Monday, October 26, 2015

Tips Memilih Belacan Yang Baik

 Image result for belacan
Anda suka makan sambal belacan tak? Rata-rata orang Malaysia ni terutamanya orang melayu memang dah jadi makanan rutin. Teringat saya sebuah filem Melayu lama arahan Tan Sri P.Ramlee berkait dengan belacan. Dek kerana belacan seorang suami sanggup nak pancung isterinya sib baik Arwah Aziz Satar datang menolong...hahaha nak ketawa besar saya bila teringat citer tu.

Ok kepada yang tak mengenali belacan biarlah saya kenalkan anda apa itu belacan?
 
Hampir 90 peratus belacan diperbuat dpd udang. Selebihnya atau 10 peratus lagi digaul dgn garam. Ia penting kerana garam merupakan bhn awetan yg baik. Lebih2 lagi apabila proses pengeringan dilakukan. Sekiranya garam kurang, belacan tidak terhasil dgn baik. Ia cepat busuk kerana berlaku penguraian protein. Belacan menyumbang sumber protein yg tinggi. Kandungan nilai proteinnya di antara 28 hingga 40 peratus. Udang yg serasi dibuat belacan terbahagi kpd beberapa jenis. Paling baik, udang geragau atau udang baring.
 
Bagaimana Memilih Belacan Yang Baik 
Apabila membeli belacan selalunya pengguna akan keliru membuat pilihan. Yang berwarna merah jambu atau coklat kehitam-hitam spt warna tanah liat. Menurut pakar, udang segar akan menghasilkan warna merah jambu. Tetapi dlm sesetengah kes, jika didapati udang tidak begitu berkualiti, sejumlah ikan kecil dicampurkan ke dlm udang dgn sedikit pencelup yg disebut 'rhodamine B' berwarna merah. Ia dilakukan utk mendptkan keseimbangan warna merah jambu.

Belacan yg berwarna merah jambu lebih sedap kerana ia dihasilkan daripada udang segar. Manakala belacan berwarna coklat kehitaman rasanya sedikit pahit kerana biasanya udang diperam begitu lama sebelum proses membuat belacan dilakukan. Memilih belacan yg sedap atau sebaliknya terpulang kpd selera masing2. Jika tekak selesa dgn rasa asli udang, bolehlah memilih yg berwarna merah jambu. Tetapi jika inginkan rasa belacan yg sebenar atau udang yg benar2 diperam bolehlah memilih warna coklat kehitaman. Bagaimanapun jika tangan yg membuatnya serasi, belacan yg tidak sedap pun akan jadi sedap & enak. Lebih2 lagi jika campuran cili, asam, garamnya seimbang.   
 
Sejak dari dulu lagi saya tidak pernah membeli belacan di kedai-kedai runcit atau belacan yang dikomersialkan dari kilang kerana saya tidak tahu tahap kebersihannya dan bahan yang di campur dalam belacan. Sesetengah pengusaha akan mencampurkan bahan pewarna berbahaya seperti 'Rhodamine B' yang boleh menyebabkan kanser untuk mencantikkan warna belacan yang lebih menarik.
 
Apakah Belacan Selamat Dimakan?  
Proses penghasilan belacan adalah atas tindakbalas bakteria2 di dlm belacan itu sendiri. Dpd kajian yg dijalankan terhadap 20 contoh belacan, di dapati byk bakteria membiak di dlmnya pd peringkat awal pemprosesan. Ini termasuk bakteria jenis bacillus, pediococcus, lactobacillus, micrococcus & cornebacterium. 
 
Bagaimanapun bakteria2 ini akan susut sedikit demi sedikit apabila bertemu dgn asid laktik yg sedia ada hingga terhapus sama sekali di akhir pemprosesan dilakukan. Yg didapati cuma belacan (udang) serta kandungan garam yg agak tinggi. Setakat ini tiada kesan2 negatif yg dikaitkan dgn belacan & selamat dimakan. 
 
Sebaik-baiknya belacan disimpan dlm tempoh 6 bulan sahaja. Kerana selepas itu, belacan tidak sedap lagi utk dimakan. Tambahan pula lembapan belacan belacan mempengaruhi hayat penyimpanannya. Ini membimbangkan kerana belacan yg lembap menggalakkan bakteria membiak di dlmnya. Apabila berlaku tindak balas di antara enzim2, proses penguraian akan berlaku. Kala ini pelbagai jenis bakteria akan membiak & merbahaya kpd manusia. 
 
Sebab itu jika diperhatikan, utk mengelakkannya dpd lembap, kebanyakkan suri rumah dahulu yg tinggal di kampung2 menyimpan belacan di dlm bakul yg diperbuat dpd anyaman mengkuang. Disangkut di atas alang dapur agar belacan sentiasa disangai atau didiang. Atau belacan sekurang2nya dijemur ditengah2 panas terik matahari agar bakteria di dlmnya mati. Sbg alternatif lain dan di zaman serba moden ini, belacan juga selamat disimpan di dlm peti sejuk. 

Jika anda mempunyai masalah Resdung atau alergic anda boleh mendapatkan Set resdung Shaklee bagi mengatasi masalah anda.
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive