Thursday, November 7, 2013

Teknik Urutan Bayi

Tahukah anda bayi juga boleh diurut dengan menggunakan teknik yang betul. Urutan dapat meredakan masalah kembong perut bayi dan mengeratkan lagi kasih sayang antara ibu dan bayi.Jadi apa kata kalau anda mencuba dan lihatlah hasilnya.

Teknik Urutan Bayi


Share:

Kembung Perut


bayi kembung perut

Apa itu kembung perut (Colic)?
Kembung perut biasanya dikaitkan dengan bayi yang menangis disebabkan oleh sakit perut. Diagnosis ditentukan berdasarkan ciri-ciri berikut:
  • Bayi menangis berterusan atau kerap menangis buat masa yang lama tanpa sebab-sebab yang jelas.
  • Masalah ini berlarutan selama 2 hingga 4 jam sehari untuk sekurang-kurangnya 5 hari seminggu dan selalunya bermula pada umur bayi 2 hingga 3 minggu dan beransur kurang/pulih apabila bayi mencapai umur 3 hingga 4 bulan.
Mengapakah sesetengah bayi mengalami kembung perut?
Sebab tidak diketahui. Beberapa teori termasuk :
  • Usus:
    • Alah kepada protein susu lembu.
    • Alah kepada laktosa.
    • Usus belum matang. Pencernaan karbohidrat yang tidak sempurna akan menyebabkan kembung dengan "angin" yang berlebihan.
    • Ketidak selesaan disebabkan "angin".
  • Biologi:
    • Cara menyusu : kurang atau lebih menyusu dan kurang sendawakan bayi.
    • Terdedah kepada asap rokok. Ibu yang merokok sewaktu mengandung atau di dalam pantang akan menyebabkan bayi berisiko tinggi untuk kembung perut.
  • Psikososial:
    • Ibu bapa yang tertekan.
  • Lain-lain:
    • Sistem saraf bayi yang belum matang menyebabkan ia lebih sensitif kepada faktor persekitaran.
Adakah ramai bayi yang mengalami masalah ini?
Dianggarkan 1 hingga 5 dalam 10 bayi mengalami kembung perut. Apakah tanda-tanda bayi anda mengalami kembung perut? Bayi akan selalunya :
  • Menangis sekuat hati dalam jangka masa yang lama.
  • Diikuti menarik kedua belah kaki ditarik ke perut dan tangan dikepal.
  • Tidak semestinya berkaitan dengan perut buncit, muntah, demam atau tanda- tanda penyakit yang lain
Adakah kembung perut akan menyebabkan masalah serius yang lain?
  • Kebiasaannya bayi akan sihat dan boleh membesar dengan baik.
  • Bagaimanapun, masalah ini mungkin boleh menyebabkan tekanan perasaan dan kebimbangan di kalangan ahli keluarga.
  • Ibu bapa merasa kecewa dan risau melihat keadaan bayinya.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Urutan bayi kembung
urutan lembut dapat meredakan kembung perut bayi anda.
  • Tiada rawatan yang khusus. Keadaan ini akan pulih dengan sendiri apabila bayi berumur 3 hingga 4 bulan.
  • Jika anak anda kembung perut :
    • Elakkan terlalu kerap mengangkat bayi ketika ia merengek.
    • Selimutkan bayi sehingga selesa dan dodoikan dengan lemah lembut
    • Kurangkan bunyi bising
    • Bawa bayi anda bersiar-siar
    • JANGAN SEKALI-KALI MENGGONCANG BAYI ANDA
    • Jika ibu bapa merasa tertekan atau penat, cuba dapatkan bantuan orang lain untuk menjaga bayi dan ambil rehat yang secukupnya.
Dapatkan nasihat doktor jika :
  • Tangisan bayi anda seperti di dalam kesakitan.
  • Ada masalah lain seperti muntah, perut buncit, cirit-birit atau sembelit.
  • Bayi anda demam
  • Ibu bapa terlalu bimbang atau penat dan tidak boleh menangani masalah ini sendiri.
Apakah ubat yang boleh membantu?
  • Tiada ubat yang berkesan untuk meredakan kembung perut.
  • Anda boleh mencuba ubat untuk "angin" atau "colic" dan sejenis ubat bernama "dimethicone" untuk mengurangkan rasa kembung.
Bagaimanakah untuk mengelakkan masalah ini?
Jika bayi anda menghisap susu botol:
  • Amalkan teknik penyusuan yang betul, pastikan saiz puting yang sesuai dan sendawakan bayi anda di antara penyusuan.
Jika bayi menyusu badan :
  • Teruskan penyusuan susu ibu, tetapi ibu perlu mengelakkan makanan tertentu seperti kobis, brokoli, bunga kobis, dan kafein.
Peringatan
  • Kembung perut (colic) adalah masalah yang mencabar tetapi ia tidak menimbulkan kesan bahaya kepada bayi pada masa akan datang. Diagnosis yang tepat adalah penting.
  • Dapatkan nasihat doktor jika:
    • Diagnosis tidak dapat dipastikan
    • Adanya tanda-tanda penyakit serius yang lain.
Share:

Wednesday, November 6, 2013

Berhati-Hati di Bawah Sinaran Matahari

Aktiviti luar seperti bersukan, berenang, meredah hutan, mendaki gunung dan berkayak menyebabkan pendedahan kepada cahaya matahari untuk tempoh masa yang panjang
Kesan pendedahan kepada cahaya matahari yang terlalu lama tanpa penggunaan pelindung kulit, boleh menyebabkan kanser kulit.
 
Langkah perlindungan dari sunburn
Risiko
Pendedahan kepada cahaya matahari yang lama boleh menyebabkan:
  • Kulit terbakar (Sunburn) - menyebabkan kerosakan kulit yang kekal
  • Penuaan pra-matang - kedutan kulit yang ketara, kulit kasar dan bertompok-tompok
  • Kanser kulit - kesan daripada pendedahan cahaya matahari yang lama
  • Kerosakan mata akibat sinaran ultra violet (UV)
Tiga jenis cahaya ultra violet (UV) boleh merosakkan kulit:
  • Cahaya UVA, menyerap jauh ke dalam kulit. Ia boleh bertindak balas dengan sesetengah ubat dan kosmetik menyebabkan kulit terbakar teruk
  • Cahaya UVB, akan sampai ke lapisan atas kulit dan merupakan agen primer yang menyebabkan kulit terbakar
  • Cahaya UVC, kebanyakannya akan diserap oleh alam sekeliling (atmosfera) dan ini tidak menyebabkan kerosakan kulit
Tanda dan gejala
Gejala sunburn
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang sederhana:
  • Kulit merah dan sedikit bengkak, gatal kulit dan berasa panas serta kering
  • Otot anda mungkin berasa sakit dan kulit akan menggelupas selepas beberapa hari
Kesan terbakar kepada cahaya matahari yang teruk:
  • Kulit sangat merah, bengkak dan menggelupas
  • Anda mungkin mengalami kesakitan yang kuat dan tidak dapat menahan sakit apabila baju tersentuh kulit anda
  • Anda mungkin demam, rasa sejuk, lemah badan; dan perlu mendapatkan nasihat doktor dengan segera
Kemerahan kulit boleh bermula dalam masa 2-4 jam sebaik sahaja terdedah kepada sinaran matahari dan mencapai tahap kemuncak 24-48 jam kemudian.

Langkah pencegahan
  • Elakkan dari terdedah kepada sinaran matahari antara jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang kerana pada waktu ini sinaran matahari amat terik
  • Gunakan krim pelindung sinaran matahari yang melindungi daripada pancaran UVA dan UVB, serta mempunyai sekurang-kurangnya SPF 15 walaupun pada waktu mendung
  • Gunakan topi atau pelindung untuk mengelakkan dari terkena matahari pada bahagian tengkuk, kepala dan mata
  • Pakai pakaian yang sesuai dan gunakan cermin mata hitam untuk mengelakkan terkena kesan cahaya ultra violet
Langkah berjaga-jaga
Sesetengah ubat, kosmetik dan ubat kimia bertindak balas dengan cahaya matahari menyebabkan kulit merah atau terbakar:
  • Ubat alahan dan ubat gatal
  • Antibiotik
  • Ubat penenang
  • Ubat kencing manis
  • Ubat jerawat
  • Pil perancang keluarga
  • Racun serangga
  • Sesetengah bahan antibakteria yang terdapat dalam sabun atau pencuci muka
  • Bahan pewangi dalam sabun atau minyak wangi
  • Sesetengah produk herba terutamanya yang berasaskan limau, seleri, dan herba dari kumpulan St. John's Wort
Adakah anda tahu bahawa terdapat bahan pelindung cahaya matahari secara semula jadi di kulit yang dipanggil melanin?
Melanin pelindung kulit semulajadi
  • Melanin merupakan pigmen semula jadi yang menyerap sinaran ultra violet dan menyebabkan kulit berubah dari cerah ke kuning ke perangan
  • Melanin melindungi kulit daripada kerosakan pancaran sinar ultra violet oleh matahari
  • Secara umumnya, orang yang berkulit cerah mempunyai kandungan melanin yang kurang dan ini menjadikan ia lebih sensitif kepada sinaran ultra violet
Sesiapa sahaja boleh mengalami kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari terutama kepada:-
  • Berkulit sensitif dan cerah serta mempunyai kandungan melanin yang kurang
  • Mempunyai sejarah keluarga yang mengalami kanser kulit
  • Mempunyai banyak jeragat atau tahi lalat
  • Mengalami rawatan kanser kulit
  • Memiliki rambut berwarna merah atau coklat
Kalau anda mempunyai kulit yang sensitif dan mengalami sunburn anda boleh cuba atasinya dengan set kecantikan kulit Shaklee yang terdiri daripada:
http://syokcariduit.blogspot.com/2013/09/sihatcantik-dan-awet-muda-bersama.html
Ingin dapatkanya boleh hubungi/sms saya soffiah :0134505852


  
Share:

Tuesday, November 5, 2013

Penyusuan Susu Bagi Ibu Yang Bekerja

Penyusuan ibu tidak perlu dihentikan walaupun ibu bekerja. Ibu perlu membuat lebih perancangan dan persediaan sebelum mula bekerja. Pekara yang paling penting adalah mempelajari bagaimana caranya untuk memerah susu ibu, mengamalkannya dan melatih bayi untuk mengambil susu itu.

Masa untuk mula memerah susu ibu
Mula belajar memerah dan menyimpan susu ibu 1 hingga 2 minggu sebelum mula bekerja. Lakukan untuk selama 15 hingga 20 minit.

Teknik memerah susu dengan menggunakan tangan
  • Cuci tangan menggunakan air dan sabun.
  • Lakukan urutan perlahan-lahan pada payu dara ke arah puting atau tuam panas selama beberapa minit sebelum melakukan perahan untuk membantu pengaliran susu.
  • Gambar 1:Letakkan ibu jari di areola di bahagian atas puting dan jejari yang lain di bahagian bawah payu dara.
  • Gambar 2: Picit payu dara menggunakan ibu jari dan jari-jari pada masa yang sama ke dalam menghala kebahagian dada.
Pusing dan perah dari semua arah.
Lakukan yang sama kepada payu dara yang sebelah dan apabila telah bersedia lakukan semula kepada kedua-dua payu dara.
Perhatian: Jangan urut dari bahagian atas payu dara.

Menyimpan susu yang telah diperah.
  • Simpan susu yang telah diperah di dalam bekas kecil, cukup untuk sekali penyusuan.
  • Biarkan seketika susu yang telah diperah untuk menurunkan suhunya, kemudian label bekas sebelum menyimpan ke dalam peti sejuk atau tempat beku.
  • Susu yang telah diperah boleh disimpan pada suhu bilik 26°C selama 4 jam, di dalam peti sejuk untuk 2 hingga 3 hari dan di dalam bahagian sejuk beku (lazimnya peti sejuk yang mempunyai 2 pintu) adalah selama 3 bulan.
  • Bahagian tempat beku bagi peti sejuk 1 pintu adalah tidak sesuai untuk menyimpan susu selama 3 bulan.
Menyediakan susu yang telah diperah untuk bayi anda.
  • Susu yang telah diperah perlu disuamkan terlebih dahulu sebelum diberi kepada bayi.
  • Susu yang telah dibekukan, perlu dibiarkan cair dengan meletakkannya di dalam peti sejuk selama 6 hingga 8 jam atau dengan cara meletakkan bekas dibawah laluan air paip.
  • Rendamkan bekas susu yang telah diperah ke dalam air suam. Jangan gunakan air yang panas kerana ini akan menyebabkan susu bertukar pekat dan bergentil.
  • Susu yang diperah tidak boleh dimasak atau menggunakan ketuhar gelombang mikro untuk tujuan memanaskan atau mencairkannya.
  • Suhu susu yang sesuai boleh diuji dengan menitiskannya sedikit dibahagian pergelangan tangan(wrist)
  • Susu yang telah dikeluarkan dari peti sejuk mesti diberi kepada bayi dalam masa 1 jam. Susu yang tidak diminum atau susu yang selebihnya tidak boleh dibekukan semula.
Mengajar bayi minum susu yang telah diperah.
  • Anda dinasihatkan melatih bayi minum susu yang telah diperah 2 minggu sebelum anda kembali bekerja.
  • Gunakan jadual berikut sebagai panduan:

Masa Menyusu
Hari 1 - 3
Hari 4 - 6
Hari 7 - 9
Hari 10 - 13
Minum Pagi 7.30-9.00 pg
Susu yang diperah
Susu yang diperah
Susu yang diperah
Susu yang diperah
Minum Pagi 10.00-11.30 pg
Susu ibu
Susu yang diperah
Susu yang diperah
Susu yang diperah
Makan Tengahari 12.00 - 1.30 tgh
Susu ibu
Susu ibu
Susu yang diperah
Susu yang diperah
Minum Petang 2.00 - 4.00 ptg
Susu ibu
Susu ibu
Susu ibu
Susu yang diperah
Source : Malaysian Breastfeeding Advisory Association

Hari 1-3 :Penjaga perlu memberikan susu yang diperah kepada bayi hanya pada waktu sarapan pagi. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 4-6 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi dan waktu minum pagi Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu pada waktu-waktu yang lain.

Hari 7-9 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu sarapan pagi, waktu minum pagi dan waktu makan tengahari. Seterusnya ibu susukan bayi dengan susu ibu.

Hari 10-13 :Penjaga perlu memberi susu yang diperah kepada bayi pada waktu siang dan ibu susukan bayi dengan susu ibu pada sebelah malam.

Semoga para ibu yang bekerja dan ingin meneruskan penyusuan susu ibu secara esklusif berjaya meneruskan penyusuan anda, Sememangnya susu ibu adalah makanan TERBAIK buat bayi kesayangan anda.

Jika anda mempunyai masalah kekurangan susu anda boleh mencuba set Penyusuan Shaklee ini. 







Share:

Monday, November 4, 2013

OsteMatrix

OsteMatrix
Tulang merupakan struktur penting di dalam tubuh manusia.  Ia merupakan kerangka yang menyokong berat badan dan organ utama seperti paru-paru, jantung, hati dan ginjal serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dan tubuh secara bebas.  Mengekalkan kesihatan tulang secara optima adalah penting bagi mendapatkan kesihatan optima menyeluruh.

Lebih daripada Sekadar Kalsium
OsteMatrixTM membekalkan nutrien-nutrien harian termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penjagaan tulang dan gigi.  Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.  Kaplet yang bersaiz kecil dan disalut licin ini juga mudah ditelan.
  
Kelebihan OsteMatrix


Jom tengok testimoni pengguna yang telah menggunakan  OSTEMATRIX

1. Kaki tak cramp,Usus dicuci,tido lena

2.Tak sakit belakang, hilang sengal-sengal,susu meriah, berat badan makin turun

 3.Luka cepat sembuh,rahim cepat kecut,mudah buang air besar,berat turun

 4. Badan tak lenguh,tumit tak sakit,bagus untuk pengeluaran susu
 
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Diet Selepas Bersalin

Selepas melahirkan bayi, tubuh ibu perlu pulih sepenuhnya dan bersedia untuk menghasilkan susu ibu.  Berat badan yang meningkat semasa kehamilan membantu membina bekalan untuk proses pemulihan dan penyusuan. Dalam masa yang sama, ibu-ibu perlu mengekalkan pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat agar mereka sentiasa cergas dan sihat selepas bersalin. 

Apa yang patut saya makan selepas bersalin?
Beri tumpuan kepada pengambilan bijirin penuh, buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta makanan yang kaya dengan protein, kalsium dan zat besi. Berikut adalah kumpulan makanan utama yang anda harus makan setiap hari:
  • Pelbagai jenis bijirin seperti beras, gandum, jagung, barli terutama bijirin penuh. Produk bijirin seperti roti, pelbagai jenis mi dan pasta juga boleh diambil.
  • Sumber protein haiwan seperti telur, daging dan ikan dan/atau sumber protein tumbuhan seperti kacang dal dan kacang soya.
  • Susu dan  produk tenusu seperti susu rendah lemak, yogurt dan keju.
  • Semua jenis buah-buahan dan sayur-sayuran segar, sama ada dimakan mentah atau dimasak. 
Kepelbagaian makanan dapat memastikan nutrien yang terdapat di dalam makanan diserap dengan baik. Contohnya, zat besi daripada sayur-sayuran berdaun hijau akan lebih mudah diserap dengan kehadiran vitamin C daripada buah-buahan. Dalam masa yang sama, pengambilan makanan secara berlebihan pula akan mendatangkan kemudaratan. Contohnya, pengambilan protein secara berlebihan boleh mengakibatkan badan kehilangan beberapa vitamin dan mineral.Beri perhatian kepada zat besi dan kalsium
Zat besi
Semasa menyusukan bayi, kebiasaannya ibu tidak kedatangan haid selama beberapa bulan. Oleh itu,  kehilangan zat besi setiap bulan tidak berlaku. Walau bagaimanapun, ibu memerlukan bekalan zat besi yang mencukupi bagi menggantikan kehilangan zat besi semasa bersalin dan sebagai persediaan kedatangan haid yang akan datang. Bekalan zat besi boleh dikekalkan dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging, hati, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau, bijirin penuh dan buah-buahan kering seperti kismis. Ibu yang  mengalami anemia perlu mengambil suplemen zat besi.

 
Kalsium
Keperluan bagi kalsium semasa menyusukan bayi adalah tinggi kerana susu ibu mengandungi kalsium.  Apabila paras kalsium di dalam darah ibu tidak mencukupi untuk ibu dan bayinya, kalsium yang tersimpan di dalam tulang ibu akan dikeluarkan untuk menghasilkan susu dan mengakibatkan jisim tulang ibu berkurangan.  Kehilangan tersebut boleh dicegah dengan pengambilan makanan yang tinggi kalsium.  Sumber utama kalsium adalah susu dan hasil tenusu seperti keju dan yogurt.Terdapat banyak sumber kalsium lain yang boleh diambil, termasuk:
  • Ikan dalam tin, seperti sardin, ikan tongkol dan tuna yang dimakan bersama tulangnya. Ikan bilis juga merupakan sumber kalsium yang baik terutama sekiranya dimakan bersama tulangnya.
  • Bijirin penuh dan tepung bijirin penuh.
  • Tauhu dan susu soya.
  • Sayur-sayuran berdaun hijau.
  • Kekacang dan buah-buahan kering seperti kacang walnut, badam, kismis, kurma dan buah ara yang dikeringkan.
Perlukah saya minum susu untuk menghasilkan susu ibu?
Tiada haiwan lain selain manusia yang minum susu haiwan lain. Namun, haiwan masih boleh menghasilkan susu yang diperlukan oleh anak mereka. Anda boleh mendapat kesemua nutrien yang diperlukan untuk menghasilkan susu melalui pengambilan makanan yang sihat dan berkhasiat. Perkara utama yang perlu untuk mengekalkan bekalan susu ibu adalah dengan menyusukan bayi secara kerap dan berkesan.

Berapa banyak saya harus minum semasa menyusukan bayi?
Secara amnya, anda perlu minum apabila merasa dahaga. Walau bagaimanapun, urin yang berwarna cerah boleh dijadikan petanda yang anda telah minum air dengan secukupnya. Kebanyakan ibu akan berasa dahaga apabila menyusukan bayi, terutama bayi baru lahir. Oleh itu, sentiasa sediakan bekalan air  berhampiran dengan anda semasa menyusukan bayi.

Apakah makanan yang harus dan tidak harus dimakan semasa menyusukan bayi?
Seseorang ibu yang menyusukan bayi tidak memerlukan makanan khas untuk menghasilkan atau meningkatkan penghasilan susu. Hisapan bayilah yang menentukan jumlah susu yang dihasilkan.  Tubuh ibu akan menggunakan kombinasi makanan yang dimakan dengan nutrien yang tersimpan di dalam badannya untuk menghasilkan susu. Jika makanan yang ibu ambil tidak mencukupi, nutrien yang tersimpan di dalam badan akan digunakan. Pelbagai makanan yang diambil dapat memastikan ibu mendapat kesemua nutrien yang diperlukan, tanpa menjejaskan kesihatan ibu.
Namun demikian, terdapat beberapa jenis makanan yang ibu perlu hadkan semasa menyusukan bayi termasuk kopi dan alkohol. Bahan seperti kafein yang terdapat di dalam kopi dan alkohol serta toksin lain boleh melepasi darah ibu  dan masuk ke dalam susu ibu. Oleh yang demikian, bahan-bahan tersebut perlu dielakkan. Nikotin daripada rokok dan dadah juga boleh masuk ke dalam susu ibu dan mesti dielakkan.

Bolehkah saya mengamalkan diet vegetarian semasa saya menyusukan bayi?
Wanita yang tidak makan daging tetapi mengambil susu dan hasil tenusu atau telur,  lazimnya tidak mengalami masalah untuk menyusukan bayi. Bagi ibu yang mengamalkan diet yang langsung tidak mengandungi bahan-bahan tersebut (seperti diet vegan atau makrobiotik), ibu perlu menambah sumber vitamin B12 di dalam dietnya melalui cara-cara lain. Kebanyakan pengamal diet vegetarian mengambil suplemen untuk menambah pengambilan vitamin B12 mereka.

Bolehkah saya mengurangkan berat badan semasa menyusukan bayi?
Menyusukan bayi membantu membakar lemak yang tersimpan semasa hamil dan badan akan menggunakan lemak tersebut untuk menghasilkan susu ibu. Ibu yang menyusukan bayi boleh kehilangan berat badan sebanyak lebih kurang 0.5 kg sebulan hanya melalui penggunaan tenaga  untuk penghasilan susu ibu.
Jika anda membuat keputusan untuk mengurangkan sedikit pengambilan makanan, tunggu sehingga enam atau lapan minggu selepas melahirkan bayi. Anda dinasihatkan untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan dengan menggabungkan amalan pengambilan makanan yang seimbang dan kurang lemak serta melakukan senaman secara sederhana. Pengurangan berat badan yang mendadak boleh membahayakan bayi memandangkan toksin yang tersimpan di dalam lemak ibu boleh terbebas, masuk ke dalam darah dan seterusnya masuk ke dalam susu ibu.

Adakah berpuasa semasa bulan Ramadan boleh memberi kesan kepada bekalan susu saya?
Kajian telah menunjukkan bahawa berpuasa dalam tempoh yang singkat seperti berpuasa dalam bulan Ramadan, tidak memberi kesan kepada bekalan susu. Walau bagaimanapun, dehidrasi yang teruk boleh memudaratkan. Para penyelidik mendapati bahawa tubuh ibu yang berpuasa pada waktu siang boleh menyerap air dengan banyak pada waktu malam dan mengurangkan dehidrasi pada waktu siang. Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda minum secukupnya semasa berbuka puasa dan bersahur.

Perlukah saya mengambil pil suplemen?
Seorang wanita yang sihat dan mengambil diet yang seimbang iaitu yang mengandungi bijirin dan produk  bijirin, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan lazimnya tidak memerlukan pil suplemen semasa menyusukan bayi. Suplemen vitamin dan mineral tidak boleh menggantikan diet yang seimbang. Walau bagaimanapun, anda harus pastikan yang anda mengambil cukup kalsium, vitamin D dan zat besi.

Jika anda merasakan anda tidak dapat mengambil nutrisi yang disarankan melalui pemakanan yang seimbang, anda boleh mencuba SET BERSALIN Shaklee ini. Ianya mempunyai vitamin yang lengkap dan seimbang untuk tubuh badan  bagi mempercepatkan penyembuhan dan memberikan kecergasan kepada ibu selepas bersalin. Sudah ramai ibu-ibu yang mencubanya dan alhamdulilah ramai yang telah berjaya. Tunggu apa lagi dapatkan produk ini untuk kebaikan anda dan bayi tersayang.
http://syokcariduit.blogspot.com/p/blog-page_3495.html










 
Share:

Sunday, November 3, 2013

Kebaikan Susu Ibu

Membuat persediaan untuk menyambut kelahiran bayi anda adalah sesuatu yang menggembirakan dan ia adalah masa yang sibuk. Sebelum mengambil keputusan tentang jenis penyusuan untuk bayi anda, beri pertimbangan kepada penyusuan susu ibu kerana ia memberi kebaikan kepada ibu dan anak. Untuk mendapatkan segala kebaikan penyusuan susu ibu, anda digalakkan memberi susu ibu sepenuhnya sehingga bayi berumur 6 bulan dan diteruskan sehingga bayi berumur 2 tahun. Pemberian susu ibu sepenuhnya bermaksud bayi tidak diberi makanan atau minuman tambahan yang lain selain daripada susu ibu.

Kebaikan Susu Ibu
Untuk bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum , menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Untuk ibu, penyusuan susu ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Lain - lain kebaikan:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana tidak memerlukan botol, tin dan kotak-kotak.
Persediaan awal
  • Sebelum kelahiran
  • Semasa kelahiran
  • Selepas kelahiran
Sebelum kelahiran
  • Sediakan diri dan keluarga. Anda mungkin perlu banyak membaca berkaitan penyusuan susu ibu atau menghadiri kelas - kelas antenatal bersama suami.
  • Dapatkan maklumat mengenai kumpulan sokongan penyusuan susu ibu yang boleh membantu jika ada perlukan bantuan dari klinik kesihatan atau hospital kerajaan yang berhampiran.
  • Buat perancangan rapi. Dapatkan pembantu untuk melakukan kerja - kerja rumah bagi beberapa minggu selepas melahirkan bayi. Ini dapat membantu anda mendapatkan rehat secukupnya dan memberi perhatian kepada penjagaan bayi.
Semasa melahirkan
  • Sentuhan kulit
Hubungan antara ibu dan anak melalui deria sentuhan adalah paling kuat adalah antara satu hingga dua jam selepas kelahiran. Jika anda melahirkan anak di hospital, jururawat akan meletakkan bayi ke atas dada atau badan ibu untuk mendapatkan sentuhan. Anda perlu bersedia untuk itu. Sentuhan kulit dengan segera selepas kelahiran adalah penting kerana selepas 2 atau 3 jam kelahiran bayi akan tidur dalam jangkamasa yang lama.
  • Permulaan awal
Ketika anda berada bersama - sama dengan bayi dalam suasana yang tenang dan bersentuhan kulit, bayi akan menunjukkan tanda-tanda hendak menyusu seperti memasukkan jari ke dalam mulutnya dan menunjukkan aksi menghisap. Pada masa ini bayi anda paling cerdas dan bersedia untuk belajar menyusu. Kajian menunjukkan jika bayi menyusu lebih awal, jangkamasa penyusuan akan meningkat. Ini juga dapat mempercepatkan penghasilan susu ibu.
Selepas melahirkan
  • Menyusu mengikut kehendak
Menyusu mengikut kehendak bermaksud tiada halangan dalam jangkamasa dan kekerapan penyusuan susu ibu. Ia adalah penting untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Lebih kerap anda menyusu, lebih banyak susu yang dihasilkan. Bayi boleh menyusu 8 ke 12 kali sehari.
  • Ibu dan bayi bersama setiap masa (Rooming - in)
Rooming - in bermaksud ibu dan bayi tidak dipisahkan lebih dari satu jam pada bila - bila masa ketika berada di hospital. Ini membolehkan bayi menyusu pada bila - bila masa dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak. Ini perlu diteruskan di rumah. Cara ini telah berjaya meningkatkan penyusuan susu ibu. Ketika berada di hospital, maklumkan kepada jururawat bahawa anda ingin bayi anda berada bersama-sama anda.
  • Tiada puting tiruan
Dari lahir hingga berumur 6 bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak boleh diberikan puting tiruan. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada bayi yang boleh menganggu penyusuan.

Jika anda ingin menambahkan zat susu badan atau mempunyai kekurangan susu badan, anda boleh mencuba set penyusuan Optimum Shaklee ini. Sudah ramai ibu-ibu yang mencubanya dan alhamdulilah ramai yang telah berjaya. Tunggu apa lagi dapatkan produk ini untuk kebaikan anda dan bayi tersayang.
Set Bersalin dan Penyusuan Optimum Shaklee 

Set Bajet Penyusuan





Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels