Wednesday, November 23, 2016

Vivix Dengan Mekanisme Menghalang Pembentukan AGE Protein

Apakah AGE

AGE merupakan singkatan dari Advanced Glycation EndProducts, zat ini dibentuk dari gula dan protein berlebihan yang saling terikat. AGEs berasal dari 2 sumber dari makanan yang kita makan dan boleh juga dikeluarkan oleh tubuh. Jika kita makan makanan dengan kadar gula tinggi (Glycemic index/indeks Glisemik yang tinggi), maka ia dapat memberikan petanda kemunculan AGE.

Pembetukan AGE

AGEs terbentuk di luar dan di dalam badan. Secara khusus, ia berpunca daripada tindak balas glycation, yang merujuk kepada penambahan karbohidrat kepada protein tanpa penglibatan enzim.
Glukosa boleh bergabung dengan protein dalam proses yang dipanggil glycation, menjadikan sel-sel lebih keras, kurang mudah dibentuk dan lebih tertakluk kepada kerosakan dan penuaan pra-matang. Di luar badan, AGEs boleh dibentuk oleh pemanasan (contohnya, memasak).

Pembentukan AGE dirangsang oleh komponen seperti:
  • Stress Penyakit
  • Kesakitan
  • Tidur yang tidak cukup
  • Gaya hidup yang tidak baik (merokok)
  • Sinar matahari berlebihan

AGE Penyebab Penyakit Kronik

Walaupun masih ada banyak soalan yang tidak terjawab mengenai AGE, yang pasti pembentukan AGE menjadi lebih ketara apabila protein terdedah kepada gula. Oleh kerana pembentukan AGE mengambil masa yang lama, ia tidak sempat terkesan kepada protein yang jangka hayatnya lebih singkat.

Protein yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang seperti kolagen pada kulit, myelin dalam saraf, otak, mata, dan sel-sel telinga nampaknya terkesan disebabkan AGE. Ini kerana protein jenis ini berinteraksi secara semula jadi dengan lebih banyak gula dan untuk tempoh yang lebih lama menjadikan mereka lebih cenderung untuk menjalani proses glycation.

Bagaimana AGE boleh menyebabkan penyakit?

Apabila badan terkandung banyak protein AGE, sel akan menjadi tepu akhirnya banyak penyakit tersekat dan terkumpul. Contoh penyakit disebabkan oleh protein AGE adalah
  • menyekat saluran jantung yang menyebabkan serangan jantung, darah tinggi dan strok
  • merencatkan fungsi pancreas dan seterusnya menyebabkan peningkatan kadar gula dalam darah dan menyebabkan diabetes
  • mempercepatkan penuaan kulit dan menyebabkan kulit berkedut dan kendur
Secara ringkasnya protein AGE menghalang dan menyekat fungsi sel yang normal. Semakin banyak timbunan protein AGE semakin tinggi tubuh terdedah kepada pelbagai penyakit.

Berikut adalah beberapa kesan AGE:

1. Diabetes jenis II

Kerosakan sel beta dalam pankreas. Pesakit kencing manis mempunyai lebih banyak gula dalam darah mereka yang membolehkan lebih banyak peluang kepada glycation berlaku

2. Kerosakan kolagen kulit

Sambungan silang protein kolagen menjadi kurang elastik dan lebih menyebabkan kulit cepat mengalami kedutan.

3. Kerosakan kepada sendi

Sambungan silang protein kolagen sekitar sendi juga menjadikan sendi kurang fleksibel dan tisu tulang lebih rapuh.

4. Penyakit kardiovaskular

AGE menjadikan permukaan LDL, “kolesterol jahat”, lebih kasar dan menyebabkannya lebih cenderung untuk melekat pada dinding arteri. Kerosakan kolagen dalam dinding saluran darah boleh menyebabkan tekanan darah meningkat atau melemahkan dinding yang boleh membawa kepada aneurisms.

5. Penyakit alzheimer

Protein amiloid yang menyebabkan penyakit Alzheimers, merupakan produk sampingan dari proses pembentukan AGE.

6. Sistem saraf

Jika AGE bertindak terus ke atas pelindung sel saraf, pelindung sel (myelin) akan merosot dan memperlahan inpuls saraf. Ini akan mengakibatkan kehilangan deria pendengaran dan penglihatan (juga masalah katarak).

Vivix Menghalang Pembentukan AGE Protein

Jadi untuk menghalang atau melambatkan penghasilan AGE ini, para ahli saintis telah menjumpai bahan yang boleh membantu melambatkan penghasilan AGE didalam tubuh badan kita iaitu POLIFENOL

Apakah Polifenol

Polifenol adalah sekumpulan fitokimia atau fitonutrien yang terdapat pada tumbuh-tumbuhan dan berpotensi untuk memberikan kebaikan antioksidan dan anti-penuaan sel. Malah, penemuan terbaru melaporkan bahawa polifenol boleh mendatangkan pelbagai kesan biologi yang konsisten dalam menyokong dan menambah baik kesihatan manusia.

VIVIX mengandungi ramuan polifenol dan resveratrol yang telah dibuktikan dalam ujian makmal memberi kesan positif terhadap empat mekanisma utama dalam penuaan sel dan dengan itu ia bertindak lebih dari sekadar memberi sokongan antioksidan.

 
VIVIX juga telah terbukti secara saintifik mampu mengurangkan AGE yang mana memberi impak kepada penyakit yang kronik Malahan kandungan dalam VIVIX mempunyai 10X lebih kuat dari RESVERATROL.

Vivix halang pembentukan protein AGE

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.   
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.comasty

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 


Share:

Monday, November 21, 2016

Rawatan Jantung Tersumbat Angioplasty Atau Bypass???



Penyakit arteri koronari atau penyakit jantung koronari adalah keadaan terdapat pembentukan plak di dalam arteri koronari. Fungsi utama arteri adalah untuk membekalkan oksigen kepada otot jantung.

Antara faktor yang boleh menyebabkan penyakit arteri koronari termasuk kadar kolesterol dalam darah yang tinggi, obesiti, darah tinggi, sindrom metabolik, merokok, kurang bersenam, kerintangan insulin, pemakanan tidak sihat, kencing manis dan usia lanjut.

Hari ini, jumlah pesakit yang mengalami penyakit jantung di Malaysia menunjukkan statistik yang kian membimbangkan. Bagaimanapun, rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega dengan adanya pelbagai pilihan bagi rawatan jantung di hospital.

Kaedah rawatan bagi penyakit ini termasuk ubat-ubatan, pembedahan pintasan arteri koronari, angioplasti koronari Perkutaneus (PTCA), PTCA dengan penempatan gegelung besi (stent), PTCA menggunakan stent disaluti ubat serta PTCA dengan penempatan belon.

Apa tu Angioplasty ?

Dari segi bahasanya Angio adalah saluran atau pembuluh darah dan manakala plasty adalah satu proses atau kaedah untuk membaik pulihnya dari tersumbat. Jadi Angioplasty adalah satu kaedah pembedahan bagi membaikpulih pembuluh darah sama ada dengan mengembangkan tip-pembelonan bagi membesarkan saluran darah terbabit atau membina semula atau menggantikan sebahagian darinya.

Kenapa pula kena lakukan Angioplasty?

Belon dikembangkan terlebih
dahulu diikuti dengan besi tersebut
Angioplasty perlu dilakukan apabila seseorang itu telah didapati mengalami saluran darah yang tersumbat akibat timbunan lelemak atau kolesterol. Kaedah ini digunakan bgi membuka semula saluran yang tersumbat dengan mengembangkan belon dibahagian yang terbabit dan jika keadaan agak parah, maka satu kaedah yang dipanggil "stenting" atau kerangka besi yang bertindak sebagai sokongan bagi mengekalkankan saluran darah akan sentiasa terbuka untuk satu jangkamasa tertentu.

Inilah besi yang dimasukkan
0.4mmx38mm

beginilah kedudukan besi
tersebut lepas diletakkan

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan angioplasti adalah memasukkan kerangka besi yang halus di dalam saluran darah utama yang ke jantung bagi mengatasi saluran yang mengecil. Angioplasti digunakan bagi kes yang tidak memerlukan pembedahan pintas (by-pass).

Rawatan Kaedah Pintasan Jantung ( Bypass)

“Biasanya jika saluran pembuluh darah itu melibatkan banyak tempat yang tersumbat ataupun saluran itu kritikal, ia tidak sesuai dirawat dengan angioplasti, namun pembedahan pintasan koronari akan disarankan.

Dalam pada itu, ada kemungkinan untuk seseorang pesakit yang telah menjalani pembedahan koronari mengalami semula koronari jantung tersumbat.

Kalau saluran darah jantung yang asal boleh tersumbat, maka kemungkinan saluran darah pintasan juga boleh tersumbat sekiranya pesakit tidak mengawal risiko-risiko yang ada padanya seperti darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi dan sebagainya.

Sebab itulah berlaku pembedahan pintasan jantung kedua atau ketiga, bergantung kepada usia serta keadaan pesakit.  Manakala faktor risiko yang mengundang kepadanya ialah kencing manis, darah tinggi, kolesterol dan merokok.”

Oleh itu, jika faktor-faktor risiko ini dielakkan, ketahanan saluran darah baru itu adalah lebih lama.

Kebiasaannya, pintasan koronari daripada vena, daya tahannya adalah sekitar lapan hingga 12 tahun, arteri lengan pula 10 hingga 15 tahun dan arteri bawah tulang dada lebih daripada 15 tahun.

Mengambil kira daya tahan dan tempoh masa itu, apa yang cuba disampaikan ialah jika pesakit itu menjalani pembedahan pertama pada usia 40 tahun, beliau akan menjalaninya sekali lagi pada usia sekitar 50 hingga 60 tahun, dan kemungkinan pembedahan kali ketiga pada usia lewat 70-an, sekiranya masih hidup.

Akhirnya Ayah Mertua Tak Perlu Lalui Bypass Jantung


Awal bulan lepas ayah mertua dimasukkan ke hospital dan doktor bagi tahu serangan jantung pertama dan ada salur darah tersumbat. Jadi kena refer ke IJN. Pagi semalam buat pemeriksaan di IJN nak tengok berapa salur darah tersumbat. Sama ada kena masuk belon/angioplasty atau terus kena buat pintasan jantung/bypass.

Alhamdulillah petang doktor sahkan salur darah dah tak tersumbat. Jadi ayah boleh balik rumah. Apa yang kami ikhtiarkan adalah berikan ayah amalkan Set Kesihatan Jantung merangkumi Phytocol-ST, Omega Guard, CoQ Health dan Vivix. Memang niat supaya ‘clot’ di salur darah tersumbat tu hilang secara semulajadi. -Aimi Syairah

* ini adalah berdasarkan pengalaman pengguna sendiri.

Bagaimana Resveratrol Dalam Vivix Membantu Salur Darah Tersumbat Pada Jantung Hilang?

Dari Sumber http://www.webmd.com/

Resveratrol helps reduce inflammation, prevents the oxidation of LDL "bad" cholesterol, and makes it more difficult for platelets to stick together and form the clots that can lead to a heart attack.




Resevratrol berperanan dalam meningkatkan tahap ‘kolesterol baik’ dan melindungi dari kerosakan arteri, sekaligus menjaga kesihatan jantung.





Adakah Minum VIVIX Tidak perlu Buat Bypass Atau Pembedahan Jantung?

Apapun anda dinasihatkan untuk membuat pemeriksaan Pakar Jantung. Check sama ada keadaan anda masih ok atau kritikal. Vivix membantu memberi nutrisi pada badan dimana saluran jantung tersumbat disebabkan kolesterol .

Sekiranya anda sudah membuat pembedahan jantung atau bypass, anda lebih memerlukan VIVIX. Ini kerana badan anda perlu lebih nutrisi untuk mempercepatkan proses penyembuhan. Selepas pembedahan, sistem antibodi, imunisasi badan lemah. Lagi mudah di jangkiti kuman atau penyakit lain jika anda tidak ambil nutrisi yang badan perlukan.

Kepada yang mempunyai masalah jantung, anda boleh cuba vivix. Nak sihat itu mahal, tapi sakit lagi mahal. Sekali terkena serangan jantung, anda mungkin sudah terlambat. Tidak salah berikhtiar sebelum terkena.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.   
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.comasty

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

Sunday, November 20, 2016

Kesan Tanda Awal Penyakit Kronik Dengan Ujian Kesihatan

Apa itu ujian darah ?

Ternyata ujian darah mempunyai banyak manfaat penting buat tubuh. Ia bukan sekadar sebagai penyukat tahap kolesterol atau diabetis sahaja.Para doktor banyak bergantung pada ujian darah untuk membuat diagnosis akan sesuatu penyakit. Darah boleh digunakan untuk menilai keadaan dan fungsi sesuatu organ lain tanpa perlu mengambil tisu organ tersebut.

Namun, kebanyakan rakyat Malaysia sangat takut hendak menjalani ujian darah, kerana bimbang jika keputusan menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu.

Tanggapan ini tidak bagus kerana jika penyakit dapat dikesan awal, peluang untuk anda sembuh jauh lebih baik kerana negara kita mempunyai sistem rawatan yang terbaik dan moden. 

Berdasarkan saranan pakar perubatan, ujian darah bolehlah dilakukan sekali bagi setiap 6 bulan.

Apakah yang dilakukan dalam ujian darah?

Ia dilakukan untuk mengetahui kiraan darah keseluruhan, paras gula (glukosa), kandungan lipid (kolesterol), fungsi hati dan buah pinggang.

1. Kiraan Darah Keseluruhan

Dalam ujian ini, tiga perkara diukur iaitu kiraan sel darah merah, sel darah putih dan platelet. Ujian ini penting untuk mengetahui kiraan sel darah merah (terutama hemoglobin) yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh organ dan badan.

Ia juga penting kerana ramai orang, terutama wanita yang mengalami masalah anemia (kurang sel darah merah), tidak menyedarinya. Bagi individu anemia, keadaan boleh menjadi lebih buruk jika mereka tidak mendapat makanan berkhasiat dan ketika haid.

Pada masa sama, kiraan sel darah putih juga dilakukan. Sel darah putih sangat penting. Ia sistem perlindungan badan untuk melawan jangkitan dan penyakit. Manakala platelet pula berfungsi membantu proses pembekuan darah.

Jika kiraan sel darah merah tinggi, bermakna seseorang itu mengalami jangkitan bakteria dan jika jumlahnya rendah, ia menandakan individu berkenaan mendapat jangkitan virus. Biasanya pesakit yang diserang demam denggi menunjukkan paras platelet yang rendah.

2.Paras gula (glukos)


Untuk ujian ini anda perlu berpuasa selama 10 jam bermula dari jam 10 malam. Paras gula dalam darah yang normal ialah kurang daripada 5.6 milimol/liter. Jika keputusan anda menunjukkan lebih 7 milimol/liter, ia menandakan anda menghidap kencing manis.

Paras antara 5.6 hingga 6.9 menunjukkan seseorang itu berisiko dan berpotensi mendapat kencing manis dalam masa terdekat jika langkah penjagaan tidak diambil segera.

Bagaimanapun, ada juga ujian glukos yang dilakukan secara rawak iaitu tidak perlu berpuasa. Untuk keadaan begini, paras yang normal ialah kurang daripada 7.8 milimol/liter dan anda dikategorikan sebagai penghidap kencing manis jika melebihi 11 milimol/liter.


3.Profil kolesterol

Ujian ini juga memerlukan anda berpuasa 10 jam. Empat perkara diukur dalam ujian ini iaitu:

Paras kolesterol keseluruhan — mesti kurang daripada 5.2 milimol/liter. Bagaimanapun, menurut Dr Abdul Malik, ukuran ini tidak penting kerana ia mencampurkan ukuran paras kolesterol baik (HDL) dan buruk (LDL).

Jika paras HDL dan LDL sama-sama tinggi, ukuran keseluruhan kolesterol akan menjadi tinggi. Sebaliknya jika paras HDL tinggi, LDL sederhana — ia juga boleh memberi bacaan yang tinggi. Justeru, kita perlu melihat kepada pecahan ukuran kolesterol seseorang.

Paras HDL yang normal ialah lebih 1.3 milimol/liter (bagi lelaki) dan 1 milimol/liter bagi wanita.

Paras LDL pula sedikit berbeza mengikut tahap kesihatan seseorang. Bagi individu normal, paras LDL mesti kurang daripada 3.4 milimol/liter. Jika seseorang itu menghidap kencing manis, tahap LDL normal ialah kurang daripada 2.6 milimol/liter.

Jika dia menghidap kencing manis dan mempunyai masalah jantung (termasuk pernah mengalami serangan jantung, menjalani angioplasti atau pembedahan pintasan jantung), paras LDL mesti kurang daripada 1.8 milimol/liter.

Ukuran trigeliserida (kolesterol jenis minyak) yang normal pula perlu kurang daripada 1.7 milimol/liter. Untuk penentuan tahap trigliserida ini, seseorang itu perlu berpuasa kerana parasnya akan berubah menjadi tinggi jika banyak makanan makanan berlemak. Ini sebabnya kita tidak digalakkan menjalani ujian ini jika anda banyak menghadiri kenduri.

4. Ujian fungsi hati

Antara perkara yang diperhatikan dalam ujian ini ialah paras protein (albumin), bilirubin dan beberapa enzim hati seperti ALT, AST dan GGT. Paras bilirubin diukur untuk mengetahui seseorang itu mempunyai cukup ‘bahan’ untuk menghasilkan sel darah baru.

Paras enzim hati akan meningkat jika seseorang itu mengalami jangkitan virus Hepatitis A, B dan C; minum banyak minuman beralkohol, pengambilan ubat dan masalah hati berlemak.

“Masalah hati berlemak perlu diberi perhatian serius kerana ia boleh menyebabkan kerosakan hati. Empat faktor boleh menyebabkan masalah hati berlemak iaitu kencing manis, tekanan darah tinggi, paras kolesterol tinggi dan berlebihan berat badan atau obesiti.

“Ia menjadi masalah di seluruh dunia, termasuk di negara kita, dengan peningkatan jumlah penduduk yang gemuk dan terlalu gemuk, termasuk di kalangan kanak-kanak.

“Masalahnya, ramai tidak menyedari kerana ia tidak mempunyai gejala. Namun kita boleh membuat andaian seseorang itu ada masalah ini jika dia gemuk atau terlalu gemuk,” kata Dr Abdul Malik.
Fungsi buah pinggang (Profil renal)

Ukuran elektrolit (garam galian darah) seperti sodium, potassium, klorida, kalsium dan fosfat akan diambil. Ia untuk menentukan seseorang itu mempunyai cukup garam galian dalam badan.

Ujian ini juga menguji kehadiran urea dan kreatinin untuk mengetahui fungsi penapisan yang dilakukan buah pinggang. Tahap kreatinin yang normal ialah antara 110 hingga 130 milimol/liter iaitu 110 milimol/liter bagi wanita dan 130 milimol/liter (lelaki). Seseorang itu perlu menjalani dialisis jika paras kreatinin berada antara 800 hingga 900 milimol/liter.

Jika paras kreatinin melebihi 130 milimol/liter, bermakna dua pertiga (67 peratus) fungsi buah pinggang sudah rosak. Secara semula jadi, fungsi buah pinggang merosot dengan peningkatan umur. Maknanya semakin tua, paras kreatinin bertambah.

“Kemerosotan buah pinggang adalah perkara serius kerana peningkatan paras kreatinin daripada 130 ke 800 milimol/liter boleh berlaku dalam masa singkat. Tanpa penjagaan rapi, dalam masa beberapa tahun kerosakan buah pinggang sepenuhnya boleh berlaku.

“Dua punca boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang iaitu kencing manis dan tekanan darah tinggi. Hampir 90 peratus kerosakan buah pinggang disebabkan dua penyakit ini, manakala 10 peratus lagi berpunca daripada masalah buah pinggang itu sendiri,” katanya.

Ujian Air Kencing

Ujian air kencing untuk menentukan penyakit kencing manis adalah sangat tidak tepat. Sebaliknya, ujian air kencing digunakan bagi mengukur tiga elemen iaitu:

a. Kehadiran protein (albumin) 

Menandakan penyakit atau kerosakan buah pinggang. Kehadiran protein menunjukkan buah pinggang seseorang itu menjalani proses kerosakan yang berterusan.

b. Kehadiran darah dalam air kencing. 

Ia memberi petanda seseorang itu mempunyai masalah batu karang, penyakit atau kanser buah pinggang atau kanser pada saluran kencing. Kadangkala penyelidik boleh mengesan kehadiran kristal dalam air kencing yang menandakan jenis batu karang dihidapi pesakit

c. Seseorang itu mengalami jangkitan saluran kencing 

Jika air kencingnya berdasarkan kiraan sel darah merah dan nilai asid nitrik.

Ujian Tekanan

Ia terbahagi kepada ukuran elektrokardiogram (ECG) ketika rehat, ECG bersenam dan ujian sinar-x dada. ECG bertujuan mengesan degupan jantung yang tidak normal. ECG bersenam dilakukan untuk mengesan jika ada berlaku kekurangan bekalan darah ke jantung atau aliran darah tersekat pada arteri koronari (iaitu saluran darah yang membawa darah ke jantung).

Jika keputusan tidak normal, pesakit dinasihatkan menjalani ujian lanjutan, sama ada imbasan CT atau angiogram bagi mengetahui masalah sebenar.

Manakala ujian sinar-X pula untuk melihat kehadiran penyakit pada paru-paru, jantung dan tulang rusuk. Ia juga untuk melihat ketidaknormalan bentuk dan saiz jantung; sebarang perubahan pada paru-paru, kehadiran cecair atau keradangan paru-paru.

Ujian tambahan bagi wanita

Untuk wanita, ada dua lagi ujian tambahan yang ‘wajib’ iaitu imbasan bunyi (bagi wanita di bawah 40 tahun) atau mamogram (untuk wanita melebihi 40 tahun) bagi mengesan kanser payudara. Mereka juga perlu menjalani ujian Pap Smear untuk mengesan kanser serviks.

Ujian Penanda Kanser

“Ketepatan ujian ini masih diperdebatkan. Bagaimanapun, ada yang tepat terutama untuk kanser usus, pankreas, hati, uterus, prostat dan ovari. Bincang dengan doktor anda sama ada ujian saringan penanda kanser ini perlu atau tidak.

Ramai orang takut hendak menjalani saringan kesihatan, bimbang jika keputusan menunjukkan mereka menghidap penyakit tertentu. Ini anggapan yang silap kerana jika penyakit dapat dikesan awal, peluang untuk sembuh jauh lebih baik kerana negara kita mempunyai sistem rawatan yang terbaik dan moden.

Jika dikesan awal, kos rawatan jauh lebih murah. Jangan biarkan kebimbangan ini menjadi penghalang. Kos saringan kesihatan juga tidak mahal dan anggaplah ia pelaburan yang bermanfaat, terutama untuk mengecap kehidupan lebih baik.


Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua.  

Jika berminat Untuk mendapatkan Produk Shaklee Anda bolehlah hubungi saya: 
SMS/whatapps: 013-4505852  (soffiah)
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Share:

Saturday, November 19, 2016

Cacing Kerawit Bersarang Di Kemaluan Wanita


Puan Siti (bukan nama sebenar) berusia 45 tahun. Beliau telah mengalami masalah kegatalan pada bahagian kemaluan sejak sekian lama dan setelah puas berikhtiar mencari penawar ,namun nasib masih belum menyebelahinya apabila kegatalan itu masih terus dialaminya lebih-lebih lagi diwaktu malam.Akibat dari itu,tidur malam sering terganggu dan sehingga menjadi tekanan sewaktu menjalani kehidupan seharian.Apa sebenarnya berlaku pada beliau.

Kenali Apa itu Cacing Kerawit?

Cacing kerawit adalah cacing kecil halus seperti benang atau berbentuk seperti parutan kelapa, berwarna putih dengan panjang sekitar 3-5 mm untuk cancing jantan & sekitar 8-13mm utk betina.Cacing kerawit akan merayap keluar menuju dubur hingga membuatkan rasa gatal. Apabila di garu pula ia akan melekat di hujung kuku dan jika tidak membasuh tangan sebelum makan ianya boleh memasuki mulut ketika makan.

Jangkitan cacing kerawit biasanya tidak menyebabkan keadaan perubatan yang serius. Walau bagaimanapun, kadang-kadang cacing itu akan meningkat dari kawasan dubur yang membawa kepada faraj, rahim, tiub fallopio, dan organ-organ yang di sekeliling pinggul. Jika ini berlaku, pesakit akan diancam oleh beberapa komplikasi seperti keradangan vagina (vaginitis) dan keradangan pada selaput rahim (endometritis).

Antara gejala dan tanda-tandanya:

Tanda-tanda lazim sering berasa gatal di sekitar dubur dan faraj pada waktu malam. Gatal-gatal ini disebabkan oleh aktiviti daripada pinworms apabila meletakkan telur mereka. Jika keadaan makin serius tanda-tanda lain adalah

  • Kencing malam.
  • Hilang selera makan.
  • Masalah untuk tidur atau tinggal tidur (insomnia).
  • berat badan dikurangkan.
  • Jangkitan kulit di sekitar dubur.
  • sakit perut dan loya.
Adalah satu kesilapan jika menganggap cacing hanya bersarang didubur,kajian pakar parasitologi dari beberapa universiti mendapati cacing kerawit juga boleh bersarang dikemaluan wanita.

Bagaimana cacing kerawit boleh memasuki kemaluan wanita?

Cacing Kerawit biasanya menjangkiti seseorang selepas dia menelan telur cacing tersebut. Malah, telur ini boleh dimakan selepas sedutan pertama.

Cacing kerawit boleh meletakkan beribu-ribu telur sekitar dubur atau faraj. Semasa proses meletakkan telur, cacing kerawit betina juga akan mengeluarkan lendir yang menyebabkan pesakit berasa gatal. kesan kegatalan akan menyebabkan seorang wanita akan menggaru atau mengelap dubur atau faraj. 
Secara tidak sengaja perbuatan ini tanpa disedari boleh menyebabkan cacing kerawit tersebar masuk kedalam kemaluan. Malahan akibat menggaru juga hingga timbul kemerahan pada kemaluan, iritasi, atau rasa pedih.

Punca Jangkitan cacing kerawit

Telur cacing kerawit boleh hidup selama dua minggu dan boleh bergerak ke atas apa-apa objek yang disentuh seperti:
  • cadar dan sarung bantal.
  • Tuala.
  • Kanak-kanak mainan.
  • peralatan dapur.
  • Berus gigi.
  • kelengkapan rumah.
  • dapur permukaan atau bilik mandi.

Rawatan dan Pencegahan cacing kerawit

 
Selain penyediaan ubat-ubatan, pesakit juga perlu menjaga kebersihan untuk mencegah jangkitan cacing kerawit daripada berulang. Beberapa amalan kebersihan yang baik, antara lain:
  • Elakkan daripada menggunakan tuala orang lain.
  • Basuh semua pakaian, linen katil, tuala, dan mainan.
  • Membersihkan debu di seluruh rumah.
  • Membersihkan bilik mandi dan dapur.
  • Mengelakkan gegaran yang tercemar dengan telur cacing kerawit.
  • Elakkan makan di dalam bilik tidur.
  • Pastikan kuku anda sentiasa pendek.
  • Mengajar kanak-kanak tidak untuk kuku menggigit dan menghisap ibu jari.
  • Mandi setiap hari

Detox Parasit Buat Cacing Keluar


Sekiranya anda berminat Untuk mendapatkan Produk Shaklee Anda bolehlah hubungi saya, dengan setiap pembelian roduk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsaltansi secara percuma. 

SMS/whatapps: 013-4505852  (soffiah)  
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Friday, November 18, 2016

5 Tanda Amaran Penyakit Diabetes Jenis Kedua ( II )



Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah dengan mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat sama ada semut menghurungi tempat tersebut.

Penyakit kencing manis ataupun Diabetes melitus, merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hiperglisemia (tinggi kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai diabetes jenis pertama dan kedua namun artikel ini hanya akan memfokuskan kepada diabetes jenis kedua.
  1. Diabetes jenis pertama (I) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis I dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semula jadi oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin dari luar untuk pengawalan tahap glukosa darah. 

  2. Diabetes jenis kedua (II) boleh disebabkan oleh kerintangan insulin (penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin) dan/atau penghasilan insulin yang berkurangan. Diabetes jenis II, oleh kerana masih mempunyai sedikit sebanyak insulin dari pankreas, boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan/suapan ( suntikan insulin diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan samping serius kepada pesakit).

5 Tanda Amaran Diabetes Jenis Kedua (II) :

  1. Sering merasa haus- Rasa haus yang meningkat boleh di iringi simtom lain seperti kerap kencing,rasa lapar yang luarbiasa, mulut kering , dan turun atau naik berat badan. 

  2. Sakit kepala,merasa sering keletihan dan penglihatan menjadi kabur.  

  3. Jangkitan biasa dan kudis yang mengambil masa lama untuk sembuh. Kemungkinan lain termasuk jangkitan yis yang kerap atau jangkitan saluran kencing serta kegatalan kulit.  

  4. Masalah seksual - Masalah ini boleh berlaku bagi penghidap diabetes jenis kedua,ini disebabkan ia boleh merosakkan saluran darah dan saraf organ seks, deria rasa yang berkurangan juga boleh berlaku serta kesukaran mencapai orgasm. 

  5. Kekeringan faraj bagi wanita dan mati pucuk bagi lelaki adalah antara komplikasi lain.Statistik mengunjurkan antara 35% dan 70% daripada lelaki dengan diabetes jenis kedua akan akhirnya mengalami mati pucuk. Statistik bagi wanita pula menunjukkan lebih kurang satu pertiga daripada wanita dengan diabetes jenis kedua akan mengalami salah satu fungsi kesukaran seks.


Wanita yang menghidap diabetes gestasi waktu kehamilan mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat diabetes jenis kedua di kemudian hari.Begitu juga risiko wanita yang melahirkan bayi yang lebih besar daripada biasa.Ketahanan insulin dikaitkan dengan sindrom ovari polisistik(PCOS) juga meletakkan wanita dalam keadaan berisiko lebih tinggi untuk mendapat diabetes jenis kedua.

Diabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuhkan penyakit ini namun tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara berikut:
  • Penjagaan pemakanan dan berat badan
  • Kerap bersenam
  • Pengubatan
  • Pemakanan pesakit diabetes jenis kedua seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.

Bagaimana Vivix Shaklee membantu merawat diabetes?  


Ramuan Vivix yang terdiri daripada campuran botani yang kaya dengan resveratrol dan polifenol dapat memberi manfaat kepada pesakit diabetes dengan:
  1. Memperlahankan atau mengurangkan Sindrom Resistansi Insulin (“metabolic syndrome”)
  2. Mengawal kepekatan gula dalam darah
  3. Mengelakkan kerosakan mata, menggalakkan penyembuhan luka dengan segera 
  4. Mencegah pembentukan protein AGE 
Apa tunggu lagi! Pesakit diabetis wajib mengamalkan Vivix Shaklee.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.  
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
 
Share:

Tuesday, November 15, 2016

Pencuci Wanita Penyebab Kanser Servik, Penyakit Kelamin Dan Sukar Hamil


Apa itu Pencuci Wanita

Feminine wash adalah bahan pencuci yang biasa digunakan oleh golongan wanita untuk memastikan kebersihan bahagian intim mereka. Ada juga sesetengah wanita yang menggunakan douching (mencuci saluran vagina) dengan kerap atau mungkin hampir setiap hari.

Fakta sains mendapati bahawa terdapat nilai pH yang berbeza bagi setiap bahagian tubuh manusia.Kulit dibahagian kepala, muka, kaki dan tangan mempunyai nilai pH yang berbeza antara satu sama lain. Maka kita akan mendapati produk yang berlainan bagi setiap bahagian tubuh.

Namun apa yang menyedihkan ialah masih terdapat sesetengah wanita yang terlupa tentang satu lagi pembersih yang juga berlainan pH dan memerlukan penjagaan yang lebih rapi.Sesetengah mereka hanya menggunakan sabun,gel mandian atau mencuci dengan air bersih malahan ada yang tidak mencuci langsung kawasan intim.


Jadi apakah pH yang sesuai apabila kita bercadang untuk membeli pembersih peribadi???

Kesan Penggunaan Pencuci Wanita


Selain dari pemilihan pencuci wanita yang sesuai cara penggunaan yang betul juga adalah penting. Ini kerana penggunaan pembersih ini sekadar kegunaan untuk kawasan luaran sahaja.

  • Elakkan mencuci sehingga ke dalam saluran dalam. Kesannya ia boleh menyebabkan bakteria baik yang ada dalam miss V tu mati. Jadi hal ini akan menyebabkan radangan dan iritasi kulit, sama ada rasa gatal-gatal, pedih dan masalah keputihan yang melampau.
  • Pada pasangan yang berkahwin yang inginkan anak, anda tak digalakkan menggunakan pembersih selepas mengadakan hubungan intim. Ianya akan menyukarkan anda untuk mengandung ini disebabkan pembersih tu akan membunuh sperm tu semua. 
  • Terdapat pencuci yang mengandungi antiseptik yang kuat, yang boleh menyebabkan jangkitan kulat dan bakteria kebal jika digunakan dengan kerap atau terlalu lama. Jika ini terjadi, kulat dan bakteria tersebut tidak akan bertindakbalas dengan rawatan perubatan, menjadikan ia sangat sukar untuk dielakkan dari merebak ke seluruh bahagian vagina. 
  • Penggunaan pencuci wanita juga boleh menyebabkan kedua-dua bakteria baik dan bakteria jahat terhapus. Ini akan menjadi disadvantage kerana tubuh kita memerlukan bakteria. Fakta sains mendapati hanya asid laktik yang dikeluarkan oleh bakteria baik didalam faraj menjadi benteng daripada serangan virus .Pengeluaran asid laktik berupaya mengawal naik turun persekitaran faraj bagi mengekalkan pH 3.8-4.2. Bakteria baik (normal vaginal flora) adalah perlu untuk kita mengekalkan tahap keasidan vagina yang memberi keupayaan untuk menentang sebarang jangkitan pada bahagian tersebut.
  • Terdapat beberapa kajian yang dilakukan dinegara barat telah mengesahkan bahawa pH faraj yang meningkat atas sebab pengunaan produk dengan pH yang tidak sesuai akan membuka pintu kepada jangkitan virus bahaya seperti HIV,HPV dan jangkitan kelamin.  
  • Terdapat juga bukti saintifik penggunaan pencuci wanita hanya akan menjurus kepada ketidakseimbangan dan jangkitan merbahaya seperti barah serviks,aids,herpes dan jangkitan kelamin seperti trikomonas,chlamydia dan gonorrhoea.

Tips Pemilihan Pembersih Wanita Yang Baik

  • Pastikan pembersih peribadi yang dibeli mengandungi asid laktik dan pH 3.8-4.2
  • Elakkan juga daripada menggunakan pencuci wanita yang ada bahan pewangi kerana pewangi tambahan ini biasanya diperbuat daripada phthalates (kumpulan bahan kimia yang biasanya digunakan dalam pembuatan PVC dan plastik) yang boleh menjadi punca kepada kanser dan gangguan hormon.
  • Jika anda mencari cara untuk mengekalkan kebersihan dan menghalang jangkitan, dan tidak mempunyai sebarang simptom, pilihan terbaik adalah sabun yang lembut dan air.
  • Pilih sabun tanpa pewangi (macam agak mustahil kan?) dan hypoallergenic. Ia mudah, tidak mahal dan selamat untuk digunakan setiap hari,
Kepada semua wanita yang dikasihi, setelah memahami fakta-fakta yang dijelaskan, maka mulakanlah perubahan dari hanya fokus kepada penjagaan muka,tangan dan kaki, harus pula diberi tumpuan khas kepada bahagian intim yang amat penting ini dikekalkan persekitaran yang sesuai dan seimbang.

Ketahui Kebaikan Alfalfa untuk keintiman Wanita
Jika berminat Untuk mendapatkan Produk Shaklee Anda bolehlah hubungi saya: 
SMS/whatapps: 013-4505852  (soffiah)
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Monday, November 14, 2016

Seimbangkan Hormon Estrogen Wanita Secara Semulajadi Dengan Isoflavone

 

Apa itu  ISOFLAVONE? 

Isoflavones merupakan struktur kimia yang sama dengan estrogen. Kerana kesamaan ini, isoflavones dapat mempengaruhi aktiviti estrogen kita. Tergantung dari jenis reseptor estrogen dalam sel-sel isoflavones dapat mengurangkan atau meningkatkan aktiviti estrogen. Isoflavones dapat bersaing dengan estrogen pada reseptor yang sama sehingga mengurangkan risiko kesihatan akibat daripada kelebihan estrogen.


Cara terbaik mengambil isoflavones adalah dalam bentuk soya atau makanan yang diperbuat daripada kacang soya. Soya mengandungi pelbagai macam jenis isoflavones. Kandungan tertinggi isoflavones boleh diperolehi daripada kacang soya dan tempe! So makanlah tempe selalu

Di dalam isoflavones, terdapat dua fitokimia iaitu Genistein dan Daidzen. Genistein banyak dijumpai di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan berfungsi untuk menghalang pertumbuhan salur darah baru ke sel kanser. Justeru pertumbuhan sel kanser akan terbantut disebabkan kekurangan nutrisi yang disalurkan ke dalamnya.


Ia juga memusnahkan radikal bebas dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.

Daidzen juga boleh didapati di dalam tumbuh-tumbuhan seperti kacang soya dan herba. Ia berfungsi untuk menghalang hormon penggalak atau pertumbuhan kanser dari sampai kepada sel kanser.

Isoflavone merupakan sebatian phytoestrogen yang mempunyai ciri antioksidan yang menghalang dari terjadinya kanser payudara dan kanser prostat. Phytoestrogen dalam soya melindungi tapak reseptor sel dari xenoestrogens (estrogen sintetik yang terdapat dlm pasaran) dan mana-mana sebatian estrogen yang tidak diingini.

Dalam soya memang ada isoflavone ni. Isoflavone ni mempunyai kesan estrogen yang berbeza pada sel - sel badan yang berbeza.

Soy-phytoestrogen mempunyai kesan anti estrogen yang mana ia membantu untuk mengecutkan fibroid.

Tahu tak ESP ni kaya dengan ISOFLAVONE?

Proses penghasilan ESP menggunakan air sejuk untuk mencuci kacang soya terpilih, bukan menggunakan campuran alkohol seperti kebanyakan produk komersial soya yang lain. Soya yang dicuci menggunakan air akan mengekalkan nutrisi terbaik yang ada pada soya tersebut termasuklah isoflavone.

Tidak banyak syarikat pengeluar yang menghasilkan produk berasaskan soya menggunakan kaedah pencucian dengan air kerana ia lebih tinggi kosnya. Shaklee telah memperuntukkan banyak kos untuk memberikan hasil yang terbaik dalam produk ESP nya.

Nak tahu Alfalfa jugak sejenis tumbuhan yang bersifat Phytoestrogen. Jadi tidak hairanlah bagi wanita yang mengamalkan pengambilan ESP dan Alfalfa sifat kewanitaan dan fizikal kewanitaan nyer semakin terserlah gitu terutama untuk membesar dan menegangkan payudara serta memontokkan bontot.





Jika anda berminat untuk mendapatkan ESP, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan produk dengan harga yang lebih menjimatkan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsaltansi secara percuma:-  
 

SMS/whatapps: 013-4505852(Soffiah)  Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook:Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/     
Share:

Panduan Makan Asam Untuk Ibu Hamil Supaya Kandungan Lebih Sihat!

Kenapa Wanita Hamil Mual?

Rasa mual yang dialami pada awal kehamilan membuatkan wanita hamil memikirkan alternatif untuk menghilangkannya. Ada sesetengah daripada mereka akan mengambil makanan yang masam bagi mengurangkan rasa loya tersebut.

Perasaan mual yang dialami oleh wanita hamil berbeza-beza mengikut trimester. Ada yang melalui dalam keadaan yang biasa-biasa ada pula yang mengalami mual yang teruk sehingga menyebabkan mereka tidak mampu untuk menjamah apa-apa juga makanan di dalam mulut.

Salah satu pencetus rasa mual kepada ibu hamil adalah disebabkan perubahan paras hormon estrogen dan progesteron di awal kehamilan. Perubahan hormon ini menyebabkan tubuh perlu bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan keadaan yang baru itu.

Akibatnya deria bau dan deria rasa wanita hamil menjadi lebih sensitif berbanding hari biasa. Ketika mual dialami, secara automatik wanita hamil mula mencari sesuatu untuk mengurangkan rasa mual itu akhirnya mereka cenderung untuk mengambil makanan yang masam mahupun pedas.

Boleh Ke Wanita Hamil Makan Jeruk?

Tidak salah untuk mengambil makanan masam saat hamil, namun jangan mengambilnya ketika perut masih lagi kosong. Makanan jeruk bersifat menghakis dan berisiko untuk melukai perut jika diambil ketika perut dalam keadaan kosong. Oleh itu, paksa diri untuk mengambil makanan lain sebelum mengambil jeruk misalnya nasi, roti, mi atau kuih-muih.

Sebenarnya daripada memilih jeruk untuk menghilangkan loya cuba carilah makanan yang diperbuat dari buah-buahan semula jadi berbanding jeruk yang diperam dengan bahan pengawet kerana ia mengandungi banyak kalori dan mengandungi bahan pengawet.

Wanita hamil juga boleh mengambil asam jawa, limau nipis atau lemon untuk menggantikan cuka atau jeruk buatan yang mengandungi banyak bahan pengawet. Lagipun ia mengandungi bahan kimia yang mudah menghakis perut.

Namun elakkan dari mengambilnya secara berlebihan. Sungguhpun pengambilan makanan masam tidak mengganggu pertumbuhan janin, namun ia boleh mengundang masalah kesihatan kepada ibu. Justeru ia juga mampu mengancam janin di dalam perut akibat kekurangan gizi yang seimbang.

Tip Ambil Makanan Masam

1. Rojak Buah

Tidak salah mengambil rojak buah kerana ia mengandungi vitamin, mineral, serat dan zat warna pada buah. Justeru, makan dengan buah-buahan yang disarankan.

Satu hidangan buah dengan potongan sederhana. Bagi mendapatkan kandungan gizi yang lengkap, pelbagaikan dengan jenis dan warna buah-buahan dalam rojak anda. Selain mangga muda mahupun kedondong cubalah nikmati dengan strawberi mahupun kiwi.

2. Sayuran Masam

Ia juga mengandungi vitamin, mineral, serat dan sumber protein misalnya tauhu dan kekacang. Pengambilannya sama seperti memakan buah-buahan tetapi ia perlu diambil setiap hari. Tidak salah untuk menambah sedikit cuka namun jangan dimakan terlalu kerap.

3. Acar

Ia mengandungi bahan serat, vitamin dan mineral. Oleh itu, buah dan sayuran yang akan digunakan untuk bahan acar perlu dihadkan jenisnya. Pemprosesan buah dan sayuran yang menjadi acar juga membuatkan sebahagian daripada zat makanan di dalamnya berkurangan. Justeru perlu dihadkan pengambilannya.

4. Yogurt

Ia mengandungi sumber protein, kalsium, vitamin dan lemak untuk setiap yogurt yang diambil. Ia merupakan jenis makanan ringan yang ideal untuk diambil oleh wanita hamil. Selain kandungan gizi yang lengkap, kandungan bakteria baik di dalamnya juga dapat memelihara kesihatan saluran pencernaan dan mencegah sembelit yang kerap menyerang di saat hamil. Tambahkan potongan buah di dalam yogurt untuk menikmatinya dengan lebih lazat dan berkhasiat.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Thursday, November 10, 2016

Tak Nak Jantung Tersumbat, Sila Elak Makanan Ini


Punca saluran darah di jantung tersumbat adalah kerana pemakanan yang salah. Merokok juga boleh menyebabkan masalah penyakit jantung dan dengan berhenti merokok boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

Tetapi ramai perokok yang berhenti merokok memilih untuk makan secara tidak sihat dan akhirnya menyebabkan masalah yang sama. Apabila seseorang baru berhenti merokok memang akan berlaku masalah selera makan yang tinggi dan susah dikawal.

Oleh kerana itu, amat penting untuk kita faham tentang jenis-jenis makanan yang boleh menyebabkan saluran darah jantung tersumbat.

1. Makanan yang kaya dengan gula dan manis

Punca berlakunya penyumbatan pada saluran darah jantung.
  • Gula yang didalam makanan kita akan membentuk bahan yang dipanggil AGE (Advance Glycation Endproducts) yang boleh menyebabkan masalah inflammasi atau kebengkakan (inflammation) yang dikaitkan dengan pelbagai masalah kesihatan seperti penyakit jantung dan kencing manis.
  • Gula juga menyebabkan peningkatan paras kolesterol dalam darah yang menyebabkan saluran darah tersumbat akibat kolesterol berlebihan. 
  • Gula juga meningkatkan paras kolesterol ‘trigliserida’ yang boleh menjadi punca saluran darah mengalami masalah inflammasi dan pembentukan plak kolesterol dengan lebih cepat dan menyebabkan masalah saluran darah jantung tersumbat.

AGE ini juga menjadi punca kepada masalah atherosclerosis iaitu saluran darah menjadi keras akibat pemendapan kolesterol pada dindingnya. Apabila saluran darah menjadi keras maka ia akan menyebabkan pembentukan ‘plak kolesterol’ yang akan menyebabkan saluran darah menjadi tersumbat. Makanan yang kaya dengan AGE ini adalah makanan yang bergula tinggi dan juga makanan yang digoreng dengan minyak yang panas dan juga makanan digoreng ‘dalam’ (deep frying).

 
Proses ‘grilling’ atau membakar dengan api sehingga berkerak hitam seperti barbeque dan satey juga menghasilkan AGE secara berlebihan. Menurut kajian, secara umumnya makanan yang berprotein tinggi dan berlemak tinggi apabila dimasak dengan suhu yang tinggi akan menghasilkan lebih banyak AGE. Untuk mengurangkan AGE dalam makanan, maka proses masak secara kukus, rebus, sup, masak berkuah (stewed) adalah lebih baik.

2. Makanan bergoreng dengan suhu yang tinggi (deep fried) food 

Bukan hanya kerana kandungan AGE yang tinggi tetapi proses menggoreng itu menyebabkan komposisi biokimia makanan itu berubah.
  • Apabila makanan berkolesterol digoreng, maka kolesterol akan bertindak dengan oksigen dalam minyak menghasilkan oxicholesterol iaitu kolesterol yang teroksida. Ianya lebih mudah menyumbatkan saluran darah. 
  • Proses menggoreng juga akan meningkatkan radikal bebas dalam makanan tersebut dan menyebabkan kerosakan sel-sel didinding saluran darah yang akhirnya memudahkan pembentukan plak kolesterol yang akan menyumbatkan saluran darah dijantung.

3. Makanan yang kaya dengan ‘lemak trans’ 

Menurut kajian Nurses’ Heart Study lemak trans ini lebih merbahaya dari lemak tepu dari haiwan dan ianya meningkatkan risiko sakit jantung dua kali ganda.

Contoh makanan yang kaya dengan lemak trans ini adalah marjerin, biskut, jajan, kerepek kentang, popcorn, muffin, kek, pastri, mee segera dan pelbagai lagi makanan proses yang berlambak dipasaran sekarang. Kajian mendapati peningkatan paras kolesterol jahat LDL dalam darah dengan pengambilan makanan yang tinggi dengan lemak trans ini.

Dalam satu kajian oleh Prof Robert Vogel dalam tahun 1997 di University of Maryland School of Medicine menunjukkan makanan segera (Fast Food) seperti berger, hotdog, kentang goreng, ayam goreng, pizza, ‘hash brown’, nugget dan sebagainya juga mengandungi lemak trans ini yang boleh menyebabkan saluran darah dijantung tersumbat.

4. Makan makanan kaya dengan lemak tepu 

Seperti daging lembu, daging kambing, minyak sapi juga menjadi punca kepada masalah saluran jantung tersumbat. Makan makanan yang mengandungi lemak tepu secara berlebihan akan menyebabkan peningkatan kolesterol LDL dan menurunkan paras kolesterol baik HDL.

Ia juga menyebabkan berlakunya inflamasi pada dinding saluran darah yang menyebabkan berlaku pemendapan kolesterol disitu yang dipanggil sebagai atherosclerosis yang menyebabkan saluran darah menjadi keras.

Proses inflamasi ini akan menyebabkan interaksi kompleks diantara kolesterol LDL, platelet, kalsium dan sel-sel inflammasi berkumpul pada dinding saluran darah dan membentuk ‘plak kolesterol’ dan ini akan menyumbatkan saluran darah tersebut.

5. Kajian juga mendapati makanan yang tinggi dengan garam 

Sodium atau natrium seperti garam biasa dan serbuk perasa (MSG) juga boleh menyebabkan saluran darah tersumbat. Sodium yang berlebihan akan menyebabkan saluran darah menjadi sempit dan ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat. Apabila tekanan darah meningkat keadaan ini dipanggil sebagai Darah Tinggi (Hypertension).

Kajian oleh American Heart Association(AHA) mendapati mengawal penggunaan garam dan mengurangkan risiko saluran darah tersumbat. AHA mencadangkan had limit untuk pengambilan garam adalah 2400mg sehari sahaja. Makanan segera seperti kentang goreng, ayam goreng, berger, nugget, mee segera dan sebagainya yang ada dalam pasaran sekarang mengandungi kadar garam yang amat tinggi begitu juga makanan kering seperti ikan masin dan lain-lain lagi.

Kesimpulannya, makanan proses, makanan bergoreng, makanan segera, makanan yang mengandungi lemak trans, makanan yang kaya dengan gula dan garam adalah punca kepada masalah kolesterol yang merbahaya dan boleh menyumbat saluran darah jantung.

Cara Selamat Memelihara dan Rawatan Jantung Sihat Dengan VIVIX

Pengambilan Vivix penting sebab kandungan resveratrol dalam vivix membantu mengurangkan keradangan, mencegah oksidasi daripada LDL iaitu kolestrol jahat, mengelakkan platlet darah melekat dan membentuk gumpalan atau darah beku yang menyebabkan serangan jantung.

Selain itu, antioksidan dalam japanese knotweed mampu mencegah penyakit yang berkaitan jantung dan kandungan resveratrol yang tinggi dapat memberi perlindungan kepada sistem kardiovaskular. Sebab tu pengambilan vivix ni sangat bagus dalam melindungi jantung sihat kerana vivi mempunyai kandungan resveratrol yang tinggi.
jantung dan vvix
jantung dan vivix 2 
Kepada mereka yang sayang kan jantung dan merawat masaalah jantung anda, boleh cuba vivix. Nak sihat itu mahal, tapi sakit lagi mahal. Sekali terkena serangan jantung, anda mungkin sudah terlambat. Tidak salah berikhtiar sebelum terkena.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.  
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive