Monday, October 3, 2016

Ulser Dalam Perut Boleh Membawa Maut

Kenali Apa Itu Ulcer? 

Ulser merupakan tompokan putih atau kuning dalam mulut yang mempunyai tanda kemerahan di sekelilingnya. Ulser ini mempunyai saiz yang berbeza-beza dan menyakitkan. Punca sebenar ulser tidak diketahui. Ia sering dikaitkan dengan demam, jangkitan kuman dan sebagainya. 

Untuk Pengetahuan anda lagi, Ulser perut atau Ulser Peptic merupakan satu keadaan di mana selaput dalam perut mengalami luka. Selain perut, ulser juga boleh berlaku pada bahagian usus kecil (duodenal ulcer). Dalam kebanyakan kes bakteria Helicobacter Pylori menyebabkan perut menjadi luka. 

Bakteria ini mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia seperti ammonia, protease dan cytotoxin yang menyebabkan paras asid dalam perut meningkat (asidosis). Asid dalam perut akan menjadi lapisan perut mengalami luka atau pedih perut. 

Ulser mempunyai nama yang berbeza-beza bergantung kepada lokasinya. 
  • Jika terjadi di dalam perut, dikenali sebagai ulser gastrik 
  • manakala ulser duodenal terletak di dalam bahagian pertama usus kecil atau duodenum. 
  • Sementara itu ulser esofageal mengambil bahagian bawah esofagus dan sering dikaitkan dengan penyakit refluks gastroesofageal (GERD). 
Amalan pemakanan yang seimbang dan sihat penting dalam menentukan tahap kesihatan seseorang. Ketidakseimbangan pemakanan boleh menyebabkan timbulnya pelbagai gejala penyakit pada tubuh. Gastritis juga boleh menyebabkan pendarahan di dalam perut tetapi ia jarang berlaku melainkan jika terdapat ulser. 

Mungkin ramai pembaca di luar sana tidak mengetahui apa itu gastrik kerana ia merupakan nama saintifik bagi penyakit angin atau sakit perut. Gastrik atau angin bukanlah satu penyakit. Tetapi satu keadaan di mana berlaku inflamasi dalam lapisan perut. Jika dibiarkan ia akan menjadi ulser kerana ia bersangkut paut.

Tanda-Tanda Lazim Ulser Perut:

  1. Sakit menggigit di dalam perut yang biasanya menjadi lebih teruk selepas mengambil makanan dan minuman. 
  2. Sakit mencucuk cucuk sampai kebelakang 
  3. Mengalami sakit yang teramat sangat hingga membosankan 
  4. Terasa pedih dan tajam-tajam diperut 
  5. Angin yang banyak hingga merasakan loya, muntah-muntah,pening dan lesu 
  6. Kurang selera makan 
  7. Kehilangan berat badan 
  8. Perubahan warna pada najis (hitam)

Punca-Punca Ulser Perut :

  1. Suka makan makanan yang pedas, masam dan berminyak, 
  2. Makanan yang tidak seimbang, 
  3. Jadual makan yang tidak menentu 
  4. Kurang minum air suam (mineral) 
  5. kurang bersenam 
  6. Perokok tegar dan minum minuman yang beralkohol 
  7. Ubat yang tidak sesuai pada badan anda 
  8. Stress

Rawatan Yang Harus Diketahui: 

  1. Makan makanan yang sihat dan seimbang, banyakkan sayuran dan buahan 
  2. Banyakkan minun air 
  3. Disiplinkan waktu makan 
  4. Bagi perut yang tidak tahan, jangan makan makanan yang pedasdan masam 
  5. Amalkan gaya hidup sihat: Bersenam selalu, rehat secukupnya dan hentikan tabiat buruk 
  6. Henti tabiat buruk seperti merokok dan minum minuman beralkohol 
  7. Kawal tekanan/stress 
  8. Ketahui ubat-ubatan yang anda ambil

Tahukah Anda?

Pengambilan ubat-ubatan moden seperti (Non Steroidal Anti Inflammatory Drugs) yang digunakan untuk merawat tulang dan sendi, serta Aspirin di kalangan pesakit jantung dan strok menjadi faktor penyumbang kepada ulser.

Ubat-ubatan moden merupakan salah satu penyebab utama pendarahan perut dan usus yang boleh menyebabkan kematian yang dikaitkan dengan penyakit ulser.

Sekiranya mereka yang mengalami sakit perut berlarutan atau kerap mengalaminya, dinasihatkan agar mendapatkan rawatan doktor atau melakukan ujian endoskopi ujian endoskopi untuk mengetahui penyakit sebenar.

Rawatan Semulajadi Dengan Supplement Shaklee

Apa vitamin nak ambil ni kan? Biasanya kalau berjumpa dengan doktor akan beri ubat antibiotik untuk bunuh bakteria tu la kan.

Tapi itu sekejap. bagaimana nak melindungi perut kita tu supaya boleh bekerja dengan baik, cekap dan tahan lama. Ada 3supplement penting yang boleh membantu merawat masalah ulser perut ni

1) Alfalfa

Sememangnya tumbuhan yang kaya dengan pelbagai nutrisi sangat baik untuk membantu merubah patologi di dalam usus dan perut. Dimana ia membaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity , ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

2) Peppermint Ginger Plus

Dengan 4 kandungan utama ia melegakan masalah pencernaan dan merangsang jus gastrik untuk pencernaan , menahan kulat. Kandungan fennal pula membantu menghilangkan kembung perut.

3) ESP

Ia penting untuk memberi sumber protin yang mudah di hadam oleh perut. Kerana sumber protin haiwan mengambil masa lama untuk di cerna. Protin amat penting memberi zat besi dan membaik pulih sel agar cepat pulih terutamanya di dalam perut. 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau  

Hubungi saya untuk pembelian dengan harga yang lebih menjimatkan. Dengan setiap pembelian produk Shaklee melalui saya anda layak  untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:

SMS/whatapps: 013-4505852  (Soffiah)   
Shaklee ID: 1027990   
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com     
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
       
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.



Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive