Thursday, February 9, 2017

Kencing Kotor Ketika Hamil Punca Bayi Mati Dalam Kandungan



Saya pernah mengalami kencing kotor masa mengandung kan anak yang ke-2. Malah pernah warded ler nak kumpul urine 24jam. Yang ketaranya masa tu saya jugak mengalami keputihan yang amat teruk. Saya ada terfikir adakah sebab keputihan saya alami kencing kotor tu. Sampai akhirnya cukup jer tarikh jangka bersalin terus saya kena paksa bersalin.

Apakah kencing kotor?

Jangkitan Kuman pada Saluran Kencing atau dalam bahasa inggeris Urinary Tract Infection (UTI). Penyakit ini melibatkan jangkitan pada pundi kencing, buah pinggang, ureter (saluran dari buah pinggang ke pundi kencing) dan uretra (saluran dari pundi kencing ke luar tubuh).

Bagaimana jangkitan berlaku?

1. Pada peringkat hamil, hormon akan meningkat dan menyebabkan urin dalam keadaan berasid dan mempunyai paras gula yang tinggi. Kalau hormon tidak boleh regulate semula paras gula ke normal boleh menyebabkan kencing manis.

2. Jika kandungan protein dalam urin meningkat, itu menandakan ginjal tidak stabil dan gagal menapis bahan buangan sepenuhnya. Bila protein tinggi bermaksud jangkitan juga sudah berlaku. Ini yang dirisaukan kerana boleh memberi jangkitan pada ibu dan bayi. Tapi lebih tinggi risiko bahaya pada bayi.

3. Kuman mudah terdapat pada bahagian kulit dubur, faraj dan anus (lubang dubur). Kadang-kadang lepas buang air kecil, kita selalu lap dari belang ke depan. Jadi memudahkan kuman masuk ke dalam sistem urinari.

4. Perlakuan seks juga boleh menyebabkan jangkitan. Oleh itu, disarankan selepas berjimak mommies kena buang air kecil supaya dapat menyingkirkan kuman-kuman tadi. Kuman ni sangat cepat membiak ye mommies. Jadi kena sentiasa alert dengan kerja yang satu ni.

5. Tekanan rahim yang kian mebesar menekan salur pundi kencing dan menyebabkan pembuangan urin tersekat. Masih ada saki baki urin dalam salur pundi kencing. Ini boleh menyebabkan kuman membiak. Jadi mommies kena banyak minum air dalam 6-8 gelas sehari atau sehingga urin berwarna jernih.

Kalau kuman telah membiak dengan banyaknya boleh menyebabkan kuman bergerak ke bahagian ginjal dan sekaligus menyerang ginjal. Apabila ginjal telah dijangkiti, ginjal tidak dapat menapis bahan buangan dalam darah dengan lancar. Oleh itu, darah yang tidak bersih tadi dihantar semula ke bahagian badan dan juga bayi.

Disini lah berlakunya jangkitan kuman dalam darah bayi. Bayi anda mungkin akan mengalami kelahiran awal dan bayi yang dilahirkan mempunyai berat badan yang rendah. Lebih parah inilah sebab bayi meninggal dalam kandungan.

Simptom kencing kotor?

Sakit ketika membuang air kecil
Tidak puas membuang air kecil
Rasa seperti terbakar setiap kali buang air kecil
Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk
Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen.
Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks.
Demam dan seram sejuk.

Rawatan

Bagi ibu hamil bersegeralah jumpa doktor 
Minum air 6-8 gelas sehari atau sehingga urin berwarna jernih 
Buang air kecil apabila terasa ingin membuang air kencing 
Tukar pad atau seluar dalam dengan kerap jika kotor
Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan seks 
Bagi yang daya tahan tubuh lemah boleh mengambil Vitamin-C, Carotene dan Garlic. Pengambilan lemak ikan Omega 3 juga mampu meredakan keradangan buah pinggang mommies

Jika mommies yang dah buat rawatan tapi masih tak selesai masalah kencing kotor ni, saya syorkan mommies ambik jer supplement tersebut. 

Berminat untuk mendapatkan Set Kencing Kotor Ketika Hamil Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive