Vitamin C Untuk Cegah Co V i d
Pernah baca atau dengar dengan perkara di atas? Betulkah vitamin C boleh mencegah sebarang penyakit?
Jawapannya TIDAK.
Setakat ini, tiada suplemen yang boleh mencegah covid.
Vitamin C adalah sejenis nutrien yg berfungsi sebagai antioksida yang menghalang radikal bebas dr merosakkan sel badan kita. Ia membantu dlm meningkatkan daya tahan badan terhadap penyakit2 seperti selesema & influenza yg berkaitan dengan c o v i d.
Bagaimana vitamin C berperanan dalam meningkatkan daya ketahanan/imuniti badan?
Fungsi antioksidannya menurunkan paras keradangan, dan membantu memperbaiki fungsi imun. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/28067176)
Vitamin C meningkatkan aktiviti phagocytes, sel2 imun yang boleh ‘menelan’ bakteria dan partikel2 bahaya dalam tubuh. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/29099763)
Ia meningkatkan pengeluaran dan ‘coverage’ lymphocystes yakni sejenis sel imun yang meningkatkan pengaliran antibodi, iaitu protin2 yang boleh melawan benda2 asing dalam darah kita. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/29099763)
Dalam kajian kegunaannya untuk selesema biasa, vitamin C membantu mempercepatkan kadar penyembuhan daripada selesema tersebut. (https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/23440782)
Terdapat kajian yang mana vitamin C dos tinggi yang diberikan secara IV boleh mengurangkan keradangan paru2 terhadap pesakit H1N1 (https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/28224112/)
Persoalannya, berapa banyak kita mesti ambil vitamin C dalam sehari? Menurut Profesor Dr Azidah Abdul Kadir, Pakar Kesihatan Keluarga, Jabatan Perubatan Keluarga, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM, pilihlah suplemen berkualiti yang membekalkan dos antara 250mg-2000mg Vitamin C sehari (http://covid19.kk.usm.my/.../78-vitamin-c-untuk...)
Oleh itu sebagai langkah2 pencegahan untuk wabak ni… sentiasalah patuh kepada SOP, ambil vaksin dan tingkatkan imunit badan dengan vitamin C & yang seangkatan dengannya. Make sure ambil brand yang terpercaya, berkualiti dan diuji oleh pihak ketiga… bukan sekadar testimonials ya!
kredit FB: Lyna Noh
0 comments:
Post a Comment