KETUAT atau `warts' merupakan sejenis penyakit kulit yang kerap terjadi menyebabkan kita memandang remeh kesan penyakit tersebut terhadap kehidupan seharian kita.
Sedangkan ketuat sekiranya dibiarkan berlarutan boleh merebak ke lain-lain bahagian badan serta menjangkiti orang yang dekat dengan kita. Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Mana-mana bahagian kulit boleh dijangkiti terutama di tangan, jari dan kaki. Bahagian yang dijangkiti akan mula menimbul, keras manakala permukaannya menjadi kasar.
Jangkitan boleh merebak ke lain-lain anggota badan atau individu yang lain melalui sentuhan. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti menghidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti golongan yang mengalami masalah ekzema lebih mudah dijangkiti ketuat. Begitu juga mereka yang sering terdedah kepada kotoran.

Jenis-Jenis Ketuat
Ketuat Biasa ( Common Warts)
Ketuat jenis ini kebiasaannya terjadi di bahagian tangan. Bahagian yang dijangkiti akan membonjol keluar, bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras. Ia berwarna seperti kulit atau gelap sedikit.Ketuat Kaki ( Plantar Warts)
Ketuat jenis ini akan menimbulkan kesakitan kepada individu apabila berat badan menekan kawasan yang dijangkiti terutama apabila berjalan atau berlari.
Lazimnya terdapat bintik hitam disebabkan oleh pendarahan kecil di permukaannya. Penggunaan alas berbentuk bulat seperti donut pada bahagian tersebut akan membantu mengurangkan kesakitan.
Ketuat Filiform ( Filiform Warts)
Ketuat jenis ini berbentuk unjuran panjang seperti jari dan boleh berlaku di sekeliling kelopak mata, muka dan leher
Ketuat Periungual (Periungual warts)
Berlaku di kalangan kebanyakan penggigit kuku dan pencabut kutikel
(kulit pada pangkal kuku jari). Ia muncul di bawah dan disekeliling kuku.
Ketuat kelamin (Genital warts)
Ketuat jenis ini adalah lembut, lembap, tidak sakit. Ia berwarna merah jambu atau keperangan dan boleh tumbuh di atas kemaluan, bibir faraj, kawasan dubur (anal warts) dan kadangkala ia muncul di faraj wanita
Bagi wanita, ketuat kelamin berpotensi menyebabkan kanser, terutamanya barah pangkal rahim, Oleh kerana lazimnya penyakit ini tidak ada gejala, kaum maka wanita dinasihatkan menjalankan ujian `pap smear' secara berkala terutama mereka yang menjangkau umur 40-an.
Bagi wanita mengandung, rawatan perlu dijalankan dengan segera kerana risiko virus HPV menjangkiti bayi adalah tinggi semasa melahirkan anak terutamanya apabila bayi tersebut dilahirkan secara normal. Ini kerana bayi dilahirkan akan melalui kawasan yangdijangkiti dan mendedahkannya kepada jangkitan.

PENCEGAHAN
Kebersihan diri memainkan peranan dan memastikan kulit sentiasa sihat. Jangan sesekali cuba membuang ketuat dengan memotongnya sendiri kerana ia boleh menyebabkan jangkitan kuman yang lain dan kadangkala menyebabkan ketuat terjadi dengan lebih teruk.Bagi mereka yang mengidapi penyakit ini, adalah dinasihatkan supaya jangan tunggu terlalu lama untuk mendapatkan rawatan.
Ketuat Tercabut Dengan Sendiri Setelah Amalkan Vivix Semasa Berpantang
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!Atau
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement
0 comments:
Post a Comment