Wednesday, December 21, 2016

8 Panduan Memilih Kolagen Yang Baik Elak Risiko Penyakit Kronik

Bagaimana Memilih  Produk Kolagen Yang Baik

Terdapat 8 ciri yang anda boleh jadikan panduan sebelum memilih mana-mana produk kolagen di pasaran. Anda boleh baca ciri-ciri ini pada laman web collagencomplete yang ditulis oleh Dr France Carpentier yang memiliki 40 tahun pengalaman sebagai doktor perubatan.

Ciri Kolagen Terbaik #1

Kolagen dalam bentuk makanan/minuman adalah lebih baik berbanding kolagen yang disuntik. Ini adalah untuk memastikan sintesis enzim mengoptimumkan serapan ke dalam tubuh badan.

Ciri Kolagen Terbaik #2

Saiz molekul kolagen hendaklah sekurang-kurangnya 1000 doltan dan ke bawah. Ml-crofine size membantu penyerapan yang lebih baik kerana saiz ini adalah paling optimum diserap oleh sel dan memberi kesan yang lebih cepat.

Ciri Kolagen Terbaik #3

Kolagen mempunyai emolient yang unggul dan boleh mengunci kelembapan yang berpanjangan.

Ciri Kolagen Terbaik #4

Kolagen yang mempunyai antioksidan tinggi untuk melambatkan proses penuaan.

Ciri Kolagen Terbaik #5

Kolagen yang mempunyai elemen Vitamin B untuk membantu sintesis atau pembentukan kolagen dari tubuh kita sendiri.

Ciri Kolagen Terbaik #6

Kolagen penting untuk kekal cantik tapi pastikan ia ada kandungan glucosamina untuk kesihatan sendi.

Ciri Kolagen Terbaik #7

Kolagen yang mempunyai bahan yang merangsang pembentukan Asid Hyaluronic yang memberi kesan kulit lebih tegang kerana ia berfungsi mengikat kolagen dengan serat yang elastin.

Ciri Kolagen Terbaik #8

Kolagen yang selamat dan tidak bertoksin.

Banyak betul ciri-ciri, adakah di pasaran? Jika ada, kolagen yang mana? Jangan risau, kami ada penyelesaian untuk anda.

Keistimewaan Shaklee Collagen Powder

Shaklee Collagen Powder merupakan produk kolagen terbaik dan pilihan terbaik untuk anda tampil jelita dan sihat. Ciri-cirinya menepati 8 ciri kolagen terbaik di atas, antaranya: 
  • Setiap satu sachet mengandungi 4000mg proprietri RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen diekstrak daripada sisik ikan merah.
  • Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee iaitu kira-kira 1000 dalton* dapat diserap dengan mudah dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen dalam tubuh.
  • Tujuh bahan utama termasuk ekstrak biji benih camelia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan ekstrak kerangan, Lactobaciliu acidophilus, Vitamin-C dan B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran.
  • Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda . Setiap hidangan dipek di dalam satu sachet, memudahkan anda mengunakan nya secara segera pada bila-bila masa.
  • Keberkesanan. Shaklee Collagen Powder terbukti dapat memperbaiki tekstur kulit wajah dan menghilangkan kedutan. Statistik menunjukkan 71% orang yang mengambil Shaklee Collagen Powder merasai tekstur kulit bertambah baik selepas menggunakannya selama 8 mingu berturut-turut.




Kesimpulannya, pilihlah Shaklee Collagen Powder sebagai pilihan kolagen anda hari ini!

Berminat untuk mendapatkan Kolagen Powder Shaklee? Anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6     
Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com      
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/    
Share:

Monday, December 12, 2016

Kelebihan Menderma Darah Yang Akan Mengejutkan Anda!



Ramai yang percaya menderma darah adalah amalan yang mulia; dapat menolong menyelamatkan nyawa orang lain. Ada yang menderma sebab mereka kenal seseorang yang ada masalah sakit kronik, yang perlukan sumbangan darah dari orang lain. Ada segelintir yang mencubanya hanya untuk mencari pengalaman dan memenuhi rasa ingin tahu.

Tak kiralah apa sahaja sebab-sebab anda menderma darah. Sebenarnya, banyak faedah pada kesihatan yang boleh kita dapat dari usaha kemanusiaan yang tak seberapa ini. Cuba lihat.

1. Pemeriksaan Kesihatan Secara PERCUMA

Haa, sebenarnya, seseorang itu hanya boleh menderma kalau dia sihat secara keseluruhannya. Jadi, sebelum proses menderma, akan ada satu siri pemeriksaan kesihatan yang akan dijalankan secara percuma.

Dengan pemeriksaan tersebut, kita boleh tahu sekirana ada yang tak normal dalam tekanan darah atau kolestrol kita. Ataupun, ada sebarang penyakit yang kita tak tahu lagi, kemungkinan penyakit itu masih diperingkat awal. Sebelum ia bertambah teruk lagi, sekurang-kurangnya kita dapat mengetahui dan merawatnya dengan segera, dan pelbagai lagi masalah kesihatan yang lain boleh dielakkan.

Selepas itu, darah yang diderma tadi ditapis untuk kenalpasti kalau ada sebarang jangkitan virus, seperti HIV, sifilis, hepatitis dan sebagainya. Pemeriksaan kesihatan berjadual sangat bermanfaat kepada penderma; membantu kita untuk menyemak perkembangan kesihatan kita, terutama sekali jika penderma kerap menderma darah.

2.Tingkat tahap kesihatan

Sebenarnya, sesiapa yang kerap menderma darah boleh mengurangkan perasaan bimbang mengenai kesihatan. Ujian kesihatan yang tadi dibuat boleh memberitahu mengenai tahap kesihatan kita. Hilangnya perasaan bimbang, boleh melahirkan perasaan positif dan seterusnya membina dan menambahkan keyakinan diri serta kesejahteraan hidup seseorang secara umumnya. 

3. Buang yang kotor, ambil yang jernih

Jangan tak tahu, darah kita akan digantikan dengan sel-sel darah baru yang segar selepas menderma. Ia memaksa badan menggantikan darah yang hilang, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan bekerja dengan lebih produktifnya.

4. Membakar kalori 

Kebaikan Derma Darah
Setiap kali anda menderma, 640 kalori akan hilang
 
Tak disangka-sangka, menderma darah boleh juga mengurangkan kalori si penderma hanya dengan berbaring diatas kerusi. Walaupun ramai yang diberitahu berat badan penderma akan bertambah selepas menderma, itu sama sekali tak benar.

Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 640 Kal seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti. Sekarang, tentu lebih ramai yang ingin menderma darah, bukan?

Tetapi, menderma darah ada hadnya. Penderma hanya boleh menderma sekali dalam dua atau tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi seseorang.

5. Mengurangkan risiko sakit jantung

Walaupun zat besi adalah elemen yang penting untuk memastikan badan berfungsi dengan baik, jika ia berlebihan akan membawa kepada stres oksidatif – penyumbang utama kepada serangan jantung, strok, percepatan proses penuaan serta lain-lain penyakit. 
Jika seseorang itu menderma darah dengan kerap, ia dapat membantu menyeimbangkan tahap zat besi dalam badan. Mereka yang menderma darah setahun sekali mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapatkan serangan jantung berbanding mereka yang tidak menderma.

6. Mengurangkan risiko kanser

Ramai sebenarnya tak tahu, menderma darah secara konsisten dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis kanser seperti kanser paru-paru, kanser hati, kanser kolon, kanser perut dan kanser tekak. Siapa yang tak mahu mengurangkan risiko kanser? 



Oleh itu, jadikanlah aktiviti menderma darah suatu rutin, lebih baik lagi kalau kita dapat mengajak ramai teman-teman dan kaum keluarga untuk sama-sama menderma. Aktiviti yang dilakukan bersama-sama membantu mengeratkan perhubungan, malah menyumbang kepada komuniti bagi menyelamatkan nyawa orang lain, pada masa yang sama memperolehi manfaat kesihatan.


Share:

Sunday, December 11, 2016

Kenali Apa itu PCOS Dan Cara Mengatasinya



Ramai sebenarnya di kalangan wanita di Malaysia mengalami PCOS. Malah ada juga yang tidak tahu mereka menghidapi PCOS. Secara umum PCOS adalah Sindrom Ovari Polikistik, juga dikenali sebagai  Polycystic Ovary Syndrome.

Ianya merupakan salah satu daripada gangguan hormon yang biasa di kalangan wanita. Membimbangkan.PCOS telah dikenali sebagai "Pembunuh Senyap".

Apakah itu PCOS ?

GLA Complex shaklee vitamin untuk wanita mengidap PCOS

Masalah kesihatan wanita yang memberi kesan ke atas:
  • Kitaran Haid (Oligomenorea atau Amenorrhea)
  • Kesuburan wanita
  • Hormon
  • Jantung
  • Salur darah
  • Rupa atau penampilan diri.
Dengan adanya PCOS, wanita kebiasaannya :
  • Mempunyai lebih banyak hormon endrogen ( lebih dikenali sebagai hormon lelaki). 
  • Tiada atau haid tidak menentu.
  • Banyak sista kecil (cyst) iaitu kantung berisi cecair di dalam ovari mereka.

Punca PCOS

Ianya boleh berlaku seawal gadis berumur 11 hingga 13 tahun ( sejak mengalami haid yang pertama). Punca PCOS tidak diketahui secara jelas. Kebanyakan pakar mengatakan ianya berpunca daripada banyak faktor termasuklah faktor genetik. Seorang ibu yang mengalami PCOS, kebarangkalian anaknya juga boleh mengalami masalah yang sama.

Kesan PCOS Kepada Wanita?

Masalah yang paling utama berkaitan dengan PCOS ini adalah ketidakseimbangan hormon. Wanita yang mengalami PCOS,ovarinya menghasilkan lebih banyak endrogen melebihi paras normal. Endrogen merupakan hormon lelaki yang juga dihasilkan oleh tubuh wanita. Paras hormon yang tinggi ini memberi kesan kepada perkembangan telur dan pengeluarannya semasa ovulasi.

Kajian mendapati rintangan insulin juga dikaitkan dengan PCOS. Insulin adalah hormon yang mengawal atur gula,kanji dan makanan lain menjadi tenaga yang digunakan oleh badan atau disimpan. Ramai wanita PCOS mempunyai kandungan insulin yang tinggi kerana bermasalah untuk menggunakannya.Jadi, ia menjadi penyebab kepada peningkatan hormon endrogen. Peningkatan endrogen ini akan menyebabkan:
  • Jerawat yang kronik
  • Pertumbuhan rambut yang berlebihan ( contohnya di bahagian kaki,lengan dsb).
  • Pertambahan berat badan
  • Masalah ovulasi (masalah haid)

Simptom-simptom PCOS 

Simptom PCOS adalah berbeza antara seorang wanita dengan wanita yang lain. Gejala ini boleh berlaku bermula seawal kali pertama haid (kebiasaannya umur 11 -13 tahun) dan juga boleh berlaku setelah kelahiran anak pertama atau bila-bila sahaja dalam keadaan tertentu.

Antaranya ialah:
  • Kemandulan (disebabkan tidak berlakunya ovulasi)
  • Haid tidak teratur atau tiada haid
  • Hirsutism (pertumbuhan rambut di muka, dada, perut, belakang, ibu jari, atau jari kaki)
  • Sista pada ovari
  • Jerawat,kulit berminyak atau kelemumur
  • Penambahan berat badan (biasanya berat badan berlebihan di pinggang)
  • Kebotakan rambut seperti lelaki
  • Tompokan tebal coklat gelap atau hitam pada kulit (leher,lengan,dada atau paha)
  • Kutil pada kulit (skin tags)
  • Skin tags
  • Sakit di bahagian pelvis
  • Kebimbangan dan kemurungan
  • Sleep Apnea ( Behenti bernafas dalam jangka masa yang pendek semasa tidur)

Mengapa wanita yang mengalami PCOS mempunyai masalah dengan kitaran haid mereka dan kesuburan?

Secara ringkasnya, ovari (kilang telur yang menghasilkan telur atau ovum), mempunyai kantung yang berisi cecair yang dipanggil folikel atau sista.Semasa telur berkembang, folikel akan membina cecair dan apabila telur matang,folikel akan pecah dan telur akan dilepaskan. Telur tadi akan bergerak melalui tiub fallopio ke rahim untuk persenyawaan. Ianya dipanggil ovulasi.

Apa yang terjadi kepada wanita yang mengalami PCOS,ovarinya tidak menghasilkan hormon yang diperlukan untuk mematangkan telur sepenuhnya. Folikel juga boleh berkembang dan membina cecair, tetapi ovulasi tidak berlaku.Sebaliknya, folikel akan tinggal sebagai sista.

Atas sebab-sebab ini, ovulasi tidak akan berlaku dan hormon progesteron tidak dirembeskan. Tanpa progesteron, kitaran haid tidak akan teratur atau tiada haid. Ditambah pula, ovari menghasilkan hormon endrogen yang berlebihan yang menghalang ovulasi.

Adakah PCOS akan berakhir setelah monopouse?

Ya dan tidak. PCOS memberi kesan yang banyak kepada sistem badan. Simptom itu tetap kekal walaupun fungsi ovari dan paras hormon berubah apabila monopous.Sebagai contoh, pertumbuhan rambut berlebihan yang berterusan, kebotakan atau penipisan rambut seperti lelaki menjadi lebih teruk selepas monopous.

Selain itu, risiko masalah kesihatan daripada PCOS seperti diabetes,serangan jantung dan strok akan meningkat seiring dengan umur wanita.

Bagaimana cara untuk mendiagnos bagi mengenal pasti sama ada anda mengidap PCOS atau tidak?

Diagnosa PCOS boleh dibuat dengan cara:
  • Menjalani ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
  • Ujian tahap hormon testosterone dalam badan
  • Ujian ultrasound

Rawatan Alternatif Untuk PCOS

Sekiranya anda tidak gemar atau pun pernah membuat rawatan di klik kesuburan namun tidak mendatangkan apa-apa hasil, saya secara peribadi sangat menggalakkan anda mencuba Set PCOS Shaklee yang mengandungi GLA dan ESP Shaklee.

ESP bertindak sebagai CLOMID yang memberi isyarat untuk mematangkan folikel dan rembesan estrogen.

GLA Complex pula membantu menyeimbangkan hormon dan meningkatkan tahap kesuburan wanita.


Apabila hormon seimbang, dan rembesan estrogen berlaku, telur akan mula membesar dan apabila tiba masanya, folikel akan terbuka dan membebaskan telur wanita bagi tujuan persenyawaan.

Gabungan hormon yang seimbang, telur yang matang dan sperma yang berkualiti meningkatkan peluang kehamilan pada kadar yang sangat tinggi.

Testimoni PCOS dan Cyst

 

 


Jangan risau jika anda hadapi masalah PCOS. Teruskan berusaha kerana ramai pengidap PCOS yang berjaya hamil di luar sana.

Berminat untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     
 
Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah) 
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 
 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/         

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Wednesday, December 7, 2016

Cara Mengenali Produk Kosmetik Anda Bebas Merkuri



Krim pemutih wajah merupakan salah satu produk kosmetik yang paling dicari oleh kaum wanita. Ramai wanita yang berpendapat bahwa putih itu cantik, sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapatkan kulit wajah yang putih tanpa mengetahui produk yang digunakan mungkin mengandungi MERKURI yang boleh memudaratkan kesihatan.

Risiko Menggunakan Merkuri

Menggunakan merkuri secara kita sedari atau tidak boleh menjejaskan kesihatan. Terdedah kepada merkuri untuk jangka yang lama juga boleh membawa kesan yang lebih buruk kepada kesihatan. Apabila merkuri digunakan dalam krim pemutih, kesan sampingan awal yang boleh terjadi adalah:
  • Gatal-gatal
  • Ruam pada kulit
  • Hilang warna kulit (skin discoloration)
  • Parut.
WHO memberi amaran penggunaan merkuri untuk jangka masa yang lama boleh menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang dan gangguan Sistem Saraf. Merkuri yang tinggi dalam badan juga menyebabkan perkara berikut:
  • Gangguan emosi
  • Tekanan perasaan
  • Psikosis
  • Mengganggu perkembangan otak janin dan juga otak kanak-kanak.

Bagaimana Ingin Mengenali Produk Tersebut Mengandungi Merkuri?

Berikut saya kongsikan beberapa cara untuk mengenali krim rawatan wajah yang mengandungi merkuri secara ringkas dan mudah. Untuk hasil yang lebih tepat, pemeriksaan di makmal adalah kaedah terbaik.

  • secara umumnya, krim pemutih wajah yang ada kandungan merkuri berbau agak keras. Kadangkala ada pengeluar yang menggunakan haruman yang agak kuat bagi menutupi bau logam merkuri tersebut.
  • Krim yang mengandungi merkuri agak berkilau warnanya. Jika kita buka penutup krim berkenaan, bahagian bawah penutupnya agak berkilauan / hologram. Cuba oleskan di hadapan cermin dan perhatikan pada wajah anda, ada atau tidak kesan kilauan. Krim yang bagus sepatutnya berwarna putih dan tidak berkilau.
  • Dapat memutihkan kulit wajah dalam masa yang sangat singkat. Semakin tinggi kandungan merkuri, semakin singkat ia memberi kesan pemutihan (bukan pencerahan). Kulit pengguna akan jadi putih pucat seperti mayat dan bukannya cerah semulajadi dan berseri-seri.
  • Pada peringkat awal penggunaan, kulit akan mengalami iritasi dan sangat sensitif kepada cahaya matahari hinggakan apabila anda berada di bawah panas terik mentari, kulit akan terasa pedih dan kemudiannya merah seperti udang dibakar.
  • TIDAK TIMBUL JERAWAT SAMA SEKALI. Awas yer...ini bukan petanda bahawa krim itu telah memulihkan wajah anda 100% tetapi sebenarnya ia merupakan satu petanda awal lapiasan epidermis kulit kita telah ROSAK, kulit sudah tidak mengandungi protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran radiasi.
  • Bakteria adalah antara punca jerawat, tetapi apabila kulit telah dicemari merkuri, bakteria pun tak nak singgah di kulit kita...BAKTERIA PUN TAHU TAKUT PADA KESAN KERACUNAN MERKURI, kenapa kita pula harus menggunakan merkuri demi kecantikan yang seketika?
Apabila penggunaan krim dihentikan, akan timbul bintik-bintik hitam di bawah kulit dan merata wajah. Lama-kelamaan kulit akan menjadi kelabu dan akhirnya kehitaman...KULIT KEMBALI KUSAM lebih teruk dari sebelumnya....

UJIAN RINGKAS

Selain itu ini pula tips yang pernah diberikana oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad untuk mengenalpasti produk itu berbahaya atau tidak.

Kalau ingin tahu sama ada produk kosmetik itu mengandungi kandungan merkuri yang tinggi , boleh sapu sedikit krim produk itu pada cincin atau gelang emas .

Jika warnanya bertukar menjadi kelabu , itu tandanya ia mengandungi banyak merkuri . Ini bukan sihir atau silap mata . Ini sains kimia . 


Nak Kulit Putih cara Selamat Pilihlah penjagaan luaran dengan Set Skin Care Nutriwhite serta penjagaan dalaman dengan Set Kulit Shaklee. 

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Kesan Buruk Ubat Kurus Duromine

 

Sapa pernah makan pil kurus Duromine???

Ramai sangat nak kuruskan dengan cara mudah sampai nak ambil pil yang boleh melayang-layangkan nyawa. Kali ini saya nak share pil kurus Duromine yang memang berjaya kuruskan badan tapi banyak sangat kesan sampingan. Kepada sesiapa yang nak ambil pil ni fikirlah masak-masak dulu sebelum menyesal kemudian hari

Jom kenal apa itu Duromine.

Duromine yang mempunyai bahan aktif Phentermine merupakan ubat kurus atau pelangsing yg dikatakan mampu membantu dlm usaha menurunkan berat badan. Walaubagaimanapun, ia hanya boleh dijual kepada individu yang mempunyai masalah obesiti atau gemuk keterlaluan dengan menunjukkan surat kebenaran dari doktor bertauliah. Ia biasanya hanya akan disyorkan kepada pesakit sebagai pilihan terakhir sekiranya usaha berdiet serta senaman gagal menunjukkan hasil bagi menurunkan berat badan.

Bagaimanapun, phentermine hanya dibenarkan digunakan dalam dos tertentu kerana dibimbangi boleh menyebabkan ketagihan teruk. Duromine menyebabkan si pemakan hilang selera makan berikutan pusat saraf tertentu pada otak dimatikan.Akibatnya pengguna akan berasa beberapa kesan sampingan seperti:
  • tekanan emosi
  • jantung semakin cepat berdenyut
  • bibir kering
  • masalah jantung
  • muntah 
  • mengantuk 
Sesiapa yang mengambil pil tersebut sebenarnya berisiko tinggi untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti:
  •  kegagalan buah pinggang
  • gangguan atau susah untuk tidur
  • sembelit
  • mati pucuk
Pil tersebut juga akan mengganggu metabolisme hati di mana hati tidak dapat memproses glukosa dengan sempurna dan akhirnya ia akan menjejaskan kesihatan.

Disebabkan kesan sampingan itu, pesakit jantung, penghidap sawan, wanita hamil, pesakit jiwa dan penagih dadah atau alkohol dilarang menggunakannya sama sekali.

So nak kurus cara sihat, kenalah menjaga pemakanan, bersenam dan mengamalkan diet yang seimbang merupakan cara yang sihat dan tidak membahayakan kesihatan.

Kurus cara selamat dengan Set Slimming Shaklee

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Sunday, December 4, 2016

Hidung Sering Tersumbat Mungkin Petanda Kanser

 
Hidung selalu tersumbat dan sering berdarah adalah satu daripada petanda bagi penyakit kanser nasofarinks atau kanser pangkal hidung. Ramai yang menganggap simptom-simptom ini benda ringan. Amat jarang untuk mereka mensyaki ia adalah kanser kerana simptom-simptomnya tidak jelas dan boleh disebabkan oleh bermacam perkara,

Kanser nasofarink adalah kanser kelima paling kerap berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia dan kanser ketiga paling tinggi dalam kalangan lelaki di negara ini iaitu meliputi 8.2 peratus daripada jumlah kes kanser.
 
Disemenanjung Malaysia, kanser ini sering terjadi pada kaum cina dan melayu. Tetapi kes membabitkan kaum india adalah amat jarang berlaku.

Simptom dan tanda-tanda Kanser Hidung 

Kanser hidung amat sukar dikesan pada peringkat awal. Dua simptom utama yang wajib diberi perhatian iaitu hidung sering berdarah dan tersumbat, serta kewujudan benjolan pada tengkuk. Namun tanda-tanda lain seperti ini mungkin memberi gambaran awal tentang kanser hidung.

  • Hidung berair
  • Kurang pendengaran ( selalunya sebelah telinga sahaja)
  • Bunyi dengung didalam telinga (tinitus)
  • Telinga tersumbat.
  • Bengkak di leher
  • Sakit kepala
  • Penglihatan menjadi dua (Penglihatan ganda) – Diplopia
  • Kebas di bahagian muka
  • Kesukaran membuka mulut.
  • Kelopak mata atas tertutup (drooping of upper eyelid)
  • Suara menjadi serak
  • Mungkin tiada tanda-tanda, di peringkat yang sangat awal
  • Sekiranya terdapat tanda-tanda seperti diatas sila berjumpa
  • doktor untuk pemeriksaan lanjut.

Penyebab Utama Kanser Hidung

  • Elakkan makanan Masin, Kering dan Awet

Hasil satu kajian berskala besar yang dijalankan oleh sebuah badan antarabangsa mengenai diet orang Cina di negara China dan orang Cina yang berhijrah ke tempat lain.

Kajian tersebut telah mendapati bahawa orang Cina yang berhijrah kurang mengalami kanser nasofarinks berbanding orang Cina di tanah besar berikutan corak pemakanan mereka yang sudah berubah iaitu lebih kepada makanan barat.

Kebanyakan makanan yang digemari masyarakat kita seperti belacan, ikan masin, asam, jeruk, dinasihatkan untuk tidak diambil dalam kuantiti yang berlebihan kerana makanan ini boleh meningkatkan risiko kanser ini
  • Faktor genetik 

Juga dipercayai antara punca yang perlu diberi perhatian memandangkan penyakit kanser melibatkan perubahan DNA sel.
  • Pengambilan alkohol

  • Tabiat merokok

  • Pendedahan berlebihan kepada habuk

  • Pendedahan kepada bahan kimia seperti formaldehid.

Rawatan Kanser Hidung

  • Mengguna skop nasofarinks (nasoscopy) yang dilengkapi kamera atau melakukan CT Scan, PET Scan ataupun MRI, bagi mengesan sebarang ketumbuhan luar biasa sel di kawasan terlibat.
  • Ujian darah bagi mengesan virus Epstein-Barr, yakni sejenis virus yang biasa dialami pesakit kanser, namun tidak semua pesakit kanser menghidap virus ini.
  • Rawatan yang biasanya dijalankan ke atas pesakit kanser nasofarinks adalah radioterapi, kimoterapi, terapi ubat sasaran dan disusuli dengan pembedahan jika perlu. 
  • Selepas pembedahan, pesakit akan mengalami kesukaran untuk makan dan terpaksa bergantung kepada tiub untuk beberapa minggu

Vivix Membantu Meningkatkan Tahap Kesihatan Pesakit Kanser Dengan Lebih Baik

Kemoterapi merupakan salah satu rawatan untuk pesakit kanser. Ia bertindak untuk membunuh semua sel dalam tubuh pesakit termasuk sel kanser dan juga semua sel yang sihat.

Biasanya pesakit kanser selepas kemoterapi akan menjadi sangat lemah, hilang selera makan, kulit melecet, ulser dalam mulut, gugur rambut dan pelbagai lagi.

rawatan kanser selepas kemoterapi
Kesan sampingan kemoterapi
Oleh sebab itu, pesakit yang ingin berasa cergas selepas kemoterapi, di samping meningkatkan potensi sembuh harus menjaga makan dan mengambil VIVIX, supplement yang tinggi kandungan RESVERATROL untuk memulihkan sel sihat yang rosak, memberikan tenaga kepada sel dan melindungi sel yang sihat dari kanser.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
 
Share:

Saturday, December 3, 2016

Pertumbuhan Kulat Di Vagina Penyebab Sukar Hamil



Jangkitan kulat vagina adalah jangkitan di vagina yang melibatkan pembiakan sejenis kulat yang berlebihan yang dikenali sebagai “Candida Albicans”. Jangkitan ini lazimnya berlaku dikalangan wanita yang masih subur dan jarang berlaku sebelum bermulanya haid atau selepas menopos. Jenis kulat ini biasanya di jumpai di mulut, usus, faraj dan akan menjadi masalah sekiranya pembiakanya berlebihan.

Menurut satu artikel 2007 dalam jurnal perubatan The Lancet.Tujuh puluh lima peratus wanita akan mengalami jangkitan yis faraj sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka, dan empat puluh hingga lima puluh peratus wanita pula akan mengalami lebih daripada sekali.

Apakah faktor risiko jangkitan kulat vagina?

Faktor risiko yang boleh meningkatkan seseorang wanita itu mendapat jangkitan kulat vagina adalah:
  • Rawatan antibiotik
Rawatan antibiotik boleh mengubah bakteria protektif (Laktobacilli) dalam vagina dan menggalakan pembiakan Candida yang berlebihan. 

  • Mengandung
Pengeluaran hormone yang tinggi (estrogen dan progesterone) semasa mengandung merendahkan tindak balas imuniti dan seterusnya boleh meningkatkan peluang untuk mendapat jangkitan kulat vagina.

  • Diabetes Mellitus yang tidak terkawal
  • Kegemukan
  • Penghidap penyakit HIV
  • Menggunakan dos steroid yang tinggi
  • Tekanan perasaan
  • Mereka yang menggunakan rawatan kanser ( Kemoterapi)
  • Kekurangan zat makanan
Mereka yang didalam kumpulan umur sebelum haid (belum baligh) dan selepas menopos mempunyai paras hormone yang rendah dan vaginal candidiasis jarang berlaku.

Adakah vaginal candidiasis penyakit kelamin?

Jangkitan kulat vagina bukan penyakit kelamin. Walau bagaimanapun pasangan kepada wanita yang menghidapi jangkitan kulat vagina mungkin ada sedikit tanda-tanda seperti gatal dan ruam di bahagian kemaluan selepas mengadakan hubungan seksual. Pasangan ini tidak perlu rawatan melainkan ada tanda-tanda atau gejala.

Apakah tanda-tanda dan gejala jangkitan kulat vagina?

Tanda-tanda jangkitan kulat vagina adalah gatal, rasa hangat, sakit semasa hubungan seksual, tidak selesa, sakit semasa kencing dan irritasi (perengsaan). Semasa pemeriksaan, doktor mungkin mendapati bengkak dan merah di bahagian kemaluan dan lelehan putih kekuningan di vagina. Jangkitan lain seperti “bacterial vaginosis” atau “ gonorrhea” boleh menyerupai tanda-tanda vaginal candidiasis.

Doktor anda mungkin perlu menghantar spesimen(swab) yang diambil dari bahagian atas vagina untuk pemeriksaan mikroskopi supaya dapat mengenalpasti jenis organisme penyebab jangkitan.

Kesan Jangkitan Kulat Untuk Hamil

Jangkitan kulat pada saluran kemaluan sering menimbulkan berbagai masalah saperti lelehan yang sangat gatal dan berbau khususnya bila buat hubungan jantina, sukar hamil dan mudah gugur. 

Kajian telah berjaya membuktikan kulat candida bukan sekadar perlu dirawat malah lebih parah dari apa yang di jangkakan sebelum ini. Kulat candida kini didapati berpotensi untuk membunuh apabila dibiarkan tanpa rawatan,akan meresap masuk kedalam tisu dan akhirnya saluran darah.

Jangkitan kulat candida yang berulang kali juga boleh menyebabkan flora dalaman faraj menjadi tidak seimbang ,ini menyukarkan untuk sperma mencapai uterus bagi tujuan pensenyawaan.

Walaupun sperma sebenarnya tidak terbunuh oleh kulat candida, tetapi jangkitan kulat didapati boleh mengubah konsistensi mukus servik yang membuatnya keadaan lebih sukar untuk sperma mencapai pembukaan servik.

Walaupun tidak semua wanita akan mengalami masalah ini ,namun terdapat banyak juga kes-kes “unexplained fertility “ berjaya hamil setelah jangkitan kulat candida dirawat dan secara tidak langsung mengembalikan keseimbangan flora didalam faraj.

Apakah rawatan yang ada?

  1. Bagi wanita yang hamil dan menyusukan bayi , ubat pil anti-kulat tidak boleh digunakan kerana kurang kajian dari segi keselamatanya untuk janin atau bayi anda. Rawatan setempat seperti pesari vagina, pil vagina, atau krim telah terbukti mempunyai kurang kesan sampingan. Oleh itu lebih selamat untuk digunakan semasa mengandung dan menyusukan bayi. 

  2. Ubat-ubat anti fungal seperti nystatin, nizora dan banyak lagi di farmasi  

Petua Semulajadi yang berkesan digunakan semasa anda dijangkiti kulat di vagina adalah :

  1. Kalau anda tidak mempunyai sebarang krim anti-fungal apa yang anda perlu lakukan adalah dengan mengambil 3 sudu besar garam lagi bagus garam bukit rendam bersama dengan air suam lepas tu cuci kemaluan anda dalam 3 kali sehari. InsyaAllah kulat itu akan tanggal. 

  2. Makan 'probiotics' (bukan antibiotics) untuk membiakan bakteria2 kawan yg baik dalam bentuk pil supplement. Terdapat beberapa makanan yang jadi sumber probiotics saperti cheese, yogurt, miso, tempe dark chocolate dan buah olive. Lactobacillus membiak dalam usus dan berguna meningkatkan immunity.  

  3. Makan kebih sikit bawang putih/garlic kerana ia punya daya antifungal dan antibakteria.Kalau rasa susah nak telan bawang putih banyak-banyak jalan mudah telan supplement garlic.
    Supplemen Garlic
  4. Minum cranberry juice yg diiktiraf untuk rawatan jangkitan kuman disaluran kencing. Air limau nipis juga baik untuk tujuan ini. 

  5. Utamakan pengambilan supplemen vitamin E dan Vitamin C. Bila sudah terkena jankitan kulat tingkatkan dos pengambilan vitamin c.

Vita E & Vita C

Bagaimana hendak mengelak dari jangkitan kulat vagina?

  • Elak seluar dalam yang diperbuat dari kain sintetik. Gunakan seluar dalam yang longgar dan bersih serta kerap menukar seluar dalam.
  • Elakkan dari meletakkan atau membubuh produk wangi-wangian di bahagian kemaluan
  • Jangan membersih kawasan faraj dengan sabun biasa tetapi gunalah pelembab diperbuat khas untuk faraj/kawasan kemaluanPastikan kawasan di bahagian kemaluan kering dan bersih
  • Kalau anda menghidap Diabetes Mellitus, pastikan paras glukos anda terkawal
P/s: Ia tidak hanya berjangkit pada wanita. Malah ia turut boleh dijangkiti pada lelaki dan tidak terhad pada kemaluan, malah ia juga boleh menjangkiti mulut jika melakukan oral seks.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels