Tuesday, October 31, 2017

Kesan Sampingan Pengambilan Ubat Statin Bagi Menurunkan Kolestrol



Mungkin ramai yang biasa dengan ubat STATINS. Ubat yang diakhiri dengan perkataan “STATINS” merupakan ubat untuk menurunkan kolesterol dalam darah. Simvastatin atau adik-beradiknya yang lain, lovastatin, atorvastatin dan pravastatin. Semuanya dalam kategori yang sama, iaitu HMG CoA reductase inhibitors.

Nak mudah, ubat ni dikatakan untuk menurunkan kolesterol dalam darah. Atau ada juga orang kata untuk bakar lemak. Sebab targetnya untuk mengurangkan tahap kolesterol “jahat” dalam darah, atau nama lainnya, LDL (lipoprotein berketumpatan rendah).

Namun, ubat ini perlu dimakan setiap hari, walaupun tahap kolesterol dah menurun.

Kesan-Kesan Sampingan Ubat Statin

Antara kesan sampingan dengan Simvastatin adalah:
  • Sembelit
  • Sakit perut, loya
  • Sakit kepala
  • Kekeliruan, masalah ingatan, kealpaan

Kesan Yang Lebih Teruk

Kesan-kesan sampingan yang berikut boleh menjadi serius, jadi anda perlu hubungi doktor anda atau mendapatkan bantuan perubatan dengan segera jika ini berlaku.
  • Kelemahan, kelembutan atau sakit otot
  • Pengurangan dalam membuang air kecil, gelap atau gelap air kencing merah
  • Demam, sejuk, curahan
  • Gatal-gatal, gatal-gatal, bengkak pada muka atau bahagian lain
  • Sakit kawasan Upper perut  
  • Masalah pernafasan
  • Hilang selera makan
  • Sakit pada sendi
Namun begitu jarang sekali kesan sampingan ubat statin yang boleh mengancam nyawa akibat kerosakan otot seperti rhabdomyolysis yang menyebabkan kerosakan hati, kegagalan fungsi buah pinggang dan kematian.

Rhabdomyolisis ini boleh berlaku apabila pesakit mengambil ubat statin dengan kombinasi ubat-ubat tertentu atau pesakit mengambil ubat statin dengan dos yang tinggi.

Kesan STATINS Menghalang Penghasilan COQ10?

Pernah terfikir tak macam mana ubat Statins yang kecil tu boleh bertindak mengawal paras kolesterol dalam darah anda?

Ada satu jalan yang diberi nama Mevalonate pathway. Melalui jalan ini, Statins akan bertindak dengan menghalang enzim HMG-CoA reductase yang diperlukan di dalam penghasilan kolesterol.

Mevalonate ni secara normal nya akan melalui beberapa transformasi biokimia untuk menghasilkan kolesterol dan ubiquinone.

Merujuk gambar, bila statins pangkah HMG-CoA reductase, HMG-CoA tak boleh bertukar kepada mevalonate, dan seterusnya menghalang penghasilan kolesterol dan Coenzyme Q10 (CoQ10).

  
Sumber : Google images

Ada kedengaran pesakit yang menggunakan ubat ini sama ada Simvastatin mahupun Atorvastatin mengadu akan keletihan dan sakit-sakit otot. Apakah puncanya?

Penggunaan statins secara tidak langsung turut menyebabkan kekurangan CoQ10 dalam badan kita.

Apa itu CoQ10?

CoQ10 dijumpai oleh Dr. Fred Crane pada tahun 1957. CoQ10 dihasilkan secara semulajadi dalam badan manusia. CoQ10 adalah bahan yang membantu menukarkan makanan kepada tenaga. Kiranya, CoQ10 ni terdapat dalam hampir seluruh sel dalam badan kita.

Jika kita rujuk gambar yang agak kompleks ni, kat situ tugas CoQ10 dalam membantu penghasilan tenaga. 
 
a) sel mitokondria (rumah tenaga bagi sel) 
b) laluan kompleks penghasilan tenaga dalam sel 
c) struktur kimia CoQ10 
Sumber: Google images

Oleh kerana CoQ10 berada dalam jalan yang sama dengan penghasilan kolesterol, maka apabila statins menghalang penghasilan kolesterol, penghasilan CoQ10 turut terjejas.

Jadi, pesakit akan mudah mendapat kesan sampingan statins seperti penat dan juga sakit-sakit otot.

Satu kajian “double-blind randomized study” telah dijalankan terhadap pesakit yang menggunakan statins dan kajian tersebut telah menunjukkan penggunaan enzim CoQ10 memperbaik kesan sampingan statins.

Turunkan Kolestrol Dengan Supplement Tanpa Kesan Sampingan

Set Vitamin Shaklee untuk kolesterol adalah cara selamat dan cepat untuk turunkan paras kolesterol tinggi dalam darah dengan berkesan tanpa risiko kesan sampingan buruk yang lain.

1.Vivix 

Adalah suplemen resveratrol dari sumber semulajadi iaitu anggur muscadine, lobak ungu, elderberi dan knotweed jepun. Ia tinggi dengan anthocyanins iaitu antioksidan, vitamin A, B, C, asid amino, carotenoid, tannin dan rutin yang berkesan mengurangkan penyakit koronari jantung, dapat merendahkan tahap kolesterol dan menghalang oksidasi kolesterol LDL, mengawal tekanan darah tinggi malah boleh membantu menurunkan berat badan 
 

2.Shaklee Pyhtocol-ST 

Dari sumber phytosterol iaitu sterol dan stanol dari tumbuhan. Phytosterol ni mempunyai struktur kimia yang sama dengan kolesterol. Oleh itu ia akan berebut untuk mendapatkan tempat di tapak serapan di bahagian usus. Bila tempat serapan tu dah dapat kat pyhtosterol, kolesterol takde peluang lagi dah untuk menyerap ke salur arteri..Hasilnya, paras kolesterol dalam darah kita akan sentiasa terkawal 


3. Omega Guard

Adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3. Ia sangat tinggi dengan kolesterol HDL Ia berfungsi untuk membawa kolesterol LDL keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran. Dengan kata lain, ia bantu membersihkan salur arteri dari endapan kolesterol LDL. Hasilnya, paras kolesterol dalam darah kita akan menurun dengan sihat.

 Dengan penurunan 10% tahap kolesterol LDL sudah pun boleh menurunkan 20% risiko penyakit jantung. Bayangkan kalau dapat turunkan 50% tahap kolesterol LDL..bagus bukan??

Untuk kekal dengan bacaan paras kolesterol yang sihat, pastikan bacaan:
  • Jumlah kolesterol BAWAH 5
  • Kolesterol LDL BAWAH 3
  • Kolesterol HDL mesti LEBIH dari 1
Jom kawal dan turunkan kolesterol dalam darah anda dan insan-insan tersayang dengan segera dan nikmati hidup yang lebih berkualiti hari ini. 

Hubungi saya untuk mendapatkan harga dengan lebih penjimatan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya, anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:-       

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990    
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com      
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/    
       
 *Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Sunday, October 29, 2017

Shaklee Youth Skincare Antiaging Bebas Paraben Dan Semulajadi

Shaklee Youth Skincare Bebas Paraben & Semulajadi

Pada 11 Ogos 2017, Shaklee Corporation baru saja melancarkan Produk Skin Care terbaru YOUTH By Shaklee. Rangkaian Penjagaan Kulit Muka Shaklee YOUTH ini merupakan 100% semulajadi (natural) dan dijamin BEBAS dari parabens, phtalates, hydroquinon dan merkuri.

Produk Skin Care Shaklee YOUTH ini dijamin bebas dari bahan kimia berbahaya yang menyebabkan kanser dan pelbagai masalah kesihatan. Rangkaian YOUTH menggantikan NUTRIWHITE dan ENFUSELLE.

Rangkaian penjagaan kulit muka Shaklee Youth ini telah melalui kajian selama 8 tahun bagi memastikan kualiti yang terbaik dan keberkesananya kepada pengguna.
Dan sudah pastinya Shaklee Youth juga dijamin bebas daripada 2500 bahan kimia. Antaranya seperti berikut:
Sebahagian daripada 2500 bahan kimia yang telah diuji bebas dalam Shaklee Youth

Khabarnya isteri Roger Barnett sendiri menguji produk ini, bila isteri CEO dah berpuas hati, dan selepas beberapa kali versioning, barulah Roger Barnett pun bersetuju dengan keluaran yang dikeluarkan ini.

Anggur Muscadine Sebagai Bahan Utama

Kalau Vivix Shaklee menggunakan bahan utamanya daripada anggur muscadine, Shaklee Youth juga menggunakan bahan yang sama. Vivix Shaklee berupaya memperbaiki sel.

Shaklee Youth pula menggunakan anggur muscadine, membolehkannya terus serap dengan segera, menjadikan kulit kita tegang menari-nari riang. Tak hairanlah kalai kita tengok hasil kajian klinikal yang dibuat, 100% pengguna menyatakan hasil yang sangat baik. 



Kajian klinikal ke atas penggunaan Shaklee Youth membuktikan 100% mendapat hasil yang sangat menakjubkan

Selain itu, Shaklee Youth juga telah diuji oleh pakar Ophthalmologist membuktikan bahawa skincare ini selamat untuk mata, tidak merengsakan walaupun pada mata yang sensitif.

5 Langkah Asas Shaklee Youth

Regimen penjagaan kecantikan dalam program Skincare YOUTH SHAKLEE mengandungi 5 langkah asas: 

1. Membersih dengan YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

Klik "Buy Now" untuk pembelian

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6    

Youth Cleanser 



2. Menutup pori yang sudah dibersihkan dengan YOUTH PERFECTING SKIN TONER

Klik "Buy Now" untuk pembelian

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6


Youth Toner

3. Memulih dan memperbaiki kulit dengan YOUTH ACTIVATING SERUM 

Klik "Buy Now" untuk pembelian

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6

 


youth activating serum


4. Melembap dan memberi nutrisi kepada kulit dengan YOUTH AGE DEFENSE MOISTURIZER pada waktu siang.

Klik "Buy Now" untuk pembelian

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6


5. Melembap dan memberi nutrisi kepada kulit dengan YOUTH ADVANCED RENEWAL NIGHT CREAM pada waktu malam.

Klik "Buy Now" untuk pembelian

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
youth night cream

6. Penjagaan tambahan: Vitamin C dan E untuk meningkatkan keserian dan kecerahan kulit, serta menghilangkan kedutan dan menegangkan kulit dengan YOUTH RADIANCE C dan E 

Klik "Buy Now" untuk pembelian

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
youth anti aging c & e


Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Lengkap skincare YOUTH, anda boleh klik kotak "BUY NOW" di bawah ini dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6    

Dengan Pembelian Set Lengkap Youth Anda akan mendapat Percuma Keahlian dan dapat membeli dengan harga ahli, Percuma kos postage dan layak menerima bonus tunai dari Shaklee.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya. Setiap pembelian melalui saya anda juga layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
 
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  
Share:

Saturday, October 28, 2017

Sirap Anggur Dan Biji Labu Memulihkan Penyakit Kencing Tikus


SUPERMOM SHAKLEE STORY MUSIM KE 4
TESTIMONI 45 : MOHD AMIRUL BIN BADRI

SAKIT KENCING TIKUS BERANSUR PULIH SELEPAS AMALKAN VIVIX DAN NUTRIFERON

Sebelum ni saya hanya pernah dengar tentang kencing tikus di berita dan saya tak sangka saya akan menjadi salah seorang yang mengalaminya. Kisah ni pada tahun lepas sekitar Ogos.

Pada mulanya saya berak darah lebih kurang dalam seminggu. Saya tak fikir ia sesuatu yang serius. Sebab saya tak ada sakit apa-apa. Kemudian lepas seminggu baru datang gatal-gatal badan, badan rasa lemah dan sakit kuat sangat di bahagian belakang. Rasa bisa-bisa badan.

Saya mula demam kebah, demam kebah dan saya cuba bertahan dua hari. Hari ketiga saya dah tak mampu tahan sakit sangat. Masa tu jam 4 pagi Subuh saya beritahu isteri dan isteri saya bawa saya ke hospital bahagian kecemasan. Saya diletakkan di katil kritikal dan dimasukkan air 8 botol. Masa tu tekanan darah terlalu rendah. Saya diletakkan di bahagian kecemasan lebih kurang 5 jam. Kemudian saya terus dihantar ke wad ICU.

Di sini saya diberitahu saya kena virus KENCING TIKUS. Ahli keluarga semua risau, yela kan KENCING TIKUS ni orang cakap PEMBUNUH SENYAP. Ia boleh menyerang fungsi organ lain macam buah pinggang, jantung, paru-paru dan sebagainya. Juga boleh mengakibatkan kematian mendadak. Mau tak risaunya. Semua risau terutama mak saya.

Di sini ICU saya dipantau rapi. Masa ni saya rasa sakit dada, muka bengkak, nak tidur pun tak selesa dan memang tak berdaya rasanya. Hati terubat bila ramai ahli keluarga, jiran-jiran dan sahabat yang datang melawat.

Saya ditahan di ICU selama dua hari. Masa hari kedua tu kakak saya datang dari Tanjung Malim hantarkan Vivix dan Nutriferon. Kali pertama dia bagi saya minum Vivix di katil ICU, dia bancuhkan ke dalam air botol. Merah. Pekat. Macam air sirap. Kakak saya pesan makan jugak Nutriferon yang diberi dalam bentuk sachet tu. Saya tuangkan je ke dalam mulut.

Selepas keluar dari ICU saya diletakkan di wad biasa selama 6 hari. Isteri saya terus berikan vitamin setiap hari. Alhamdulillah badan pun cepat rasa sihat dan segar. Hari ketujuh tu saya dah boleh teruskan kerja saya macam biasa. Terkejut geleng kepala group famili Tok Noi bila saya hantar gambar dah atas bot pada hari ketujuh tu.

Kakak saya beritahu vitamin yang diberi tu dapat membantu menguatkan imun badan saya melawan jangkitan virus dan bakteria dan memberi tenaga pada sel badan saya. Syukur Alhamdulillah. Terima kasih semua ahli keluarga dan sahabat yang mendoakan. Terima kasih Shaklee.




Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Kencing Tikus ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 

Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement 


Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.  
Share:

Wednesday, October 25, 2017

Kanser Usus Kanser Utama Yang Menyerang Kaum Lelaki

ubat rawat kanser usus tahap 4
Kanser usus atau turut dikenali sebagai kanser kolorektal merupakan jenis kanser yang sering menyerang kaum lelaki,

Manakala bagi kaum wanita pula, serangan kanser usus menduduki tangga ke-3 tertinggi selepas kanser payudara dan diikuti oleh kanser serviks.

Namun, ianya agak membimbangkan kerana risiko serangan kanser usus yang semakin meningkat kepada semua golongan ini apabila umur mereka melebihi 50 tahun.

Namun, sekiranya kanser usus dirawat pada peringkat awal, ianya boleh meningkatkan kadar kemandirian hidup selama 5 tahun kepada 90% untuk tahap pertama.

Malah, berita baiknya, kanser usus adalah kanser yang mempunyai peluang untuk pulih walaupun berada pada tahap ke-4 sekiranya pesakit menjalani rawatan yang disarankan.

Bagaimana Mencegah/Membantu Mengatasi Kanser Kolon???

Berita baiknya selain rawatan hospital kini pesakit kanser usus juga mempunyai peluang untuk pulih dengan pengambilan Resveratrol yang terdapat dalam Vivix.

Dalam ujian klinikal daripada Jepun, Resveratrol membantu mengurangkan risiko penyakit kanser kolon. Menurut American Cancer Institute, Resveratrol adalah antioksidan yang sangat berkuasa yang mampu mengurangkan pengaktifan NF kappa B, iaitu sejenis protein yang dikaitkan dengan pembentukan kanser dalam tubuh. Kajian dilakukan ke atas sel kanser kolon dengan melihat perbezaan kadar percambahan sel tersebut tanpa Resveratrol & dengan Resveratrol selama 72 jam.
~Klik gambar di atas untuk membaca keseluruhan jurnal~

Lihat gambarajah ::

RES (Ada RESVERATROL) ; Control (Tiada RESVERATROL)

Gambarajah A :: Kajian dilakukan untuk melihat kadar pembiakan sel kanser tersebut apabila diletakkan Resveratrol (pelbagai kepekatan – 25, 50, 75, 100, 150) & tidak diletakkan Resveratrol (0). Hasil kajian menunjukkan bahawa kedua-dua sel kanser menunjukkan pembiakan sel kanser direncatkan oleh Resveratrol dan kadar pembiakannya menurun pada kepekatan yang semakin tinggi.


Gambarajah B :: Fotomikrograf menunjukkan penghasilan koloni kedua – dua sel kanser apabila diberi Resveratrol & tidak diberi Resveratrol. Hasil kajian jelas bahawa sel kanser yang diberi Resveratrol kurang (hampir kepada tidak) menunjukkan percambahan sel kanser.


Gambarajah C :: Graf mewakili kiraan koloni sel kanser apabila diberi Resveratrol & tidak diberi Resveratrol. Semakin pekat Resveratrol, semakin kurang koloni sel kanser tersebut. Kajian juga mendapati bahawa 75-150 uM Resveratrol menyebabkan apoptosis (kematian sel yang terprogram) berlaku terhadap sel-sel kanser tersebut.


Ini baru Resveratrol. TETAPI, Vivix mengandungi kedua-dua bahan anti-tumor iaitu RESVERATROL & POLIFENOL, menjadikan ia 10x ganda lebih efektif daripada Resveratrol sahaja!!

Testimoni Vivix Membantu Pesakit Kanser Usus Mendapat Kesihatan Yang Lebih Baik


ubat rawat kanser usus
ubat rawat kanser usus
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  

Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.
Share:

Tuesday, October 24, 2017

Tips Pemilihan Protein Tinggi Kualiti Terbaik Di Pasaran


  PDCAAS Penentu ukur Kualiti Protein Terbaik




Skor penghadaman protein kepada asid amino (PDCAAS) adalah satu kaedah untuk menilai kualiti protein yang berdasarkan :
  • Keperluan asid amino manusia
  • Keupayaan manusia untuk mencerna protein yang diambil

Penarafan PDCAAS telah diterima pakai oleh US Food and Drug Administration( FDA) dan Pertubuhan Makanan dan Food and Agricultural Organization of the United Nations / Pertubuhan Kesihatan Dunia (FAO / WHO) pada tahun 1993 sebagai kaedah untuk menentukan kualiti protein yang terbaik.

Dengan menggunakan kaedah PDCAAS itu, kedudukan kualiti protein ditentukan dengan membandingkan profil asid amino protein makanan tertentu terhadap profil asid amino standard dengan skor tertinggi yang mungkin menjadi 1.0.

FDA memberi dua sebab untuk mengamalkan PDCAAS pada tahun 1993 iaitu :
  1. PDCAAS adalah berdasarkan keperluan asid amino manusia, yang menjadikan ia lebih sesuai untuk manusia
  2. Food and Agricultural Organization of the United Nations / Pertubuhan Kesihatan Dunia (FAO / WHO) sebelum ini telah mencadangkan PDCAAS untuk tujuan kawal selia.

Apakah Asid Amino

Asid amino adalah perkumpulan protein
Dalam bahasa mudah, protein adalah nama besar yang mana merupakan salah satu makronutrien. Protein terdiri daripada rangkaian-rangkaian asid amino. Protien whey juga terdiri daripada rangkaian asid amino. Whey membawa maksud protein itu daripada sumber whey. Namun whey adalah sejenis byproduct atau hasil sampingan dalam pemprosesan penghasilan keju.

Pendek kata, asid amino adalah protein, protein adalah asid amino. Asid amino bertindak sebagai blok binaan protein.

Ada banyak jenis asid amino. Asid amino perlu (essential) membawa maksud badan tidak dapat menyediakannya sendiri sebaliknya memerlukannya daripada sumber luar, manakala tidk perlu (non essential) bermaksud ia boleh disediakan sendiri oleh tubuh. Cysteine, taurine, tyrosine dan arginine adalah semiessential pada kanak-kanak disebabkan laluan untuk sintesis asid amino ini tidak terbentuk sepenuhnya lagi.

Penarafan PDCAAS Untuk Nilai Kualiti Protein Terbaik

Jadi kita sudah faham apakah PDCAAS dan kita juga sudah faham apakah asid amino. Seterusnya tentu kita masih tertanya-tanya, dalam banyak-banyak jenis protein, manakah lebih baik? Kita ada banyak sumber protein, antara jenis protein yang kita ada:
  • Haiwan
  • Tumbuhan

Protein Haiwan Adalah Protein Terbaik Dengan Risiko

Protein berasaskan haiwan contohnya seperti daging, kambng, tenusu, ikan, telur, ayam. Semua protein haiwan berisiko tinggi mempunyai bahan kimia. Contohnya ayam. Cuba lihat gambar dibawah, perbezaan ayam zaman dulu dengan ayam zaman sekarang. Ayam zaman sekarang didatangkan dengan pelbagai suntikan. 
Ayam dulu vs ayam sekarang

  • Suntikan hormon tumbesaran supaya ayam cepat membesar dan dapat dijual dengan cepat, sedangkan pada umur ayam tersebut sebenarnya ia belum matang untuk disembelih pun.
  • Suntikan hormon tambah daging adalah untuk memastikan ayam itu berisi dengan banyak. Sebab itu kalau perasan ayam sekarang yang digelar ayam bandar gemuk-gemuk belaka. Kalau kita beli seekor biasanya mesti cecah paling minima 1.5 kg.
  • Suntikan antibiotik, suntikan ini untuk ayam mudah membesar dan elak jangkitan pada ayam.
  • Protein haiwan tinggi kolestrol dan tinggi lemak. Ini seterusnya meninggikan risiko penyakit jantung dan hati.

Protein Tumbuhan Terbaik

Untuk elakkan tinggi kolestrol dan lemak, kita boleh dapatkan protein daripada tumbuhan. Tetapi anda perlu pastikan tumbuhan itu lengkap dengan khasiat protein. Salah satu sumber protein terbaik adalah soya. Ini kerana soya punyai 9 jenis asid amino perlu. Amino asid dalam soya sama dengan protein haiwan.

Selain itu protein tumbuhan tanpa kolestrol dan lemak. Tambahan kebaikan protein tumbuhan adalah mempunyai isoflavones yang tiada dalam protein haiwan.

Penarafan PDCAAS Kepada Pelbagai Sumber Protein

Di bawah adalah jadual penarafan PDCAAS kepada pelbagai sumber protein.
Jadual nilai PDCAAS pelbagai sumber protein

Walaupun soya dikategorikan sebagai mempunyai skor penuh iaitu 1.0, tidak bermakna anda boleh mengambil mana-mana produk soya begitu sahaja. Ini kerana 90% daripada soya di pasaran adalah soya GMO, yang mana telah diubah suai secara genetik. Produk berasaskan GMO boleh merosakkan tubuh. Contoh produk soya adalah air soya, tauhu fah, kicap, tempeh dll.

Tahukah anda, protein ESP Shaklee turut mendapat penarafan skor terbaik PDCAAS. Jadi ini menunjukkan ESP Shaklee memiliki
  • Asid amino perlu yang lengkap
  • Mudah dicernakan oleh tubuh manusia
Fakta ini adalah salah satu petunjuk bahawa ESP Shaklee adalah protein segera terbaik yang anda boleh pertimbangkan untuk mengambilnya dalam jangkamasa panjang.
 

ESP memiliki markah penuh skor PDCAAS, menunjukkan ia penuh khasiat protein dan mudah dicernakan tubuh. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Berminat untuk mendapatkan ESP, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 

Facebook:Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      

Share:

Monday, October 23, 2017

Cara Elak Pembedahan Katarak Di Kalangan Warga Emas


cara hilangkan selaput mata tanpa pembedahan

Penyakit katarak ataupun selaput mata merupakan masalah penglihatan yang paling kerap dihadapi oleh warga emas di seluruh dunia secara amnya. Penyakit katarak yang berlaku di kalangan warga emas dikenal pasti berpunca daripada proses peningkatan usia.

Kanta mata asal yang jernih telah bertukar secara perlahan-lahan menjadi keruh dan menyebabkan pandangan menjadi kabur.

Penyakit katarak yang disebabkan faktor peningkatan usia biasanya berlaku pada individu yang berusia melebihi umur 60 tahun. Penyakit ini berlaku secara perlahan-lahan dan biasanya melibatkan kedua-dua belah mata. Penyakit ini juga berlaku tanpa mengira jantina lelaki atau perempuan.

Pesakit kencing manis, pendedahan kepada sinaran cahaya ultraviolet, merokok dan pengambilan alkohol meningkatkan risiko penyakit ini.

Tanda-Tanda Katarak dikalangan Warga Emas

Penyakit katarak akibat peningkatan faktor usia berlaku secara perlahan-lahan. Antara tanda-tanda awal ialah:
  • Penglihatan jauh menjadi kabur dan kerap menukar cermin mata.
  • Penyakit ini tidak menyebabkan rasa sakit pada bola mata ataupun menyebabkan bola mata menjadi merah. 
  • Penyakit katarak pada peringkat yang hampir matang akan mengalami gangguan penglihatan yang ketara terutamanya pada jarak yang dekat. 
  • Mengalami kesukaran untuk melihat ketika membaca, menulis dan memandu. 
  • Penyakit katarak matang pada kedua-dua belah mata pula akan mengalami kesukaran untuk menjalani aktiviti harian lain seperti makan, minum dan menjaga kebersihan diri.
Warga emas dengan masalah ini sebenarnya akan mengalami waktu yang sangat sukar kerana mereka memerlukan bantuan orang lain sepanjang masa untuk menguruskan diri sendiri.

Komplikasi Katarak Matang

Katarak yang matang boleh menyebabkan berlakunya keadaan yang dikenali sebagai glaukoma sekunder. Pesakit yang mengalami keadaan ini biasanya mengalami sakit yang kuat pada bola mata secara tiba-tiba.

Bola mata juga menjadi merah dan pesakit mungkin mengalami gejala seperti loya, muntah dan sakit kepala.

Keadaan ini berlaku disebabkan oleh gangguan kepada aliran cecair akuas di dalam mata yang disebabkan oleh katarak yang matang.

Tekanan di dalam bola mata menjadi tinggi dan pesakit perlu menjalani pembedahan kecemasan katarak sekiranya keadaan ini berlaku.

Pesakit dinasihatkan supaya menjalani pembedahan katarak mengikut nasihat yang diberikan oleh doktor pakar mata dan tidak bersikap ‘tunggu dulu’ sehingga keadaan glaukoma sekunder ini berlaku.

Potensi pesakit untuk melihat semula selepas pembedahan adalah jauh lebih baik sekiranya pembedahan katarak dilakukan secara elektif dan terancang berbanding pesakit yang hanya menjalani pembedahan setelah mengalami keadaan glaukoma sekunder. 

Kaedah Alternatif  Membantu Atasi Katarak Tanpa Pembedahan 

Saya nak share satu testimoni di mana ibu kepada Puan Rosliza telah mengamalkan Vivix sebagai supplement tambahan. Ibunya takut untuk jalani pembedahan dan alhamdulillah selepas 2 minggu mengambil Vivix, ibunya banyak mengalami perubahan yang positif.

” Happy sangat bila boleh beri kesihtan pada mak
Mak mengalami masaalah katarak maka kedua belah menyebabkan penglihatan mak kurang jelas. Takut nak menjalani pembedahan katarak mata, saya belikan Vivix Shaklee pada 08.02.16.
Alhamdulillah mak baru minum 1/2 botol Vivix, nampak perubahan mata sebelah kiri yang bebas dari katarak tersebut
.
Bukan itu sahaja, mak juga mengalami masaalah lutut. Kini lutut mak semakin ok dan mak tak perlukan pain killer untuk hilangkan sakit lutut mak..80% bergantung kepada ubat sintetika..bebas kimia.

Badan mak pun semakin ringan nak bergerak. Happy sangat, insyaAllah berbakti pada orang tua adalah satu nikmat yang sangat membahagiakan seorang anak” – Puan Rosliza Hj Md Tawal

cara hilangkan selaput mata tanpa pembedahan

 Lagi Testimoni Mata Makin Cerah Tak Kabur Macam Sebelum ni

cara hilangkan selaput mata tanpa pembedahan

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
 
Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.

Share:

Monday, October 16, 2017

Sopak Semakin Pudar Dalam Masa 4 Bulan

4 Bulan Amalkan Vivix, kulit semakin lebih baik

Anaknya menghidap sopak. Besar dan merebak juga, baru didiagnos umur baru di sekolah rendah.

Tengok gambar ni, BIG DIFFERENT kan? Siapa kata tak boleh? BOLEH! Kuncinya adalah SABAR. Kata ibunya, masa minum botol pertama macam perlahan. Tapi beliau percaya dan sabar.

Masuk botol kedua, dan sekarang botol ketiga. Nampak tak semakin laju pembaikan sel kulitnya? Alhamdulillah. Memangla nak kata ni masih budak kan, tapi ya kuncinya sabar.

Pada orang dewasa mungkin bukan 3 botol mungkin akan lebih, tapi worth it. Vivix bukan sahaja untuk bantuk ikhtiar sopak, tapi juga bertindak sebagai protection daripada penyakit kronik lain.

ubat hilangkan kulit sopak

Lagi Testimoni Sopak

cara hilangkan sopak

Sopak atau Vitiligo adalah salah satu penyakit SLE. SLE digelar juga penyakit 1000 wajah. Pesakit SLE bagi masalah kulit antaranya adalah sopak (vitiligo), ekzema (mild) dan psoriasis. Sebab inilah sukar untuk merawat penyakit sopak ini.

Penyakit sopak dipercayai membentuk protein yang dipanggil cytokins. Protein inilah yang merosakkan sel melanosit yang membentu melanin. Bagaimanapun ada juga teori lain yang mengatakan melanosit ini sendiri yang merosakkan dirinya.

Kaedah rawatan deangan menggunakan nutrisi Shaklee adalah untuk:

  • Meningkatkan sistem imun – ini disebabkan pesakit SLE mengalami masalah autoimmune dimana sistem imun mereka menyerang badan mereka sendiri.
  • Memperbaiki sel – ini disebabkan sel kulit pesakit perlu dibaik pulih supaya kulit asal dan sebenar dapat menggantikan kulit putih (pigmentasi). Secara mudah faham, bila mana sel sihat, luaran pun kelihatan cantik.

Antara produk sesuai untuk masalah sopak adalah:

1. Vivix

Penyakit sopak menyebabkan tubuh pesakit menghasilkan protein cytokines yang boleh merosakkan sel-sel melanosit. Vivix bertindak dengan cara menghalang pembentukan protein AGE di dalam tubuh. Protein AGE yang terbentuk boleh menyekat dan menghalang sel berfungsi secara normal.

Vivix juga kaya dengan resveratrol dan polifenol yang bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang dan merawat kerosakan kulit yang berlaku.

Selain itu, Vivix mengandungi polifenol penting. Kajian menunjukkan polifenol bertindak sebagai antioksidan untuk menghalang dan merawat kerosakan kulit disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya matahari. Bukan itu sahaja, kerosakan kulit turut berkait rapat dengan radikal bebas yang bertindak memusnahkan sel kulit. Polifenol menunjukkan sangat baik untuk melindungi kulit dan tubuh daripada radikal bebas.

2. Energizing Soy Protein (ESP)

ESP pula merupakan protein yang penting penting untuk pesakit sopak. Ia memperbaiki dan merawat sel sel yang rosak. Pengambilan protein yang mencukupi membantu badan kita untuk menghasilkan sel yang lebih sihat.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set Sopak ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 

Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/  
Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive