Pesakit kencing manis perlu menjaga kulit mereka dengan baik kerana mereka mudah mendapat jangkitan kulit. Mereka haruslah sentiasa menjaga kebersihan kulit. Luka kecil atau calar sahaja pun perlu diberikan tumpuan segera dan dirujuk kepada doktor sekiranya tidak pulih.
Penjagaan diri secara umum:
1.Penjagaan kulit
- Gunakan agen pembersih yang bersifat asid, dengan pH 5.5. Ini memastikan fungsi perlindungan kulit yang semula jadi dikekalkan.
- Agen pembersih perlulah lembut, kerana agen pembersih yang kuat akan menyebabkan iritasi kulit.
- Gunakan air suam untuk mencuci.
- Agen pembersih yang beralkali haruslah dielakkan, terutamanya jika kulit adalah gatal atau terdapat inflamasi.
- Elakkan daripada menggaru kulit kerana kulit yang pecah akan menggalakkan jangkitan.
- Semasa mandi, berikan tumpuan kepada kawasan ketiak, kemaluan dan kelengkang, lipatan kulit dan kawasan di antara jari kaki.
- Selepas mandi, elakkan kekeringan kulit dan gunakan losen pelembap untuk mengekalkan kelembapan kulit. Losen ini WAJIB Anda cuba. Bebas bahan kimia dan PARABEN
2. Penjagaan kaki.
- Cuci kaki anda setiap hari.
- Keringkan kaki anda sepenuhnya terutama diantara jari-jari kaki.
- Periksa kaki anda setiap hari untuk mengesan luka, calar, kulit menggelembung, melecet atau perubahan warna kaki. Gunakan cermin jika perlu.
- Potong kuku jari kaki secara lurus melintang .
- Tukar stokin anda setiap hari.
- Jangan berjalan tanpa kasut.
- Selalu pakai kasut yang lembut dan tidak ketat apabila keluar.
- Jangan meletakan sebarang agen kimia pada kaki seperti plaster ketuat atau pembuang kalus (kulit tebal pada kaki) kerana bahan-bahan ini mengandungi asid yang boleh menyebabkan iritasi kulit yang seterusnya boleh menyebabkan ulser.
3.Pemeriksaan mata secara berkala
Penyakit mata seperti katarak, glaukoma dan kebutaan akibat retinopati adalah lebih kerap berlaku dalam pesakit kencing manis. Terdapat kejadian katarak yang lebih tinggi di kalangan pesakit kencing manis dan perkembangan penyakit adalah lebih cepat.
Glaukoma, yang juga biasa berlaku pada pesakit kencing manis, harus didiagnos awal. Rawatan cepat dapat meminimakan kerosakan pada saraf optik dan kehilangan penglihatan.
Salah satu daripada penyebab utama kebutaan dalam pesakit kencing manis ialah retinopati. Semakin lama seseorang pesakit menghidapi penyakit kencing manis, dan terutamanya jika tidak dirawat dengan betul atau dikawal, risiko retinopati diabetik meningkat.
4. Penjagaan Gigi.
Pesakit kencing manis harus berjumpa dengan doktor gigi sekali setiap enam bulan. Sebarang luka atau lesi dalam mulut termasuklah penyakit gusi harus dikenalpasti dan rawatan harus diberi dengan cepat. Sebaik sahaja seseorang didapati menghidapi penyakit kencing manis, dia seharusnya mengubah gaya hidupnya dan lebih bertanggungjawab terhadap kesihatan dirinya.
5. Penjagaan Lain-Lain
- Elakkan alkohol
- Berhenti merokok
- Mengawal pemakanan
- Mengawal berat badan
- Kerap bersenam
Jika anda berminat Untuk mendapatkan produk Shaklee dengan tawaran harga yang lebih istimewa, anda boleh
Hubungi saya dan anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
0 comments:
Post a Comment