Sunday, May 21, 2017

Kenapa Perlu Potong Kaki Untuk Selamat?



Semalam masa sukan kat sekolah kak Wardah saya bertempu dengan jiran lama rumah yang saya sewa sebelum ini. Bila dah lama tak jumpa macam-macam citer yang keluar. Tapi topik hangat yang saya ingat sangat tu bila mereka bercerita tentang penyakit kencing manis.

Sedara kakak sorang tu dah potong kaki sampai paras peha dan sekarang dia yang bawa sedara tu ulang alik untuk cuci bahagian yang kena potong tu. Kata akak tu asalnya luka tu sikit jer jadi kat tapak kaki. Tapi mungkin sebab sedara dia tak berapa nak ambil kisah dah merebak ke betis. Dah potong kat betis masih tak elok jangkitan kuman dah makin merebak jadi terpaksa potong lagi sampai ke peha. Tak boleh saya bayangkan sampai 3kali dipotong kaki untuk nak menyelamatkan nyawa sedara kakak tu. Dan kini luka tempat potong tu pun masih tak sembuh-sembuh lagi.

Kenapa Perlu Potong Kaki Untuk Selamat

AMPUTASI ialah suatu keadaan di mana sebahagian atau keseluruhan anggota unjuran (limb) seperti kaki atau tangan hilang sama ada akibat masalah kongenital, trauma atau pembedahan. Manakala istilah amputi ialah seseorang yang telah melalui proses amputasi (pemotongan).

Amputasi selalunya adalah pilihan terakhir yang disarankan oleh doktor bagi merawat keadaan yang tertentu. Ianya jarang mendapat reaksi yang positif dari pesakit. Biasanya, kaedah amputasi ini disarankan sebagai langkah untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit sekiranya cara-cara lain sudah tidak berkesan.

Di Malaysia, majoriti kes-kes amputasi kaki adalah komplikasi dari penyakit kencing manis (diabetes). Sumber di Hospital Universiti Sains Malaysia menunjukkan lebih kurang 44 peratus dari pesakit terbabit adalah dari kalangan pengidap kencing manis.

Data tidak rasmi menunjukkan lebih kurang lima peratus pesakit kencing manis akan berakhir dengan pemotongan kaki ataupun sebahagian dari jari-jari kaki.

Oleh itu, pesakit-pesakit kencing manis terutamanya dari kalangan yang kronik perlulah memberikan perhatian yang sewajarnya kepada penjagaan dan kebersihan kaki sebagaimana anggota-anggota lain seperti mata, jantung, buah pinggang dan kulit.

Pesakit-pesakit kencing manis disarankan agar memeriksa celah-celah jari kaki dan tapak kaki sekurang-kurangnya sekali sehari iaitu sebelum waktu tidur bagi memastikan tahap kebersihan dan tiada luka atau kecederaan pada tempat-tempat yang dinyatakan tadi.

Isu-isu berkaitan

  1. Sebelum pembedahan, doktor akan menerangkan prosedur pembedahan dan komplikasi yang mungkin berlaku supaya pesakit faham sebelum menandatangani borang kebenaran pembedahan. Tahap kesihatan pesakit juga akan diperiksa rapi terlebih dahulu.
  2. Seseorang yang terpaksa melalui proses amputasi akan menghadapi berbagai reaksi sama ada dari segi psikologi atau fizikal.
  3. Penerimaan seseorang amputi terhadap proses ini juga berbeza-beza, bergantung kepada umur, jantina dan tahap sosioekonomi mereka.
  4. Tahap amputasi bergantung kepada jumlah tisu-tisu (kulit, otot, tulang) yang rosak, keperluan dan tahap kesihatan seseorang pesakit.
  5. Amputasi bawah lutut adalah jenis amputasi yang paling lazim dilakukan kerana pemasangan prosthesis dan rehabilitasi adalah lebih mudah berbanding dengan jenis-jenis amputasi yang lain.

Antara jenis-jenis amputasi lain yang lazim dilakukan adalah:

  •  amputasi jari kaki atau jari tangan
  • amputasi melalui buku lali
  •  amputasi atas lutut
  • amputasi melalui sendi paha
  • Amputasi di pergelangan tangan
  • amputasi atas siku
Pesakit-pesakit yang melalui proses amputasi perlulah menerima hakikat yang prosedur ini adalah perlu dan merupakan langkah bagi menyelamatkan nyawa atau memungkinkan mereka meneruskan hidup dengan lebih baik.

Sebagai contoh, pesakit-pesakit kencing manis yang mempunyai luka yang teruk dan kronik pada kaki mereka sukar untuk menjalani rutin hidup kerana terpaksa berulang-alik dan menghabiskan masa di hospital untuk mendapat rawatan seperti mencuci luka, antibiotik dan ubat-ubat yang lain.

Amputasi dan kaki palsu (prostesis) dapat mengurangkan kebergantungan kepada hospital, malah ianya juga dapat mengurangkan kos bagi pesakit dan hospital.

Kesan Selepas Pembedahan

1. Bengkak

Bengkak di kawasan pemotongan (stump) selepas proses pembedahan adalah perkara biasa dan merupakan sebahagian dari proses pemulihan semulajadi. Walaupun begitu, ada juga bengkak yang disebabkan oleh masalah-masalah lain seperti darah beku (hematoma) atau jangkitan kuman.

Bengkak semulajadi boleh dikurangkan dengan menggunakan balutan yang ketat untuk memberi tekanan dan juga dengan meninggikan anggota amputasi tadi dari aras jantung bagi mengurangkan pengumpulan cecair limfatik dari kawasan terbabit.

Bengkak akibat hematoma agak jarang berlaku. Saiz hematoma yang kecil selalunya tidak mendatangkan kesan sampingan tetapi ia boleh menyebabkan jangkitan kuman lebih senang terjadi kerana darah beku adalah media yang sesuai untuk pembiakan kuman.

Sekiranya hematoma berlaku, doktor akan membuat pemantauan untuk memastikan tiada jangkitan kuman pada kawasan pembedahan. Sekiranya terdapat unsur-unsur jangkitan kuman atau sekiranya saiz hematoma agak besar, maka pembedahan pembersihan hematoma akan dibuat untuk memastikan ia tidak melambatkan proses penyembuhan ‘stump’.

2. Jangkitan kuman

Jangkitan kuman selepas pembedahan adalah di antara masalah yang boleh melambatkan pemasangan prostesis. Masalah ini jarang berlaku dan anggarannya hanyalah satu peratus dari kes-kes amputasi. Antibiotik akan diberikan untuk memastikan masalah ini tidak berlaku selepas pembedahan.

Sekiranya berlaku dan apabila perlu, pembedahan susulan akan dilakukan untuk membersihkan kawasan amputasi yang dijangkiti kuman.

3. Rasa sakit

Selepas pembedahan, pesakit akan diberikan ubat penahan sakit yang bersesuaian untuk mengurangkan sakit akibat amputasi. Biasanya, selepas lima atau tujuh hari, pesakit akan mendapati sakit dan bengkak akan berkurangan dan sudah tidak memerlukan ubat penahan sakit yang kuat.

Namun begitu, segelintir pesakit akan mendapati rasa sakit yang berlainan dari sakit yang sepatutnya.
Pesakit akan merasakan seolah-olah kaki mereka masih ada dan sakit yang wujud datang dari anggota itu walaupun ia sudah dipotong!

Fenomena yang dinamakan Phantom Pain ini berkait rapat dengan psikologi dan tahap keterukan anggota yang akan dipotong sebelum pembedahan. Keadaan ini boleh dikawal dengan menggunakan ubat penahan sakit jenis kuat dan sesi kaunseling.

4. Malu atau kurang keyakinan

Perasaan malu, kurang keyakinan diri atau gangguan emosi yang lain kerana kehilangan anggota adalah di antara isu-isu yang perlu ditangani sebelum dan selepas pembedahan amputasi. Ini adalah keadaan normal yang dialami semua amputi.

Sokongan dari ahli keluarga dan kawan-kawan juga adalah faktor penting yang memainkan peranan bagi seseorang amputi itu meningkatkan semula keyakinan diri dan berfungsi dengan baik.

Vivix Membantu Mempercepatkan Penyembuhan Luka Dan Mengawal Kencing Manis 







Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement


Share:

0 comments:

Post a Comment

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive