Pentingnya Memilih Barangan Penjagaan Bayi Yang Bebas Kimia
Sistem badan bayi yang baru lahir masih belum matang dan sangat sensitif. Jika kita lihat pada masa kini, ramai bayi dan kanak-kanak mengalami masalah kulit, iritasi dan pelbagai penyakit lain. Salah satu punca yang menjadi penyebab perkara ini berlaku adalah daripada penggunaan barangan penjagaan diri bayi yang mengandungi bahan kimia berbahaya.Menurut Dr. Sheela Sathyanarayana, Pakar Kanak-Kanak dari Seattle yang mengetuai kajian berkenaan bahaya bahan kimia dalam produk penjagaan diri bayi, bayi yang baru lahir sebenarnya tidak memerlukan sebarang produk mandian lagi.
Kulit manusia ibarat span yang boleh menyerap bahan-bahan kimia masuk ke dalam kulit. Terdapat pelbagai bahan kimia yang terkandung dalam produk penjagaan diri dewasa dan juga bayi. Sekiranya bayi didedahkan dengan produk penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya, ianya akan mendatangkan kesan negatif kepada bayi.
Maka, adalah penting untuk ibu bapa mengetahui tips memilih syampu, sabun, losyen, krim, dan bahan penjagaan diri yang sesuai serta selamat untuk bayi.
Tips Memilih Syampu, Sabun, Losyen & Krim Bayi. Jauhi 6 Bahan Ini!
Berikut merupakan antara 6 daripada bahan kimia yang perlu dielakkan ketika memilih barangan penjagaan diri untuk bayi.Semoga ianya bermanfaat buat ibu bapa yang tercari-cari tips memilih syampu, sabun, losyen, krim dan sebagainya atau menukar jenama barangan penjagaan diri buat si manja kelak.1. ‘Fragrance’
Bauan yang segar dan wangi pada barangan penjagaan diri bayi pasti digemari oleh sesiapa sahaja yang menghidunya. Walau bagaimanapun, ‘fragrance’ atau bahan pewangi kimia yang digunakan dalam pembuatan barangan penjagaan diri bayi ini boleh menyebabkan iritasi, alergi atau ekzema kepada bayi.Jika ibu bapa mahu memandikan bayi dengan sabun, pilih mandian yang menggunakan bahan pewangi semulajadi seperti ‘essential oil’ sebagai alternatif.
2. Paraben
Paraben merupakan sejenis bahan pengawet yang berfungsi untuk meningkatkan jangka hayat sesuatu produk penjagaan diri, kosmetik dan juga ubatan.
Walau bagaimanapun, produk penjagaan diri yang mengandungi paraben adalah berbahaya untuk bayi kerana mengganggu sistem endokrin yang berkait rapat dengan hormon badan di mana ianya boleh menyebabkan keradangan kulit, baligh awal dan juga kemandulan. Oleh itu, pastikan kita memilih produk penjagaan diri bayi yang bebas paraben untuk anak kita.
3. Talc
Talc merupakan bahan utama dalam pembuatan bedak talkum bayi. Walaupun kini semakin banyak produk penjagaan bayi yang ditulis ‘talc free’ tetapi bagaimana pula dengan produk bedak talkum untuk bayi ini?
Pada kebiasaannya, bayi akan disapu dengan bedak sejurus selepas mandi supaya bayi sentiasa berbau segar dan wangi. Walau bagaimanapun, menurut Dr. Jennifer Lowry, Pakar Kanak-Kanak di Kansas City, Missouri menasihatkan ibu bapa agar tidak menggunakan bedak talkum ini untuk bayi kerana dikhuatiri boleh memberikan kesan terhadap sistem pernafasan bayi terutamanya bagi bayi yang mempunyai masalah dengan sistem pernafasan.
4. ‘Mineral Oil’
‘Mineral oil’ atau minyak mineral bertindak menutupi kulit untuk mengekalkan kelembapan kulit. Walau bagaimanapun, bahan ini ibarat ‘plastic wrap’ yang boleh menghalang dan mengganggu proses perkumuhan melalui kulit iaitu berpeluh.
Ibu bapa dicadangkan untuk menggunakan minyak zaitun atau minyak kelapa sebagai losyen atau syampu bagi membuang kerak di kepala bayi.
5. Triclosan
Pada kebiasaannya, barangan penjagaan diri yang mempunyai label anti bakteria mengandungi triclosan yang bertindak sebagai bahan pembunuh bakteria. Walau bagaimanapun, bahan ini berbahaya untuk bayi kerana berisiko mengganggu hormon dalam badan. Ianya juga boleh menyebabkan kulit kering atau iritasi pada kulit.Bayi seharusnya membina daya tahan tubuh dan imuniti mereka sendiri. Namun, ianya mungkin sukar berlaku sekiranya ibu bapa menggunakan barangan penjagaan diri dengan label anti bakteria ini untuk bayi. Ini kerana, bahan kimia triclosan yang digunakan dalam pembuatannya turut membunuh bakteria baik di sekeliling bayi dan menyebabkan mereka kurang pendedahan kepada bakteria buruk dalam proses meningkatkan sistem imun badan.
6. Proplyene Glycol
Proplyene glycol merupakan bahan kimia yang bertindak membuka liang roma bagi meningkatkan kadar penyerapan bahan kimia lain ke dalam tubuh badan. Ianya juga berisiko mendatangkan iritasi pada kulit bayi yang sensitif.Lihat juga bahan kimia dengan nama polyethylene glycol (PEG) dan polypropylene glycol (PPG) pada label dan elakkan membeli barangan penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini demi kesihatan bayi yang kita sayangi.
Kenapa Perlu Pilih Shakleebaby dan bukan jenama lain?
Produk jagaan bayi Shakleebaby berbeza dengan jenama lain yang berada di pasaran kerana ia bertaraf eksklusif. Ia dihasilkan dengan berteraskan SELAMAT, LEMBUT dan ORGANIK.6 Perbezaan Shakleebaby berbanding jenama lain
- telah diuji dan mendapat pengiktirafan oleh pakar kanak-kanak (pediatrik),
- mengandungi bahan yang asli dan organik,
- telah diuji secara klinikal,
- kandungan pH yang seimbang,
- bahan yang digunakan telah disahkan organik,
- tidak menimbulkan kesan alahan.
Formula Yang Bebas Bahan Kimia
Salah satu fakta yang dikongsi bersama kami ialah,“Daripada 81,000 bahan kimia yang berdaftar dengan EPA dalam tempoh 30 tahun lepas,kurang daripada 20% telah diuji untuk toksisiti”
Adalah pentingnya kita sebagai ibubapa memastikan anak-anak kita terpelihara daripada bahan beracun yang mungkin boleh didapati daripada bahan pencuci rumah. Produk yang berteraskan bahan kimia inilah yang boleh menjejaskan kualiti kesihatan dan kehidupan anak-anak kita.Produk Shakleebaby ini dihasilkan dengan teliti dan dijamin tidak mengandungi bahan kimia terlarang. Boleh rujuk gambar di bawah untuk keterangan lanjut.
Memperkenalkan Shakleebaby, Selamat, Lembut dan Organik.
Produk jagaan bayi Shakleebaby ini diformulasikan khusus untuk kulit bayi yang sensitif.Shakleebaby sentiasa selamat kerana,
- telah diuji secara klinikal
- bebas paraben, 1-4 dioxane, sodium lauryl sulfate, formaldehyde, atau phthalates
- diuji oleh pakar kanak-kanak
- 99% kandungan asli
- 76% hingga 99% kandungan organik
- tidak menimbulkan kesan alahan
- keseimbangan pH
- tiada bahan pewangi
- tiada bahan pewarna
- dibungkus dengan bahan yang bebas daripada bisphenol A, phthalates dan dakwat toksik
#1 Gentle Wash
Manfaat setiap kandungan untuk bayi anda;
- Lavender: Menenangkan sistem saraf bayi secara semulajadi. Membantu bayi untuk tidur dengan lebih baik selepas mandi.
- Aloe Vera: Kaya dengan Vitamin E secara semulajadi dan 96% terdiri daripada air, dan ini membantu menenangkan kulit bayi yang kering dan sensitif.
- Chamomile: Tinggi dengan antioksidan, menenangkan dan melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar
Kaya dengan ekstrak aloe vera bersama oat dan minyak zaitun menjadikan ia sangat lembut ketika mandi.
Bersifat mudah dibilas.
Mempunyai pH yang seimbang.
#2 Soothing Lotion
Yang bestnya ia juga mampu membuat bayi anda rasa tenang dan melegakan kulit yang bermasalah dan juga menambah nutrisi pada kulit. Setiap kandungan di dalam losyen ini memberi kebaikan kepada bayi anda seperti;
- Minyak Vanila: Kaya dengan Vitamin B dan antioksidan secara semulajadi, melindungi kulit bayi dari perengsa alam sekitar
- Shea Butter:Mengandungi vitamin semulajadi dan asid lemak, membantu melindungi lapisan luar kulit bayu.
- Minyak Biji Jojoba: Bertindak sebagai emolien, membantu meningkatkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan rasa melekit.
Telah diuji tahap sensitiviti ke atas kulit bayi.
Mengandungi 87% bahan organik dan 99% bahan semulajadi.
Sangat sesuai untuk semua peringkat umur dari bayi hinggalah warga emas.
#3 Massage Oil
Minyak urut yang diformulasikan daripada rumusan minyak organik khas dan ekstrak minyak pati untuk melembapkan kulit bayi yang lembut. Selain itu, chamomile dan lavender juga ada dalam ramuan minyak urut ini bertujuan untuk memberikan suntikan ketenangan.
Salah satu bahan di dalam minyak ini ialah minyak biji bunga matahari yang kaya dengan asid lemak dan Vitamin E. Bertindak sebagai emolien semulajadi, bantu mengekalkan kelembapan kulit tanpa meninggalkan kesan melekit. Sesuai untuk kulit kering, dehidrasi dan sensitif.
Diaplikasi untuk mengurut bayi selepas mandi.
Mengandungi 99% bahan organik dan 99% bahan semulajadi.
Mahu dapatkan produk penjagaan bayi Shakleebaby yang eksklusif ini?
Dalam usaha menjaga kesihatan anak-anak yang kita cintai, pilihlah jenama barangan penjagaan diri bayi yang selamat. Sentiasa semak kandungan barangan tersebut dengan teliti bagi memastikan sumber penghasilan barangan tersebut adalah selamat untuk bayi serta bebas daripada bahan kimia berbahaya.Ayuh luangkan sedikit masa untuk menambah ilmu pengetahuan tentang bahaya bahan kimia yang terkandung dalam barangan penjagaan diri terutamanya untuk bayi. Mungkin, sesetengah bahan kimia tidak memberikan sebarang kesan terhadap bayi atau kanak-kanak buat masa ini, tetapi tiada siapa tahu tentang tahap kesihatan mereka untuk jangka masa panjang akibat penggunaan barangan penjagaan diri yang mengandungi bahan kimia berbahaya ini.
Buat pilihan yang tepat dalam membeli barangan penjagaan diri bayi. Utamakan kesihatan anak kita, mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Set BabyShaklee ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya. Dengan setiap pembelian anda layak menerima konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.