Sunday, October 16, 2016

Radang Pelvis,Penyebab Kemandulan Dan Kanser Serviks

Kenali Apa Itu Radang Pelvis (Pelvic inflammatory disease (PID) )

Penyakit radang pelvis atau Pelvic inflammatory disease (PID) adalah satu istilah am untuk keadaan yang merangkumi jangkitan dan radang alat kelamin wanita. Ini termasuk radang rahim, tiub fallopian dan kilang ovari. Kawasan persekitaran alat kelamin juga mudah dijangkiti penyakit ini. Adapun majoriti kes jangkitan disebabkan PID adalah melalui hubungan seksual.

Punca Berlakunya Radang Pelvis

Punca utama PID adalah:
  • Bakteria penyebab klamidia dan gonorea (penyakit kelamin atau STD). Di Malaysia, bakteria penyebab gonorea paling kerap dilaporkan sebagai punca. 
  • Pengguna cuci sembur vagina atau douche lebih berisiko kerana ia mengubah flora pada vagina serta memaksa bakteria merebak kepada bahagian atas organ peranakan.
  • Bakteria juga boleh memasuki badan semasa melahirkan, biopsi endometrium, penggunaan alat cegah kehamilan IUD, keguguran dan pengguguran. 
  • Jangkitan usus yang bengkak juga boleh menjadi punca, namun ini jarang berlaku.

Tanda dan Gejala Radang Pelvis

Simptom yang biasa ditemui termasuk:
  • Demam
  • Kesakitan pada pelvis, bawah abdomen dan bawah pinggang
  • Keputihan dengan warna, tekstur dan bau yang tidak normal
  • Pendarahan selepas hubungan kelamin
  • Haid tidak teratur
  • Senggugut melampau
  • Pendarahan di antara waktu haid
  • Tidak mengalami haid
  • Kesejukan
  • Keletihan
  • Kerap atau sakit ketika kencing
  • Kekurangan selera makan
  • Loya dan/atau muntah
  • Kesakitan semasa hubungan kelamin, bersenam atau ovulasi
  • Mereka yang mengalami kehamilan ektopik atau kemandulan seringkali mempunyai simtom yang lemah atau tiada simtom walaupun kerosakan sedang berlaku pada organ peranakan.

Komplikasi dan risiko PID. 

1.Radang Pelvis Menyebabkan Mengandung Luar Rahim (ectopic Pregnancy)

Penyakit ini boleh mengakibatkan radangan kepada saluran Fallopian dan seterusnya menyebabkan selaput tiub membengkak serta menyempitkan saluran tersebut. Ini mangakibatkan embrio yang dihasilkan dari pesenyawaan akan tersumbat di tiub lalu memungkinkan kandungan di luar rahim(Ektopik).
Jika dibiarkan, tiub fallopian boleh meletus dan mengakibatkan kesakitan kronik, pendarahan dalaman dan kematian. Kesakitan pelvis kronik akibat PID boleh berlarutan selama beberapa bulan mahupun tahun. PID juga menyebabkan barah di bibir dan pintu vagina.

2.Radang Pelvis Menyebabkan Kemandulan

Radang pelvik boleh menyebabkan kemandulan disebabkan oleh proses parut yang berlaku semasa penyembuhan penyakit jangkitan kelamin. Apabila parut yang besar, akhirnya menutup satu atau kedua-dua tiub fallopio, agak mustahil untuk sperma mencapai telur, ataupun jika sperma boleh mendapatkan telur yang disenyawakan berkemungkinan tipis untuk sampai ke rahim pula.Kecenderungan parut untuk menjadi lebih besar adalah dikalangan wanita yang lebih tua, perokok dan wanita menggunakan IUCD. 

3.Radang Pelvis Menjadi Punca Kanser Serviks

Satu kajian telah dilakukan oleh penyelidik dari jabatan O&G di Gyula Kenezy,Hospital Debrecen,Hungary,
mendapati bahawa pesakit yang mengidap radang pelvik (PID) mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat kanser serviks yang sangat ditakuti oleh semua wanita di seluruh dunia.

Antara Langkah Pencegahan Radang Pelvis

  • Paling utama, hindari seks rambang. Bagi mereka yang telah dijangkiti STD, dapatkan rawatan segera.
  • Gunakan kondom dengan betul secara berterusan untuk mengelakkan pemindahan bakteria.
  • Dapatkan pemeriksaan tahunan jika anda wanita yang aktif secara seksual berumur 25 tahun kebawah, wanita berisiko jangkitan klamidia atau hamil.

Penjagaan Kebersihan Vagina

  • Elakkan amalam mencuci faraj (douche)dengan menggunakan sabun yang mengandungi haruman. Jika perlu mengguna pencuci sekalipun pastikan ianya ada pH3.8 – 4.2 yang diperakui pakar seluruh dunia bagi kegunaan kawasan intim.
  • Amalkan mengelap dari hadapan ke belakang selepas membuang air bagi menghindar bakteria dipindahkan daripada kolon kepada vagina. 
  • Mengeringkan kawasan kemaluan selepas mencuci dengan tuala lembut
  • Pemakaian seluar dalam bagi yang kerap mengalami alahan atau kegatalan, dari jenis kapas/cotton 
  • Elakkan memakai seluar yang terlalu ketat bagi mengelak dari berpeluh dan lembab dikawasan tersebut. 
 Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/

Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive