Saturday, October 24, 2015

Tips Jaga Kebersihan Ketika Datang Bulan


Tidak dinafikan bahawa menjaga kesihatan bahagian sulit bagi kaum wanita sangatlah penting. Apatah lagi ketika “datang bulan”. Sebagai wanita yang aktif, anda tentunya memerlukan pembalut wanita yang berdaya serap tinggi, supaya tidak lembap, permukaannya lembut agar vagina tidak melecet dan tembus!

Pemilihan tuala wanita yang bermutu sangat penting kerana ia menjadi sahabat karib anda sepanjang tempoh “datang bulan” atau haid.  Keadaan ini akan membuatkan anda berasa lebih yakin, selesa di saat melakukan pelbagai aktiviti seharian.

Bukanlah sesuatu yang sukar untuk wanita menjaga kesihatan alat sulitnya kerana sebahagian besar proses menjaga kebersihan tersebut memang sudah anda lakukan, sekadar menerapkannya secara konsisten sahaja.

Langkah-Langkah Yang Perlu Anda Ambil:
1. Mandi 
Jangan abaikan rutin mandi pagi dan petang. Keadaan cuaca yang tidak menentu, membuatkan anda sering berpeluh, sehingga perlu kerap  mandi ketika Datang Bulan Mandi adalah proses penting untuk jaga kebersihan kawasan alat sulit perempuan.

2. Pakai Deodorant
Ketika Datang Bulan , tubuh akan mengeluarkan lebih banyak hormon estrogen. Hormon ini akan mengundang pengeluaran peluh dan minyak tubuh akan menjadi lebih banyak daripada biasa. Inilah yang menyebabkan tubuh Mungkin Mengeluarkan  bau Yang tidak sedap , Bagi memastikan anda tidak mengalami masalah ini, gunakanlah deodorant setiap kali Selepas mandi.

3. Jaga Kebersihan Kulit
Setelah menggunakan tandas, bilas bahagian kulit yang terkena pada permukaan tandas ketika anda membuang air. Perkara ini perlu dilakukan untuk mencegah risiko Jangkitan bakteria. Berbeza dari kebiasaannya, kulit di sekitar kawasan alat sulit Lebih Sensitif Dan  lebih lembab ketika period, sehingga risiko Jangkitan bakteria lebih tinggi pada Waktu itu.

4. Cuci Tangan
Tolong Jaga kebersihan tangan anda. Gunakan sabun untuk mencuci tangan  Dengan Bersih dan bilas dengan air bersih, sebelum dan selepas anda menukar pembalut wanita.

5. Tukar Tuala Wanita/ Cloth Pad Setiap 3-4 Jam
Kerap menukar tuala wanita terutama pada hari-hari yang banyak darah. Ini mengelakan ianya menjadi terlalu lembab akibat menampung terlalu banyak darah dan menjadi media untuk kuman membiak.Ia juga  dapat mencegah terjadinya bau yang tidak menyenangkan dan kegatalan di bahagian alat sulit . 


6. Buang Dengan Kemas 
Bungkus pembalut Wanita yang baru saja anda tukar itu dengan kertas, kemas-kemas.Kemudian masukkan ke dalam tong sampah. Jangan sesekali masukkan pembalut tersebut ke dalam tandas. Kandungan plastik anti bocor pada pembalut berpotensi menyumbat saluran tandas. 
# Dengan penggunaan cloth pad anda tak perlu buat semua ini ianya boleh dibasuh dan dipakai semula. Lebih hygiene, Sangat jimat dan mesra alam.
Petua  Tradisional Mencuci Bahagian Alat Sulit Ketik Haid
  • Gunalah air panas suam yang dibancuh dengan sedikit garam setiap kali mencuci bahagian itu.
  • Anda juga boleh merebus 3 keping asam gelugur,garam dan daun sirih serta daun inai untuk mengelakkannya dari berbau.
Lakukan setiap hari samaada ketika semasa haid atau pun di masa-masa yang lain.Insyaallah anda akan mendapat manafaatnya.


Tahukah Anda?
  • Anda tidak memerlukan produk atau ubat penjagaan alat kelamin sekiranya anda mengamalkan penjagaan diri yang baik. Ubat hanya perlu diambil bagi merawat jangkitan kuman dan keputihan yang tidak normal.
  • Segelintir wanita berasa selesa dan puas apabila mereka membersih dan merawat alat kelamin dengan produk yang berada di pasaran. Anda dinasihatkan memikirkan bahan pencuci yang tidak mendatangkan kesan sampingan, yang tidak mengubah ph faraj dan telah diuji kebersihannya.
  • Sekiranya selepas menggunakan produk tersebut dan timbul rasa gatal, pedih, kemerahan, anda dinasihatkan tidak menggunakannya lagi dan jumpalah doktor untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
KENAPA WAJIB BERTUKAR KEPADA CLOTH PAD?
Wajib bertukar kepada Cloth Pad kerana bukan sahaja selesa dan selamat malahan banyak keuntungannya.
  • Dengan lapisan penyerap yang diperbuat daripada mikrofiber yang anti-bakteria untuk menyerap kelembapan empat kali berat asalnya.
  • Direka untuk melekap dengan baik tanpa mengerutkan seluar dalam anda, terutamanya bahagian di belakang untuk perlindungan yang lebih baik dan selesa sepanjang hari.
  • Pad dijahit bahagian atas di sekeliling, dan bukan dijahit tepi seperti kebanyakan pad kain yang lain (jahit tepi lebih cepat dan lebih murah) tetapi juga tidak tahan lama (lebih mudah ditarik terutamanya jika dimasukkan ke dalam mesin basuh)
  • Lapisan penyerap dan atas dijahit bersama di tengah-tengah untuk memberi kesan yang nipis, kemas dan selesa. Lapisan kalis air tidak dijahit di tengah bagi mengelakkan tembus dan kebocoran.
  • Menggunakan fabrik import yang berkualiti tinggi, kami juga menempah khas fabrik seperti mikrofiber yang anti-bakteria, nilon bersalut PU untuk memberi prestasi yang maksimum, fungsi dan ketahanan kepada semua produk.
  • Mutu kerja yang berkualiti, buatan tangan dengan cermat dan terperinci untuk kualiti yang konsisten.
  • Menawarkan pilihan corak yang pelbagai dan menarik.
  • Fabrik bercorak yang digunakanadalah kain kapas yang bermutu tinggi, tidak mudah luntur dan tahan lasak.
  • Harga yang berpatutan dengan kualiti yang terbaik.
Nota : 
Kalau biasa kita gunakan satu bag pad atau pelapik wanita yang berharga RM7.00 x 12 bulan = RM84.00.  Berapakah cost belanja pad sahaja? Namun apakah yang lebih penting? Ciri2 Keselamtan + Keselesaan + Antibakteria + dijauhi dari sebarang penyakit puan + jimat dan banyak lagi kebaikan yang dapat.
Berminat nak dapatkan Cloth pad boleh hubungi saya di 013-4505852 (Soffiah).
Hubungi saya untuk mendapatkan produk Shaklee dan anda layak untuk mendapat konsultasi secara percuma:- 
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive