarga. Dengan demikian, keluarga tersebut akan bahagia, tenteram dan tenang.Itulah rezeki yang sangat berharga.

Rumah tangga yang dipimpin oleh seorang imam yang sholeh dan didampingi isetri sholehah tentu rumah tangga tersebut mendapat berkah dari Allah SWT. Pernikahan tersebut juga akan menghasilkan anak-anak yang sholeh dan sholehah, serta mendapatkan keredhaan serta rahmat dari Allah.

2. Isteri yang taat dan amanah pada suaminya.

“Jika aku boleh menyuruh seseorang untuk sujud kepada orang lain niscaya aku akan menyuruh seorang istri untuk sujud kepada suaminya.” (HR. Tirmidzi dan Ibnu Majah).

Sepanjang perintah suami tidak bertentangan dengan agama, maka isetri wajib mentaatinya. Ketaatan seorang istri pada suaminya akan membuat hati suami tenang dan damai sekaligus dapat menjalankan kewajibannya mencari rezeki yang halal untuk keluarga.

Bagi wanita yang berkarier di luar rumah masih boleh  bekerja sekiranya suaminya mengizinkan dan kewajibannya untuk menjaga diri dengan baik di tempat kerja.

3. Isteri yang melayani suaminya dengan baik.

Menjadi seorang istri haruslah mengetahui apa saja tugas dan kewajibannya. Istri yang sholeh selalu berusaha melayani suaminya dengan baik seperti menyiapkan sarapan, menyediakan keperluannya, dan menjaga perasaan suami jangan sampai terluka karena sikap istri.

Wanita yang memiliki sikap demikian akan menjadi istri kesayangan suami dan menjadi rekan yang baik dalam  mewujudkan rumah tangga yang sakinah dan menarik hal-hal positif ke dalam rumah tangga tersebut. Termasuk di dalamnya menarik rezeki yang halal bagi suaminya.

4. Isteri yang tak pernah putus doa untuk suaminya.

Ciri wanita pembawa rezeki adalah wanita yang selalu berdoa  agar suami dan anak-anaknya berjaya di dunia dan akhirat namun tetap berusaha dengan pelbagai cara menyenangkan si sisuami. 
Bagi isteri yang bergelar suri rumah dikala suami keluar bekerja si isteri meluangkan masa diwaktu pagi dengan mewajibkan dirinya untuk menunaikan solat sunat dhuha. Melakukan amalan-amalan zikir untuk membuka pintu rezeki.

5. Isteri yang dapat menjadi pasangan meraih redha Allah.

Isteri yang memiliki ciri ini juga dapat menjadi motivator suami untuk meraih kejayaan di dunia dan akhirat. Itulah yang menyebabkan munculnya kalimat “Di balik seorang lelaki yang berjaya pasti ada wanita hebat di belakangnya”.

6. Isteri yang menerima pemberian suami dengan ikhlas.

Ciri istri pembawa rezeki selanjutnya yaitu ia yang tidak pernah mengeluh pemberian dari suaminya. Wanita ini selalu menerima dengan ikhlas serta menghargai apapun yang diberikan suami kepadanya. Ia selalu bersyukur atas apa yang diperoleh suaminya meskipun hanya sedikit. Wanita yang senantiasa bersyukur dan ikhlas ini rezekinya senantiasa akan bertambah baik kuantitas maupun keberkahan yang akan diberikan Allah kepadanya ataupun melalui suaminya. 

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
4. Wanita yang berhias hanya untuk suaminya.
"Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wnita salehah" (H.R. Muslim). Adalah sifat wanita yang suka bersolek dan berhias, tapi wanita yang saleh hanya berhias dan menampakkan perhiasan untuk suaminya. Wanita yang jika dipandang suaminya selalu menyenangkan dan tahu bagaimana menyenangkan suaminya. Wanita yang bahkan malaikat pun mendoakannya akan memudahkan rezeki datang padanya.

# 5. Jika ditinggal menjaga kehormatan dan harta suami
Saat suami keluar mencari nafkah, isteri yang ditinggalkan di rumah harus menjaga kehormatannya, menjaga dirinya dari tamu yang tidak pantas, membatasi keluar rumah jika tidak terlalu penting. Harta suami yang dititipkan padanya dipergunakan pada hal-hal yang bermanfaat dengan seizin suaminya. Wanita seperti ini memudahkan rezeki masuk ke dalam rumahnya sebagai upah dari ketaatannya kepada Allah dan kesetiaan pada suaminya.
- See more at: http://lancarrezeki.blogspot.my/2015/05/9-ciri-ciri-wanita-yang-akan-membawa.html#sthash.GXwrizWJ.dpuf
Share:

Wednesday, May 18, 2016

Tips Pemakanan Atasi Monopause



Antara pengalaman yang paling meresahkan dalam hidup seorang wanita selain dari bersalin adalah apabila tiba masanya perubahan berlaku kepada sistem peranakan iaitu fasa menopause atau putus haid.
Penting untuk kita mengetahui simptom-simptom menopause ini terlebih dahulu supaya dapat mempersiap diri untuk menghadapinya. 

Untuk entry ini saya ingin kongsikan cara semulajadi untuk menghadapi masalah pra-menopaus dan menopaus tanpa sebarang kesan sampingan kerana ada doktor yang lebih berminat membekalkan wanita istimewa ini dengan pil perancang yang diketahui tidak sesuai untuk semua orang kerana kesan sampingannya, apatah lagi orang-orang tua yang mempunyai masalah kesihatan.

Masalah ini mudah diatasi dengan perubahan gaya hidup, termasuk perubahan pola pemakanan kepada vegetarian, senaman aerobik dan amalkan teknik-teknik yang boleh memberi ketenangan.

Atasi Simptom Menopause Dengan Makanan Tambahan

Antara makanan tambahan yang disarankan kepada wanita ini yang dirujuk di laman web Dr Weil dan buku Return To Joy of Health yang ditulis oleh Dr Zoltan P. Rona ialah: 

1. Makanan berasakan soya
Isoflavones yang terkandung dalam makanan soya dipercayai dapat mengembalikan keseimbangan hormon dan mempunyai tindakan estrogen, iaitu hormon yang terkurang dalam wanita akibat menopaus. 

Walaupun masih dalam kajian kesannya terhadap kesihatan wanita, namun ramai wanita yang mengadu simptomnya berkurangan dengan pengambilan soya. 

Saya nasihatkan anda dapatkan soya dalam makanan berbanding suplemen, namun soya sumber semulajadi dan non-GMO yang ditawarkan oleh Shaklee sudah tentu pilihan terbaik. 

2. Herba-herba yang mengandungi aktiviti estogen
Ini termasuklah biji flax (flaxseed yang mengandungi lignins, yang dipercayai dapat mengawal hormon estrogen.

Dong quai yang digunakan dengan meluas di China dan Barat. Namun, ia tiada aktiviti estrogen tapi mampu mempengaruhi keseimbangan hormon. Wanita yang mengalami pendarahan berlebihan dinasihatkan untuk tidak mengambil herba ini.

Black cohosh juga dipercayai tiada aktiviti estrogen, namun boleh mengurangkan simptom pra-menopaus.

Rasberi

Siberia Ginseng 

3. Vitamin E
Juga dikatakan mempunyai sedikit kesan estogen. Selain itu, vitamin E boleh mengembalikan kelembapan kulit dan vagina. 

4. Gamma-Linolenic asid (GLA)
Asid lemak perlu yang mempengaruhi penghasilan prostaglandin yang turut mengawal simptom pra-menopaus. 

5. Bioflovonoids yang terdapat dalam vitamin C
Bahan ini menghalang pengurangan estrogen dengan begitu cepat, jadi secara tak langsung dapat membantu mengawal simptom pra-menopaus. 

6. Boron
Walaupun merupakan mineral yang kecil, namun suplemen bron dipercayai dapat meningkatkan paras estrogen sama dengan wanita menopaus yang dirawat dengan estrogen yang tidak mengambil suplemen boron dalam diet hariannya.

Suplemen cadangan Shaklee untuk wanita menopaus

Tonik antipenuaan : VIVIX




vivix untuk menopaus
VIVIX adalah tonik anti-penuaan yang terbukti mengembalikan usia 25 tahun lebih muda
Sudah tentu ini adalah suplemen yang paling gempak untuk wanita-wanita menopaus. Dengan memberi impak kepada 4 mekanisme utama penuaan selular, VIVIX bukan sahaja mengembalikan keremajaan kulit, tapi organ dalaman tidak terkecuali. Rasailah sendiri perbezaannya dengan VIVIX.

Suplemen membantu simptom pra-menopause




menopaus
Produk dalam set ini membantu mengurangkan simptom pra-menopaus secara langsung
Energizing Soy Protein (ESP)
Protein soya terbaik dalam bentuk suplemen. Dihasilkan daripada soya yang bermutu dan bebas GMO.

GLA Complex
Dihasilkan daripada minyak borage yang mempunyai kandungan GLA 3 kali ganda berbanding Evening Primrose Oil.

Vitamin E 
Digabungkan bersama selenium yang membantu penyerapan vitamin E dengan berkesan. Sebiji kapsul mengandungi 400IU. Pengambilan 1-3 biji vitamin E Shaklee sehari dapat mengurangkan simptom pra-menopasu dengan berkesan.

Vitamin C  
Dibangunkan dengan teknologi sustained-released untuk memastikan kandungan vitamin sentiasa berada dalam badan dan bersedia digunakan bila-bila masa sahaja.

Vita-Lea 
Multivitamin terbaik dan terlengkap untuk keperluan zat makanan wanita menopaus dan turut mengandungi boron dalam membantu mengurangkan simptom menopause.

Menopaus adalah sesuatu yang akan terjadi dalam kitaran hidup seorang wanita memang dan tak boleh elak. Akan tetapi kita boleh tanganinya dengan bijak dan tenang jika berilmu dan bersedia dari sekarang. 

Sampai sini dulu, semoga dapat membantu anda untuk mengatasi masalah menopaus secara semulajadi dan moden supaya anda terus yakin dan yakin untuk menuruskan aktiviti malahan semakin aktif. 

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Share:

Tips Menghadapi Menopause Dengan Tenang


Wanita adalah makhluk istimewa yang melalui beberapa fasa dalam hidupnya. Setiap orang perempuan dewasa yang normal akan mengalami fasa menopause. Menopaus bukanlah penyakit, tetapi adalah perubahan semulajadi dan perjalanan hidup yang harus dilalui oleh seorang wanita. Tak dinafikan, keadaan ini bukanlah mudah, namun minda adalah kunci penyelesaian. Tetapkan dalam minda bahawa anda mampu dan boleh melalui fasa ini.  

Apakah Menopause?

Menopause adalah situasi normal yang berlaku apabila usia seorang wanita semakin meningkat tua. Apabila berlaku perubahan sebaik saja sebelum ataupun selepas haid terhenti, dinamakan sebagai menopause. Bila kitaran dah berhenti sepenuhnya, bermakna keupayaan untuk melahirkan anak ataupun reproduksi juga sudah berhenti.

Proses menopause yang normal terjadi dalam 3 fasa iaitu:
  • Perimenopause – Ovari secara berperingkat-peringkat mula kurang menghasilkan estrogen. Tanda-tanda menopause mula dialami wanita.
  • Menopause – Pada masa ini wanita dah mula mengalami kitaran haid terakhir. Ovari juga mula berhenti mengeluarkan telur dan menghabiskan baki hormon estrogen yang tinggal.
  • Post menopause – Tanda-tanda menopause dah mula kurang dan hilang. Tapi penyakit-penyakit dan isu kesihatan mula timbul apabila usia makin meningkat akibat daripada kehilangan hormon estrogen dalam badan.

Apakah Punca Menopause?

Setiap wanita yang lahir mempunyai sejumlah bilangan telur yang tersimpan dalam ovari. Ovari juga menghasilkan hormon estrogen dan progesterone yang mengawal proses haid dan ovulasi dalam tubuh. Menopause terjadi bila ovari berhenti mengovulasikan (mengeluarkan) telur setiap bulan dan kitaran haid terhenti.

Menopause dianggap sebagai sebahagian daripada proses penuaan normal sekiranya ianya berlaku di usia selepas 40an. Tapi malangnya terdapat wanita yang alami menopause lebih awal mungkin disebabkan oleh pembedahan (hysterectomy) dan juga kerosakan pada ovari (akibat kemoterapi). Menopause yang berlaku sebelum usia 40 tahun dipanggil premenopause.

Simptom-Simptom Menopause Biasa

Berikut adalah tanda-tanda menopause yang dialami oleh ramai wanita:
  • Haid tidak teratur (haid terlalu kerap atau langsung tak datang haid)
  • Insomnia
  • Ketidakseimbangan emosi (mood swing)
  • Kelesuan
  • Tekanan
  • Mudah tersentuh
  • Sakit kepala
  • Degupan jantung laju
  • Sakit lutut, otot dan sendi
  • Perubahan kepada libido (nafsu seks berkurangan)
  • Kekeringan vagina
  • Sukar mengawal pundi kencing

Isu Kesihatan Jangka Panjang Yang Dikaitkan Dengan Akibat Daripada Menopause

Akibat daripada menopause, sistem dan fungsi tubuh yang lain juga akan terkesan dan berikut adalah isu- isu kesihatan yang selalu timbul antaranya ialah:
  • Osteoporosis
  • Sakit jantung
  • Pundi kencing, sistem pencernaan dan pembuangan terjejas
  • Risiko mengalami Alzheimer
  • Kulit kurang elastisiti (kedutan mula timbul)
  • Kekuatan dan kepejalan otot mula lemah
  • Lemah daya penglihatan disebabkan oleh katarak (cataract) dan juga kerosakan kepada retina mata (macular degeneration)
  • Dan lain-lain

Cara Menghadapi Dan Menangani Menopause

Sekiranya ada mengalami simptom-simptom seperti di atas, sebaiknya segera lah berjumpa dengan doktor pakar sakit puan. Doktor akan buat ujian darah untuk mengenalpasti samada ianya benar disebabkan oleh Menopause ataupun disebabkan oleh penyakit-penyakit lain yang perlu diberi perhatian dan rawatan segera.

Bagi wanita yang sihat menghadapi proses Menopause yang normal dan lancar, langkah-langkah berikut boleh diambil:
  • Dapatkan nasihat dan rawatan daripada doktor sekiranya ada simptom-simptom Menopause yang menggangu kualiti kehidupan seharian contohnya tak dapat tidur malam, terlalu letih hingga pengsan dan sebagainya
  • Jangan lupa ambil ubat mengikut nasihat doktor sekiranya ada isu kesihatan yang timbul akibat daripada Menopause
  • Amalkan pemakanan yang menyihatkan
  • Amalkan senaman
  • Elakkan stress
  • Banyakkan minum air kosong
  • Berfikiran positif dan menerima proses menopause sebagai sesuatu yang normal
  • Tingkatkan amalan rohani
  • Cuba dapatkan rehat dan tidur yang cukup
  • Amalkan pengambilan supplement

Nutrien Penting Untuk Wanita Berusia

Amalan pengambilan vitamin tertentu sangat membantu meredakan tanda-tanda dan gejala putus haid yang dialami wanita akibat menopause ini. Ini kerana supplement boleh bantu seimbangkan hormon dan memelihara kesihatan dalaman wanita. Seterusnya membantu menjalani dan menerima proses kejadian menopause dengan lebih tenang dan gembira.

Supplement yang berasaskan gamma-linolenic-acid (GLA) sangat membantu memelihara sistem reproduktif wanita dan keseimbangan hormon dalam badan wanita. Seterusnya membantu mengurangkan simptom-simptom putus haid dan membantu wanita berusia untuk menjalani akviti kehidupan harian dengan lebih sihat dan keanggunan kewanitaan tetap terpelihara.

Kalsium pula membantu memelihara sistem saraf dan kesihatan tulang rangka dan mengurangkan risiko kejadian tulang rapuh. Wanita adalah golongan yang berisiko mengalami Osteoporosis apabila hormon estrogen sudah mula berkurang. Kalau lambat mengamalkan kalsium, tulang yang rapuh dah tak dapat diperbaiki lagi dan hanya dapat dikawal saja.

Manakala antioksidan yang kuat sangat membantu memelihara dan memperbaiki kerosakan sel-sel dalam tubuh. Apabila usia meningkat, sistem imun menjadi lebih dan kerosakan akibat radikal bebas mudah berlaku. Menyebabkan penyakit kronik seperti kanser mudah terjadi. Tapi antioksidan kuat membantu sistem tubuh untuk berfungsi dengan baik dan mengurangkan risiko terjadinya penyakit kronik.

Sekiranya anda berminat ingin mendapatkan produk Shaklee anda boleh hubungi saya dan dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Facebook: Natural Beauty With Natural-Supplement
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Share:

Tuesday, May 17, 2016

Sakit Ketika Bersama Suami? Atasi Masalah Kekeringan Faraj.

 
Bagi wanita, terdapat cecair pelincir yang dihasilkan oleh sepasang kelenjar Bartholin yang terdapat pada bahagian dalam dan berhampiran pintu masuk faraj. Cecair ini penting dan hanya dihasilkan sekiranya wanita mengalami rangsangan seksual. 
Sekiranya wanita terbabit tidak terangsang, cecair pelincir ini tidak dihasilkan dan pasangan merasa kering serta tidak selesa untuk melakukan seks penetratif.

Vagina kering terjadi akibat kurangnya cecair dalam vagina dan boleh menyebabkan disfungsi seksual. Kemaluan wanita kering terjadi di mana keadaan dinding vagina menipis, kering dan kurang elastik akibat kekurangan hormon estrogen.

Bagaimana Mengesan Anda TIDAK mengalami Kekeringan Faraj? 

Kelembapan faraj semula jadi dan cecair yang membuatkan faraj lembap dihasilkan mukosa faraj, pangkal rahim, cecair daripada rahim dan daripada salur Falopio.
Isi padu kelembapan ialah antara 20 hingga 120 gram dan cecair ini berubah mengikut putaran hormon dan umur yang mana cecair faraj berwarna putih dan lebih jernih ketika perempuan itu pada waktu subur.
Selain itu anda tidak mengalami masalah takut untuk bersama dengan suami dalam melakukan hubungan intim ,mudah teransang, dan mampu menikmati klimaks bersama suami.

Gejala Kemaluan Wanita Atau Vagina Kering 

  • Gatal di sekitar lubang kemaluan wanita dan bahagian bawahnya. 
  • Muncul rasa sakit di kawasan tersebut. 
  • Frekuensi untuk membuang air kecil semakin meningkat. 
  • Jangkitan saluran kencing. 
  • Berasa tidak selesa dan panas 
  • Rasa perit dan mengalami pendarahan ketika melakukan hubungan seks.

Punca Masalah Kekeringan Faraj / Vagina

1. Masalah kekurangan ransangan atau kesilapan dalam “Foreplay” 

Perlu ditekankan cecair vagina hanya akan keluar dengan banyak apabila adanya rangsangan yang mendatangkan rasa ghairah wanita,rangsangan ini termasuklah rangsangan secara verbal,sentuhan atau pengelihatan.

Kemaluan wanita atau vagina kering juga boleh disebabkan kerana organ tersebut jarang atau atau tidak pernah digunakan untuk aktiviti seksual bersama pasangan. Ketika sedang teransang., darah akan mengalir lebih banyak ke organ tersebut menyebabkan kemaluan wanita menjadi basah.

Di samping itu, vagina kering ketika melakukan hubungan seks juga boleh menunjukkan pihak wanita tidak cukup terangsang. Oleh sebab itulah, diperlukan ‘foreplay’ yang lebih lama.

2.Kekurangan hormon 

Pengaruh hormon estrogen dan progestogen turut memainkan peranan penting dalam mengawal kelembapan faraj. Jika pergolakan hormon berlaku ketika pra menopaus atau menopaus, sebilangan wanita akan mengalami kekeringan  faraj yang ketara.

Biasanya berlaku kepada perempuan yang berumur 35 tahun ke atas dan makin ketara pada umur lebih 45 tahun. Ini berkait rapat dengan proses semulajadi penuaan,stress,keletihan, kekurangan zat,penyusuan badan atau kesan pengambilan pil perancang tertentu.

3.Kurang Bernafsu dan Perasaan Kurang Teruja 

Perasaan kurang teruja seksual disebabkan perkara lain yang menjadi punca faraj kering ialah pengaruh makanan, tekanan dan masalah imbangan hormon wanita. Memandangkan hubungan kelamin penting dalam institusi berkeluarga, mustahak untuk wanita menyelesaikan masalah ini dengan cara terbaik, seelok-eloknya secara semula jadi tanpa menggunakan pelembap sintetik jika boleh. 

4.Penggunaan Pencuci WanitaPenggunaan

Produk pembersih peribadi wanita dan sabun yang mengandungi bahan antibakteria dan boleh mengeringkan mukosa vulva. Sesetengah jenama sabun yang menggambarkan kelembutan boleh mengeringkan anggota kelamin anda kerana produk ini tiada imbangan pH atau tahap keasidan.
Kebanyakan pencuci feminin boleh memberi banyak masalah daripada kebaikan seperti mengganggu faraj yang kesudahannya mengesatkan mukosa faraj.

5. Jangkitan

Adanya penyakit di vagina dan sekitarnya, misalnya infeksi, penyakit sel imun menyerang kelenjar eksokrin yang memproduksi air mata dan liur dan menyebabkan kekeringan di vagina.

Faraj berbau mungkin petanda jangkitan kuman. Jangkitan kuman lazimnya mendatangkan lelehan, sama ada berwarna keputihan, kehijauan malah boleh juga jernih tetapi berbuih. Jangkitan kuman pada dinding faraj boleh membentuk peradangan pada tisu faraj dan menyebabkan kepedihan (akibat luka seperti melecet).

Bagi anda yang mengalami masalah kekeringan faraj dan dalam usaha mendapatkan zuriat.Sebaiknya, jangan pakai sebarang pelincir yang berada di pasaran kerana ada kajian mendapati pelincir ini tak mesra sperma @ sperm friendly  boleh memusnahkan sel sperma.

Ini boleh buatkan peluang korang yang nak dapatkan baby makin menipis! Mungkin pelincir membantu anda dalam hubungan intim , kurang rasa sakit :) tapi, kalau anda sedang usaha dapatkan baby...sebaiknya jauhkan

Cara Mengatasi Kemaluan Wanita Atau Vagina Kering 

  • Banyak minum air masak, minimum 8 gelas per hari. 
  • Hindari sabun,pembersih vagina dan detergen yang dapat mengiritasi daerah selaput lendir (mukosa) vagina. Pilih yang non-kimia. 
  • Diet seimbang antara lemak dan karbohidrat, agar gerak kerja hormone estrogen mencukupi. 
  • Minum multivitamin dan suplemen mineral. 
  • Pemakaian pelincir vagina. Sapukan di kawasan mukosa vagina yang sensitif dan boleh dipakai dalam jangka waktu lama. 
  • Pengambilan makanan herba yang mengandung ‘isoflavon’ untuk mengatasi ketidakseimbangan hormon. 
  • Rajinlah merawat dan menjaga kebersihan vagina.

Bagaimana Menyelesaikan Masalah Kekeringan Dan Kesakitan Pada Vagina Dengan Shaklee?

Gabungan Vitamin E dan Alfalfa Complex adalah set supplement yang membantu merapatkan lagi hubungan anda suami isteri.
 
VITAMIN E
⚥ Membantu memberikan lebih tenaga kepada anda
⚥ Membantu mempercapatkan rangsangan hubungan intim
⚥ Membantu menggalakkan orgasma yang lebih kerap dan bersemangat
⚥ Membantu wanita menstabilkan hormon sekaligus membantu meningkatkan keinginan seksualnya

ALFALFA COMPLEX
⚥ Dikenali sebagai “kacip fatimah” kepada para isteri
⚥ Membantu mengurangkan masalah keputihan wanita
⚥ Membantu detox dan mengurangkan masalah sembelit (jika ada)
⚥ Membantu untuk membesarkan dan menegangkan payudara

Tunggu apa lagi.Jom dapatkan VITAMIN CINTA ini dan semarakkan hubungan suami isteri anda! 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah) 
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com   

*Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Ketahui Punca Kentut Vagina, Kesan Buruk Dan Cara Mengatasinya.



Kentut vagina atau masalah angin keluar melalui faraj adalah salah satu masalah yang kerapkali mengganggu wanita sama ada dari segi fizikal dan emosi.

Ramai wanita rasa was-was sama ada terbatal wuduk atau solat dan risau akan penerimaan suami di kala bersama. Malah ada juga wanita yang mengalami masalah faraj yang berbunyi ketika berjalan atau bergerak disebabkan angin itu tadi. Kedaan ini sudah tentu sesuatu yang amat memalukan. 

Apa itu kentut vagina?

Ia adalah keadaan di mana terasa seperti angin yang keluar daripada faraj terutama ketika sedang banyak bergerak, bangun dan duduk seperti ketika solat. Pada ketika ini, ramai wanita was-was sama ada angin itu keluar melalui dubur atau melalui faraj.
 

Daripada segi fisiologinya, vagina adalah tiub yang berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Bukaan ini dikawal oleh beberapa otot kemut sama seperti otot yang mengawal bukaan dubur dan salur kencing.
 

Dalam keadaan biasa, tiub ini berada dalam keadaan tertutup dan kempis dan tidak mengeluarkan sebarang angin melainkan seorang wanita itu mempunyai masalah fistula (lubang penyambung), antara rektum (usus besar) dan vagina akibat pembedahan antara usus dan faraj. Keadaan ini menyebabkan angin dari usus besar dapat memasuki faraj.

Punca Kentut Vagina

  • Otot peranakan lemah selepas bersalin - Bagi kebanyakan wanita yang sudah melahirkan anak, kentut vagina berlaku adalah kerana disebabkan otot-otot kemut di bahagian vagina menjadi lemah,
  • masalah peranakan jatuh
  • masalah pengawalan pundi kencing.
  • mengamalkan seks yang melampau.

Kesan Buruk Kentut Vagina

Apabila wanita kentut faraj, maksudnya faraj longgar. Bila bersama suami, dah tak grip atau tak mencengkam. Masa baru kahwin macam lubang kunci. Lepas bersalin macam lubang jamban. Longgar dan
berair.
 
Apabila wanita kentut faraj, maksudnya urat faraj dah tak sihat macam dulu. Jadi mulalah masalah kedinginan dalam hubungan intim. Suami buat apapun, si isteri seperti tidak bernafsu. Siap sound si suami "cepatlah sikit habisnya bang. Saya dah tak larat dah ni". Ini jadinya tahap klimaks bersama suami semakin rendah
 
Mungkin dari luaran lepas dijahit jahitan bersalin boleh nampak cantik. Tapi tak akan mampu menipu bila ada yang meleleh keluar dari rahim, atau ketika bersama suami mula rasa longgar, atau ketika faraj sudah mula
keluar angin pus-pus.Ia juga boleh menyebabkan masalah kekeringan faraj
 
Apabila wanita kentut faraj, rahimnya dah tak sihat. Keputihan mula melanda. Ada yang berbau ada yang berwarna. Masa tu suami nak dekat pun mula rasa loya.

Hukum solat dan wuduk wanita keluar angin

Ada berbeza pendapat mengenai hal ini.

Mazhab Syafie menyatakan batal wuduk berdasarkan hadis,


عَنْ َعبَّادِ بْنِ تَمِيْمٍ عَنِ النَّبِىِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : لاَ يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتاً أَوْ يَجِدَ رِيْحاً

‘Abbad bin Tamim melaporkan daripada Nabi s.a.w yang berkata, “Jangan seseorang berpaling iaitu meninggalkan solat sehingga ia mendengar bunyi kentutnya atau tercium baunya”.
Hadis direkodkan oleh Muslim dan Bukhari.
Manakala sesetengah ulama berpendapat tidak batal wuduk dengan hujah nama angin yang keluar ataupun sebutan fasa dan dharat hanya berlaku kepada sesuatu yang keluar dari dubur. Maka sesuatu yang keluar dari faraj hanya seperti belahan dan tidak terbatal wuduk.
 
Oleh kerana mengambil sikap berhati-hati dalam beribadah, maka elok saja kiranya wanita tersebut mengambil wuduk semula dan mengambil langkah-langkah berjaga-jaga seperti berikut:
  1. Berdehem (batuk kecil) sekurang-kurangnya tiga kali selepas membuang air kecil
  2. Membasuh alat kemaluan dengan cermat dan sempurna
  3. Mengelap faraj sehingga kering dan menutupi ruang kemaluan dengan tisu, kain ataupun yang dapat menutupi ruang disekitar faraj dengan rapat menggunakan tuala pelekat (pantyliner) yang nipis dan bersih.
  4. Memakai seluar dalam yang kemas supaya udara tidak boleh keluar masuk sebelum berwuduk dan menunaikan solat.
  5. Ambil wuduk setiap kali ingin solat

Petua Mengatasi Peranakan Longgar dan Mengurangkan Kentut Vagina

Kentut vagina boleh diatasi dengan
  • Memakai seluar dalam yang tidak terlalu longgar yang mampu membenarkan keluar masuk udara.
  • JANGAN sesekali anda menyembur air paip ke dalam kemaluan.Mungkin anda beranggapan bahawa ia membersihkan bahagian dalam kemaluan anda..TAPI anda SILAP!!! sebenarnya anda telah membuka ruang udara dlm kemaluan anda! ini boleh mengakibatkan berlakunya ruang udara dan menyebabkan berlakunya "kentut Vagina".
  • Elakkan makanan sejuk dan berair.makanan sejuk beku, tembikai, ais
  • Mengamalkan senaman Kegel ataupun senaman kemut untuk memperkuatkan otot di sekitar alat sulit dan melansingkan corong faraj yang lega dan menyempitkan pembukaan faraj yang renggang itu. Dengan corong faraj yang sempit dan kemas, angin tidak mudah masuk ketika wanita bergerak atau ketika hubungan kelamin berlaku. Amalan ini juga dapat membantu dalam mengintimkan semula hubungan suami isteri.

Supplement Membantu Atasi Masalah Kentut Vagina

Ada kajian mengatakan masalah kentut vagina ini berlaku disebabkan paras hormon estrogen yang rendah dalam badan. Ini kemungkinan berlaku selepas seseorang wanita itu bersalin dan paras hormonnya masih tidak stabil. 

Alfalfa Complex
Alfalfa Complex yang juga dikenali sebagai super-food (juga dikenali sebagai kacip fatimah moden) yang amat membantu dalam kesihatan organ peranakan. Ia membantu dalam pengecutan otot rahim, mengawal keseimbangan hormon dan juga merendahkan keasidan di kawasan tersebut. 

GLA Complex
GLA Complex yang lebih pekat dan datangnya daripada minyak boraj ini sangat terkenal dalam membantu kesihatan wanita. Ia menstabilkan hormon estrogen dan progesteron, membantu mengetatkan uterus, memberi tone kepada uterus dan disamping itu menyerikan kulit wajah. GLA juga dapat membantu dalam masalah kencing lelaki dan wanita.

Dengan mengamalkan senaman kegel bersama-sama dengan pengambilan suplemen yang betul, insyaAllah masalah kentut vagina dapat diselesaikan dan bukan itu saja, organ peranakan dan rahim akan jadi lebih sihat dan ini dapat menyerikan semula rumahtangga anda.  

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah) 
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Monday, May 16, 2016

Punca Haid Tidak Teratur, Kesan Dan Cara Mengatasinya.

Tahukah anda kepentingan kitaran haid bagi seorang wanita?

Kitaran haid yang teratur & lancar adalah penanda kepada tahap kesuburan yg baik bagi seorang wanita. Bagi seorang wanita yg telah berkahwin, kitaran haid yg teratur menjadi petunjuk utama untuk merancang untuk hamil mahupun menentukan sama ada kehamilan telah terjadi ataupun belum. Ia diukur melalui kedatangan haid yg lewat pada bulan-bulan di mana mereka merancang untuk mendapatkan zuriat.

Walau bagaimanapun, tidak semua wanita bernasib baik mempunyai kitaran haid yg teratur. Sesetengah wanita mungkin tidak datang haid setiap bulan, ataupun didatangi haid yg terlalu panjang pada sesetengah bulan. Ini tentunya menimbulkan kerisauan khususnya mereka yg sedang merancang untuk hamil mahupun yg ingin mendirikan rumah tangga.

Apakah punca yang menyebabkan period tak stabil ni?

1.KEGEMUKAN 
Berat badan berlebihan ataupun obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon estrogen di dalam badan wanita. Ia seterusnya menyebabkan gangguan kepada kitaran haid.

2. KEHAMILAN 
Haid tidak akan datang sekiranya anda positif hamil! Ini kerana ovum yang dikeluarkan pada kitaran haid sebelumnya telah disenyawakan.

3. BERLEBIHAN HORMON PROLAKTIN
Hormon prolaktin yg berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid lewat untuk berbulan-bulan lamanya.

4. TERLALU KURUS 
Tidak cukup lemak di dalam badan juga boleh mengganggu kitaran haid anda. Oleh itu, anda haruslah mempunyai berat badan yg sihat & seimbang.

5. MASALAH KESIHATAN 
Sakit secara tiba-tiba seperti demam, selsema ataupun penyakit yg memerlukan rawatan intensif mampu memberikan tekanan fizikal kepada tubuh dan sekaligus mengganggu kitaran haid.

6. MENOPAUS
Ia berlaku kepada wanita yg berusia lewat 40-an. Pada kebanyakan kes, haid akan semakin sedikit dan jarang-jarang berlaku.

7. PENCEGAH HAMIL
Pil atau ubat-ubatan hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon boleh menyebabkan gangguan haid. Terdapat sesetengah wanita yang tidak didatangi haid sepanjang menggunakan implanon.

8. TEKANAN/STRESS
Stress atau tekanan dalam bentuk fizikal & mental dari tempat kerja atau kehidupan seharian contohnya mampu mempengaruhi hormon dan seterusnya kitaran haid.

9. PENYUSUAN BADAN
Sekiranya anda menyusukan bayi secara eksklusif, hormon di dalam badan anda lebih menyediakan badan anda untuk menghasilkan susu untuk si bayi. Terdapat sesetengah ibu menyusu yg langsung tidak didatangi haid sehingga 1 atau 2 tahun lamanya!

10.TERSILAP PENGIRAAN 
40% wanita didapati gagal mengingati tarikh hari pertama LMP mereka. Jumlah hari dalam kitaran mereka juga mungkin tidak tepat antara 28-35 hari. Ini boleh memanjangkan lagi kitaran untuk sampai ke 'hari subur' dan kesilapan menjangka kedatangan haid yg seterusnya.

11.MASALAH TYROID 
Hormon yang dirembeskan oleh tyroid boleh menyebabkan gangguan kepada hormon badan sekaligus kitaran haid wanita.

12. UBAT-UBATAN 
Jamu tradisional, ubat kurus ataupun ubat-ubatan penyakit kronik boleh menyebabkan gangguan kitaran haid wanita.

Tips Cara Mengatasi Dan Merawat Haid Tidak Teratur

Selalunya kalau ada kawan-kawan yang ada masalah berkaitan haid, saya akan sarankan berjumpa dulu dengan doktor untuk kenal pasti punca sebenar. Bila dah tau baru lah mudah untuk ambil tindakan susulan yang tepat. Sesetengah masalah seperti uterine fibroid, PCOS, imperforate hymen dan Asherman’s syndrome memerlukan rawatan perubatan pakar untuk memperbetulkan keadaan.

Bagi kawan-kawan yang tiada masalah serius, tips di bawah mungkin dapat membantu:


1. Jaga pemakanan dan amalkan diet seimbang

Elakkan makanan berlemak dan makan secara seimbang supaya badan mendapat cukup nutrien dan boleh berfungsi dengan normal.

2. Kawal berat badan dan kekalkan berat badan yang sihat 

Elakkan kenaikan ataupun penurunan berat badan mendadak.

3. Amalkan gaya hidup sihat 

Bersenam adalah baik untuk kesihatan. Bersenam membantu tubuh berfungsi dengan lebih optimum. Tapi elakkan senaman yang melampau dan berlebihan sebab badan perlukan rehat yang cukup.

4. Elakkan stress 

Hiduplah secara seimbang. Uruskan kerjaya, keluarga, pelajaran dan sebagainya dengan sama rata. Dalam masa sama perlu nikmati hidup supaya diri rasa gembira dan hidup lebih bermakna.

5. Ambil ubat ikut jadual 

Sekiranya ada mengambil ubat pencegah kehamilan, pastikan ambil secara konsisten mengikut jadual dan dos yang sepatutnya.

6. Ambil supplement yang berasaskan gamma linolenic acid (GLA) 

GLA dapat membantu menstabilkan dan memperbaiki paras hormon dalam badan dan seterusnya menggalakkan haid berjalan lancar.

GLA Complex Shaklee Membantu Melancarkan Haid

Kebanyakan produk GLA dipasaran dihasilkan daripada Evening Primrose Oil (EPO). Tapi GLA Complex Shaklee diekstrak daripada borage yang mana kelebihannya ialah mengandungi 2 kali ganda GLA berbanding EPO. Borage juga adalah 3 kali ganda lebih dari segi bioavailabiliti dan 3 kali lebih berkesan berbanding EPO! GLA Shaklee digabungkan dengan minyak bunga matahari dan vitamin E supaya lebih berkesan.


GLA Complex 3 kali ganda lebih berkesan berbanding supplement EPO.


Kebaikan Dan Manfaat GLA Complex

Bagaimana GLA Complex membantu memperbaiki dan melancarkan haid? GLA Complex kaya dengan asid lemak Omega 6. Asid lemak ini adalah apa yang diperlukan oleh tubuh wanita untuk merawat masalah haid ini. Antara fungsi utama GLA Complex ialah:

1. Mengawal selia estrogen dan testosteron – GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon lelaki dan wanita, memperbaiki simptom PMS seperti abdominal cramp, mood swing, payudara sakit dan berdenyut.

2. Melambatkan menopause – Memperbaiki keadaan menopause seperti hot flashes, insomnia, ketidakhadaman, tekanan. Pengambilan jangka panjang melambatkan penuaan, membantu mengetatkan uterus, mengekalkan bentuk uterus dan kulit kelihatan lebih muda.

Selain itu, faedah lain yang boleh didapati dengan mengamalkan GLA Complex ialah:

3. Memperbaiki masalah prostatomegaly

4. Menentang pertumbuhan sel tumor dan kanser

5. Menghalang komplikasi diabetes

6. Membantu pelangsingan dan mengelakkan pertambahan berat badan

7. Menghalang tekanan darah tinggi

8. Memperbaiki tekstur rambut

9. Memperbaiki inflamasi kulit

Kesan Haid Tidak Teratur 

Haid tak teratur boleh memberikan kesan yang tak baik kepada sistem tubuh badan normal seorang wanita. Apatah lagi untuk jangka panjang mesti akan memberikan kesan kepada kesihatan. Tak mustahil juga boleh mengganggu hubungan suami isteri. Antara akibat daripada period tak stabil ni ialah:

1. Kemandulan

Period tak stabil boleh jadi tanda adalah masalah yang serius. Rawatan yang lambat boleh memburukkan lagi keadaan dan merosakkan sistem peranakan dan rahim wanita. Contohnya masalah cyst kronik pada saluran tiub fallopio boleh menyebabkan tiub terpaksa dibuang.

2. Ketidaksuburan dan susah hamil

Impian setiap wanita dan pasangan yang dah berkahwin adalah ingin mendapatkan anak sebagai zuriat sendiri. Tapi masalah period boleh mengganggu kesuburan dan peluang untuk hamil jadi sukar.

3. Masalah kesihatan seperti anemia

Haid tidak teratur juga boleh menyebabkan haid berpanjangan. Ini menyebabkan kehilangan darah yang banyak. Badan jadi lemah dan mudah pengsan.

Ada banyak lagi kesan akibat masalah irregular period ini. Sebaiknya bertindaklah daripada awal sebelum keadaan jadi lebih teruk. GLA Complex adalah supplement terbaik yang dapat membantu memperbaiki masalah ini. Walaupun masalah tak serius, sebaiknya cegah sebelum parah. Lebih baik mengambil makanan tambahan terlebih dahulu daripada terpaksa bergantung dengan ubat-ubatan dikemudian hari.
 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/       
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com 


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive