Kulit adalah anggota terbesar pada tubuh manusia dan membaluti
seluruh badan. Apa sahaja kecacatan yang dialami pada kulit sudah tentu
mudah dilihat dan jelas kelihatan. Apatah lagi dikalangan pesakit
kencing manis, masalah kulit adalah salah 1 daripada komplikasinya.
Kadangkala masalah kulit juga boleh menjadi petanda kencing manis.
Penyakit kulit dalam pesakit kencing manis
1. Jangkitan kuman
Sebenarnya semua orang berpotensi untuk mendapat jangkitan pada
kulit. Namun, pesakit kencing manis lebih cenderung dan mudah untuk
mendapat jangkitan.
Jangkitan yang biasa dialami ialah ketumbit pada mata, jangkitan pada
kuku dan jangkitan pada liang roma. Mereka juga terdedah kepada
jangkitan di bawah kulit yang menyebabkan bahagian tersebut membengkak,
kemerahan dan sakit. Kadang-kadang boleh menyebabkan demam.
Keadaan-keadaan ini sangat senang dirawat dengan antibiobik, tetapi
jika didapati nanah terlalu banyak dan pesakit tidak boleh diubati
dengan antibiotik, maka nanah akan dibuang terlebih dahulu melalui
pembedahan.
2. Jangkitan kulat
Jangkitan kulat memang sangat-sangat sinonim dengan pesakit kencing
manis, terutamanya kulat yang dipanggil Candida albicans. Sebab itu,
wanita yang menghidap kencing manis sering mengadu masalah keputihan.
Jangkitan kulat dapat dilihat sebagai lingkaran kemerahan,
kadang-kadang berair yang tumbuh di kawasan lembap pada badan,
dicelah-celah jari terutamanya jari kaki, di celah kelangkang dan kuku.
Jangkitan kulat biasanya gatal.
Seperti juga jangkitan bakteria, rawatan anti-kulat akan diberikan.
Namun, pesakit dinasihatkan menjaga kebersihan dan memastikan kawasan
lipatan sentiasa kering.
3. Gatal pada kulit
Selain daripada jangkitan kulat, bagi pesakit kencing manis, kulit
gatal disebabkan oleh kulit kering dan pengaliran darah yang kurang
bagus ke tempat yang terlibat. Kalau dikaitkan dengan masalah pengaliran
darah, bahagian kaki yang paling kerap terjejas.
Untuk mengatasi masalah ini, elakkan terlalu kerap mandi, boleh sapukan losyen atau krim dari klinik untuk melembapkan kulit.
4. Vitiligo atau tona kulit tidak sekata
Vitiligo adalah keadaan yang mana sel kulit yang menghasilkan melanin
iaitu ton warna kulit musnah. Namun, dalam vitiligo hanya sesetengah
kawasan sahaja yang mengalami kerosakan ini, jadi kulit akan menjadi
bertompok-tompok yang lebih cerah yang biasanya terjadi di tangan, muka
atau dada.
Penyebab vitiligo tidak diketahui, namun pakar percaya bahawa ia
disebabkan oleh masalah autoimun contohnya kencing manis jenis 1, dan
kajian telah membuktikan bahawa kedua-duanya berkait.
Walaupun penawar untuk vitiligo belum ditemui, tapi ramai doktor yang
merawatnya dengan streoids. Amat penting untuk pesakit yang mempunyai
masalah vitiligo supaya memakai pelindung matahari di luar rumah kerana
kulit tersebut tiada perlindungan matahari.
5. Masalah kulit berkaitan dengan saraf
Penyakit kencing manis boleh menyebabkan kerosakan saraf yang
dipanggil neuropati. Kerosakan saraf ini biasanya dialami pada hujung
jari dan kaki.
Apabila kerosakan saraf berlaku di kaki, mungkin seseorang akan
kehilangan deria rasa di kaki dan mungkin tidak akan berasa sakit
walaupun terdapat kecederaan pada kaki. Jadi, pesakit diabetes yang
mengalami masalah neuropati dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa kaki
untuk memastikan tiada luka kerana jika terjadi ulser, risiko untuk
jangkitan adalah tinggi.
6. Kulit melepuh
Walaupun keadaan ini jarang berlaku, namun pesakit kencing manis
boleh mengalami keadaan di mana di mana kulit akan melepuh seperti
terbakar atau terkena air panas. Namun, ia tidak menyakitkan mungkin
kerana sudah kehilangan deria rasa dan akan sembuh sendiri.
7. Ketumbuhan seperti jerawat
Ketumbuhan ini dalam bahasa saintifiknya eruptive xanthomatosis
adalah ketumbuhan yang keras, berwarna kekuningan dan kecil seperti
kacang. Sekitarnya mungkin kemerahan dan gatal. Ia biasanya tumbuh di
belakang tangan, lengan, kaki dan punggung.
Dikatakan terjadi kerana paras lemak dan kolesterol yang tinggi. Jika
ada ketumbuhan begini, mungkin anda perlukan ubat untuk menurunkan
paras kolesterol.
8. Kulit tebal, keras dan nampak licin
Keadaan ini dipanggil digital sclerosis yang mana kulit lebih tebal
dan mengeras, ini menyebabkan kulit menjadi terlalu tegang sehingga
sukar untuk menggerakkan jari. Kadang-kadang boleh terjadi pada kulit
jari kaki dan dahi. Keadaan ini mungkin boleh dibantu dengan menggunakan
pelembap kulit.
9. Disseminated Granuloma Annulare
Tak pasti dalam Bahasa Melayu dipanggil apa. Namun, ia adalah
penyakit kulit kronik yang mana kawasan kulit akan menbenjol sedikit dan
dikelilingi oleh bintik merah yang berbentuk bulat seperti cincin.
Benjolan ini biasanya tumbuh pada tangan, kaki, siku dan lutut. Biasanya
penyakit ini tidak memberi kesan untuk jangka masa panjang, namun dari
segi penampilan mungkin sedikit terjejas.
10. Kulit mengeras dan kehitaman
Keadaan kulit ini biasanya berlaku di bahagian pelipat dan belakang
leher dan dipanggil Acanthosis Nigricans. Kulit akan menjadi lebih tebal
dan berwarna kehitaman yang sangat ketara.
Masalah kulit seperti ini
biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai berat yang berlebihan.
Tiada penawar untuk keadaan ini, namun jika berat badan diturunkan, ia
mungkin dapat dikurangkan. Ia juga mungkin muncul sebagai petanda
seseorang menghidap kencing manis
Bagaimana merawat dan mengelakkan penyakit kulit dalam kencing manis
Yang pertama dan selamanya, adalah lebih baik mencegah diri daripada
mendapat penyakit kencing manis itu sendiri. Namun, jika telah disahkan
menghidap kencing manis, pengawalan gula yang baik adalah syarat untuk
mengelakkan penyakit-penyakit kulit di atas.
Beberapa langkah berikut disarankan sekiranya anda mendapat masalah kulit seperti ini.
- Menggunakan sabun mandi untuk kulit sensisitif.
- Pakai pakaian berasaskan kapas, yang boleh menyerap peluh
- Dapatkan rawatan dengan segera, terutamanya jika terdapat tanda-tanda jangkitan.
Berminat untuk mendapatkan produk
Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda
boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak
mendapat konsultasi secara percuma:-
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
0 comments:
Post a Comment