Wednesday, April 22, 2015

Petua Orang Lama Membanyakan Susu Badan



Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. 

Jom kita tengok Petua orang dulu membanyakan susu badan. Yerlah zaman dulu bukannya ada supplement pelbagai macam zaman sekarang:

1.Cekur Manis
Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

2.Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

3.Air Longan
Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

4.Halba dan Jintan Hitam
Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

5.Bunga Melur
Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.com
6.Lobak Putih
Lobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik.

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.- soupqueen.blogspot.com

7.Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

8.Tuaman Daun Sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

9.Jantung Pisang
Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

10.Kurma
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu
 
Makanan
  1. Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
  2. Bayam
  3. Broccoli; sumber kalsium yang baik.
  4. Sawi
  5. Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  6. Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  7. Kacang Hijau; bubur kacang hijau
  8. Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  9. Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
  10. Petola, daun turi; masak lemak manis
  11. Kacang Buncis
  12. Kacang Dal; makan dengan roti canai
  13. Pucuk betik
  14. Roti; segala jenis roti especially roti planta
  15. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  16. Madu; sebagai pemanis dalam minuman
  17. Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
  18. Ikan Tenggiri
  19. Sengkuang Cina
  20. Biskut bijirin -
  21. Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
  22. Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)
Minuman

  1. Air masak; minum lebih 3 liter sehari
  2. Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  3. Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
  4. Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
  5. Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
  6. Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  7. Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  8. Soya
  9. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  10. Air Kelapa
  11. Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
  12. Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  13. Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  14. Milkmaid tea
  15. Melilea Organic Soya Drink
  16. Autumnz Organic Nursing Tea
  17. Joy Angel Nursing Tea
Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu .
Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.
Ingatlah "REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT". Klik SINI untuk mengetahui doa membanyakan susu badan.
 
Jika anda memerlukan makanan tambahan untuk membantu anda dalam penyusuan, anda boleh mendapatkan SET PENYUSUAN SHAKLEE mengikut keperluan badan anda. 
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
  
Share:

Amalan Doa Dan Zikir Untuk Meningkatkan Susu Badan


Sebagai umat Islam, kita sedia ketahui bahawa rezeki  adalah milik Allah S.W.T. Begitu juga dengan rezeki anak-anak, dan dalam hal ini adalah rezeki dari segi susu. Sememangnya bukan mudah untuk melengkapkan tempoh penyusuan selama 2 tahun ini. Ada masanya, susu memang akan merudum, terutamanya pada waktu-waktu seperti datang bulan, stress, demam dan sebagainya. 

Namun, kita digalakkan berdoa dan meminta kepada-Nya. Jadi pada waktu-waktu yang sebegini, kita tidak seharusnya merasa down mahupun berputus asa, sebaliknya teruskan berdoa dan berzikir memohon rahmat dan kasih-sayang dari-Nya. Berikut adalah beberapa tips dan doa khas untuk para ibu yang menyusukan bayi.

1- Berzikir Ya Matin (Maha Teguh) sebanyak 70x setiap hari. 
Waktu yang paling baik adalah pada waktu malam dan subuh. Boleh juga dibacakan zikir tersebut dan ditiupkan ke dalam segelas air lalu diminum oleh ibu.

2- Berselawat dan berdoa 
Setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi, dan ucapkan Alhamdulillah setiap kali selepas menyusukan mahupun mengepam susu.

3- Baca doa untuk para ibu,
"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan...", Amin...

4- Amalkan membaca  surah Ar-ad, ayat 8-9.
breastfeeding doa

5- Amalkan ayat dari surah Al-Baqarah, ayat 60 
Sambil meletakkan tangan pada payudara, diusapkan dan berdoa di dalam hati supaya Allah permudahkan dan menambahkan rezeki anak kita dan kita mampu menghasilkan susu bagi menampung penyusuan bayi kita sekurangnya selama 2 tahun.
doa ketika menyusukan bayi
 Maksudnya : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya, maka Kami berfirman :"Pukullah batu itu dengan tongkatmu", lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Selamat mengamalkannya dan semoga anda semua dapat menyusukan bayi anda secara eksklusif dengan susu ibu sahaja sehingga bayi berumur 2 tahun...InsyaAllah. 

Ingin tahu teknik mengepam membanyakan susu badan. Klik Sini 
Jika anda memerlukan makanan tambahan untuk membantu anda dalam penyusuan, anda boleh mendapatkan SET PENYUSUAN SHAKLEE mengikut keperluan badan anda. 
 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  
Share:

Thursday, April 16, 2015

Ibu Ayah Solat Atas Kerusi? Kurangkan Masalah Lutut

Melihat ibu dan ayah terpaksa solat diatas kerusi, ianya memberi tanda bahwa lutut ibu dan ayah kita benar-benar uzur sehingga hilang keupayaan untuk berdiri hanya sekadar untuk bersolat. Jom kita ikuti kisah benar seorang Guru Agama yang telah membantu mereka mengatasi masalah sakit lutut ini.

Tugas saya sebagai Guru Agama di masjid-masjid seringkali melibatkan saya berdepan dengan warga emas, suri rumah, guru pencen yang kebanyakannya telah melepasi usia 40 tahun.

Boleh dikatakan majoriti masyarakat di Malaysia yang mencapai usia ini semakin cenderung untuk ke masjid, berbanding mereka ketika zaman muda.

Sememangnya apa yang Allah s.w.t lebih suka ialah ke masjid sedari usia muda, bukan setelah berusia. Semoga Allah ampunkan dosa kita semua yang sentiasa alpa.

Golongan atas usia 40 ini Alhamdulillah kebanyakannya lebih senang menghabiskan masa bersama jemaah, rajin hadir ke majlis-majlis ilmu di samping tidak meninggalkan solat berjemaah di masjid.

Mengadu Sakit Lutut Dan Sendi  
Cuma apa yang saya perhatikan, jemaah sering mengadu sakit lutut dan sendi, kebas kaki dan tangan, sukar melakukan pergerakan dalam solat dan sebagainya.
Ada juga di antara kelas saya yang diadakan di dewan khas yang memerlukan jemaah menaiki tangga. Kasihan saya tengok jemaah yang  mengalami sakit sendi dan lutut ini naik tangga.
Semasa saya memimpin salah seorang daripada mereka, saya bertanya,
“dah lama ke mak cik sakit lutut”?
Beliau menjawab,
“dah lama dah Ustazah. Ustazah ada tak ubat untuk rawat lutut mak cik ni? Susah mak cik nak duduk dan bangun dalam solat.”
Saya hanya tersenyum. Tapi begitulah setiap kali saya bertanya tentang kesihatan mereka, mereka mesti akan bertanya ada tak ubat untuk sakit lutut dan sendi yang mereka alami.

Set Sakit Lutut Dan Sendi Shaklee 
Oleh kerana dah banyak kali mereka bertanya maka saya syorkan set sakit lutut dan sendi daripada Shaklee yang terdiri daripada:
Advanced Joint Health Tablet 
Satu kombinasi bahan yang amat berkesan menyokong pergerakan, kelenturan dan fungsi sendi.
Dihasilkan dari ramuan aktif yang bertindak pantas menyokong makanan yang diperlukan oleh sendi-sendi.

Kebaikan Advanced Joint Health Tablet

  • Menyokong ketidakselesaan sendi
  • Membantu kekalkan tulang rawan
  • Memelihara tisu penyambung yang sihat
  • Melancarkan pergerakan harian
  • Menghalang pembentukan bahan kimia yang merosakkan tulang rawan
  • Anti radang semulajadi
  • Dibuat dari sumber tumbuh-tumbuhan semata-mata, asli dan semulajadi
  • Memberi kekuatan kepada struktur sendi
  • Bertindak seperti kusyen untuk melindungi tulang rawan, juga membekalkan glukosamin (penting untuk binaan tulang rawan dan lendir untuk licinkan sendi dalam tendon dan ligamen)
Pihak Shaklee sendiri telah memberi jaminan bahawa kesan positif dapat dilihat selepas 5 hari pengambilan, insya-Allah! :) 

Omega Guard 
Merupakan minyak ikan terbaik dunia. Mampu memelihara fungsi-fungsi sendi (arthritis) iaitu paras asid lemak Omega 3 larut dalam tisu rawan.
Oleh itu ia dapat mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memelihara fungsi-fungsi sendi serta merawat gout dengan efektif. 

Ostematrix 
Merupakan kalsium seimbang yang menyerap 99% ke dalam tulang kita.
Formulanya unik, diperbuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari laut mati, mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum, manganes dan boron.
Berfungsi menguatkan tulang, memperbaiki kekejangan dan kebas, meringankan stres, pengalkalian tubuh dan memperbaiki hiperaktiviti perut dan gastrik. 

Testimoni Paling Ikhlas
Seminggu kemudian, turun sahaja saya dari kereta menuju ke kelas untuk mengajar, sekumpulan jemaah lain datang kepada saya.
“Ustazah, minggu depan Ustazah bawa ubat sakit lutut dan sendi tu untuk saya pula yer!”
Saya tergamam!
Insya-Allah… kita hanya berusaha, Allah Maha Penyembuh! :)
Rupanya, makcik yang saya cadangkan set sakit lutut dan sendi itu yang buat testimoni sendiri kepada kawan-kawan jemaahnya! :)
Katanya,
“Ustazah, sakit lutut dan sendi makcik telah HILANG!!!”
Jika anda mempunyai masalah seperti ini, jangan ragu-ragu untuk mencuba set sakit lutut dan sendi ini.

Share Itu Prihatin
Sila share artikel ini , mungkin ada di antara kenalan anda yang memerlukan. Yakinlah, setiap satu manfaat yang dikongsi, ada balasannya bagi kita.
Sumber: soleh.net
 
Jom lihat Testimoni lain :


Untuk mendapatkan Set Tulang Dan Sendi ini, anda boleh terus klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 


Share:

Tuesday, April 14, 2015

Tambah Susu Badan Dengan Teknik POWER PUMPING

Walaupun majoriti ibu-ibu mempunyai keinginan yang meluak-luak untuk menyusukan anak sehingga 2 tahun, namun hakikatnya ramai yang tidak berjaya. Salah satu teknik yang ala-ala gerila yang boleh anda cuba untuk ‘memaksa’ badan anda menghasilkan susu yang banyak adalah melalui teknik yang dinamakan teknik Power Pumping. 

APAKAH ITU TEKNIK POWER PUMPING ? 
Power pumping adalah satu teknik unik yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu ibu. Teknik ini berkesan apabila pam susu digunakan untuk memaksa susu keluar seakan-akan sedang menyusukan bayi dan secara tidak langsung akan meningkatkan penghasilan susu ibu dengan banyak.

Penghasilan susu ibu bergantung kepada tindak balas hormon dan rembesan hormon bergantung kepada “arahan” daripada otak. Hormon-hormon yang terlibat ialah hormon prolaktin dan hormon oksitosin. Jika bayi anda lebih kerap dan lebih lama menyusu maka secara tidak langsung akan merangsang kelenjar pituitari untuk merembeskan hormon prolaktin yang membawa mesej untuk menghasilkan lebih banyak susu. 

SIAPA YANG PERLU BUAT POWER PUMPING INI?

  • Ibu yang kekurangan susu badan - Kekurangan susu adalah berpunca daripada pelbagai faktor. Period, perubahan hormon, emosi ibu terganggu dan lain-lain.
  • Ibu yang menyusukan anak angkat - Teknik Power Pumping digunakan untuk merangsang susu keluar.
  • Ibu yang ingin relaktasimenyusukan semula anak yang telah berhenti menyusu susu ibu.
BAGAIMANA UNTUK MELAKUKAN TEKNIK POWER PUMPING YANG BETUL?

1.Menggunakan Single Pum


Power Pumping Single Pump

Pam breast kanan selama 10minit kemudian tukar pam breast kiri pula 10minit dan bertukar semula ke breast kanan 10minit dan begitulah seterusnya untuk kedua-dua breast selama 1jam. 

2.MENGGUNAKAN DOUBLE PUMP
 
Power Pumping Double Pump

Pam kedua-dua belah breast secara serentak selama 10minit. Kemudian rehat atau stop pam 10 minit dan sambung semula pam kedua-dua belah breast 10minit dan rehat semula 10minit. Teruskan sehingga 1jam. 

BILA SAYA PERLU LAKUKAN POWER PUMPING INI? 
Seelok-eloknya pam pada waktu malam menjelang ke subuh. Ini kerana pada waktu ini hormon untuk penghasilan susu adalah tinggi. Disarankan power pumping ini dilakukan sehari sekali.

BERAPA LAMA SAYA BOLEH NAMPAK KESAN PADA PENGELUARAN SUSU?
Perlu diingat bahawa tiada magik dalam apa jua tips yang anda buat untuk menambah susu badan. Semuanya memerlukan masa. Kita perlu sabar dan konsisten buat Power Pumping ini. Sekurang-kurangnya dalam masa 1-2minggu anda akan dapat hasil yang superb!! =) 

Walaupun pada hari pertama mencuba power pumping ini anda hanya dapat beberapa titis susu ataupun hanya mengepam angin semata-mata, tapi teruskan juga mengepam dan teruskan buat Power Pumping selama seminggu sekurang-kurangnya. Paling elok jika kita buat Power Pumping pada masa yang sama setiap hari selama seminggu. Kerana susu akan di demand pada masa yang sama. Apabila semakin banyak demand susu pun akan semakin banyak. 

5. Tips Untuk Menjayakan Teknik Power Pumping
Buat yang pertama kali nak cuba teknik nih, saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda cuba supaya sesi Power Pumping anda lebih berjaya.
  1. Jangan stress dan sedih kalau masa anda mula-mula pam, anda hanya pam angin. Anda perlu konsisten dan teruskan usaha. Never give up!
  2. Elakkan melihat jumlah susu yang terkumpul semasa anda pam. Ingat, tujuan teknik ini adalah untuk merangsang badan menghasilkan lebih banyak susu.
  3. Gunakan breastpump yang berkualiti (kalau handsfree lagi bagus) seperti Medela atau Spectra. Kalau anda gabungkan dengan nursing bra yang handsfree, lagilah memudahkan Power Pumping anda.
  4. Pastikan emosi anda sewaktu melakukan Power Pumping adalah ceria dan stress free supaya hormon prolactin mudah terhasil. Boleh cuba dengar lagu-lagu yang mendamaikan ataupun tengok gambar / video anak anda.
  5. Lakukan teknik Power Pumping di tempat yang selesa sebab anda memerlukan masa selama 1 jam. Boleh sediakan bahan bacaan supaya anda tak kebosanan dan juga air untuk memastikan anda tak haus.
Dan kunci utama banyakkan berdoa. Yakinlah bahawa Allah akan memberikan rezeki susu ibu itu kepada anak kita. Antara zikir yang boleh diamalkan Ya Wahhab, Ya Razaq dan Ya Mattin semasa mengepam. 
Selamat mencuba, yang penting jangan putus asa k!!

Jika anda memerlukan makanan tambahan untuk membantu anda dalam penyusuan, anda boleh mendapatkan SET PENYUSUAN SHAKLEE mengikut keperluan badan anda. 

Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Thursday, April 9, 2015

Waktu Terbaik Melakukan Ujian Kehamilan?

Buat pasangan yang baru berkahwin, anda mungkin kurang pengetahuan asas tentang perkara ini kerana masih lagi belum berpengalaman. Jom baca sedikit info tentang ujian kehamilan yang harus anda ambil tahu bagi anda yang merancang untuk mendapatkan anak.
 
Salah satu tanda bagi wanita yang hamil adalah lewat datang haid pada waktu yang sepatutnya. Jadi, waktu yang terbaik bagi anda untuk mengetahui samada anda hamil atau tidak adalah dengan menunggu dalam 2 minggu dari tarikh sebenar anda sepatutnya datang haid. Itu adalah waktu terbaik berbanding dengan melakukan ujian kehamilan selepas 2-3 hari. Jika dalam masa 2 minggu masih juga belum didatangi haid, anda bolehlah melakukan ujian air kencing UPT samada di rumah atau melakukan ultrasound di klinik.
 
Jika melakukan ujian UPT, bagaimanakah ianya membantu bagi memastikan ianya berfungsi dengan baik? 
Secara normalnya, badan kita akan menghasilkan hormon hCG atau human chorionic gonadotrophin di mana ianya dihasilkan apabila plasenta terbentuk. Keadaan ini berlaku apabila ovum atau telur telah disenyawakan dan pada masa ini, ujian air kencing yang digunakan untuk mengesan kehamilan dapat mengesan kehadiran hCG seawal 8 atau 9 hari setelah ovulasi berlaku. Hormon hCG ini dihasilkan untuk merangsang korpus luteum pada ovari untuk menghasilkan progesteron.

Penggunaan test kit UPT sememangnya dicipta untuk mengesan kehadiran kandungan hCG di dalam urin. Ia boleh mengesan hCG di dalam urin pada masa sehari selepas anda lewat datang haid yang sepatutnya. Tetapi, anda harus memastikan bahawa haid anda adalah normal dan teratur. Ianya akan memudahkan lagi proses mengesan kehamilan anda. Jika haid anda adalah tidak teratur, mungkin keadaan akan lebih sulit sedikit. Anda perlu merujuk pada kitaran haid yang paling panjang di mana anda perlu gunakan angka itu sebagai pengukur. Ujian seeloknya dilakukan sehari selepas tarikh anda sepatutnya datang haid merujuk kepada kitaran haid yang paling panjang. Jika kesannya masih negatif dan anda masih kurang jelas, ujian boleh dilakukan sekali lagi seminggu selepas  ujian pertama.

Jika anda melakukan ujian UPT di rumah, pastikan anda melakukannya pada awal pagi kerana pada masa ini, kandungan hCG adalah sangat tinggi di dalam urin dan ini akan memberikan hasil yang lebih jelas dan tepat lagi. Namun begitu, jika anda kurang kesempatan melakukannya pada awal pagi selepas bangun tidur, anda masih lagi boleh melakukannya pada waktu lain asalkan anda tidak membuang air kecil 4 jam sebelum melakukan ujian UPT. 

Di samping itu, antara keadaan terbaik semasa melakukan ujian kehamilan UPT adalah dengan memastikan bahawa anda tidak minum banyak air. Ini kerana dikhuatiri kandungan hCG menjadi cair dan akan turut memberi kesan kepada hasil ujian UPT.

Ini adalah antara tips dan waktu sesuai untuk anda melakukan ujian kehamilan anda di rumah. Jika ujian UPT adalah positif, anda masih perlu merujuk kepada doktor untuk mengesahkan lagi bahawa anda hamil. Begitu juga jika keputusan adalah negatif. Jika anda masih tidak berpuas hati dan ragu-ragu dengan ujian UPT sedangkan janin sudahpun berada pada rahim, anda boleh terus rujuk pada doktor untuk melakukan ujian ultrasound.
  
Positif UPT tidak bermakna hamil jika:
Wanita yang menjalani rawatan kesuburan dengan suntikan hormon hCG seperti /Profasi, Pregnyl /atau/Novarel/ haruslah menunggu 7-14 hari selepas disuntik. Hormon yang disuntik itu tentunya akan diproses dan akan dikeluarkan semula melalui air kencing.

Jika mereka melakukan ujian UPT terlalu awal, hormon hCG yang dibekalkan melalui suntikan itu yang akan dikesan, bukannya yang dikeluarkan dari uri janin dalam rahem. Ujian UPT akan memberikan keputusan false positif, iaitu ujian itu menunjukkan keputusan positif, padahal wanita itu tidak hamil.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, dinasihatkan agar tunggulah sedikit masa. Tanyakan kepada doktor yang memberikan suntikan tentang ubat suntikan itu dan dosnya. Ini kerana ada ubat kesuburan yang mengandungi hormone hCG dan mengganggu ujian UPT, dan ada juga ubat kesuburan yang tidak memberi kesan pada ujian itu.

Untuk suntikan yang mengandungi hCG 10 000 mIU, harus menungu selama 14 hari, sementara suntikan yang mengandungi 5,000 IU, harus menunggu 10 hari dan bagi 2,500 IU harus menunggu 7 hari. Jadi janganlah terlalu ’/excited/’ dengan terus membuat ujian UPT apabila /missed period/.
 
Jika anda disahkan Hamil dan ingin mendapatkan Supplement Set Kehamilan yang terbaik,  anda boleh terus klik link di bawah dan order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!


Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Monday, April 6, 2015

Tips Pemakanan Untuk Mencegah Kanser

Pengambilan makanan ini secara berterusan mampu mencegah anda daripada menghidapi penyakit kanser.
1. Biji Aprikot
BIJI APRIKOT merupakan salah satu rawatan alternatif bagi mencegah dan merawat pesakit kanser. Antara nutrien yang banyak terdapat pada biji aprikot ialah enzim Amygdalin atau Laetrile atau juga sering disebut sebagai Vitamin B17. 
Tugas B17 ini hanyalah untuk memusnahkan sel asing dan mengeluarkannya melalui pembuangan air. Justeru, kuantiti air yang banyak perlu diambil oleh pesakit bagi melancarkan pembuangan sel-sel asing dengan bantuan Vitamin B17 yang terkandung dalam biji aprikot ini. 

2. MAKANAN KAYA ANTIOKSIDA
ANTIOKSIDA ialah sejenis bahan yang terdapat dalam makanan yang mampu melindungi dan mencegah kanser. Antioksida dapat melindungi daripada radikal bebas yang menyebabkan kerosakan sel dan DNA dan boleh membawa kepada kanser dan penyakit lain. Saintis telah membuktikan bahawa radikal bebas boleh menyebabkan proese penuaan, kanser, sakit jantung, strok, Parkinson, allergi dan sebagainya. 
 
Bagaimana antioksida mencegah kanser?
ANTIOKSIDA terdiri daripada beta charotene, lychopene, Vitamin A, C dan E dan dapat mencegah kanser dengan 3 cara:
  • memusnahkan radikal bebas
  • meningkatkan sistem immun atau sistem pertahanan badan yang akan bertindak memusnahkan sel-sel yang rosak
  • mengurangkan kebarangkalian sel kanser melekat pada organ dan gland.
Apakah makanan yang kaya antioksida?  


ANTIOKSIDA  banyak terdapat dalam sayur-sayuran, buah-buahan, kekacang dan bijirin. antara makanan yang kaya dengan antioksida ialah:  
  • Beta charotene banyak terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran yang berwarna oren seperti lobak, oren, aprikot, labu dan mangga. Sesetengah sayuran hijau juga mempunyai beta charotene seperti sayur bayam. 
  • Makanan yang kaya Vitamin A ialah seperti ubi keledek dan lobak.
  • Vitamin C atau juga dikenali sebagai askorbic asid banyak terdapat dalam buah-buahan seperti oren, strawberi, epal, mangga, nanas, raspberi, blueberry dan pear.
  • Vitamin E atau alpha-tocopherol, banyak terdapat dalam makanan seperti minyak bunga matahari, kacang soya, minyak zaitun, kekacang seperti almond, bijiin penuh, brokoli dan avokado.
3. Vivix Shaklee

Selain itu pengambilan ViVix Shaklee juga dapat membantu mencegah kanser. Melalui kajian makmal, ramuan Vivix telah terbukti memberi kesan positif terhadap empat mekanisme utama penyebab penuaan.

4 mekanisma utama penuaan selular:
  1. Kerosakan DNA - Vivix memelihara dan memulihara kerosakan DNA
  2. Pengawal Genetik (Fitrah) - Vivix memberi impak positif tehadap pengawal genetik dengan memperlahankan penuaan pada peringkat selular
  3. Penurunan Tenaga Selular - Mitochondria dalam sel tubuh kita menghasilkan tenaga (spark plug) - Ramuan Vivix merangsang biogenesis mitochondria
  4. Penimbunan Protein AGE (Advanced glycation end products) - Vivix 10 kali lebih berkuasa berbanding resveratrol sahaja dalam memperlahankan pembentukan Protein AGE.

Resveratrol merupakan salah satu kandungan dalam Vivix yang telah dirujuk lebih daripada 2,000 penerbitan penyelidikan termasuk beberapa kajian yang dijalankan oleh Harvard University, National Institute  of Aging, National Cancer Institute, dan banyak lagi. Kanser mungkin adalah bidang paling dinamik (pelbagai sudut) penyelidikan mengenai resveratrol. 
Resveratrol merupakan perubatan semulajadi pertama yang mempunyai bukti kukuh menunjukkan ia menghalang atau menghentikan pelbagai peringkat kanser. Resveratrol bukan sahaja menghindar kanser, malahan ia dicadangkan sebagai rawatan tambahan. 

Menghentikan Gen Kanser
Bagi badan yang normal, reaksi badan yang sihat yang dipanggil pengasetilan dan penyahasetilan menjadikan gen hidup atau mati. Bagaimanapun, bagi kanser, sel mula menjadi tidak terkawal dan mengaktifkan "gen kanser" nya sendiri, menggalakkan penyebaran sel-sel berpenyakit.
Dengan mengawal penyahasetilan dan mengaktifkan panjang umur gen, resveratrol mempunyai potensi untuk menghentikan proses kanser dan memberi manfaat umur panjang yang sebenar. 

Menterbalikkan Kesilapan DNA
Punca utama proses penuaan (dan akhirnya kematian) adalah kebolehan sel tua yang semakin menurun untuk mereplika secara terperinci DNA mereka ke dalam setiap sel baru. Disebabkan "kesilapan" DNA dan penimbunan serpihan pecahan DNA yang tidak boleh digunakan, sisa DNA yang tidak teratur ini akhirnya menghentikan sel dari berfungsi dengan baik. Ini menjadikan sel tersumbat dengan "sampah" DNA dan akhirnya membawa kepada kemerosotan dan kematian sel.

Bagaimanapun, resveratrol mampu mengurangkan kesilapan dan sisa DNA ini sehingga 60% melalui kebolehannya merangsang kepanjangan umur gen. Ini merupakan sebab mengapa resveratrol merupakan satu pencapaian besar dalam memperlahankan proses penuaan.   

Kesan Anti-Kanser 
Kajian menunjukkan resveratrol bukan sahaja menghalang kanser, tetapi juga dicadangkan sebagai rawatan tambahan kepada kanser. Ini kerana resveratrol terbukti memperlahankan atau menghentikan tahap tertentu kanser. Resveratrol boleh menghalang kanser dalam melalui beberapa cara: 
  • Ia boleh menyekat penyerapan estrogen dan androgen (tidak kira sel kanser itu mempunyai reseptor negatif atau positif)
  • Ia boleh memodulasi ekspresi gen
  • Ia boleh menyebabkan sel kanser mati melalui penyahasetilan
Di Austria, penyelidikan lanjut turut membuktikan resveratrol turut menyekat kemampuan sel kanser untuk metasis ke dalam tulang pada kadar 30% hingga 71%.
 
Menghalang Kanser Tanpa Memudaratkan  
Resveratrol telah dibuktikan effektif melawan pelbagai jenis kanser, sama ada pada peringkat menghindar mahupun peringkat rawatan. Kebolehannya menghentikan kanser berkait rapat dengan kemampuannya membezakan sel kanser dari sel sihat. Ubat terapi kimo tidak spesifik ketika menyerang sel; ia menyerang sel kanser dan sel sihat dalam masa yang sama. Sebaliknya, resveratrol tidak merosakkan sel sihat, tetapi melindungi sel sihat ketika mematikan sel kanser.
 
Kebolehan resveratrol yang terkenal termasuk kemampuan menghilangkan radikal bebas, mengaktifkan atau nyahaktif enzim penting / gen / hormon dan kimia tubuh. Kajian menunjukkan resveratrol memberi kesan yang ketara kepada kanser yang berkaitan gen. Antara kesan lain, resveratrol mengaktifkan gen penumpas tumor dan gen yang menyahtoksik bahan kimia. Ia juga menahan gen yang membolehkan sel kanser berhubung antara satu sama lain.
 
Poliphenol Resveratrol
Resveratrol dan poliphenol berkaitannya turut melindungi DNA sel, menghalang kimia dan radiasi yang menyebabkan kanser, serta melawan radikal bebas dan imflamasi.
 
Mitochondria  
Penyelidik dari University of Rochester (terbitan Mac, 2008) membuktikan untuk pertama kalinya yang resveratrol boleh membantu memusnahkan sel kanser pankreas dengan menembusi sumber tenaga teras sel, atau mitochondria, dan melumpuhkan fungsinya. Mitochondria mempunyai DNAnya sendiri dan mempunyai kebolehan untuk membekalkan tenaga kepada sel secara berterusan apabila berfungsi dengan betul. Menghentikan sumber tenaga secara teorinya menghentikan kanser. Resveratrol mengganggu sumber tenaga sel-sel kanser.

Jika anda menghidap kanser, saya cadangkan anda cepat-cepat beli Vivix. Kemudian buat ujian dan pemeriksaan. Kemudian consume Vivix dan lakukan semula pemeriksaan untuk melihat progress anda :-) Kita hanya merawat Allah juga yang mengurniakan penyembuhan. 

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352   
Atau     
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/       
Shaklee ID: 1027990 
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852  

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Share:

Sunday, April 5, 2015

Agensi Memberi Perkhidmatan Dan Bantuan Kepada Pesakit Kanser

Bagi membantu meringankan beban pesakit dan ahli keluarga pesakit kanser dalam menjalani rawatan dan sebagainya terdapat beberapa Agensi yang berkenaan menawarkan bantuan dalam bentuk kewangan dan sokongan. 
Bagi pesakit kanser yang memerlukan bantuan anda layak untuk memohon bantuan daripada angensi berikut:   

1. PUSPANITA
Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam Malaysia dengan nama singkatannya PUSPANITA, telah dilancarkan dengan rasminya pada 1 Mac 1983 oleh Penaung PUSPANITA yang pertama, Tun Dr. Siti Hasmah Binti Haji Mohd Ali.
 
Perkhidmatan yang diberikan :
  • Memberi bantuan kewangan kepada ahli atau keluarga iaitu suami dan anak-anak yang menghidap barah dan atau penyakit-penyakit lain seperti senarai yang diluluskan untuk meringankan beban mereka. Keutamaan akan diberikan kepada pesakit payudara. 
  • Menjalankan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan punca, pencegahan dan  rawatan bagi penyakit barah payudara serta penyakit-penyakit lain. 
  • Bekerjasama dengan agensi-agensi lain untuk membantu meningkatkan kemudahan bagi mencegah penyakit barah payudara. 
Tabung PUSPADARA PUSPANITA (TPP) adalah mengikut Undang-undang Kecil Tabung PUSPADARA PUSPANITA (Pindaan 2008) merupakan tabung yang ditubuhkan untuk mendapatkan sumbangan kewangan bagi ahli-ahli PUSPANITA dan keluarga yang menghidapi penyakit-penyakit kronik seperti barah, AIDS dan sebagainya.



2.MAKNA
MAKNA (Majlis Kanser Nasional) adalah sebuah syarikat sosial yang ditugaskan untuk menggunakan setiap usaha, kepakaran dan bantuan kewangan kepada setiap golongan masyarakat, untuk melawan kanser dan mengurangkan sakit dan penderitaan yang berkaitan sama ada mereka yang telah mengalami dan sedang mengalaminya.
MAKNA berdaftar di bawah Pertubuhan pada 10 November 1994 dan dilancarkan secara rasmi pada 30 Mac 1995. MAKNA diasaskan oleh Dato'Mohd Farid Ariffin.

Perkhidmatan yang disediakan :
  • Program Bantuan Dermasiswa
  • Mammogram Bergerak Digital
  • Penyelidikan
  • Kesedaran Kanser, Ucapan Dan Pameran 
  • MAKNA Cancer Helpline
  • Scholarship
Untuk mendapatkan bantuan daripada Agensi berkenaan Pesakit perlu dirujuk oleh Pihak Hospital kerajaan atau swasta melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan Hospital berkenaan. Ingat anda tidak berseorangan.

Ketahui lebih lanjut Wujudkah Penawar Untuk Kanser
Hubungi saya untuk mendapatkan Produk Shaklee dan anda layak menerima konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels