Tuesday, May 26, 2015

Tips pengambilan Minyak Ikan Dengan Kesan Yang Segera

 Image result for sumber makanan omega 3 dan 6
Tahukah anda berapa banyak dos Minyak Ikan yang kita perlu ambil setiap hari? Menurut cadangan dari Dr Low Dog penulis buku Healthy at Home mencadangkan pengambilan berdasarkan tahap keperluan.  

Dos Minyak Ikan mengikut tahap keperluan kesihatan.

1. Untuk kesihatan berpanjangan 
Makan ikan 2 atau 3 kali seminggu ataupun ambil supplement minyak ikan 500 to 600mg EPA dan 200 to 400mg DHA setiap hari.

2. Kesihatan Kulit Cantik
Pengambilan sama seperti no 1. Jika anda hidapi penyakit psoriasis, anda kena ambil 1,000 to 1,500mg EPA dan 600 to 1,200mg DHA setiap hari.

3. Kesihatan Mata
Ambil supplement 500mg DHA setiap hari.

4. Kesihatan semasa mengandung
Ambil supplement 200 to 350mg DHA setiap hari.

5. Mengalami sakit jantung
Ambil supplement 600 to 800mg EPA dan 300 to 500mg DHA setiap hari.

6. Alami triglycerides tinggi
Ambil supplement 1,200 to 1,800mg EPA dan 800 to 1,400mg DHA setiap hari. Dapatkan nasihat doktor untuk ambil dos tinggi.

7. Alami kemurungan
Ambil supplement sebanyak 1,000mg EPA dan 400 to 600mg DHA setiap hari

8. Alami senggugut dan cramps
Ambil supplement minyak ikan 500 to 600mg EPA dan 200 to 400mg DHA setiap hari.

Shaklee mempunyai supplement Minyak Ikan iaitu OMEGA GUARD.
 
Setiap sebiji Omega Shaklee mengandung:
– DHA 120mg
– EPA 180mg
– Omega 3 fatty acid 330mg
Ikannya diambil dari laut dalam di Jepun dan menjalani 3 proses penyulingan untuk pastikan tiada pencemaran kimia minyak ikan! 

Apa kata mereka tentang Omega Guard Shaklee

 1. Membantu masalah Alergic

2. Membantu masalah Ekzema
  
 3. Membantu masalah Kahak
  
 4. Membantu menurunkan berat badan dan asma
  
 5. Membantu masalah selesema dan batuk

6. Membantu menurunkan paras kolestrol
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!  
Selamat Membeli belah bersama Shaklee.

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352
Atau
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-    
Facebook:Natural Beauty With Natural Supplement/     
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Thursday, May 21, 2015

5 Sebab Kenapa Anda Perlukan Omega Guard.

Omega ni salah satu nutrien yang sangat penting tapi sering diabaikan oleh ramai orang. Sebelum ni saya sendiri tak pernah ambil tahu tentang omega ni. Main makan ikan je tapi sebenarnya kita perlu ambil dalam jumlah yang betul, dari sumber semulajadi dan berterusan. Anda rasa anda tak perlukan omega-3? Cuba tengok 5 sebab dibawah, mungkin anda perlu sebenarnya.
1.BANTU ANDA KEKAL FOKUS 
Omega diketahui sebagai ‘vitamin cerdik atau vitamin IQ’. Ada sebabnya ia dipanggil begitu ya. Omega dapat meningkatkan kesihatan dan fungsi otak dari kita kecil hingga tua.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Cerebral Cortex pada bulan Jun 2013, prestasi kognitif dan kadar pemikiran kompleks orang dewasa meningkat apabila diberi 2.2 gram omega -3 ( EPA / DHA ) sehari . Omegas -3 meningkatkan kesihatan otak dengan membantu untuk mengekalkan aliran darah yang baik ( aliran darah ke otak ) dan menyediakan struktur dan integriti untuk membran sel-sel di dalam otak anda.
 
 2. BANTU ANDA KEKAL LANGSING 
Ini salah satu sebab kenapa ramai orang mengamalkan omega dalam diet mereka. Dalam satu kajian daripada 124 orang dewasa , mereka yang mempunyai kandungan Omega yang rendah mempunyai BMI dan ukuran pinggang dan pinggul lebih tinggi berbanding orang dewasa dengan kandungan omega -3 yang lebih tinggi . 
Omega-3 dapat memberi kelebihan metabolik dan merangsang hormon yang membantu anda mengawal jumlah makanan yang dimakan dan membolehkan badan untuk membakar lemak sebagai tenaga . Omega -3 juga boleh mengurangkan hormon kelaparan dan membantu meningkatkan hormon yang berkaitan dengan perasaan kenyang supaya anda kenyang lebih lama.
  

3. MEMBERIKAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN KULIT 
Semua orang mahukan kulit yang sihat dan cantik. Satu kajian mendapati bahawa asid lemak omega-3 membantu melindungi sel-sel kulit daripada kerosakan UV akibat terdedah kepada cahaya matahari . Penyelidikan yang diterbitkan dalam Experimental Dermatology pada tahun 2011 melaporkan bahawa omega -3 dapat membantu dalam mengurangkan ‘photosensitivity’, mengurangkan tindak balas imun berikutan pendedahan matahari , serta pengurangan ‘photoaging’ dan tekanan oksidatif akibat daripada pendedahan cahaya matahari. Omega -3 juga memainkan peranan dalam membantu mencegah kanser kulit. Dengan iklim khatulistiwa di Malaysia ni omega sudah pasti menjadi satu suplemen terpenting.

4. OMEGA MENURUNKAN KOLESTROL JAHAT DAN MENINGKATKAN KOLESTROL BAIK 
Ini satu lagi masalah terbesar orang di Malaysia. Malaysia kaya dengan menu yang pelbagai dan kita semua suka makan kan? Tapi akibatnya lebih 60% rakyat malaysia mengalami obesiti dan kolesterol tinggi
Diet dengan pengambilan omega -3 dapat membantu menurunkan kadar ‘kolesterol jahat’ (LDL) dan meningkatkan kadar ‘kolesterol baik’ (HDL). Itulah sebabnya Persatuan Jantung Amerika menyarankan orang dewasa yang sihat untuk makan sekurang-kurangnya 2 hidangan ikan ( ikan sebaik-baiknya berminyak dari perairan sejuk) setiap minggu untuk mendapatkan kira-kira 500mg – 1g omega-3 sehari.
 

5. BANTU MENGURANGKAN ASMA 
Asma atau lelah adalah penyakit lazim di negara kita. Dengan udara yang tercemar dan kotor, sesiapa pun berisiko untuk mendapat asma. 
Beberapa kajian menunjukkan bahawa orang yang menghidap asma mempunyai tahap omega-3 yang lebih rendah berbanding mereka yang tiada asma. Beberapa kajian menunjukkan bahawa diet yang kaya dengan omega-3 meningkatkan tahap kesihatan penghidap asma. Satu kajian yang disiarkan dalam Perubatan Respiratori , melaporkan peningkatan fungsi paru-paru sebanyak 59 % dan mengurangkan keradangan saluran udara selepas mereka mengambil omega-3.

  
Terdapat banyak lagi kelebihan dan kepentingan omega yang kita perlu tahu. 

Omega Guard Shaklee
Ini adalah rupa paras OmegaGuard! InsyaAllah telah banyak membantu ramai orang dengan manfaat yang disediakan.
Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!  
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352 
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-    
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Monday, May 18, 2015

14 Tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan Anda


Bila kena stroke baru tahu ada masalah dengan jantung. Bila ada serangan jantung baru tahu ada masalah kolestrol tinggi. Memang kolesterol ni pembunuh dalam senyap kalau tak dirawat, jadi  bagaimana caranya untuk kita mengetahui badan kita tinggi kolestrol atau tidak selain melalui pemeriksaan darah? 

Disini dikongsikan 14 tanda yang badan anda mempunyai kolestrol yang tinggi. Jika anda mempunyai semua tanda-tanda ini cepat-cepat ler ubah cara hidup yang lebih sihat k. 

1.Sakit pada kaki

Gejala umum dari kolesterol sakit pada bahagian kaki atau timbul rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini disebabkan oleh tersumbatnya arteri sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki menjadi terbantut. Rasa sakit boleh merebak di seluruh kaki, seperti betis, paha, bahkan hingga ke punggung.

2. Kram di malam hari

Menurut Dr. Darren Schneider, ketika tidur, orang-orang dengan kolesterol tinggi mungkin merasakan kram di bahagian tumit, jemari kaki, atau kaki bahagian bawah. Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki digantung atau berada lebih tinggi dari kedudukan badan. Mudahnya, anda hanya perlu mengangkat kaki ketika tidur selama beberapa minit hingga kejang yang muncul hilang secara perlahan. Kaki boleh anda sandarkan pada dinding.

3. Kuku berubah

Kerana kuku tidak mendapat bekalan darah yang cukup akibat peredaran darah terganggu, akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat ketika anda potong. 

4. Kulit ikut berubah

Doktor sering melakukan pemeriksaan kolesterol pada seseorang yang telah mengeluh merasakan beberapa gejala kolesterol tinggi lain untuk memastikan dengan cara mengangkat atau menggantung atau meletakkan kaki di atas meja / bangku.

Pada awalnya, kaki akan berwanra putih kerana aliran darah terganggu. Tetapi, lama kelamaan terjadi perubahan warna menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembuluh darah mengalami pelebaran dan darah mula teralir ke kaki. Dr. Schneider juga mengatakan bahawa pesakit kolesterol akan melihat jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran. 

5. Kaki menjadi sejuk

Penunjuk yang satu ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana pada beberapa orang juga sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh, meski tidak sedang sakit (mungkin faktor cuaca di kawasan tempat tinggal).

Tetapi, Dr. Schneider menyeru semua orang untuk lebih berhati-hati apabila rasa dingin hanya terdapat pada satu kaki saja, kemungkinan besar itu tanda-tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan. Jika anda mengalami gejala yang satu ini, langsung rujuk pada doktor untuk mendapat maklumat dan kepastian lebih lanjut.

6. Proses pemulihan luka yang lambat

Gejala kolesterol yang satu ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes, luka (terutama di bahagian kaki) akan lama sembuhnya. Penurunan edaran menjadi penyebab luka lambat pulih, atau meski cepat tapi tidak langsung sembuh total.

7. Mati rasa

Seorang wanita pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengalami mati rasa, dan dirinya menganggap hal tersebut adalah tanda tingginya zat purin penyebab asam urat. Tetapi, setelah berkunjung ke doktor, ternyata mati rasa tersebut adalah kesan sekaligus gejala kolesterol tinggi.

8. Diare

Dalam memetabolismekan lemak, tubuh mempunyai keupayaan menyerap pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan. Secara semula jadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh, tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak.

Pada keadaan atau keadaan di mana tubuh tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga gejala cirit-birit yang berlebihan merupakan salah satu kesannya.

9. Lesu disertai migrain

Meski bukan gejala yang pasti berlaku, tetapi jika dilihat dari pemicunya iaitu terganggunnya proses metabolisme lemak tentu juga memberi kesan pada sistem pencernaan. Makanan yang dimakan tidak berjaya dicerna dengan baik sehingga terkumpul pada saluran pencernaan. Rasa kenyang yang timbul akan menghantar isyarat pada otak untuk tidak menambah pengambilan dari luar, sehingga muncul lesu dan bahkan disertai migrain kerana sebetulnya tubuh dalam keadaan kekurangan tenaga.

10. Mengganggu otak, mengundang emosi, dan penurunan kemampuan memori

Otak adalah bahagian tubuh yang menjadi tempat simpanan kolesterol paling banyak, kira-kira 25%. Oleh sebab itu, tidak bersungguhnya proses metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu. Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti berkurangnya daya ingat, mudah emosi, dan mencetuskan penyakit Alzeimer beserta penyakit neurologi lain.

11. Perut kembung

Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan kelebihan gas yang terbantut pada saluran usus yang mengarah ke kawasan perut. Dari situlah awal mula timbul masalah seperti perut atau dada kembung.

12. Berlebihan berat badan

Selain gas, tentu lemak juga ikut terkumpul di kawasan perut sebagai kesan sampingan dari gangguan metabolisme lemak. Dengan begitu, berat badan akan meningkat dan mengakibatkan kegemukan kerana sel-sel lemak semakin banyak, bahkan berpotensi terhadap obesiti.

13. Jantung terasa sakit atau mengalami palpitasi (berdebar-debar)

Berlebihnya kolesterol akan menghambat peredaran darah kerana terjadi penyempitan pembuluh darah pada bahagian badan yang mempunyai kolesterol tinggi. Kerana aktiviti tersebut akan memberikan isyarat ke jantung untuk bekerja mengepam darah lebih keras agar mengalir secara normal. Kesan sampingan yang dirasakan oleh pesakit adalah rasa sakit di jantung dan terkadang merasa berdebar-debar seperti orang panik.

14. Muncul lebam pada beberapa bahagian badan

Keadaan dimana terjadi penumpukan lemak mengakibatkan terbentuknya ketulan yang terletak di antara otot dan kulit yang secara perubatan mendapat sebutan lipoma. Ketulan ini biasanya muncul di daerah leher, tangan, perut, dan kaki dengan bentuk kecil dan lembut, berdiameter kira-kira satu inci, dan pusat tumor di bawah kulit.

KURANGKAN KOLESTEROL DENGAN SHAKLEE

Dengan menjaga permakanan serta amalkan nutrisi yang lengkap, kolesterol dalam badan dapat dikawal dengan mengambil set kolesterol shaklee. Mengandungi beberapa vitamin yang bagus dan sangat membantu, dari segi jantung dan tekanan darah.

  1. VIVIX - terkenal dengan antioksidan yang tinggi, Antioksidan dalam Vivix membantu dalam perlindungan sel termasuklah sel di sekitar bahagian salur darah. Orang yang alami masalah kolestrol yang tinggi adalah disebabkan oleh plug atau kolestrol berlebihan dalam salur darah. Fungsi Vivix ini, ia melindungi salur darah kita, jadi salur darah kita akan dilindungi dari kerosakan. Kolestrol tidak boleh menempel pada salur darah yang boleh menyebabkan kolesterol berlebihan. Resveraterol terbukti berkesan mencegah pembekuan kolesterol dari melekat di saluran darah.

  2. PHYTOCOL-ST - Fisoterol secara strukturnya adalah sama dengan kolestrol dan bersaing dengan kolestrol untuk penyerapan di dalam usus justeru meninggalkan kolestrol. Ini bermaksud, lebih banyak fisoterol yang dimiliki tubuh anda, lebih kurang kolestrol yang diserap didalam badan! Anda juga berpeluang menurunkan paras kolestrol LDL anda dengan pengambilan fisoterol.

  3. OMEGA GUARD - Omega Guard adalah asid lemak dari minyak ikan omega-3. Ia sangat tinggi dengan kolesterol HDL..Ia berfungsi untuk membawa kolesterol keluar dari salur arteri ke hati untuk proses penyingkiran. Dengan kehadiran HDL ia dapat merendahkan paras LDL, maka plak pada dinding arteri dapat dicairkan lantas dapat melancarkan aliran darah. 

TESTIMONI SET KOLESTEROL TINGGI






Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.   
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau  

Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan 
dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Share:

Tuesday, May 12, 2015

Kebaikan Herbal Blend Shaklee~Krim Super Magic Semulajadi

Produk sapuan ke atas kulit berasaskan krim/losyen tidak kira untuk kegunaan dewasa mahupun kanak-kanak yang terdapat di pasaran biasanya diperbuat daripada bahan kimia karsinogen (penyebab kanser) dan mengandungi steroid. Penggunaan berpanjangan ke atas kulit lama-kelamaan akan menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya. 

Bertukarlah kepada Herbal Blend Multi-Purpose Cream Shaklee, krim pelbagai guna yang diperbuat daripada ekstrak tulen herba semula jadi yang sungguh menyegarkan termasuk sej, horse chestnut, yarrow dan rosemary. Jom kita lihat kebaikan Krim Magic Semulajadi ini:
 

1. Merawat eczema dan gatal-gatal akibat gigitan serangga
Herbal Blend sangat berkesan dalam merawat kesan gigitan nyamuk atau serangga. Setiap kali Faris terkena gigitan nyamuk atau semut, saya akan cepat-cepat sapukan krim Herbal Blend supaya tak melarat. Dan hasilnya sungguh memuaskan! Untuk eczema pun sesuai jugak tau..cepat je ruam tu hilang.

2. Melembutkan tumit dan merawat tumit pecah

Masalah tumit pecah sememangnya memalukan. Masalah tumit kering dan pecah bukan sahaja berlaku kepada orang tua, tapi sesiapa sahaja boleh mendapat masalah ini. Lebih-lebih lagi jika seseorang itu banyak berdiri dan berjalan. Saya juga pernah mengalami tumit pecah dan merekah. Jadi, saya menggunakan krim Herbal Blend untuk disapu pada tumit setiap hari..dan hasilnya, Alhamdulillah :-)

3. Ubat luka atau melecur
Tak sangka pulak, Herbal Blend pun boleh digunakan untuk menggantikan minyak gamat. Seeloknya kena ada satu Herbal blend dalam setiap rumah, bila ada luka je, cepat baik. Untuk luka, kesan calar akibat cakaran kucing atau terkena benda panas. Semua pun boleh...macam tak percaya je kan? Kalau nak tahu, cubalah sendiri..

4. Luka pada puting bagi ibu-ibu menyusu
Luka pada puting akibat gigitan si kecil? Huhu..pedihnya, Allah je yang tau. untuk ibu-ibu yang sedang menyusukan anak, Herbal Blend dapat membantu untuk merawat luka tersebut. Cepat je kering tau..Lagi pun,  Herbal blend ni sangat natural, jadi janganlah risau.. Ia tiada bahan kimia dan ia dijamin selamat untuk semua.

5. Menghilangkan parut
Kalau ada parut akibat chicken pox atau campak, cuba sapukan herbal blend. InsyaAllah parut akan pudar dan menghilang entah ke mana...

6. Ruam pada bayi
Bayi sememangnya senang terkena ruam, terutamanya ruam lampin. Adakalnya sampai melarat-larat. macam saya dulu, bermacam-macam krim saya cuba. Masa tu kesian sangat coz tak kenal lagi Herbal Blend. Terpaksalah bagi krim yang ada steroid bagai. Tapi lepas-lepas ni, tak mau lagi dah. Herbal blend kan ada..Jangan tak tau, Herbal Blend mampu melegakan rasa pedih dan insyaAllah akan merawat ruam lampin tersebut. 

7. Losyen harian
Saya juga gunakan Herbal Blend sebagai losyen harian. Supaya tangan sentiasa lembut.. Herbal Blend tidak berminyak. Jadi sememangnya nyaman dan selesa.

Kenapa saya harus pilih Herbal Blend?
Herbal Blend  diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi (horse chestnut, bunga yarrow, daun sage, dan juga rosemary). Ia telah diuji secara klinikal bagi melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah, seperti tumit, lutut dan siku. Ia dingin, bermentol dan tidak berminyak.

Untuk mendapatkan produk ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 

Share:

Wednesday, May 6, 2015

Inginkan Pipi Merah Macam Pakai Blusher?

tips pipi merah semulajadi
Contoh Pipi Merah Original Tanpa Blusher.Ohh tersangat comel!
Sebut saja berkenaan kecantikan, semestinya sangat sinonim dengan wanita. Ya, kerana biasanya wanitalah yang sentiasa menitik beratkan kecantikan berbanding lelaki.

Wanita sangat suka bila mempunyai raut wajah yang cantik, bebas dari sebarang cela seperti jerawat, jeragat dan kulit tidak sekata. Pendek kata, selagi tak secantik bidadari, selagi itu tak senang duduk.

Untuk entri kali ini, saya ingin bercerita tentang vitamin semulajadi yang boleh menjadikan pipi anda menjadi merah kemerahan seperti dicalit blusher

Inginkan Pipi Merah Macam Pakai Blusher?

Hakikatnya…
Siapa yang tak mahu pipi merah original tanpa mekap dan blusher?!
Siapa yang tak suka bila dapat jimat duit sebab tak perlu beli alat mekap, jimat masa sebab tak perlu bermekap bagai?

Tahukah anda…
Wanita yang tak sanggup keluar rumah sebelum bermekap adalah tidak yakin dengan diri sendiri.
Jika anda jenis yang begini, saya pasti anda inginkan pipi merah macam pakai blusher, bukan?
Bagi surirumah sepenuh masa seperti saya tak lama lagi, yang biasanya kurang pandai bermekap (juga macam saya), juga tidak terkecuali, pastinya inginkan pipi merah macam pakai blusher juga bukan?

Rahsianya…
Nak tahu bagaimana? Anda hanya perlu amalkan set pipi merah dari Shaklee untuk menjadikan anda kelihatan sentiasa berseri-seri dan awet muda, yang terdiri daripada:

Set Pipi Merah Shaklee

1.Carotomax® 30

Merupakan vitamin A yang melembabkan kulit, mengurangkan jerawat, meredakan keradangan kulit kesan daripada kulit sensitif dan menjadikan pipi anda kemerah-merahan seperti menggunakan blusher.
Ia juga membantu mengatasi masalah penglihatan seperti kabur dan silau pada waktu malam.

2.Sustained Release Vita C Plus™

Merupakan antioksida yang sangat hebat kerana ia dapat mengurangkan garis-garis penuaan di kulit muka dan badan. Percaya atau tidak, wajah anda akan bertukar flawless hanya dalam beberapa minggu – secara benar-benar semulajadi!

3.ESP Soy Protein Isolate Powder

Mencantikkan, menggebukan, menghaluskan kulit muka dan badan. Pengambilan ESP dalam set pipi merah ini dapat mempercepatkan proses penyerapan untuk vitamin A dan C itu meresap ke dalam tubuh badan anda.

Bagaimana Cara Penggunaannya?

  1. Minum segelas ESP sebelum sarapan pagi.
  2. Telan sebiji Sustained Release Vita C Plus sehari selepas sarapan.
  3. Telan sebiji Carotomax® sehari, sebaiknya selepas makan makanan berlemak.


  4. Ambil sebiji Sustained Release Vita C Plus, hancurkan bersama satu sudu kecil ESP dan sedikit air. Tampal di muka sebagai Masker sebelum tidur malam setiap malam.
Insya-Allah pengambilan konsisten selama 3 bulan akan memberikan hasil yang sangat luarbiasa.

Luar biasa Yang Bagaimana?

  1. Kulit sekata seluruh badan, bukan muka putih tangan hitam.
  2. Pipi merah seperti pakai blusher.
  3. Sangat jimat kerana hanya sebotol Sustained Release Vita C Plus untuk 6 bulan
Untuk mendapatkan Set Pipi Gebu Kemerahan ini, anda boleh  klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=f2843fe2048acb2e687eeebe826db352  
Atau   
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Monday, May 4, 2015

Tips Memilih Kasut Yang Sesuai

 
Sangat susah untuk pilih kasut yang bersesuaian dengan kaki , walaupun susah tapi ramai yang suka membeli kasut , betul tak ? kali ini saya kongsikan tips memilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki korang , memilih kasut untuk dipakai bukanlah sesuatu yang senang. Kasut juga berubah mengikut fesyen dan masa.
Namun harus diingat untuk memilih kasut yang sesuai bentuk proporsi kaki perlu diketahui. Daripada pergelangan kaki sehinggalah ke betis segalanya perlu dititik beratkan. Setelah itu barulah anda mampu membuat pilihan yang bijak dalam memilih kasut untuk dipakai mahupun untuk digayakan.
 
  • Sekiranya anda memilih bentuk kaki yang lebar dan betis yang agak besar seeloknya hindarilah daripada memilih fesyen kasut yang diikat dengan tali. Ini kerana ia menunjukkan bentuk kaki dan paling ketara ia menonjolkan daerah pergelangan kaki.
  • Dalam memilih kasut pula, seeloknya pilihlah kasut daripada rona warna yang boleh disesuaikan dengan setiap fesyen atau warna baju yang dipilih.
  • Elakkan daripada memilih kasut-kasut daripada warna terang seperti merah atau oren kerana ia akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar, dan pendek.
  • Seeloknya pilihlah kasut tertutup dan yang mempunyai permukaan tertutup yang lebih besar untuk menutupi pergelangan kaki dan akan membuatkan kaki kelihatan lebih menarik.
  • Pilihlah kasut yang mempunyai bukaan yang agak lebar untuk memberikan keselesaan kepada kaki.
  • Pemilihan kasut “sling” iaitu dari fesyen yang bertali tersangkut di belakang, ia akan menonjolkan bahagian bawah kaki terutamanya bahagian pergelangan kaki.
  • Sekiranya anda memiliki kaki yang cantik, kelebihan ini boleh ditonjolkan dengan memilih kasut bertali atau “strappy”. Tetapi harus diingat sekiranya anda mempunyai pergelangan kaki yang kecil hindari memilih kasut “pump” kerana ia akan membuatkan kaki tenggelam.
  • Sebenarnya kasut daripada fesyen tali atau pita dapat juga membuatkan proposi antara kaki dan betis menjadi lebih seimbang. Ini kerana tali atau pita tersebut akan membuatkan kaki kelihatan lebih besar daripada saiz asal.
  • Bagi mereka yang memiliki kaki bentuk ini, anda bebas memilih apa model atau fesyen kasut sekalipun. Tetapi memilih kasut bertali akan membuatkan kaki yang cantik itu kelihatan lebih menonjol.
PANDUAN BELI

1. Pilih saiz kasut yang betul. Untuk pengetahuan anda, kedua-dua belah tapak kaki kita tidak sama kerana ia tidak begitu ketara jika dilihat dengan mata kasar. Biasanya kaki kanan lebih besar dan disebabkan itu, kebanyakan kasut yang dijual di pasaraya mempamerkan kasut kaki kanan. Elak memilih kasut yang ketat dengan menganggap kasut akan longgar apabila kerap pakai dan mudah muat apabila diregangkan.

2.Pastikan anda memilih kasut yang mempunyai ruang untuk jari-jari kaki anda apabila anda sedang berdiri. Berdiri di depan cermin dan  berjalan untuk mengetahui keselesaan apabila dipakai kelak. Sebaiknya, beli kasut pada waktu petang kerana saiz kaki akan mengembang pada waktu ini. Jika anda membeli kasut pada waktu pagi, saiz kaki ketika itu adalah kecil dan ini akan menyusahkan anda satu hari kelak.
Kasut cantik tidak mencukupi jika anda tidak pandai menjaga kaki anda. Memastikan kuku sentiasa pendek, tidak berbau begitu juga dengan penjagaan tumit kaki yang halus bak telur dikupas adalah perkara utama buat wanita jika mahu lebih yakin saat melangkah keluar dari rumah.
Ketahui Tips Penjagaan Kuku
Vitamin Untuk Kuku
Tips Atasi Masalah Tumit Merekah

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee. Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS: 013-4505852



Share:

Saturday, May 2, 2015

Pemakanan Sihat Cara RASULULLAH SAW

Rasulullah SAW melarang kita mencampurkan beberapa jenis makanan dalam satu hidangan.
Semua ni kalau diamalkan selalu akan menambah risiko penyakit lumpuh/stroke.
 
1. SUSU DENGAN IKAN..better use santan
2. CUKA NGAN SUSU
3. FRUITS NGAN SUSU..forget those fruity yoghurts!
4. IKAN NGAN DAUN SALAD
5.BAWANG PUTIH NGAN BAWANG MERAH......jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh..bawang besar jika makan continuously for 40 days boleh menyebabkan bintik2 hitam di muka..ala2 severe pigmentations gitu..
6. DAGING SEGAR NGAN DAGING KERING..or fresh fish and dried/salted fish
7. BENDA MASAM eg lemon NGAN BENDA BERASID SEPERTI CUKA
8. BUAH DELIMA NGAN SERUNDING
9. CUKA NGAN NASI
10.TELUR NGAN IKAN
 
Untuk mengembalikan tenaga, tidur sebentar sebelum zohor.

ELAKKAN MELAKUKAN PERKARA YANG BERIKUT

 1. Mandi air suam lepas makan kerana ini adalah lebih bahaya drpd perkara2 di atas
2. Senaman sebelum makan
3 Bersenam atau berjalan lepas makan tengahari..jarakkan at least 1/2 an hour
4. Makan buah lepas makan kerana akan menyebabkan makanan lambat dihadam
5. Meninggalkan makan malam..sabda Rasulullah SAW..untuk awet muda makanlah walaupun sebiji tamar
6. Jangan duduk relax lepas dinner..kena bergerak at least 100 steps
7. Tidur selepas kenyang kerana akan menyebabkan sembelit.

CARA MAKAN RASULULLAH SAW 

Rasulullah SAW apabila makan akan menggaul makanannya dan meninggalkannya sebentar. Baginda kemudian mencelup jari kelingkingnya dalam garam serta menghisapnya sebelum dan selepas menjamah makanan. Kenapa garam? Selain dari sumber minerals, garam adalah penawar paling mujarab keracunan dan boleh menghalang sihir serta gangguan makhluk halus.
Rasulullah mengunyah makanan baginda sebanyak 40kali sebelum menelannya.

CARA MINUM 

Jangan minum berdiri walaupun perbuatan tu makruh kerana ia makruh yang menghampiri haram. Juga dilarang minum dari bekas yang besar sambil bernafas kedalamnya kerana nafas kita CO2 bercampur air H2O akan menukarkan sifat air kepada H2CO3..dan menyebabkannya acidic.
Atas sebab yang sama juga dilarang meniup minuman yang panas.

Cara yang di sarankan oleh Rasulullah SAW ialah minum air seteguk-teguk dan bernafas. Begitulah lebih kurang amalan Rasulullah yang diturunkan oleh various ustaz for our iktibar..semoga memberi manafaat kepada kita semua.

Sometimes it's not what we eat but how we eat it... LOVE ALWAYS 
kredit untuk:corporatemum.blogspot.com
Berminat untuk dapatkan barangan Shaklee? Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Friday, May 1, 2015

Cara Menyingkirkan Toksin Secara Semulajadi

Faktor persekitaran dan jenis makanan yang diambil boleh menjadi punca banyaknya toksin terkumpul di dalam badan.Toksin ini biasanya akan disingkirkan melalui sistem perkumuhan semasa membuang air besar.Namun begitu ada juga toksin kekal di dalam badan dan mengganggu organ penghadaman seperti usus,buah pinggang dan juga hati.Sudah tentu anda perlu membuang toksin tersebut sebelum penyakit lain menjadi bertambah serius.

Proses ini di panggil detok. Detox bertindak dalam menyingkirkan toksin,racun,lemak dan bahan buangan yang tidak di perlukan oleh badan.Setelah itu,anda pasti berasa lebih sihat dan ceria.

Tanda-tanda tubuh anda perlukan detox

  • Sembelit
  • Pening Kepala
  • Perut Kembung
  • Nafas Berbau
  • Berasa letih dan tidak bertenaga
  • Sentiasa hendak makan
  • Jerawat

Cara Menyingkirkan Toksin Secara Semulajadi 

1.Banyakkan Minum Air   
Air dapat menyejukkan badan dan menyingkirkan toksin apabila kita membuang air kecil.anda digalakkan untuk mengambil sekurang-kurangnya 3 liter air dalam masa sehari. 

2.Bersenam Selalu 
Toksin yang ada dalam badan dapat dibuang melalui peluh yang keluar melalui kulit.Cara mudah untuk bersenam adalah berjalan kaki dan mengemas rumah.Badan sihat rumah pun sedap untuk di pandang. 

3.Berpuasa 
Berpuasa dapat merehatkan organ pencernaan anda kerana anda tidak makan dan minum ketika itu. 

4.Buah-Buahan 
Buah mempunyai kandungan air dan fiber yang baik dalam membantu melawaskan sistem pencernaan.Ini dapat mengelakkan sembelit dari terjadi. 

5.Buah Citrus 
Anda boleh membuat air campuran antara buah oren dan juga lemon.Buah citrus dapat menguatkan imunisasi dan juga mengurangkan ketidakhadaman akibat tersalah makan. 

6.Bawang Putih 
Bawang putih dapat membuang angin dalam perut.Jadi tidaklah anda berasa kembung dan juga sakit perut selalu. 

7.Spirulina 
Dapat mencegah sembelit dan meneutralkan toksin di dalam badan. 

8.Alfalfa 
Kaya dengan klorofil yang dapat mencuci dan membersihkan toksin dalam badan. 

9.Teh Hijau 
Teh hijau adalah minuman yang tinggi antioksida  yang mampu untuk menyingkirkan radikal bebas dalam tubuh kita.Kalau anda penggemar Teh yang mempunyai Taurina (bagus untuk menambah tenaga) dan sedang berdiet boleh mencuba Cinch Tea.

Pengambilan ini penting sebelum anda mengambil suplemen samada untuk kecantikan atau penjagaan kesihatan.Jika tidak nutrisi yang ada pada makanan tambahan tersebut tidak memberikan kesan yang terbaik.

Untuk lebih memudahkan anda memperkenalkan, Super Detox Set dari Shaklee. Set ni terdiri daripada: 
 3. Garlic
 Kebaikan dari pengambilan set ni adalah:
  1. Membantu menyingkirkan toksin berbahaya daripada badan
  2. Membantu meningkatkan kesihatan hati
  3. Meningkatkan seri wajah
  4. Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh 
Jangan biarkan toksin yang terkumpul dalam badan anda menjadi punca kepada pelbagai penyakit lain yang tidak diingini. Bertindaklah sekarang.  
 
Untuk mendapatkan Set Detox ini, anda boleh klik link di bawah dan terus order!! 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!
https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=4e4f523705f88c7253fc492d5a45743a 
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive