Sunday, August 24, 2014

Pengedar Shaklee Sungai Petani Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga Sungai Petani Kedah

Pengedar Shaklee Sungai Petani, Kedah

Pengedar Shaklee Sungai Petani Kedah
Pengedar Shaklee Sungai Petani Kedah
 
Saya Soffiah merupakan Pengedar Shaklee di Sungai Petani, Kedah. Saya menawarkan perkhidmatan penghantaran secara cash on delivery (COD) produk Shaklee bagi anda yang berada di Sungai Petani serta kawasan yang berdekatan seperti Sungai Lalang, Bedong, Gurun, Kuala Ketil dan sekitarnya. Jadi jika anda yang tinggal di Sungai Petani dan sekitarnya ingin mendapatkan produk Shaklee, anda bolehlah menghubungi saya.

Selain menjadi Pengedar Shaklee Sungai Petani, Kedah, saya juga membuat penghantaran produk shaklee melalui pos diseluruh Malaysia. Sebenarnya anda boleh mendapatkan produk Shaklee walau dimana sahaja anda berada kerana semuanya diuruskan melalui online tanpa perlu menyimpan stok, pihak Shaklee akan membuat penghantaran untuk kita.

Shaklee mempunyai pelbagai rangkaian produk kesihatan, tidak terhad kepada makanan tambahan dan vitamin sahaja. Shaklee juga menawarkan produk untuk kesihatan kediaman dan kecantikan.

Kesemua produk shaklee menawarkan kearah kesihatan yang lebih baik untuk kehidupan kita. Terdapat pelbagai cadangan vitamin untuk kesihatan seperti :-
  • Anti-oksidan
  • Anti-Penuaan
  • Kesihatan Wanita
  • Kesihatan Lelaki
  • Kesihatan Keluarga
  • Kesihatan Sendi
  • Kesihatan Penghadaman
  • Nutrisi untuk Kanak-kanak
  • Pengurusan Berat Badan (nak kurus dan nak tambah berat)
  • Penjagaan Rambut
  • Penjagaan Kecantikan
  • Penjagaan Kediaman
Dan jika anda nak harga jimat sehingga hampir 30%, anda boleh membuat pendaftaran menjadi Ahli Shaklee. Yuran pendaftaran sebanyak RM35sahaja untuk seumur hidup. Bukan itu sahaja jika anda berminat dan serius untuk menjalankan bisnes online Shaklee ini bagi mendapatkan pendapatan sehingga 4 angka, saya akan membimbing anda untuk mencapai impian anda itu.

Nak daftar camana???
Hubungi sahaja saya dan saya akan uruskan pendaftaran anda. 

Oklah, buat mereka di sekitar Sungai Petani, jangan lepaskan peluang mendapatkan rangkaian produk Shaklee dengan saya. Saya hanya berada di Ambangan Heights. Nak singgah ambil barang depan rumah pun boleh..sebab ramai juga yang buat camtu, balik keje singgah ambil barang shaklee ngan saya. Mudah kan.

Saya akan memberikan konsultasi yang terbaik untuk anda, sekiranya anda mendapatkan produk Shaklee dari saya.

Hubungi saya Pengedar Shaklee Anda di Sungai Petani :

Soffiah Mohd Shariff
SMS/whatapps: 013-4505852
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
FB: Soffiah Shariff
Lokasi : Ambangan Heights, Sungai Petani

Share:

Tuesday, August 19, 2014

Lutut buruk? Hitam? Ikuti Tips ini.

Anda malu dengan lutut hitam atau buruk? Tak tahu apa langkah penjagaan? Cara pemutihan? Ikuti tips berkesan untuk memutihkan lutut ataupun siku anda. 

1.Dengan menggunakan jus lemon
Untuk pengetahuan anda, lemon dipercayai dapat mencerahkan kulit anda yang gelap. Caranya dengan mengoleskan jus lemon pada lutut atau siku 2 kali sehari. Anda lakukan dengan celupkan kapas ke dalam jus lemon dan usapkan secara perlahan pada lutut dan siku anda. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan selepas itu bilas dengan air. Anda juga boleh gunakan kulit limau dengan gosokkan pada lutut dan siku selama 45 minit. Jangan terus lembabkan kulit lutut dan siku sebelum/selepas melakukan cara ini. Jika anda melakukannya secara rutin maka lutut dan siku anda akan kelihatan tidak gelap lagi .

2.Dengan menggunakan skrub gula

Butiran halus pada gula boleh digunakan untuk hilangkan warna gelap pada lutut dan siku. Faedah lain ialah nutrisi yg terkandung dapat berfungsi untuk melembapkan kulit. Cara sangat mudah, anda boleh larutkan dulu di air kemudian usapkan pada bahagian lutut dan siku anda. Lakukan cara ini 1 kali dalam sehari untuk mendapatkan hasil yang maksimum dan tentunya cepat.

3.Memutihkan menggunakan kunyit
 
Kunyit sememangnya mempunyai banyak manfaat yang boleh digunakan untuk rawatan badan ataupun untuk putihkan kulit yang gelap.  Bukan itu saja, kunyit juga dapat melembutkan dan menghaluskan kulit yang kasar serta membuat kulit menjadi kuning langsat. Bagaimana caranya? Ambil putih telur lalu campurkan dua titis minyak zaitun dan lemon. Tambahkan kunyit yang telah dihaluskan, akhir sekali letakkan pada siku dan lutut. Selepas beberapa minit, bilas dengan air bersih.

4.Dengan minyak kelapa
Caranya dengan oleskan minyak kelapa dan urut pada bahagian siku dan lutut yang gelap selama 5 minit. Biarkan selama beberapa waktu kemudian bersihkan dengan air. Dan boleh juga dengan cara mencampur minyak kelapa dengan beberapa titis jus lemon untuk mendapatkan kulit yang lebih putih.

5.Dengan menggunakan yogurt
Begini caranya. Yogurt dicampur dengan beberapa titik cuka, kemudian sapu dan usap di lutut dan siku. Kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas.

6.Herbal Blend multipurpose cream Shaklee
 
Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary. Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.Ianya Dingin, bermentol dan tidak berminyak. Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau     

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Share:

Monday, August 18, 2014

7 Tips Penjagaan Buah Pinggang

 
Sekiranya buah pinggang anda berfungsi secara normal, ia tidak memerlukan penjagaan yang khusus. Diet yang seimbang dan sihat serta pengambilan air yang cukup sudah memadai untuk menjaga buah pinggang anda terus kekal sihat. Walaubagaimanapun, sekiranya anda menyedari yang anda mempunyai tanda-tanda di atas, maka anda perlu menggunakan tip di bawah untuk menjaga buah pinggang anda dengan baik:
 
1. Perhatikan tekanan darah dan gula darah anda. 
Ini kerana dua punca utama penyakit buah pinggang ialah disebabkan penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi.  Tekanan darah tinggi pula boleh merosakkan saluran darah kecil yang terdapat di dalam buah pinggang. Yang paling utama untuk menjaga kesihatan buah pinggang ialah dengan memastikan tekanan darah dan juga gula darah berada pada tahap sehampir normal yang mungkin.
         
2. Amalkan pemakanan yang seimbang. 
Kunci kepada diet buah pinggang yang sihat ialah dengan meningkatkan pengambilan makanan yang berasaskan tumbuhan di samping mengurangkan pengambilan makanan yang ditapis dan berminyak(goreng). Diet berasaskan tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan akan membolehkan sistem badan dineutralkan melalui buah pinggang, dapat menurunkan tekanan darah dan akan menyumbang kepada kesihatan yang baik.

3.Kurangkan juga pengambilan daging.
Diet yang mengandungi tinggi protin haiwan akan mempengaruhi pembentukan batu kalsium. Daging menghasilkan asid urik selepas ia diproses oleh badan. Urik asid merupakan masalah asas dalam pembentukan batu asid urik dan juga penyakit gout.         

4. Minum air putih secukupnya. 
Air membantu buah pinggang anda untuk mengepam keluar toksin dan menghalang kejadian batu karang dan jangkitan. Jangan meminum air dalam jumlah yang banyak sekaligus, yang sebaiknya ialah minum air dalam jumlah yang sedikit sepanjang hari.

5. Elakkan dari tabiat merokok.  
Merokok bukan sahaja akan meningkatkan risiko penyakit buah pinggang, tetapi ia juga menyumbang kepada kematian akibat strok dan serangan jantung pada mereka yang mempunyai penyakit buah pinggang kronik.
         
6. Kurangkan kafein.
 Kafein akan bertindak sebagai deuritik yang akan menyebabkan badan kehilangan cecair berlebihan. Akibat dari proses ternyahidrat, buah pinggang anda terpaksa bekerja keras untuk mengepam cecair dan toksin yang akan mengakibatkan tekanan yang berlebihan.
         
7. Hidup dengan lebih aktif. 
Sentiasa aktif adalah baik untuk kesihatan buah pinggang dan juga untuk kesihatan anda secara menyeluruh.Walaubagaimanapun, sekiranya anda sudah mempunyai masalah buah pinggang, elakkan dari melakukan aktiviti senaman yang lasak dan berat. Melakukan aktiviti seperti berjalan laju, berjogging atau berkebun sangat baik untuk merangsang metabolisme anda.

Oleh itu, berikanlah yang terbaik untuk kesihatan buah pinggang anda dengan mengikuti saranan tip penjagaan kesihatan buah pinggang diatas. Walaupun tip ini terutamanya adalah untuk  yang ingin menjaga buah pinggang mereka, ia juga boleh memberikan manfaat kepada sesiapa yang mementingkan kehidupan yang sihat.

Share:

Thursday, August 7, 2014

B-complex Menggemukkan???- Mitos atau Fakta

"Sorry, saya takut nak consume B-complex, kerana ia menggemukkan"
B-complex shaklee membantu diet anda

Selalu kan kita dengar ayat di atas.. B-complex menggemukkan, selera makan bertambah. Maka ramai yang takut dengan pengambilannya. Jom, kita check, betul ke B-complex ni boleh menggemukkan..
 
Kadang kala apabila kita ke farmasi kita akan terjumpa dengan vitamin yang di label B-complex tetapi kandungan vitamin B di dalamnya tidak mencukupi sehingga 8 jenis vitamin B.
 
 
Hubungan antara Vitamin B dengan berat badan
Tubuh manusia memerlukan 13 vitamin dan termasuk dari 8 jenis vitamin dari kumpulan vitamin B-complex. Vitamin B-complex adalah sangat penting untuk proses metabolisme seperti sintesis sel darah merah dan pengeluaran tenaga.
 
Vitamin B-complex bersifat larut air. Mereka menyediakan tenaga daripada karbohidrat dan menukarnya kepada glukos. Vitamin B-complex juga merupakan asas tenaga kepada metabolisme protein dan lemak. Semua vitamin B-complex saling bekerjasama dan amat penting untuk kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B secara serentak pada masa yang sama. Vitamin B dan penurunan berat badan adalah saling berkait rapat tetapi ia hanya akan berlaku apabila kita mengambil kesemua 8 jenis vitamin B-complex.
 
Vitamin B-complex Shaklee terdiri daripada 8 kumpulan Vitamin B iaitu:
  • Thiamin (B-1)
  • Riboflavin (B-2)
  • Niacin (B-3)
  • Pantothenic Acid (B-5)
  • Pyridoxine (B-6)
  • Folic Acid (B-9)
  • Cobalamin (B-12)
  • Biotin
Setiap kumpulan B mempunyai fungsi tertentu. Maka pengambilan 8 kumpulan B yang sempurna dapat melengkapi keperluan tubuh badan seseorang.
 
 
Sesetengah dari kita sering berfikir bahawa pengambilan vitamin B boleh menggemukkan kerana vitamin B akan menyebabkan seseorang cepat lapar. Apabila kita lapar kita akan makan dengan banyak. Mengapa pula ada sesetengah individu yang makan sebanyak mana pun, badan tetap maintain. Ini pula dikaitkan dengan kadar metabolisme yang tinggi. Badan akan cepat mencernakan lemak dan karbohidrat kepada tenaga dan tidak disimpan dalam badan.
  
B-complex membantu dalam pembakaran karbohidrat dan glukos kepada tenaga. Berat badan bertambah apabila banyak karbohidrat, lemak, gula dalam badan yang di ambil hanya disimpan dalam badan. Kekurangan Vitamin B-complex dalam badan yang berfungsi sebagai pencetus pembakaran glukos atau karbohidrat kepada tenaga tidak diambil dengan sempurna.Maka penambahan berat badan akan berlaku.
 
Apabila keperluan Vitamin B dalam badan sudah mencukupi, InsyaAllah pembakaran glukos kepada tenaga akan berjalan dengan baik dan tidak disimpan dalam badan yang boleh menyebabkan kegemukan.
 
Keperluan air juga perlu diambil berat. Air membantu Vitamin B dapat diserap oleh badan dengan optimum.
TIPS:
B-complex Shaklee perlu diambil SELEPAS MAKAN kerana pengambilan B-complex akan meningkatkan metabolisme badan membawa kepada rasa lapar. Maka jika diambil SEBELUM MAKAN, anda berkemungkinan akan makan lebih banyak lagi..

 Pengambilan B-complex yang konsisten dapat mmengawal mood lebih baik, mengurangkan stress sepanjang hari.
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
 
Share:

KENAPA MASIH SETIA DENGAN SHAKLEE?

Kisah Benar Pengguna Shaklee.
Alhamdulillah, 2014 ni tahun ke-8 saya amik Shaklee & tahun ke-4 bergiat secara serius. Kenapa saya masih setia dengan Shaklee dan tak tukar-tukar sejak 4 tahun lepas?

Kali ni saya highlight satu je: KUALITI PRODUK SHAKLEE
Untuk pengetahuan semua, nak keluarkan produk kesihatan dengan kelulusan KKM amat senang. Bukanlah sesenang buat meggi, tapi tak sesusah buat degree. Setakat yang saya tahu tahun lepas (taktau kot tahun ni depa ubah polisi) nak dapat sijil KKM, submit ingredients & mungkin ada few test utk make sure produk tu selamat untuk ditelan (which mungkin tak pitam atau mabuk masa testing tu, saya tak pastilah cemana test tu dibuat).
Saya sendiri pernah dioffer untuk keluarkan produk kesihatan jenama sendiri tp saya taknak. Hehe... Not on my name please...

Tapi Shaklee ni strict. Dia follow pharmaseutical standard, yakni produk2 nya menjalani ujian secara klinikal. Ujian klinikal ni ubat-ubatan je yang kena jalani, sebab nak kena make sure betul2 ubat2 tu berkesan.Nampak tak beza dengan yang di atas tadi?
Neutraseutical = janji selamat ditelan.
Pharmaceutical = berkesan ke atas tujuan tertentu.


Contohnya, ubat sakit jantung mestilah berkesan untuk merawat sakit jantung. paracetamol mesti berkesan utk turunkan suhu badan. Lepas ujian tu baru boleh dipasarkan.
Begitulah Shaklee nak pastikan kualitinya, ia menjalani clinical tests.. boleh refer pada buku panduan produk & buku kecil total wellness, ada list2 study yang dijalankan terhadap2 produk2 Shaklee.
& yang penting, ujian ni tak dibuat oleh Shaklee sendiri, tapi oleh pihak ketiga. so takdelah kejadian tipu result dan sebagainya.

Jujurnya saya tak berani nak cuba produk-produk kesihatan di pasaran. sebab ape? memang diorang claim macam-macam, tapi apa sebenarnya yang di sebaliknya, wallahu`alam sebab takde sebarang study yg boleh dirujuk.

Every year ada saja produk yang ditarik balik kerana mengandungi bahan2 yang terlarang. Nak support produk tempatan pun, takkan sampai nak menganiaya diri sendiri kan... Rasulllah kata, kalau anak dia mencuri pun tetap kena potong tangan, jadi kita kena bersikap adil. (walaupun kita memamg biasanya emosi terlebih, istiqomah dgn amalan rohani insya-Allah smg kita selalu dapat petunjuk & kekuatan...)
Kerana ni juga ramai yg setia dengan Shaklee. Tak payah buat test banding2 rendam epal, kita sendiri dapat rasa kan?

Dipetik dari group IReach Family dari Lyna Noh.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive