Monday, May 4, 2015

Tips Memilih Kasut Yang Sesuai

 
Sangat susah untuk pilih kasut yang bersesuaian dengan kaki , walaupun susah tapi ramai yang suka membeli kasut , betul tak ? kali ini saya kongsikan tips memilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki korang , memilih kasut untuk dipakai bukanlah sesuatu yang senang. Kasut juga berubah mengikut fesyen dan masa.
Namun harus diingat untuk memilih kasut yang sesuai bentuk proporsi kaki perlu diketahui. Daripada pergelangan kaki sehinggalah ke betis segalanya perlu dititik beratkan. Setelah itu barulah anda mampu membuat pilihan yang bijak dalam memilih kasut untuk dipakai mahupun untuk digayakan.
 
  • Sekiranya anda memilih bentuk kaki yang lebar dan betis yang agak besar seeloknya hindarilah daripada memilih fesyen kasut yang diikat dengan tali. Ini kerana ia menunjukkan bentuk kaki dan paling ketara ia menonjolkan daerah pergelangan kaki.
  • Dalam memilih kasut pula, seeloknya pilihlah kasut daripada rona warna yang boleh disesuaikan dengan setiap fesyen atau warna baju yang dipilih.
  • Elakkan daripada memilih kasut-kasut daripada warna terang seperti merah atau oren kerana ia akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar, dan pendek.
  • Seeloknya pilihlah kasut tertutup dan yang mempunyai permukaan tertutup yang lebih besar untuk menutupi pergelangan kaki dan akan membuatkan kaki kelihatan lebih menarik.
  • Pilihlah kasut yang mempunyai bukaan yang agak lebar untuk memberikan keselesaan kepada kaki.
  • Pemilihan kasut “sling” iaitu dari fesyen yang bertali tersangkut di belakang, ia akan menonjolkan bahagian bawah kaki terutamanya bahagian pergelangan kaki.
  • Sekiranya anda memiliki kaki yang cantik, kelebihan ini boleh ditonjolkan dengan memilih kasut bertali atau “strappy”. Tetapi harus diingat sekiranya anda mempunyai pergelangan kaki yang kecil hindari memilih kasut “pump” kerana ia akan membuatkan kaki tenggelam.
  • Sebenarnya kasut daripada fesyen tali atau pita dapat juga membuatkan proposi antara kaki dan betis menjadi lebih seimbang. Ini kerana tali atau pita tersebut akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar daripada saiz asal.
  • Bagi mereka yang memiliki kaki bentuk ini, anda bebas memilih apa model atau fesyen kasut sekalipun. Tetapi memilih kasut bertali akan membuatkan kaki yang cantik itu kelihatan lebih menonjol.
PANDUAN BELI

1. Pilih saiz kasut yang betul. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua belah tapak kaki kita tidak sama kerana ia tidak begitu ketara jika dilihat dengan mata kasar. Biasanya kaki kanan lebih besar dan disebabkan itu, kebanyakan kasut yang dijual di pasaraya mempamerkan kasut kaki kanan. Elak memilih kasut yang ketat dengan menganggap kasut akan longgar apabila kerap pakai dan mudah muat apabila diregangkan.

2.Pastikan anda memilih kasut yang mempunyai ruang untuk jari-jari kaki anda apabila anda sedang berdiri. Berdiri di depan cermin dan  berjalan untuk mengetahui keselesaan apabila dipakai kelak. Sebaiknya, beli kasut pada waktu petang kerana saiz kaki akan mengembang pada waktu ini. Jika anda membeli kasut pada waktu pagi, saiz kaki ketika itu adalah kecil dan ini akan menyusahkan anda satu hari kelak.
Kasut cantik tidak mencukupi jika anda tidak pandai menjaga kaki anda. Memastikan kuku sentiasa pendek, tidak berbau begitu juga dengan penjagaan tumit kaki yang halus bak telur dikupas adalah perkara utama buat wanita jika mahu lebih yakin saat melangkah keluar dari rumah.
Ketahui Tips Penjagaan Kuku
Vitamin Untuk Kuku
Tips Atasi Masalah Tumit Merekah

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee. Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852



Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive