Wednesday, September 21, 2016

Tips Suri Rumah Urus Bisnes Online

Saya Suri Rumah Bisnes Online Shaklee



1. Mulakan Hari Kita Sama Atau Lebih Awal Seperti Kita Bekerja Di Pejabat

Bangun lebih awal sebelum anak-anak bangun, mandi, siapkan sarapan dan makanan tengahari sekali bagi menyenangkan kita nanti. Pakai pakaian yang kemas serta tetapkan pemikiran positif di awal waktu

2. Memiliki Ruang Untuk Mini Pejabat

Paling tak ada ruang pun di rumah pilih la satu sudut terpencil di penjuru dinding untuk diletakkan barang peribadi keperluan berniaga kita seperti komputer, mesin pencetak, telefon, fail, resit pos laju dan lain-lain lagi. Korang boleh la hias-hias skit sudut tu bagi menarik skit. Kan lagi menarik mood kita untuk memulakan kerja.

Pesan pada anak-anak bahawa itu adalah barang ibu dan tidak boleh bermain di situ. Kalau anak-anak masih kecil susun semua barang tersebut di atas meja yang tidak terjangkau oleh mereka.

3. Perancangan Awal Mengikut Keutamaan

Susun atur kerja kita mengikut keutamaan. Lakukan kerja mengikut tarikh terpenting dahulu seperti menyiapkan resit pos dan pembungkusan barang yang perlu dihantar segera. Sekiranya korang mempromosikan barang melalui blog maka wajib didahulukan untuk mengupdate apa-apa status terkini di blog dan FB dahulu.

4. Fokus

Bekerja online tak semestinya kita perlu menghadap FB, Instagram, Twitter atau blog 24 jam sehari. Cukup sekadar tetapkan masa 1-2 jam sehari untuk mempromosi tetapi perlu kekal fokus selama waktu ‘bekerja’ itu. Janganlah pulak kita melayan chatting di FB, melayari web-web tak berfaedah seperti gosip, cerita artis dan macam-macam lagilah. Kekalkan fokus korang okay!

5. Melakukan Kerja Rumah Bersama Anak-Anak

Apa yang saya lakukan adalah semasa anak-anak tidur adalah waktu terbaik untuk ‘online bisness’. Apabila mereka sudah bangun maka saya menguruskan kerja-kerja rumah bersama-sama mereka seperti melipat kain, menyidai pakaian dan mengemas rumah. 

Memasak pulak saya cuba siapkan makanan lebih awal sebelum mereka bangun pagi lagi. Jadinya kerja-kerja rumah tidak menjadi satu masalah kerana yang penting makanan mereka dan keluarga sudah siap untuk dihidangkan.

Percaya tak korang bahawa kita golongan ibu-ibu ni adalah golongan yang paling istimewa sekali kerana apa? Sebab utama adalah kita mampu melakukan banyak perkara dalam satu-satu masa. Kita ni hebat tau! Patut kita bangga dengan diri sendiri dan jangan sesekali cepat mengalah dengan kepenatan diri dan stress di rumah. Kan ke tangan yang membuai itu mampu menggoncang dunia!


Pengedar Shaklee Sungai Petani

soffiah shariff
013-4505852

#tsunamishaklee
#tsteam3
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive