Monday, February 22, 2016

Buasir, Punca Dan Tips Atasinya.

Buasir atau hemoroid adalah pembengkakan pada vena yang terletak di bahagian rektum dan dubur. Apabila vena ini membonjol keluar ia mengganggu dan menyebabkan membran di sekitarnya membengkak, terasa sakit, perit, gatal dan berdarah. 

Buasir terjadi disebabkan oleh terlalu tinggi tekanan dalam darah di bahagian rektum, menyebabkan dinding vena darah teregang atau 'memberi' dan membonjol. Kadangkala ia boleh pecah, terutamanya sewaktu meneran.

Terdapat 2 jenis buasir iaitu buasir dalaman dan buasir luaran. 

Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkan pendarahan jika meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar. Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Anda akan terlihat titisan darah merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas.

Buasir luaran pula selalu mengakibatkan gejala-gejala seperti pedih, sakit dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit.

Simptom-simptom penyakit buasir ialah :

  • Rasa sakit yang berdenyut-denyut. Pendarahan berlaku selepas dan sebelum membuang air besar.·
  • Darah menitis dan tersembur keluar dari saluran dubur. Dalam tempoh pendarahan ini, pesakit itu boleh mengalami kekurangan darah.
  • Ada yang tidak mengalami pendarahan, tetapi dikenali sebagai pembengkakan dubur.
    Bengkak ini keluar selepas membuang najis. Kadangkala untuk tempoh sementara, kurang sakit tetapi ada rasa gatal-gatal.

Punca Utama BUASIR?

  • Meneran terlalu kuat ketika membuang air besar 
  • Mempunyai masalah cirit birit atau sembelit yang kerap dan ketara 
  • Duduk pada mangkuk tandas untuk jangka masa yang terlalu panjang  
  • Kegemukan atau obesiti 
  • Wanita yang mengandung kerana janin yang membesar di dalam rahim ibu menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir 
  • Wanita yang baru lepas bersalin mungkin juga terdedah dengan buasir kerana ada sesetengah mereka ini tidak menjaga pemakanan mereka semasa tempoh berpantang 
  • Warisi genetik masalah buasir daripada ibu bapa

TIP-TIP YANG BOLEH MEMBANTU ANDA:

  1. Makan makanan yang berserat tinggi termasuk roti dan pasta bijirin penuh, nasi beras perang dan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. 
  2. Minum di antara enam dan lapan gelas air sehari supaya anda tidak dehydrate. 
  3. Cuba bersenam dengan lebih kerap walaupun anda hanya mempunyai masa dan tenaga yang cukup sekadar untuk berjalan. 
  4. Cuba naikkan kaki ke atas bangku semasa anda membuang air besar. Ini boleh membantu meluaskan ruang untuk najis keluar. 
  5. Pergi ke tandas sebaik sahaja anda terasa hendak membuang air. Jika anda tunggu, najis anda akan jadi keras dan kering.

Diet Buasir

  1. Kalsium - bantu mengurangkan sembelit dan melancarkan pembuangan air besar serta memberi keselesaan kepada anda apabila mengalami luka di bahagian dubur. 

  2. Minyak Ikan - Baik untuk sendi dan otot. Pesakit buasir akan mengalami kesakitan akibat daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut sehingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Jadi, omega-3 membantu untuk mengecutkan otot yang bengkak tersebut.

  3.  Zink - Disarankan kepada pesakit buasir yang tahapnya lebih tinggi seperti keluar najis bersama darah dan membuang air besar dengan rasa yang sangat perit. Zink membantu menyembuhkan luka di bahagian dalam dubur dengan lebih cepat.
Berminat untuk  untuk mendapatkan Set Rawatan Buasir Shaklee dengan harga istimewa? Boleh hubungi saya segera.Konsultansi percuma disediakan untuk anda.
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/   
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive