Kenapa perlu Cepat Sembuhkan Luka Pembedahan
“Lepas 2 minggu bersalin ceazer luka berair dan bernanah!”Yes
ini yang kita nak elak. Walaupun ia tertutup sebab berjahit, kalau tak
jaga dengan betul jangkitan senang terjadi. Sedangkan kita perlu nak
susukan anak. Uruskan diri. Sangat menyusahkan jika luka lambat baik.
Pening tau.
“Baru
keluar hospital, mula-mula jahitan elok je, esok nak dresing terus
lebam! ” . Ini lagi ngeri biasa ni terjadi yang lakukan amputasi
(pemotongan anggota badan). Bila sudah ada jangkitan , elok sebulan
boleh baik, kena plak drag sampai 6 bulan. Kan da menyusahkan. Sebab itu
kita perlu sangat ambil tahu dan perlu sangat pastikan luka cepat
sembuh. Bila luka cepat baik senang kita nak bergerak.
“Ya
Allah bernanah pula bahagian bawah ni.” Ini biasa terjadi bagi ibu yang
bersalin normal. Bahagian pelvis perlu dipotong untuk melahirkan bayi,
dan kadang-kadang perlu potongan yang besar. ADUH! peritnya. Mana nak
membuang air besar lagi. Siannya ibu dalam pantang. Tolong lah mereka
supaya luka cepat sembuh.
“Kenapa
kena potong, kan luka saya asalnya kecik sahaja” “maaf makcik ,
sekarang da bahaya, da bernanah , takut jangkitan pada salur darah yang
boleh menyebabkan jantung terhenti makcik” lagi kesian pada mak abah,
suami atau isteri yang ada kencing manis. Sebab mereka ini sangat
berisiko jika terluka, sebab itu kena ambil berat supaya luka mereka
cepat baik untuk elakkan amputasi (potongan anggota badan).
Ini
antara situasi yang akan berlaku jika luka tidak dirawat dengan segera.
Implikasi ini sangat bahaya sehingga mengganggu pergerakan mereka.
Pastikan dapat rawatan dan produk yang tepat untuk luka cepat sembuh.
Kenapa Luka Mudah DiJangkiti Dan Bernanah?
Badan
kekurangan Vitamin C . Ya vitamin C penting dalam proses pemulihan
luka. Vitamin C bantu menghasilkan kolagen untuk pertumbuhan tisu kulit
lebih baik. Ia juga merupakan antioksidan yang mana ia bertanggungjawab
memerangi radikal bebas yang menyebabkan kerosakkan sel. Ini penting
supaya sel-sel sentiasa dalam keadaan baik , supaya ia mampu membina
tisu baru dengan cepat.
Protein
penting dalam menghasilkan Sel tisu kulit yang baru. Tahukah kamu bagi
mereka yang mempunyai luka , pengambilan protein perlu 2 ke 3 gram pada
setiap berat pesakit sangat perlu . Contoh sekiranya berat badan 50KG,
maka protein yang diperlukan 100gm diperlukan setiap hari. Ini untuk
pastikan tisu dapat tumbuh dengan cantik.
Zink
berkemampuan untuk mempercepatkan proses penutupan luka. Kerana zinc
terlibat dalam pembaharuan sel-sel kulit. Ia juga berperanan dalam
meningkatkan sistem imun, kerana ia terlibat dalam pembinaaan T-sel.
T-sel ini penting dalam menanggani jangkitan yang berlaku.
Menurut
Pusat Perubatan Universiti Maryland, vitamin A adalah penting bagi
penyembuhan luka kerana vitamin A membantu sel dalam proses pembiakan,
yang dikenali sebagai pembezaan sel. Ini keran pembiakan selular perlu
berlaku untuk tisu baru berkembang. Dimana ia bantu pembentukan tisu
baru. Ia juga bantu menguruskan keradangan yang berlaku akibat dari luka
pembedahan.
Ini
paling dikhuatri, jika kita mengganggu luka tersebut. Biasanya kita
akan menggaru sekitar kawasan luka jika terdapat reaksi gatal. Jika kita
mengganggu kudis yang terhasil , ini akan melambatkan proses pemulihan
dan menjadi trauma.
Sebenarnya
nikotin yang terdapat didalam rokok akan mengurangkan aliran darah ke
kulit. Ini akan menghalang tisu yang cedera dari pulih dengan cepat.
Apakah Faktor Luka Pembedahan Lambat Sembuh?
Banyak
sebab kenapa luka pembedahan lambat baik. Dan faktor ini perlu dititik
berat, supaya kita mampu untuk pastikan luka cepat pulih. Antara faktor
luka pembedahan lambat sembuh :
- Umur (golongan warga emas yang melebihi 60 tahun
- Jantina
- Stress
- Individu yang perlu pengambilan stereoid
- Pesakit kanser (yang menjalani kemoterapi)
- Obesiti
- kekurangan nutrisi
- Perokok
- Tegar alkohol
- Pesakit Diabetis
Sekiranya
luka lambat sembuh, luka mudah dijangkiti dan menyebabkan luka
bernanah. Bahaya jika luka tidak sembuh mengikut tempoh yang disarankan.
Sebab itu, pemilihan tempat dressing, penjagaan kebersihan, penjagaan
pemakanan, dan pengambilan vitamin penting bagi membantu luka pembedahan
cepat pulih.
Kenapa Perlu Vitamin Tambahan Untuk Cepat Sembuhkan Luka
Walaupun
hakikatnya kita boleh dapat vitamin@nutrisi ini melalui makanan asas
tapi disebabkan beberapa faktor, kita perlu ambil tambahan nutrisi dari
supplement. Ini antara punca kenapa kita perlukan Vitamin bagi proses
pemulihan luka.
- Menurut
jurnal , kajian yang dijalankan pada tahun 2003, menunjukkan nutrisi
dalam makanan hari ini berkurang kerana tanah tanah pertanian sudah
kurang berkualiti. Bayangkan, kajian ini dibuat pada tahun 2003, Kini
sudah tahun 2018, adakah kita masih nak bergantung pada makanan asas
untuk dapatakan nutrisi, Sedangkan hanya nutrisi yang cukup bantu proses
luka pulih dengan cepat.
- Pencemaran
alam seperti asap kereta, asap kilang, habuk dari kerja-kerja
pembinaan, radiasi (handphone, computer, dan barang elektri). Sebenarnya
ini menyumbang kepada penghasilan radikal bebas yang menyebabkan
kerosakkan sel tubuh kita. Ini yang akan menyebabkan luka lambat baik.
Sebab tu kita perlukan vitamin yang mampu untuk menhalang dari sel kita
rosak, Iaitu vitamin yang mempunyai Antioksidan yang tinggi.
- Keadaan
Pesakit, Ia sangat memperangaruhi , lagi-lagi jika pesakit golongan
berumur dan mempunyai penyakit lain seperti kencing manis, ini akan
mempengaruhi pengambilan makanan mereka. Sebab itu pentingnya
pengambilan supplement supaya nutrisi yang diambil memcukupi untuk luka
cepat baik.
Vitamin Bantu Cepat Sembuhkan Luka
Doktor
telah tetapkan proses pemulihan luka yang selamat sekitar 3 hingga 6
bulan sahaja. Disebabkan nutrisi yang kita dapat dari makanan belum
tentu cukup bagi memastikan luka cepat sembuh. Kita perlu dapatkan dari
supplemet, supaya lopongan nutrisi dapat dipenuhi.
1) Vivix
Antara
supplement yang terbaik, kerana ia merupakan produk yang mengandungi
antioksidan yang paling tinggi. Mengandungi Resvaratrol yang mana mampu
mempercepatkan penyembuhan luka.
Vivix mengandungi 4 jenis tumbuhan iaitu muscadine grape, purple carrot,
polyganum cuspidatum dan elderberry. Ini antara vitamin untuk luka
pembedahan cepat sembuh kerana ia baiki dan lindungi sel, optimumkan
tenaga sel dan meningkatkan fungsi
sel bagi memastikan sel- sel dapat bekerja dengan lebih lancar.
Peredaran darah pun berjalan lancar. Bila peredaran berjalan lancar,
oksigen, antibiotik dan vitamin-vitamin lain akan sampai ke bahagian
luka , dan ini bantu dalam proses pemulihan luka.
2) Esp – Soy Protein Isolate Powder
Vitamin
untuk luka pembedahan yang seterusnya ialah ESP. Kenapa ESP? Sebab ESP
mengandungi Protein dan 9 essential asid amino yang diperlukan tubuh
badan. Ini kerana makanan sel adalah protein. Sel – Tisu – Badan. Sebab
itu potein yang cukup penting supaya penghasilan tisu kulit cepat
tumbuh dan cantik.
3) Sustained Release Vita -C plus
Lagi
satu vitamin untuk luka pembedahan ialah Vitamin C. Ia antara vitamin
yang membantu untuk luka pembedahan cepat pulih. Ini kerana vitamin C
dapat mengelakkan keradangan dan bertindak mengurangkan kesan parut
akibat pembedahan.
Testimoni
|
Sebelum |
|
Selepas |
Sekiranya anda ingin mendapat maklumat lebih lanjut atau berminat untuk mendapatkan produk Shaklee, sila hubungi :
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Soffiah Shariff
Disclaimer: Produk ini
bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah
sebarang penyakit. Setiap Testimoni adalah dari pengguna produk
Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan
dan kesihatan pengguna.