Wednesday, May 31, 2017

Batuk Berdarah Tanda Paru-paru Mengalami Jangkitan Kuman Dan Kanser


Batuk berdarah adalah darah yang keluar bersama kahak ketika batuk, berpunca dari paru-paru. Darah yang keluar mungkin setitik dua, segaris atau dengan kuantiti yang banyak. Batuk berdarah mempunyai banyak punca atau penyebab. Yang penting sekali adalah memastikan darah itu keluar dari paru- paru dan bukan dari organ yang lain contohnya hidung dan perut. Menentukan punca pendarahan adalah sangat penting kerana ia dapat membezakan rawatan, jangka masa untuk sihat dan hasil rawatan. Jika anda ada batuk berdarah, sila berjumpa doktor dengan segera supaya punca batuk darah dapat dikesan.

Gejala

Batuk berdarah adalah tanda untuk kebanyakan penyakit, dari jangkitan kuman hingga ke kanser. Selain dari batuk berdarah, pesakit juga boleh mengalami tanda-tanda berikut:
  • Sakit dada terutama ketika menarik nafas
  • Penat
  • Sesak nafas (ketika rehat atau membuat aktiviti ringan)
  • Demam
  • Nafas laju
  • Berpeluh waktu malam
  • Kurang selera makan
  • Penurunan berat badan tanpa dirancang

Penyebab batuk berdarah:

  • Radang paru-paru (pneumonia)
  • Tibi
  • Kanser paru-paru
  • Bronkitis kronik
  • Bronchiectasis
  • Nanah paru-paru
  • Jangkitan kulat terutama “mycetoma”
  • Darah beku di paru-paru (pulmonary embolism)
  • Paru-paru berair ( pulmonary edema)
  • Jantung lemah (congestive cardiac failure)
  • Hipertensi pulmonari
  • Kongenital atau acquired systemic coagulopathy contoh: leukaemia, thrombotic thrombocytopenic purpura
  • Penggunaan ubat pencair darah contoh: warfarin, heparin
  • Tersedut benda asing ke dalam paru-paru (inhaled foreign body)
  • Penyakit auto immune dan vasculitis ( Wageners Granulomatosis, Goodpasture’s syndrome, systemic lupus erythematosis, Henoch-Schonlein purpura)
  • Kecederaan kepada paru-paru
  • Malformasi saluran darah kongenital pulmonari (pulmonary artero-venous malformation).
  • Salur darah pecah selepas batuk yang kuat

Komplikasi

  • Lemas (asphyxia)
  • Ketidakstabilan hemodinamik
  • Anemia (kekurangan darah merah)
  • Jangkitan kuman paru-paru
  • Kegagalan buah pinggang
Batuk berdarah yang banyak adalah satu keadaan yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Ia boleh menyebabkan kematian berpunca dari lemas(asphyxia). Langkah-langkah yang perlu diambil adalah pergi ke jabatan kecemasan hospital yang berdekatan dengan segera.

Di hospital, doktor akan merawat dan cuba mengenalpasti punca pendarahan. Jika batuk berdarah terlalu banyak sehingga menyekat salur pernafasan, bantuan pernafasan akan diberikan.

Pencegahan

Tiada pencegahan tertentu untuk menghalang batuk berdarah. Yang penting perlu
  • Hidup sihat
  • Berhenti merokok
  • Bersenam
  • Berjumpa doktor seawal mungkin jika ada batuk berdarah

Vivix Membantu Pesakit Batuk Berdarah





 
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement

 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive