Monday, February 29, 2016

Keburukan Ais Kepada Tubuh Badan

Sama ada pada waktu panas terik atau tidak, minuman sejuk atau berais memang menjadi pilihan masyarakat negara ini tidak kira usia. Biarpun menyedari minuman sejuk tidak begitu elok untuk kesihatan, masih ramai yang memandang remeh mengenai amalan itu kerana belum merasai kesannya. Ramai yang menyarankan amalan itu perlu dihentikan kerana ia mungkin boleh menyebabkan banyak penyakit berbahaya.

Terdapat beberapa kesan keburukan ais terhadap sistem tubuh badan manusia ialah :

1. Sistem Pencernaan

  • Menyebabkan pengeluaran lendir berlebihan dalam badan seperti kahak atau lendir daripada bahagian tekak.
  • Lemak akan berkumpul di bahagian perut dan menjadikan perut anda buncit. Hal ini demikian kerana, lemak tidak dapat dicerna dengan baik kerana lemak membeku disebabkan ais.
  • Kembung perut boleh terjadi apabila anda minum banyak minuman berais dan boleh menyebabkan perut berasid serta sekaligus menyebabkan anda mengalami gastrik.

2. Sistem Reproduktif Wanita

  • Minum ais semasa haid boleh menyebabkan darah haid tersumbat dan perjalanan darah tidak lancar. Keadaan ini akan menjadikan darah haid akan melekat di dinding rahim. 
  • Darah haid yang tersisa melekat di dinding rahim akan menyebabkan ketumbuhan dan juga kanser rahim.
  • Pengambilan ais semasa haid juga menjadikan rahim menjadi kembang dan tidak elok untuk kesihatan rahim.
  • Ais juga boleh menyebabkan pengeluaran lendir dari faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan. Jika diamalkan berterusan mungkin menjadikan keputihan semakin teruk.

3.Sistem Imun

Salah satu keburukan ais terhadap tubuh badan ialan akan menyebabkan sistem imun menjadi lemah. Jika anda mengalami batuk-batuk atau selsema dan anda minum ais, akan menyebabkan batuk atau selsema anda semakin berpanjangan.

4.Sistem Reproduktif Lelaki

Keburukan ais terhadap sistem reproduktif lelaki boleh menyebabkan uluran atau hernia. Dalam bahasa lainnya juga dipanggil angin pasang.

Selain itu, amalan minum minuman berais dalam kalangan lelaki boleh melemahkan tenaga batin lelaki dan juga menyebabkan penghasilan mani yang tidak berkualiti.

5.Tubuh Menjadi Lemau

Keburukan ais yang seterusnya ialah tubuh badan menjadi lemau dan sentiasa tidak bermaya. Perjalanan darah menjadi tidak lancar dan sentiasa sakit-sakit badan.

Jika anda perasan, selepas bangun dari tidur anda berasa lemah dan letih semacam. Ini adalah satu kesan akibat mengamalkan minuman berais.

Tinggalkan Tabiat Minum @ Makan Ais

Pengambilan makan atau minuman berais akan menyebabkan kesan negatif terhadap tubuh badan kita. Jadi, untuk pencegahan, anda perlulah meninggalkan tabiat atau kegemaran ini untuk kesihatan yang lebih baik. Jika tubuh badan sihat, segala pekerjaan pastinya berjalan dengan lancar.

Berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee?
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
 

SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive