Wednesday, September 24, 2014

5 Makanan Pembakar Lemak

Alangkah bagusnya kalau kita boleh teruskan makan, yang mana tak perlu bersusah-payah menahan lapar demi menguruskan badan. Bahkan program diet yang sebetulnya, bukanlah yang memaksa sehingga perlu ‘berlapar’ dan tidak menyentuh sebarang makanan. Itu bukan kaedah diet yang betul
malahan ia boleh memudaratkan kesihatan.

Namun, untuk menurunkan berat badan, terutamanya bagi mereka yang dah melepasi tahap ‘gemuk’ dan hampir-hampir mencecah tahap obesiti, maka sedikit ‘pengorbanan’ diperlukan. Pengorbanan dalam erti kata perlu bijak dan berdisiplin dalam memilih makanan yang sesuai dan mengelakkan
makanan yang banyak kolesterol

Di sini dikongsikan beberapa jenis makanan yang dikatakan mampu membantu menurunkan berat badan dengan cara membakar kalori dengan lebih banyak.

1.Teh hijau
pengambilan teh hijau secara kerap dipercayai dapat membantu meningkatkan tahap metabolisme seseorang dan seterusnya membantu membakar kalori dengan lebih banyak. Amalan minum teh hijau
terbukti membantu sepertimana diamalkan oleh orang Cina sejak ratusan tahun dahulu.
 
2.Limau atau cuka
Campuran sedikit limau atau cuka di dalam makanan dipercayai dapat membantu melambatkan rasa lapar. Dengan demikian dapat membantu ‘mengurangkan’ pengambilan makanan berlebihan secara kerap.
 
3.Air sejuk
Sesetengah orang berpendapat minum air putih atau air suam juga sudah cukup. Namun, ada pendapat lain mengatakan amalan ini boleh dipertingkatkan keberkesanannya iaitu dengan meminum air masak yang disejukkan terlebih dahulu. Amalan minum lapan gelas air sejuk dalam sehari dikatakan membantu membakar 200 kalori, sama sperti berlari sejauh 4.8 km.
 
4.Halia
Dipercayai membantu meningkatkan kadar metabolisme dan membakar kalori bilamana badan memerlukan tenaga tambahan.
 
5.Cili atau lada
Mengandungi /capsaicin/ yang dikatakan dapat meningkatkan suhu badan dan seterusnya membakar lemak berlebihan dalam badan. Sehingga kini belum ada kajian secara konkrit yang menunjukkan
pengambilan cili mampu menurunkan berat badan. Namun, demikian ada kajian tertentu yang mengaitkan pengambilan cili dengan penurunan selera makan yang seterusnya mengurangkan berat badan.
Anda berminat Untuk mendapatkan Set Kurus Optimum, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

6 Cara Hilangkan Perut Buncit.

Perut buncit bukan sahaja membuatkan penampilan seseorang itu jadi kurang menarik, bahkan adakalanya ia juga boleh mendorong perasaan rendah diri kepada sesetengah individu.
Untuk mengelak daripada perut terus buncit, di sini dikongsikan beberapa panduan untuk mengempiskan perut atau menghilangkan perut buncit untukmendapatkan kembali bentuk badan yang sepatutnya.

1.Minum air
Jika anda merasakan perut kembung dan penuh dengan air, cuba atasinya dengan minum lebih banyak air. Ini kerana ia dapat  membantu mencairkan sodium dalam tubuh dan meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem badan. Selain itu ia juga dikatakan dapat mengeluarkan segala toksik yang terkandung dalam tubuh.

2.Makan dengan tertib
Elak daripada makan dengan cepat dan terburu-buru kerana ia akan menyebabkan anda menelan makanan dengan cepat sebelum sempat mengunyahnya hingga hancur. Ini akan menyebabkan udara di dalam usus menjadi tersekat-sekat sehingga mampu membentuk gas yang menjadi punca perut kembung. Justeru, ubahlah cara makan. Setiap kali menikmati hidangan, cuba makan dengan perlahan dan kunyah dengan sempurna.

3.Kurangkan garam
Terlalu banyak garam dalam diet atau makanan yang diambil akan menambahkan jumlah sodium di dalam cairan tubuh yang akan melambatkan mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut akan terasa penuh dan buncit.

4.Hindari sembelit
Sembelit juga boleh menyebabkan perut menjadi buncit dan membesar dari saiz yang sepatutnya. Untuk menghindari sembelit, makanan perlu mengandungi serat termasuk dari buah-buahan dan sayur-sayuran.

5.Pilih serat yang sesuai
Serat adalah elemen penting dalam diet. Tetapi untuk mengimbangi penyimpanan air yang menyebabkan perut menjadi buncit atau boroi, cuba makan serat dari jenis buah-buahan yang banyak air seperti epal dan buah lai (pear).

6.Senaman
Aktiviti senaman akan membantu menggerakkan cairan dalam perut keluar melalui jaringan sistem dan masuk ke dalam saluran darah di mana ia dikeluarkan melalui peluh dan disalurkan ke hempedu untuk dikeluarkan sebagai air kencing (urine). Senaman yang disarankan ialah berjogging dan aerobik.
Jika Anda berminat Untuk mendapatkan Set Kurus Optimum, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Tuesday, September 23, 2014

9 Ganjaran Pahala Ibu Yang Mengandung

Buat wanita yang pernah hamil dan yang sedang hamil pasti tahu betapa peritnya ketika hamil dan sang suami hanya mampu melihat betapa sukarnya isteri mereka ketika hamil...tapi buat wanita yang hamil jangan risau kerana anda amat beruntung kerana Allah telah menjanjikan betapa besarnya pahala yang anda dapat. Antara pahalanya:
1. Dua (2) rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil akan mendapat pahala seperti berpuasa di siang hari dan pahala beribadah di malam hari.

3. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala seperti 70 tahun solat dan puasa manakala setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah akan memberi pahala sekali haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin dia dikira sebagai mati syahid.

5. Wanita yang memberi minum anaknya dari susu badannya akan mendapat satu pahala daripada setiap titik susu yang diberikannya.

6. Jika wanita menyusui anaknya sehingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat di langit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

7. Wanita yang memberi minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah akan memberi pahala seperti setahun solat dan puasa.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah akan memberi pahala seperti 12 tahun beribadah.

Wallahu'alam
Untuk mendapatkan Set Penyusuan Shaklee, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! 

Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Sunday, September 21, 2014

9 Perubahan Yang Berlaku Kepada Wanita Hamil

Bagi wanita yang kali pertama mengandung mungkin akan tertanya-tanya normal kah perubahan yang berlaku pada tubuh dan fisiologi badannya. Sesetengah wanita mengalami pelbagai perubahan dan ada sesetengahnya merasakan seperti biasa.
                                    
9 perkara yang berlaku kepada wanita hamil 
Masalah mual atau muntah pada pagi hari sewaktu hamil, tentu sudah banyak yang tahu. Bagaimana dengan perkara lain yang berlaku, pasti ramai yang tidak tahu. Berikut adalah masalah yang dialami ketika wanita mengandung:
 
1. Masalah penglihatan
Pertambahan hormon menyebabkan mata kering, gatal dan tidak selesa bagi perempuan yang menggunakan kanta lekap. Ini disebabkan penumpukan cairan yang menyebabkan kornea menjadi bengkak. Supaya lebih selesa, kurangkan waktu bekerja di depan komputer dan cuci mata dengan lebih kerap.
   

2. Payudara ngilu
Ini mungkin masalah pertama yang akan dialami oleh wanita mengandung, bahkan sebelum menstruasi berhenti. Payudara akan bersiap lebih awal untuk kelahiran anak dan mungkin terasa lembut jika disentuh. Belahan dada juga akan terlihat lebih lebar saat mengandung.
 
3. Rambut lebih lebat  
Banyak wanita hamil rambutnya akan berkilau dan lebih lebat. Tidak hanya pada rambut kepala, rambut di seluruh tubuh juga lebih lebat. Namun jangan khuatir, rambut yang tumbuh banyak di tubuh saat mengandung akan gugur dengan sendirinya setelah melahirkan anak.
 
4. Gusi berdarah  
Gusi berdarah sering terjadi sewaktu kehamilan. Sangat penting untuk menjaga kebersihan mulut sewaktu mengandung.
 
5. Lupa
Masalah ini hanya sementara sahaja tapi ada sesetengah kes masalah ini berkekalan. Gejala mengulang pembicaraan dan lupa akhir kata sendiri merupakan salah satu masalah yang mungkin dialami.
 
6. Kulit hitam  
Ketika mengandung dan menghabiskan waktu di bawah sinar matahari, wanita tersebut mungkin mengalami bercak gelap di dahi atau di bahagian tubuh lain. Masalah ini dikenali sebagai chloasma atau melasma dan sering disebut sebagai 'topeng kehamilan' dan disebabkan oleh hormon yang mengacau pigmentasi kulit. Hal ini memang tidak berbahaya tetapi mungkin akan mengubah penampilan diri.
 
7. Tangan kejang
Masalah lain yang terjadi sewaktu hamil adalah mengalami kejang tangan sewaktu bangun tidur. Hal ini terjadi disebabkan nadi yang tertekan sehingga terasa seperti ditusuk jarum dan kebas. Ada sesetengah kes kaki juga akan mengalami masalah kejang baik ketika tidut mahupun ketika bangun tidur. Walaupun perkara ini menyebabkan ketidakselesaan namun sama seperti masalah lain, lasalah ini akan hilang setelah melahirkan bayi.
 
8. Perut terasa panas  
Perut terasa panas adalah derita umum bagi setiap wanita mengandung, terutama pada akhir-akhir bulan kehamilan. Hal ini sering terjadi kerana makan atau minum sebelum tidur.
 
9. Sembelit  
Masalah sembelit sering dialami oleh wanita yang mengandung. Banyakkan makan makanan berserat dan minum air putih yang banyak. Jika tidak berhasil, anda boleh mencuba mengambil supplement ostematix shaklee.

Jika anda ingin mendapatkan Set Kehamilan Shaklee, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Sunday, September 14, 2014

Tips Penjagaan Mata Yang Baik

Penjagaan kesihatan mata adalah penting bagi memastikan tahap penglihatan dapat dijaga dengan baik. Kesihatan mata perlu diambil kira sebagai salah satu daripada penjagaan kesihatan. Untuk memastikan kita dapat menikmati nikmat penglihatan dengan lebih lama adalah lebih baik jika kita menitikberatkan soal kesihatan mata.
Disini suka untuk saya kongsikan Tips penjagaan mata yang boleh kita amalkan:

1) Elak dari memakai cermin mata hitam yang tidak mempunyai uv protection 100%,kerana mata kita apabila berada di dalam keadaan yang tidak cukup terang ( gelap ),bukaan anak mata akan menjadi lebih besar, ini akan membolehkan uv matahari memasuki mata dengan lebih banyak dan boleh merosakkan struktur bentuk asal kanta mata ( menjadi rabun ). 

2) Elakkan menggunakan computer tanpa memasang screen filter. kerana cahaya yang dipancarkan oleh monitor computer atau screen tv boleh merosakkan mata dengan cepat. ( cahaya uv tersebut boleh menjangkau sehingga 2 meter. 

3) Jangan membaca atau menulis di dalam bilik atau kawasan yang tidak cukup cahaya,terutama membaca sambil tidur melentang.( Pastikan cahaya yang cukup untuk menerangi bahan bacaan atau penulisan anda ). 

4) Jangan membaca di dalam kenderaan yang sedang bergerak. 

5) Jangan memaksa mata untuk memfokus melihat sesuatu objek atau tulisan yang mata anda tidak mampu untuk melihat dengan jelas,kerana keadaan tersebut akan memberi tekanan pada mata anda.

 6) Selalulah memandang pada benda2 yang berwarna hijau seperti tumbuh2an,terutama pada sebelah pagi.

MAKANAN UNTUK NUTRISI MATA
Kita boleh memperolehi kesihatan mata melalui amalan pemakanan seharian. Antara 10 jenis makanan yang dapat memelihara kesihatan mata daripada katarak, macular degeneration (masalah mata yang boleh menyebabkan buta) dan lain-lain masalah ialah:- 


  1.   Lobak Merah
    Menjaga Kesehatan Mata dengan Wortel 
    -mengandung beta-karoten, yang mana beta-karoten tersebut akan diubah oleh tubuh menjadi vitamin A yang sangat berperan penting untuk menjaga kesihatan mata. 
    -bermanfaat melepaskan radikal bebas yang ada dalam tubuh kita
     
  2. Biji bunga matahari (kuaci)
    Menjaga Kesehatan Mata dengan Biji Bunga Mata Hari
    -mengandung selenium, zinc dan vitamin E yang dapat mencegah gangguan pada mata seperti katarak dan gangguan pada mata yang disebabkan oleh faktor penuaan. Selain itu biji bunga mata hari juga mengandung vitamin B2 yang berfungsi untuk mengatasi penyakit  sensitivitas mata terhadap cahaya atau sering dikenal dengan istilah "photophobia" 
     
  3. Ikan Salmon 
    Menjaga Kesehatan Mata dengan Ikan Salmon
    -memiliki kandungan omega-3 lebih banyak jika dibandingkan dengan jenis ikan / makanan laut yang lainnya. pengambilan omega 3 berterusan dapat menghindair dari gangguan mata kerin.
     
  4. Telur 
    Menjaga Kesehatan Mata dengan Telur 
    -mengandung sumber nutrisi yang sangat baik untuk mata diantaranya seperti  lutein, B12, vitamin D, zinc, vitamin A,  dan cysteine. Lutein dan zeaxanthin yang terkandung di dalam putih telur adalah antioksidan terbaik yang dapat mencegah proses degenerasi makular dan  penyakit katarak.   

  5. Bayam  
    Menjaga Kesehatan Mata dengan Bayam
    -mengandung banyak zeaxanthin dan lutein. Selain itu bayam juga mengandung vitamin C yang dapat mencegah penyakit glaukoma.  
     
  6. Avokado
    Menjaga Kesehatan Mata dengan Alpukat
    merupkan jenis buah yang memiliki kandungan lutein paling banyak jika dibandingkan dengan buah lainnya. Fungsi Lutein sendiri yaitu mencegah degenerasi makular dan mata katarak. -berperan sebagai penyerap nutrisi penting seperti alfa dan beta-karoten  yang berguna dalam membentuk vitamin A agar dapat diserap tubuh dengan baik.    
     
  7. Bawang putih
    Menjaga Kesehatan Mata dengan Bawang Putih
    Kandungan selenium, vitamin C, vitamin B1, quercetin, dan glutathione pada bawang putih bermanfaat untuk melindungi lensa mata dari radikal bebas seperti sinar UV. Selain itu bawang putih juga dapat menjaga sirkulasi darah dan dapat memperkuat sel-sel optik dan daya tahan tubuh yang tentu saja akan membantu mata kita agar tetap sihat. 
           
  8. Tomato
    Menjaga Kesehatan Mata dengan Tomat
    -Tomato yang diperkaya vitamin A, vitamin C dan lycopene, yang merupakan tiga nutrisi yang sangat penting untuk mata.

  9. Cokelat Hitam 
    Menjaga Kesehatan Mata dengan Dark Chocolate
    Dark chocolate ini berfungsi untuk meningkatkan ketajaman penglihatan. Coklat hitam mengandung suatu zat yang dinamakan flavonoid yang bertugas melindungi pembuluh darah pada mata sehingga tentu saja akan secara langsung memperkuat kornea dan retina mata kita.

  10. Brokoli 
    -mengandung nutrisi yang sama seperti bayam yaitu lutein dan zeaxanthin. Kedua nutrisi ini fungsinya seperti ‘sunglasses’ yang berfungsi untuk melindungi mata dari pancaran sinar UV.
PRODUK SHAKLEE YANG BOLEH MEMBEKALKAN KESIHATAN MATA


Berikut adalah jenis-jenis nutrisi yang terdapat dalam Carotomax dan fungsinya.

 Baguskan....adakalanya kita tak mampu nak makan kesemua ini setiap hari. Akan tetapi, hanya dengan sebiji Carotomax, kita mampu membekalkan nutrisi yang lengkap untuk badan kita.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau    
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Thursday, September 11, 2014

Set Kombinasi Alfalfa Complex Shaklee

ALFALFA[ RAJA TUMBUHAN ]  
Terkenal dengan khasiatnya yang bersifat detoks. Membantu menyingkirkan bahan buangan dengan lebih lancar. 
Alfalfa & Lecithin - Kombinasi unik mengemulsi lemak dan menyingkirkan dari tubuh ( lemak dah cair jika tak disingkirkan akan menjadi punca jerawat dan bisul di bawah kulit )
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=cfc69414187bd8ade5c17c797a107525
Alfalfa & GLA - Kombinasi ini untuk kesuburan wanita yg sedang berusaha untuk hamil. GLA mengawal dan mengatur kestabilan hormon dan haid. Bonus kulit lebih berseri.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=9aa3268dd5254fd709384d2b61d2a3a5
Alfalfa & ESP- Sumber penggalak susu ibu/mama milk booster. Khasiat mencantikkan kulit .
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=fca1843a88d84796402f2cb5cf8fead4
Alfalfa & Vita C & B complex- kombinasi untuk meredakan resdung, merawat alahan.
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=c8d128c127cc299c41e73a24f1158b7c
 Perhatian
* Wanita hamil tidak digalakkan mengambil Alfalfa kerana ia bersifat panas.
*Ibu dalam pantang anaknya jaundis dinasihatkan tidak mengambil Alfalfa sehingga anaknya bebas jaundis.
*Kesan terbaik Alfalfa diambil bersama air suam.


Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
 


Share:

Wednesday, September 10, 2014

Cara Atasi Blackhead & Whitehead

Apakah “Blackhead” dan “Whitehead” ni?
  • “Blackhead” – nama dalam perubatan adalah Open Comedo. Ia adalah lebihan minyak dan kulit mati yang terkumpul pada kelanjar ‘Sebaceous’. Bila ia terdedah kepada udara, akan berlaku pengoksidaan. Tindakbalas ini menyebabkan warna lebihan minyak tersebut betukar menjadi hitam. Oleh sebab itu hanya bahagian atas yang berwarna hitam.
  • “Whiteheads” – nama dalam perubatan disebut sebagai Closed Comedo. Ia adalah jerawat yang  terdiri daripada minyak dan kulit serum yang mati dan memalam  liang pori-pori di muka .  “Whiteheads” boleh ditakrifkan sebagai: sesuatu yang kecil, mutiara atau tompok putih yang terbentuk di dalam kulit di mana sel-sel kulit menyumbat dan menutup folikel rambut (sebab mengapa mereka juga dikenali sebagai Closed Comedo).
Bagi  anda yang mempunyai banyak masa terluang bolehlah mencuba tips di bawah ini:
Putih Telur
  1. Pisahkan kuning dan putih telur di tempat yang berlainan. Kemudian kacau / gaul putih telur menggunakan garpu sehingga nampak buih-buih kecil. *mengambil masa yang lama juga tuk gaul putih telur ni.
  2. Menggunakan jari yang bersih atau tisu, rendam kedalam telur putih tadi dan perah tisu sebelum di sapukan keseluruh muka. Avoid eye area.
  3. Biarkan kering. 
  4. Basuh muka seperti biasa dan keringkan menggunakan kain bersih.
Perahan limau
  1. Sebagai tambahan selepas menggunakan putih telur, perah limau ke dalam mangkuk pula k. Buang biji limau tu. 
  2. Rendamkan tisu  ke dalam mangkuk yang berisi jus limau, kemudian perah sedikit, untuk hilangkan lebihan limau kat tisu tu.
  3. Dan letak tisu tu menutupi seluruh muka. Macam pakai mask.
  4. Selepas beberapa minit, basuh muka seperti biasa.
p/s: pastikan muka anda tidak mempunyai sebarang luka, atau jerawat yang masih mempunyai kesan luka sebelum menggunakan perahan limau. Sebab perahan limau sangat sakit bila terkena luka kat kulit.

Tooth Brush
  1. Guna tooth brush yang bersih( yang baru khas digunakan untuk buat scrub muka), gosok perlahan-lahan secara membulat di sekitar hidung anda menggunakan lotion cleanser yang sesuai.
  2. Pastu bilas dengan air seperti biasa. Cara ni boleh membuang kotoran dan sel-sel mati yang ada kat area hidung tu dengan lebih sempurna.
Ingin tahu Rahsia Kulit Berseri-seri Tanpa Mekap?
Share:

9 Tips Menjadi Wanita Cantik

Berikut adalah 9 Tips menjadi Wanita Cantik:

1) Jadikanlah ghadul bashar (menundukkan pandangan) sebagai celak bagi kedua belah alis mata kalian. InsyaALLAH, pandangan visual kalian akan menjadi makin jernih dan bening.

2) Oleskanlah lipstik kejujuran dan kebenaran (alhaq) pada ulasan bibir delima kalian. InsyaALLAH, ukiran senyuman kalian akan bertambah manis dan dihargai sesama.

3) Bedakkanlah raut wajah kalian dengan kosmetik yang berasaskan malu dan keadaban. InsyaALLAH, kesederhanaan lahiriah yang kalian biaskan itu akan menyejukkan mata yang memandang.

4) Lumurkanlah sabun istighfar ke sepelusuk anggota badan kalian. InsyaALLAH, ia boleh mengikis daki kotoran dosa dan kesalahan yang telah kalian lakukan.

5) Rawatkanlah rambut kalian dengan hijab ISLAMI. InsyaALLAH, ia akan menyelimuti azaraul jasad sang hawa daripada menjadi mangsa kerakusan insan yang terlepas daripada tambatan keimanannya.

6) Sarungkanlah kedua-dua belah tangan kalian dengan gelang sedekah dan jari-jemari kalian dengan cincin ukhuwwah Islamiyyah. InsyaALLAH, kelak kalian akan temui warga Solehin yang nilaiannya melangkaui segunung emas permata.

7) Alunkanlah kemerduan dan kesyahduan suara kalian dengan tilawatul Quran dan zikrullah. InsyaALLAH, berkat kekhusyukan dan penghayatan, hulwatul Iman akan dikecapi roh kalian sebagaimana lidah merasakan kemanisan makanan.

8) Luruskanlah postur tubuh badan kalian dengan ketulusan dalam menunaikan solat dan pengibadatan kepada Yang ESA. InsyaALLAH, takkan DIA persia-siakan keikhlasan atau keikhlasan atau keistiqomahan kalian dalam mencari keredhaan-NYA.

9) Hembuskanlah nafas taabud wa taqarrub ilaALLAH S.W.T. ke dalam roh dan sanubari kalian. InsyaALLAH, selama itu takkan kalian rasai ketandusan kasih sayang maupun kegelisahandalam kehidupan.
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive