Sunday, October 2, 2016

Punca Dan Terapi Bagi Masalah Sakit Belakang Selepas Bersalin


"Saya penggemar susu, tetapi masa hamil anak sulong, baru 5 bulan dah rasa sakit-sakit pinggul, belakang dan belikat. Masih belum cukup ke keperluan kalsium saya? Bila menyusu anak, saya mengiring menyebabkan belakang saya bertambah sakit. Bila dapat terbaring rasa lega sangat-sangat tapi sakit tu hilang sekejap sahaja."
Pasti ibu hamil dan menyusu yang lain juga mempiunyai pengalaman seperti ini. sakit-belakang . Sakit pada sendi selepas melahirkan anak sebenarnya kerap berlaku selepas melahirkan anak. Ini disebabkan ketika hamil, tubuh wanita mengeluarkan “hormon relaxin” yang berfungsi bagi melonggarkan sendi dan ligamen, bertujuan agar tulang pelvis mudah dilonggar supaya “jalan untuk bersalin”dapat diperbesarkan. 

Namun begitu adakah anda berfikir bahawa sakit belakang akan hilang sebaik sahaja anda melahirkan bayi? Ligamen yang longgar ini menyebabkan sendi menjadi sakit apabila digerakkan, dan selalunya mengambil masa beberapa bulan sebelum sembuh seperti keadaan sebelum hamil. Hampir 50 peratus wanita akan mengalami sakit belakang dalam beberapa bulan pertama selepas melahirkan anak. 

Faktor Yang Menyebabkan Sakit Belakang Selepas Bersalin. 

Semasa Hamil 

Ketika rahim membesar,otot-otot abdomen perlu bekerja keras untuk menampung kandungan dan menyebabkan posisi badan berubah. Tekanan pada belakang badan menyebabkan anda berasa sangat sakit. 

Kesan Proses Kelahiran 

Tempoh yang lama semasa melahirkan bayi mampu memberi kesan kepada tulang belakang. 
Semasa bersalin, anda mungkin menggunakan otot-otot anda sepenuhnyadan mengakibatkan kesannya dirasai beberapa bulan selepas kelahiran. 

Posisi yang salah ketika menyusukan bayi. 

Menyusukan anak dengan poster yang tidak betul seperti membongkok akan menyebabkan sakit belakang

Kurang Rehat 

Banyak tenaga digunakan semasa tempoh berpantang dan penjagaan bayi menyebabkan kesakitan bahagian belakang tidak pulih sepenuhnya dan berulang. 

Angkat Barang Berat 

Melakukan kerja berat atau mengangkat barang dengan postur yang salah boleh menjejaskan kesihatan tulang belakang. 

Sampai Bilakah Saya Akan Mengalami Sakit Belakang ini? 

Masalah ini bergantung kepada tarap kesihatan dan cara kelangsungan hidup anda seharian. Namun begitu perkara ini adalah normal selepas beberapa bulan melahirkan anak. Tetapi tempoh ini bergantung kepada beberapa faktor seperti sejarah sakit belakang, terlebih berat badan,dan berapa kerap anda melakukan senaman bagi menguatkan otot-otot abdomen.

Proses Terapi Mesti Lakukan!! 

Berjalan 

Ia merupakan cara paling mudah yang mampu membantu mengurangkan sakit belakang dan selamat dilakukan sama ada bersalin secara normal atau melalui pembedahan. Lakukan perlahan-lahan dan sekejap untuk beberapa minggu. 

Senaman 


Setelah anda mula mampu bergerak aktif sedikit, anda boleh melakukan senaman secara beransur-ansur. Mulakan dengan senaman untuk menguatkan otot abdomen dan ‘pelvic tilts’ sebagai rutin harian anda. Jika sakit belakang anda semakin kuat, segera mendapatkan rnasihat doctor. 

Posisi Duduk Dan Berdiri 

Perhatikan posisi anda dan berdiri tegak. Adalah penting anda duduk tegak ketika menyusukan bayi anda sama ada menyusu botol atau menyusu badan. 

Alat Sokongan : Kerusi atau Tilam Khas 


Jika anda mengalami sakit belakang di bahagian bawah, gunakan kerusi berkaki tinggi untuk memastikan kaki anda lebih tinggi sedikit dari lantai. Pilih kerusi yang selesa untuk anda duduk dan ketika memegang bayi, menyusu dan berehat. Gunakan tilam yang memberi sokongan baik kepada tulang belakang untuk meredakan kesakitan.

Cara Angkat Barang Dengan Betul. 


Ramai yang mengalami sakit belakang kerana posisi mereka yang tidak betul. Amat digalakkan untuk membengkokkan lutut ketika mengangkat barang dan mengangkat bayi anda dari lantai dan tidak menunduk. 

Namun begitu,sakit belakang di kalangan wanita tidak boleh dipandang ringan. Hal ini kerana wanita adalah tulang belakang keluarga. Sekiranya kesakitan ini berlarutan,ia akan menyebabkan stress dan kemurungan sekaligus membawa kepada gejala yang lebih memudaratkan. Oleh itu, bertindak segera untuk mengatasi masalah ini. Ambil kalsium (Ostematrix) secukupnya sebelum parah atau anda boleh mengambil Set Sendi Shaklee untuk kesihatan sendi anda. 

Nota :Wanita melahirkan dengan pembedahan: Anda perlu menunggu enam minggu dan mendapat kebenaran daripada doktor anda sebelum anda mula bersenam. Sekiranya berlarutan sehinga 6 bulan, sila berjumpa dengan doktor anda.

Bagaimana Vivix Dan Ostematrix Membantu Mengurangkan Sakit Belakang ?

Vivix menjaga keanjalan struktur cakera tulang belakang dan mengurangkan risiko slip disc. Ia sangat penting dalam membantu menyokong kesihatan sendi dan juga menyokong kesihatan tubuh dengan memberi keperluan secara menyeluruh.


Ostematrix

Tahukah anda setiap dewasa disarankan mengambil Kalsium 600mg hingga 1000mg untuk memenuhi keperluan tubuh. Oleh itu jelaslah bahawa ibu hamil memerlukan lebih daripada itu. OsteMatrix diformula untuk mudah diserap oleh badan.

Kalsium dari susu datang dari pelbagai sumber dan kemungkinan sukar diserap oleh badan. Namun dengan 4 biji Ostematrix sudah menyamai keperluan kalsium orang dewasa. OsteMatrix membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang dapat membantu dalam pembentukan dan penyelenggaraan tulang dan gigi. Ia juga termasuk magnesium, vitamin D dan zink mineral, tembaga dan mangan, untuk membantu dalam mengekalkan kesihatan yang baik. 
Pengambilan 4 biji sehari (sebiji mengandungi 250mg kalsium) mencukupi untuk memastikan keperluan kalsium anda dan bayi mencukupi. 



Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive