Kulit bayi baru lahir adalah sangat lembut dan salah satu ciri-ciri bayi yang paling berharga. Tetapi kulit bayi baru lahir sangat sensitif, dan ibu bapa perlu tahu cara yang betul serta apa yang patut dielakkan untuk menjaganya.
Berikut adalah cara bagaimana anda boleh menjaga malah melindungi kulit bayi yang lembut itu:
Berikut adalah cara bagaimana anda boleh menjaga malah melindungi kulit bayi yang lembut itu:
1. Lindungi kulit bayi baru lahir dari matahari
Gunakan krim pelindung matahari pada kulit bayi yag terdedah. Menurut American Academy of Pediatrics (AAP), bayi baru lahir sebaik-baiknya perlu mengelak terdedah pada cahaya matahari secara langsung sehingga mereka berusia 6 bulan.Apabila membawa bayi anda keluar, pastikan mereka memakai pakaian yang boleh melindungi kulit mereka dari matahari. Tapi, jangan gunakan pakaian yang terlalu tebal supaya mereka tidak terlalu panas. Pakaikan topi untuk melindungi kulit muka dan hidung yang senang diselar matahari.
Cari tempat berlindung, kalau tidak letakkan mereka dalam stroller yang mempunyai penutup atau gunakan payung.
Ibu bapa juga boleh menggunakan krim pelindung matahari pada kawasan kulit yang terdedah, tetapi pastikan krim yang dibeli selamat untuk bayi baru lahir.
2. Lindungi kulit bayi baru lahir dari gigitan serangga
Apabila keluar, ibu bapa tidak boleh selalu memantau semua serangga yang datang berdekatan dengan bayi kita.Tetapi ini tidak bermakna kita tidak boleh cuba elakkan mereka dari digigit. Pakaikan baju yang sama untuk melindungi bayi anda dari sinaran matahari dan juga akan melindungi mereka dari digigit.
Menurut AAP, adalah selamat untuk menggunakan ubat penghalau serangga dengan DEET bagi bayi yang lebih dari 2 bulan.
Sembur ubat penghalau serangga pada tangan atau gunakan yang jenis krim dan sapukan pada kulit bayi yang terdedah.
Jauhi kawasan mulut dan mata and pastikan untuk mandikan bayi anda untuk menanggalkan kesan ubat pada kulitnya.
Jangan lupa, ubat semburan penghalau serangga yang mempunyai DEET tidak selamat untuk bayi kurang dari 2 bulan serta bayi dengan G6PD.
Anda juga boleh memilih krim Herbla Blend yang natural dan terbukti selamat dapat membantu mengelak kesan gigitan serangga.
3. Jangan guna terlalu banyak sabun
Jika bayi anda belum lagi merangkak atau makan makanan pejal, bayi anda bukannya kotor sangat.Oleh itu, jangan gunakan terlalu banyak sabun ketika memandikannya dan gunalah sabun yang lembut dan sesuai untuk bayi sahaja. Penggunaan sabun yang terlalu banyak hanya menyebabkan kulit bayi menjadi kering.
Gunakan kain lap untuk mencuci di antara celah-celah kulit yang mungkin mempunyai kesan peluh atau daki dan bahagian kemaluannya.
4. Selalu cuci dulu pakaian baru sebelum anak memakainya
Tidak perlu sabun khas kecuali kulit bayi sensitif. Pastikan pakaian anak bersih dan sudah dicuci sebelum mereka memakainya. Anda juga tidak tahu kalau ada sebarang bakteria, kekotoran ataupun kesan bahan kimia yang boleh memudaratkan bayi anda.Sabun biasa jarang akan menyebabkan kerengsaan kulit pada bayi dan ia adalah lebih senang jika satu keluarga menggunakan sabun pencuci yang sama.
Ibu bapa hanya perlu membeli sabun khas yang lebih lembut jika anak mempunyai masalah kulit dan jika doktor menyarankannya.