Mahu kurus dengan cepat? Penyelesaiannya mudah iaitu senaman. Menerusi
senaman secara konsisten dan menjaga pemakanan, metabolisme tubuh akan
lebih proaktif dalam membantu membakar lemak, sekali gus memudahkan
proses penurunan berat badan.
Namun
tidak seronok pula bersenam tanpa diselang-selikan dengan pengambilan
makanan yang dapat membantu mempercepatkan lagi proses itu. Kali ini
saya ingin berkongsi mengenai cara menyediakan minuman Infusion (Infused water / infusion drink) yang sangat bagus untuk kurus dan detoks secara semulajadi.
Di
negara Barat ketika ini, pengambilan minuman pembuangan lemak ini
semakin popular dalam kalangan mereka yang giat menurunkan berat badan. Sejak diperkenalkan oleh pelatih selebriti, Kim Lyons dalam program kecergasan The Biggest Loser musim ketiga, minuman ini menjadi antara pilihan alternatif bintang Hollywood dalam usaha menurunkan berat badan selepas melahirkan anak. Bagaimanapun,
minuman diet ini dipercayai pertama kali diperkenalkan oleh Ann Louise
Gittleman menerusi bukunya, Two-Week Fat Flush yang diterbitkan 25 tahun lalu.
Minuman ini menggunakan buah-buahan
kaya vitamin C seperti oren, limau nipis, lemon dan limau gedang yang
membantu mengubah lemak kepada tenaga manakala timun membuatkan kita
rasa kenyang lalu mengurangkan pengambilan makanan. Menurut
pelatih kecergasan TRX dan kettlebell, Mohamed Azlan Zain Mohamed,
minuman ini berprinsipkan kepada aspek detoksifikasi atau penyingkiran
racun serta toksin daripada tubuh lalu melancarkan sistem dalam tubuh.
“Bahagian tubuh yang dipenuhi racun, toksin dan lemak berlebihan - khususnya pada bahagian hati - tidak dapat melancarkan tugas pembakaran lemak. Jadi dengan mengamalkan detoksifikasi, ia memudahkan lagi proses itu dan membantu dalam mencapai sasaran penurunan berat badan."
“Selain membekalkan vitamin C, tambahan daun pudina membantu melancarkan penghadaman manakala limau gedang pula mengandungi antioksidan flavonoid yang meningkatkan lagi sensitiviti insulin."
“Jadi ia bukan saja baik untuk dalaman badan, malah pada kulit dan penampilan luaran tubuh,” katanya.

Macam mana resipi minuman ini tersebut??
Bahannya:
Botol minuman bersaiz sederhana
1 limau gedang (potong nipis)
1 limau nipis (potong nipis)
1 lemon (potong nipis)
1 oren (potong nipis)
1 timun (potong separuh dan nipis)
Setengah sudu kecil madu (jika tidak mahu rasa yang terlalu masam)
Ais
Air kosong
Cara-caranya:

1. SEDIAKAN bahan.
2. HIRIS nipis semua buah-buahan. Susunkan ke dalam botol.
3. CAMPURKAN setengah sudu kecil madu.
4. PENUHKAN bahagian atas botol dengan ais.
5. TAMBAHKAN air kosong dan isikan botol hingga hampir penuh.
6. SIMPAN seketika dalam peti sejuk antara satu hingga dua jam. Sedia dinikmati.
“Mereka yang ingin menurunkan berat badan tidak boleh bergantung kepada minuman ini semata-mata. Senaman amat penting dan paling efektif dalam membakar lemak.
“Pada masa sama, minum banyak air kosong kerana pengambilan minuman ini saja tidak membekalkan air yang diperlukan tubuh. Kebanyakan mereka yang mengalami masalah berat badan berpunca daripada kurang minum air kerana wujudnya mitos kegemukan air.
“Hakikatnya, air banyak menyumbang kepada kelancaran fungsi dalaman tubuh. Apabila semua perkara ini digabungkan, ia akan memudahkan proses penurunan berat badan,” ujarnya.
WOW! sangat mudah dan nampak sungguh YUMMY kan?
JOMLAH cuba! saya pun rasa mcm nak cuba juga ni.. :).kan
Ketahui disini Cara Mudah Singkirkan Toksik Dalam Badan
Juga disini Rahsia Kurus 84kg Turun 58kg hanya 3Bulan
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment