Jika anda
mempunyai penyakit gout tahap kronik, ia boleh berkembang menjadi
penyakit yang lebih serius kerana kandungan asid urik yang berlebihan di
dalam badan anda akan mengeras di dalam tisu dan sendi.
Pengumpulan kristal asid urik yang dikenal pasti sebagai punca
utama penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam buah pinggang. Keadaan ini
akan menyebabkan fungsi buah pinggang anda menurun dan antara lain boleh
menyebabkan pembentukan batu batu karang didalam ginjal. Namun begitu,
ia lebih kerap melanda sendi terutama pada ibu jari kaki.
Menurut satu kajian yang
meneliti individu yang mengidap gout dan satu lagi kumpulan yang
mengalami kerosakan buah pinggang, 8.6% pesakit yang mempunyai masalah
buah pinggang pernah mengalami penyakit gout. Manakala 13% daripada
ujian terhadap mereka yang mengidap penyakit gout juga pernah mempunyai
penyakit buah pinggang.
Gejala Batu Karang
Sakit pada bahagian pinggang sebelah kanan dan kencing berdarah,
kemungkinan besar adalah masalah batu karang ginjal. Bagaimanapun,
beberapa pemeriksaan perlu dilakukan untuk mengesahkan kehadiran batu
karang ginjal.
Pemeriksaan Kesihatan
Antara pemeriksaan yang perlu di jalani ialah ujian air kencing. Ini
penting untuk memastikan kehadiran kristal dalam air kencing. Selain
itu, perlu diperhatikan juga bacaan pH air kencing. Ini kerana apabila
air kencing anda berasid (iaitu kadar bacaan pH kurang dari tujuh), ini
boleh menggalak pengumpulan kristal asid urik dalam buah pinggang.
Lakukan ujian ultra sound pada buah pinggang. Pemeriksaan ini bertujuan
mengesahkan kehadiran dan saiz batu karang. Ini juga bagi melihat sama
ada wujud komplikasi seperti penyumbatan dan jangkitan kuman.
Pemeriksaan ultrasound penting untuk diagnosis kerana batu karang asid
urik tidak dapat dilihat dalam pemeriksaan x-ray. Ini kerana ia adalah
dari jenis radiolucent.
Tip Pemakanan Pesakit Gout
Daripada sudut pemakanan pula:
- Elak mengambil minuman berkafein
- Minum banyak air kosong.
- Elakkan mengambil makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi. Ini kerana makanan jenis ini akan meningkatkan paras asid urik dalam badan. Contoh makanan yang mengandungi kadar purine yang tinggi ialah :
- organ dalaman seperti hati, paru-paru dan otak.
- daging merah seperti kambing, lembu perlu diambil mengikut jumlah sederhana.
- Hasil laut seperti kerang, ikan bilis, ikan sardin, kepah dan ikan salmon juga mempunyai kandungan purine yang tinggi. Semua makanan ini perlu diambil secara sederhana.
- Telur - Telur ayam, telur itik, telur puyuh, telur ikan
- Sayur-sayuran dari bentuk kekacang juga perlu dielak.
Rawatan Alternatif Membantu Pesakit Gout Dan Batu Karang
Dengan Pembelian satu botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.
Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplemen
Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplemen
Disclaimer: Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit. Testimoni di atas adalah dari pengguna produk vivix Shaklee yang sebenar. Namun hasilnya mungkin berbeza mengikut keadaan dan kesihatan pengguna.
0 comments:
Post a Comment