Thursday, October 22, 2015

Kenapa Tumit Kaki Pecah?


Pernah anda jumpa wanita-wanita cantik, berkerjaya, duit pun banyak yerlahkan berdasarkan handbag, jam, tudung yang dia pakai, tapi bila bukak kasut pergghhhhh...tumit kaki dia mintak maaf cerita, buat mata anda terbeliak kejap. Yer tak sangka kan. Jadi takkan nak biarkan masalah tumit merekah terus menghantui diri anda. Sudah tentu anda menginginkan tumit yang cantik dan licin, sesuai dengan wajah anda yang cantik bercahaya kan...Barulah matching, betul tak?

Boleh dikatakan  tidak kira orang kaya ke, miskin ke, cantik ke, comey ke, muda ke, tua ke semua ada masalah tumit kaki merekah ni. Nampak macam masalah sejagat jugakkan. Banyak punca yang buat tumit kaki pecah ni antaranya :-
  • Kekurangan air dalam badan, menyebabkan kulit menjadi kering, berkilat, bersisik dan akhirnya merekah
  • Faktor genetik atau keturunan, jika keluarga kita mempuanyai kulit kering biasanya kite akan cenderung menhadapi masalah yang sama.
  • Berat badan berlebihan, berat yang banyak dan tubuh yang lebar tidak dapat ditampung oleh kaki, menyebabkan kulit kaki merekah.
  • Memakai kasut yang tidak sesuai atau terlalu ketat. Pemakaian kasut tumit tinggi juga menyebabkan tekanan pada tumit.
  • Tidak memakai stokin ketika bersukan boleh menyebabkan kulit kaki cedera.

Penyelesaian

  • Minum air secukupnya 8 gelas sehari, paling minima.
  • Kawal berat badan, dapatkan berat badan yang ideal
  • Urut kaki terutama bahagian tumit dengan minyak atau losyen bagi melembapkan dan melembutkan kulit, Urutan juga membantu melancarkan peredaran darah dan merehatkan kaki setelah seharian bekerja keras.
  • Memakai stokin dan kasut yang tidak ketat, selesa dan sesuai ketika bersukan. 
  • Memakai selipar didalam rumah. Lantai rumah yang sejuk mampu membuatkan tumit kaki merekah.

Kisah Benar Wanita Bertumit PECAH

Dulu akak pernah minum air lebih 8 gelas sehari tapi tetap tumit kaki akak hodoh. Mungkin sebab kulit akak memang kering, So setakat minum air tak jalan. Pakai losyen pun pernah jugak. Dulu akak gune losyen Nivea warna biru pekat tu. Memang berkesan

Kalau ade offer rajinla akak borong. Sampaila satu mase akak perasan losyen tu dah tak pekat macam biasa. Mungkin Nivea ubah formula ke atau camne dan kesannya losyen tu dah tak lembap sangat. Huhu...kecewa akak...

Dalam rumah memang biasa pakai selipar tapi tetap jugak tumit kaki ni errr...tak comey. Nak kate akak obes takla, slim je badan ni. Sekarang je naik sikit. So macammane nak buat ni?


Nak dijadikan cerita mak akak pesan akak beli 1 krim ni, katenye bagus dulu die pakai kulit tak kering. Akak pun belila dari member, mak akak pun pakai tapi akak tak amik port pun camne hasilnye.

Lame tinggalkan kisah krim tu, akak pun kahwin. Bile dah kawin sibuk nak melawa la kononnye akak pun cubela krim tu untuk part tumit kaki yang hodoh ni. Cube jela mane tau. Sapu-sapu memang tak sampai  2 minggu kulit lembap dan lembut macam tak caye je ni. Itupu kadang-kadang lupe. Bile duk sentuh-sentuh tumit, eh memang sedap je usap bile dah tak merekah ni, licin je. 

Seronoknyela rase time tu. Harga krim ni murah je bukan RM50, bukan RM40, RM30 pun bukan. Murah je tapi sangat berkesan. Diperbuat dari bahan semulajadi takde bahan kimia itu pasal bagus sangat ni...(camtu la akak piki). Parabens free lagi.

Tapi mintak maaf sangat-sangat akak tak le amik gambo sebelum dan sesudah. huhu...rugi jugak. Tak sabar nak tau krim ape, nak beli kat ne? Sabo-sabo akak cite ni sekarang jugak.


Name krim hebat ni Herbal Blend dari Shaklee. Datang dalam tiub botol warna putih, penutup bulat coklat. Dari segi packaging agak keboringanla cket. Tapi bile kite discover kegunaan die, rase cam tak bestla die takde dekat-dekat kite. Pergi mane-mane nak bawak krim Herbal Blend ni. 

Krim ni tak melekit, tak berminyak, bile sapu cepat je meresap masuk dalam kulit, bau herba dan ade mentol means panas, tapi tak panas pun. Sedap je kadang-kadang tak sedar pun pakai krim ni. 1 tiub seberat 113g krim Herbal Blend.

Kaya dengan emollien dan diformula khas untuk kulit yang kasar, kering dan mengelupas. Atau bahagian-bahagian seperti siku, lutut dan kaki. Tapi penggunaan tak terhad disini je. Ade banyak lagi kegunaan krim sebaguna ni. 

Jom layan testimoni keberkesanan Krim magic ni








 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
 
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau    
Hubungi saya ,dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive