Monday, October 31, 2016

Pantang Larang Bersalin Caeser Yang Perlu DiElak


Sering kita dengar orang tua-tua pesan pantang larang lepas bersalin atau bedah (caeserean section atau mana-mana bedah) tak boleh makan daging dan telur ler yg terutamanya.Nanti luka lambat baik dan bernanah.


Takkan salah kot teori Tok nenek saya tu dia dah beranak sampai berbelas2 org hah, dah banyak pengalaman.

Walo apa jua teori, apa jua pantang, dari mana asal usulnya kita yg ada ilmu ni janganlah main ikut dan hantam jer.

Puan baru lepas bersalin, luka dan hilang banyak darah. Macam mana nak sembuh kalau tak makan daging dan telur (sumber protein) untuk bina semula sel-sel baru?

Macam mana nak tambah sel darah merah kalau tak makan daging merah, kerang, hati dan sayur hijau misalnya.

Darah merah ni fungsi dia bawa oksigen. Bila puan kurang oksigen, tu yang rasa berdebar dan nak pitam. Satu sebab jantung puan pam darah lebih laju. Nak kasi oksigen kat otak.

Tapi kalau dah tak cukup juga oksigen sampai kat otak, tu yang rasa nak pitam. Bila periksa tengok tekanan darah, mak datuk punyalah rendah, nadi pula laju.

Kemudiannya pula puan nak menyusu bayi baru lahir. Kalau diri sendiri pun tak cukup nutrien sebab tak makan banyak, ingat bayi boleh dapat nutrien atau khasiat?

Terus mengadu susu tak keluar banyak. Kesannya bayi jadi kuning sebab tak cukup menyusu. Mulalah gelabah. Kata saya kurus, memang jenis tak banyak susu, saya dulu pun membesar dengan susu tepung elok je, ini dah takdir Tuhan dan macam-macamlah lagi

Padahal susu puan tu daripada air. Air kosong puan minum, proses dalam badan campur makanan-makanan semua tadi, itu yang jadi susu. Kalau makanan berlemak lagi bagus.

Lagi pelik bila puan fikir pendek jer terus buat eksperimen kat anak sendiri. Bagi bayi air anggur. Tak jalan, bagi susu kambing pula.

Kuning sampai lutut dah, takpa kita cuba jemur bawah matahari pula campur sekali minum air herba dan 'panas'. Air kosong jangan, nanti kembang katanya. Angin masuk. Luka lambat sembuh. Alih-alih bawa hospital baby terus kena exchange transfusion.

Tapi dah kalau minum air herba ja, nak dapat susu tang mana. Tak dapek den nak menolongnyo.

Orang kita, atau mungkin juga semua orang kat dunia ni, terbalik. Masa mengandung makan bukan main banyak. Tu yang banyak kena gestational diabetes (kencing manis semasa mengandung) dan pregnancy induced hypertension with crisis (tekanan darah tinggi semasa mengandung).

Bukan maksudnya tak makan langsung, nanti baby tak membesar pula dalam perut. Cumanya lepas mengandung, baby dan badan sendiri nak khasiat dan nutrien, dia boleh pula 'pantang' dan berpuasa.

Macam2 kan ragam org kita ni. Semoga lepas ni yang akan bersalin tak salah jika puan nak berpantang secara traditional pun, mcm amalan bertungku, berbarut, mengurut, bertangas dan sebagainya TAPI ambil lah makanan yg mempunyai nutrisi yg cukup.

Paling mudah dapatkan set bersalin Shaklee yer, lengkap dgn protein yg terbaik utk proses pemulihan luka bersalin puan.

Set Bersalin Pembedahan Shaklee

Set Bersalin Shaklee sangat selamat untuk ibu dan bayi  kerana :
  • boleh di ambil oleh ibu yang baru melahirkan bayi seawal 2jam selepas melahirkan bayi. 
  • boleh di makan oleh ibu yang bayi di sahkan ada masalah jaundis/sakit kuning atau G6PD
  • ibu yang melahirkan bayi secara normal atau pembedahan
  • gabungan vitamin yang ada dalam set bersalin atau set berpantang Shaklee ini membuatkan ibu lebih cergas, lebih bertenaga, lebih anggun dan cantik.
  • luka ibu akan lebih cepat sembuh
  • menambahkan susu ibu dengan adanya ESP
 Berminat ingin mendapatkan Set Bersalin Pembedahan Shaklee dengan harga yang JIMAT, hubungi saya untuk info lanjut. Dengan setiap pembelian produk ini anda layak untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:- 
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Share:

Sunday, October 30, 2016

Landmark Study Bukti Ketelusan, Keterbukaan dan Keberkesanan Produk Shaklee

Produk shaklee bukan sebarangan produk. Bukan produk yang dibuat di belakang rumah. Produk Shaklee ada kajian Landmark Study tau.
Mr.Roger Barnett CEO Shaklee pun tak puas hati suatu masa dahulu. Walaupun dia dah rasa best sendiri sebab dah guna dan berkesan, nak puaskan hatinya dan orang lain, biarlah ada BUKTI yang DIAKUI dan di IKHTIRAF ramai dan orang tak boleh kotak-katikkan.
Para saintis nilah yang usulkan kepada shaklee untuk jelaskan ujian keberkesanan dan keselamatan pengambilan suplemen secara menyeluruh bagi tempoh jangka masa yang panjang.
Kalau ada keputusan yang buruk, shaklee akan tetap siarkan dan tunjukkan. Banyak syarikat yang keluarkan produk tidak benarkan orang ketiga untuk jalankan kajian atas produk sebab ia boleh memberi impak kepada syarikat tersebut.

NHANES ni adalah satu badan survey di bawah National Center for Health Statistics (NCHS) yang dipercayai dan mempunyai reputasi yang tinggi dalam membuat survey berkaitan dengan status kesihatan dan nutrisi penduduk US.

Sebelum tu NHANES memang dan buat study dan kategorikan survey pada 2 kumpulan
  • pengamal vitamin
  • yang tidak amalkan vitamin.
dan kumpulan terbaru adalah
  • orang yang sudah amalkan suppelemen Shaklee selama lebih 20 tahun.
NHANES minta University of California ( Berkeley ) yang mengetuai Shaklee's Landmak Study ni dan melantik Prof Dr Gladys Block, otai bidang Epidmiology dan Public Health Nutrition sebagai ketua. Bila dah team asing yang buat, under NHANES dan Uni. Berkeley pulak tu, maksudnya apapun RESULT, Shaklee kena terima dan akan diserbarkan. Make it PUBLIC !

Kalau produk korang ada berani buat Landmark Study?
"I guarantee any other company would NOT have done this study, because they would be concerned about the possible outcome. We believed in our products and gave UC-Berkeley full control. You should be extremely proud of the results and because it will be 'peer reviewed' nobody can argue with you regarding the merits of the data.” - kata Senior VP of Marketing Shaklee.
Bila dah siap tu, SHAKLEE yang terlebih BERANI, telus dan memang nak SAFE, GREEN and always WORKs ni minta pula 3rd party scienticts untuk sahkan hasil survey tu, manalah tau salah ka, ada orang akan argue ka.

Projek ni lah kami kenali sebagai Shaklee 's LANDMARK STUDY dan keputusannya adalah…

  1. Individu yang mengamalkan produk Shaklee ternyata lebih sihat berbanding mereka yang tidak mengambil makanan tambahan atau multivitamin jenama lain.
  2. Pengamal Shaklee berjaya mengekalkan tahap normal bagi
  • tekanan darah 
  • homosisteina 
  • kolestrol HDL 
  • Protein c-reaktif 
  • trigliserida
Landmark Study Shaklee
Keputusan Landmark Study Shaklee

Shaklee's Landmak Study :
Shaklee terbuki lebih baik dari jenama lain

Shaklee's Landmak Study : Shaklee terbukti menurunkan kolestrol, triglyserida, c reactive protein dan homocysteine.

Shaklee's Landmak Study : Keputusan dan Perbandingan Pengguna Shaklee dengan Pengguna Jenama Lain dan Yang tidak mengambil supplemen.

3. Ini pula result berdasarkan penyakit

Shaklee's Landmak Study : Yang Berpenyakit pun RENDAH berbanding yang ambil jenama lain.

Shaklee's Landmak Study : Pengamal Shaklee yang diserang penyakit strok, diabetis, sakit jantung dan lain2 jauh lebih rendah berbanding yang tak ambil Shaklee dan tak ambil suppplemen langsung

 
Shaklee's Landmak Study : Mengamalkan Shaklee membantu turunkan risiko penyakit merbahaya seperti strok, kencing manis dan serangan jantung.

Pastikan produk korang berani dan confirm berkesan dan tidak memudaratkan kesihatan OK! Bertukarlah pada SHAKLEE yang serius dalam memelihara kesihatan dan bumi.
Share:

Saturday, October 29, 2016

Tak Nak Kena Histeria Sila Makan Soya

*Sumber: The Star 19/04/16 p29

Ceritanya lebih kurang berlaku tahun 70-an. Masa tu penulis ni kerja kilang elektronik di Melaka. Kilang dia selalu kena histeria. Yang peliknya, walaupun pekerja yang ada tu berbilang bangsa, tapi yang kena tu mesti perempuan melayu. Macam biasa lah kan, bila kena histeria ni, orang akan mula panggil bomoh. Tapi, selain dari bomoh, pengurusan kilang tu pun panggil gak professors untuk kaji situasi ni. Nama professor tu Prof Datuk Ir Dr. Abu Bakar Jaafar.

Lepas prof ni buat kajian, dia jumpa satu persamaan antara mereka2 yang diserang histeria ni. Nak tau apa? Kesemua mereka ambil protein yang sikit dalam makanan mereka. Rasa macam kelakar, tapi memang protein intake dalam makanan harian perempuan melayu kurang berbanding bangsa2 lain.

Jadi, dia pun cadang ke pihak pengurusan untuk tambah protein dalam jualan kat kantin kilang. Lepas je tu, dah tak ada dah isu histeria ni.


Korang rasa macam mana?
Ramai orang kita makan setakat kenyang, tapi tak sedar kurang nutrisi, protein, vitamin dalam badan. Kes-kes histeria ni pun banyak berlaku kat asrama-asrama sekolah. Saya ingat lagi, time saya sekolah, lagi nak dekat exam, lagi kuat lah cerita-cerita hantu dan isu histeria.

Betul salah makhluk halus atau kurang nutrisi dalam badan disamping depresi yang menjadi punca?

Kaitan Protein Dan Emosi 

Makan Protein Buat Anda Lebih Kuat Semangat dan Jiwa Tenang. Mungkin ramai yang tak menduga malah tak percaya kalau saya katakan kekurangan asid amino boleh menyebabkan HILANG SEMANGAT & GELISAH.

Kekurangan TIROSIN dan TRIPTOFAN memberi kesan kepada penghasilan neurotransmitter yang mencetus ketenangan, fokus, kepekaan serta minat.

TRIPTOFAN adalah asid amino perlu yang tidak boleh dihasilkan oleh badan & perlu didapati daripada sumber makanan.

TIROSIN pula dihasilkan oleh badan tetapi memerlukan salah satu asid amino perlu iaitu FENILALANIN yang juga perlu didapati daripada makanan.

Tak hairanlah orang yang sentiasa penat akan lebih cergas selepas minum ESP Shaklee. Makanan yg mempunyai nutrisi yg lengkap bukan jer buat kira kenyang semata2 tapi yg penting juga memberikan kita nilai kesihatan yg berkualiti dan sempurna.

Dapatkan bekalan asid amino terbaik & jangan biarkan hidup anda terus GELISAH

Untuk mendapatkan ESP, anda boleh klik link di bawah dan terus order!!
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau 
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-  
Facebook: https://www.facebook.com/pages/Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/      
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852


Share:

Thursday, October 27, 2016

Buta Gara-Gara Diabetes





Apabila penyakit diabetes semakin teruk, ia boleh menyebabkan mata seseorang itu menjadi BUTA

Diabetes Retinopati meninggalkan kesan ke atas saluran darah dalam retina. Tahap yang paling teruk boleh menyebabkan pendarahan bahagian belakang mata dan penglihatan yang kabur.

Jika keadaan ini tidak diubati, parut juga akan terhasil di dalam mata menyebabkan urat saraf lekang dari lapisan dalam mata dan glaucoma.

Testimoni kali ini berkaitan seorang wanita yang hampir buta kerana diabetes. Saluran darah di bahagian mata pecah dan telah pun melakukan pembedahan.

Syukur anaknya berikan vivix. Doktor juga sahkan saraf mata ibunya tumbuh dengan baik dan penglihatannya semakin cerah selepas minum Vivix Shaklee. Baru minum Vivix selama 4 hari, pesakit ini semakin sihat, syukur kepadanya.

Berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. Selamat Membeli belah bersama Shaklee! 

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6 
Atau  
Hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:-
Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
SMS/whatapps: 013-4505852

Share:

Tuesday, October 25, 2016

Cara Mudah Lelaki Nak Jadi SUBUR

Untuk membolehkan Sperma sampai ke ovum Sperma memerlukan 3 perkara nih:

1. SPERMATOGENESIS 

Peringkat ni  peringkat paling penting, iaitu penghasilan sperma tuh sendiri. Penghasilan sperma nih, memerlukan pengambilan vitamin.

Vitamin yang diperlukan:

  • ZINK - zink ni antara paling penting untuk kesuburan lelaki. Sebabnya zink ni pastikan spermatogenesis nih berlaku dengan cantik, sebabnya ianya berlaku bila sel dipecahkan. Ambil zink ni pastikan pembentukan sperma tuh normal, membrane dia, ekor dia, dan kematangan dia .
  • ASID FOLIK (B9) - yang ni pulak satu benda yang baru dijumpa jugak sebenarnya. Kajian menunjukkan, kalau ambil asid folik ni boleh meningkatkan jumlah peratusan penghasilan sperma yang normal. Jumlah sperma pun meningkat, dan yang penting dalam banyak-banyak tuh, yang normal lagi banyak.
  • VITAMIN D - vitamin ni pulak bagus untuk pembentukan nukleus sel sperma tuh, hahhaa, barulah dia sihat. sebab tuh orang yang aktif senang melekat dan subur.

2. PERLINDUNGAN

Walapun sperma tuh sihat, memang dia terdedah kepada radikal bebas, stress, dan macam macam lagi. Jadi nak taknak dia perlukan jugak vitamin untuk melindungi dirinya, antara yang terbaik ialah

Vitamin yang diperlukan:

  • VITAMIN E - yang ni memang terbaik untuk pergerakan sperma tuh, dan paling penting melindungi sperma dari serangan radikal bebas
  • SELENIUM - selenium pun penting untuk pembentukan sperma, struktur dia, pergerakan dia, dan jugak memberikan perlindungan dari bahan oksidan yang boleh merosakan sperma tersebut.

3. PENEMBUSAN SEL TELUR WANITA

Bila dah ada perlindungan dan sihat, sekarang masanya sperma perlu bergerak untuk menembusi sel telur wanita. Jadi dia perlukan beberapa vitamin yang power .

Vitamin yang diperlukan:

  • VITAMIN C - yang ni bukan sahaja membantu pergerakan, tapi dia bantu supaya sperma tuh tak melekat sesama mereka. Bila melekat tuh yang susah nak bergerak.
  • KALSIUM - kalsium pulak antara yang terpenting dalam pergerakan sperma tuh. Kalsium ni penting untuk tenaga sperma tuh bergerak.
  • COENZYME Q10 - yang ni ada orang kata booster kepada sperma tersebut. Sel mitochondria sperma dapatkan tenaga dengan adanya vitamin CoQ10 nih, barulah sperma gerak lebih power.
  • OMEGA-3 - kepentingan asid lemak nih memang antara yang terpenting kalau nak sperma tembus sel telur wanita. Rupanya kepala sperma ni ada DHA. DHA ni yang membentuk acrosome, satu lapisan yang ada kat kepala sperma nih. Acrosome ni yang lepaskan enzyme ni dan menyebabkan sperma boleh tembus sel telur wanita. DHA ni boleh menukarkan kepala sperma yang bulat kepada bentuk kon yang lebih power untuk kerja penembusan sel telur.

KESIMPULAN

Jadi nak tak nak, makanlah banyak benda berkhasiat kalau nak dapat anak. Bukan sahaja wanita, tapi sebenarnya LELAKI pun sama. Nak makan vitamin apa ? tentu sekali yang selamat, dan terbukti melalui kajian #landmarkstudyterbaik . 

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/ 
Share:

Sunday, October 23, 2016

Homemade Jamu Kunyit Yang Mudah Disediakan



Pernah tak dengar pasal air kunyit campur asam jawa dan madu atau gula merah?Air kunyit dipercayai sangat bagus dan berkhasiat untuk kecantikan dalaman dan luaran wanita berkesan juga untuk buangkan lemak dan kuruskan badan. Ianya boleh dibaratkan seperti jamu. Kunyit yang biasa kita tahu selalunya digunakan bagi melazatkan makanan tetapi khasiat kunyit lebih lagi dari pelazat makanan.

Apa tu Kunyit?

Kunyit adalah termasuk dalam tanaman rempah-rempah, yang masih satu keluarga dekat dengan rhizomatous. Keduanya dimanfaatkan untuk pelbagai keperluan, termasuk perubatan secara semulajadi.

Kunyit memiliki rasa yang sedikit pahit dan pedas, serta bau yang tajam, kerana adanya zat yang disebut curcumin. Kehadiram kurkumin ini adalah yang menyebabkan warna kuning pada kunyit.

Khasiat Kunyit Untuk Kecantikan Luaran

  • merawat dan mencerahkan kulit dan nampak lebih berseri.
  • menjadikan kulit lebih bersinar dan licin dari dalam kulit. 
  • Menghaluskan kulit wajah. 
  • Kunyit membantu meringankan segala macam masalah kulit dan membuat kulit menjadi halus mulus.
  • Menghilangkan kerutan dan garis halus di wajah. Masalah ini selalu menjadi perhatian wanita terutamanya kerutan diwajah.
  • Mengatasi masalah jeragat dan bintik hitam. Kunyit juga dikatakan mampu membantu menghilangkan jeragat dan bintik hitam.
  • Menghilangkan jerawat. Manfaat kunyit juga mampu menghilangkan jerawat dengan membasmi kuman jerawat supaya jerawat dapat diatasi tanpa meninggalkan kesan.

Khasiat kunyit untuk kecantikan dalaman wanita.

  • mencuci darah dan kekotoran dalaman, 
  • kecutkan rahim (bagus untuk kurangkan buncit), 
  • kecutkan buasir, 
  • kecutkan fibroid, 
  • kecutkan semua jenis ketumbuhan dalaman, 
  • menyuburkan peranakan, 
  • memulihkan luka2 dalaman, 
  • naikkan seri muka, 
  • buang angin, 
  • elakkan tombong atau rahim keluar atau rahim jatuh
Secara saintifiknya, ibu kunyit ni adalah sejenis anti-septic yang boleh mencuci darah dan membersihkan luka.

Jom Kita buat Jamu Kunyit Sendiri!!!

Bahan-Bahanya :

  • 5 Gelas air masak 
  • 4 Ketul ibu kunyit sederhanan besar 
  • Air Asam Jawa 
  • Gula Merah

Caranya:

1. Blender ibu kunyit dengan air
2. Tapis airnya
3. Campurkan sedikit air Asam jawa dan gula merah (gaul sebati sambil panaskan di kuali)
3. Diminum sekali sehari selama 3 hari berturut2 selepas darah nifas bg org bersalin. 


Untuk dijadikan amalan elok diminum skali sehari setiap pagi atau malam. Kalau suka masam tambah la lagi air asam jawa. Kalau suka manis tambah la lagi madu atau gula merah.
Ok, selamat mencuba. 
 
Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/

Share:

Friday, October 21, 2016

Tidur Bogel Dapat Elak Kanser Dan Kemandulan



Menanggalkan pakaian dalam 'bukan bermaksud perlu tidur bogel, tidak, ia satu tindakan sangat bahaya, jika kena gigit lipan atau nyamuk di tempat sensitif tu pasti anda bangun pagi dibuai mimpi ngeri 2-3 hari. 'Menanggalkan pakaian dalam' bermaksud tak perlu pakai seluar dalam, baju dalam dan apa-apa lagi yang sewaktu dengannya. Jadi anda boleh pakai pakaian tidur atau pakai kain pelikat / kain batik, tanpa pakaian dalam.

Kebaikan Tidur Tanpa Pemakaian Pakaian Dalam

  1. Ketika tidur tubuh mengalami pembaikan dan detoksifikasi (pengeluaran racun dari tubuh). Tidur juga memberi peluang bagi sistem kekebalan tubuh untuk menghasilkan hormon-hormon imunitinya.Jika tidur dengan memakai pakaian dalam, proses pembaikan dan pengeluaran racun dari tubuh akan tersekat. Jadi andalah yang rugi.
  2. Oleh kerana itu, sebaiknya ketika tidur anda disyorkan untuk menggunakan pakaian yang longgar atau tanggalkan pakaian dalam ketika tidur, supaya dapat mempercepat dan melancarkan proses pembaikan dan pengeluaran racun.
  3. Selain itu, tidur tanpa memakai pakaian dalam akan melancarkan sistem pusingan udara dalam tubuh. Sebaliknya tidur dengan memakai pakaian dalam boleh membatasi aliran udara di kulit dan mengganggu pengeluaran peluh, terutama di bahagian intim baik pada wanita maupun lelaki

Bra Dan Kanser Payudara Dikalangan Wanita

Bagi wanita, sebaiknya tidak menggunakan bra semasa tidur. Penyelidik Sydney Singer dan isterinya Soma Grismaijer pada tahun 1991 pernah menulis dalam bukunya 'Dressed To Kill: The Link Between Breast Cancer and Bras', menasihatkan wanita yang ingin mengelakkan kanser payudara harus memakai bra dalam masa sesingkat mungkin dan sebaiknya kurang dari 12 jam sehari. Dan ketika tidur yang biasanya antara 6-8 jam, sila elakkan dari memakai bra, ia sangat bahaya untuk wanita kerana ia boleh menyebabkan kanser payudara.
"Waktu yang paling sesuai untuk merehatkan payudara adalah tanpa memakai bra ketika tidur. Jangan tidur dengan bra, "kata Sydney Singer, seperti yang tersebar dalam chetday
Menurut Sydney Singer, memakai bra terlalu lama boleh meningkatkan suhu rangkaian wanita yang memakai bra memiliki kadar hormon prolaktin (hormon yang berfungsi merangsang kelenjar air susu) yang lebih tinggi. Kedua hal ini boleh mempengaruhi pembentukan kanser payudara.

Selain itu, terlalu kerap menggunakan bra atau menggunakan bra terlalu ketat juga membahayakan kesihatan kerana boleh menyekat aliran darah ke payudara.

Kemandulan Di Kalangan Lelaki

Sedangkan bagi lelaki, mengikut Grismaijer, sebaiknya gunakan seluar dalam yang longgar atau tidak pakai seluar dalam langsung ketika tidur. Ini untuk memberi kesempatan bagi testis (buah zakar) menurunkan suhunya dan menjaga kualiti sperma agar tetap baik.menurut kajian itu, alat reproduksi lelaki berada di luar tubuh dan dengan itu ia sangat dipengaruhi oleh keadaan di sekitar dan pakaian yang digunakan seseorang.

Jika lelaki menggunakan seluar ketat atau seluar dalam terlalu lama akan menyebabkan suhu di sekitar alat reproduksinya meningkat dan tentunya akan mempengaruhi pengeluaran sperma yang boleh menyebabkan lelaki itu mandul.

Testis tidak boleh berfungsi dengan baik kecuali suhunya lebih sejuk dari bahagian tubuh lain. Jika suhu testis dinaikkan hingga 98 darjah F (36.67 darjah C), akan menyebabkan sperma terhenti pengeluarannya! Apa guna menjadi lelaki hebat tanpa sperma, tanpa zuriat untuk diwariskan?


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-

SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/
Share:

Thursday, October 20, 2016

Cara Memilih, Mengukur Saiz Dan Memakai Bra Yang Betul


Bra atau coli adalah pakaian dalam untuk melindungi dan meningkatkan kesihatan payudara wanita. Ramai wanita yang berasa lebih yakin bila memakai bra yang selesa dan seksi. Biarpun ia sekadar pakaian dalam, namun memilih bra yang berkualiti dengan saiz yang sesuai penting dan tidak boleh dianggap remeh.

Cara Memilih Bra Yang Betul 

Membeli bra atau coli bukan semudah yang disangka. Ia bergantung pada bentuk badan dan saiz payudara. Kadangkala saiz bra yang sama belum tentu menjamin keselesaan bila seseorang memakainya.

Memandangkan bra bukan sekadar baju dalam, sebaliknya ia juga membantu membaiki postur, membentuk badan dan membuat anda berasa yakin maka anda terlebih dahulu perlulah memilih saiz ukur lilit dan ‘cup’ yang sesuai dan berasa selesa apabila dipakai.

1.Untuk Payudara Bersaiz Kecil

Pilih bra jenis ‘push up’ kerana ia dapat membantu membuatkan payudara kelihatan lebih padat
Pilih bra yang jenis half cup dan bukannya full cup.

2.Untuk Payudara Pendulous (kebawah)

Pilih bra yang berdawai yang dapat menampung payudara dari bahagian bawah.
Selain itu pilih bra yang jenis ‘full cup’, bertali lebar dan mempunyai sokongan tambahan.

3.Untuk Payudara Yang Berposisi Jauh

Pilih bra yang memberi sokongan sisi yang dapat merapatkan posisi payudara.

4.Untuk Payudara Yang Berposisi Rapat

Pilih bra atau coli yang berdawai pada bahagian tengah untuk membantu menjarakkan kedudukan payudara.

Cara Mengukur Saiz Bra yang Betul

Pemakaian pakaian dalam yang bertepatan sangat penting. Antara kesan negatif pemakaian bra yang tidak betul adalah :  
  1. Bebanan pada tulang belakang. Postur tulang belakang boleh terjejas dan menyebabkan kesan-kesan lain seperti sesemut di tangan, sakit kepala dan seperti badan masuk angin. Ini berlaku akibat kelengkungan tulang belakang yang tidak normal. Kesan ini boleh terjadi kepada semua dan lebih parah untuk wanita yang memiliki payudara bersaiz besar 

  2. Kesan melecet, merah-merah & gatal pada payudara  

  3. Gangguan pernafasan akibat terutama mereka yang memilih payudara ber wire  

  4. Mengganggu supply oksigen kepada bahagian payudara jika bra terlalu ketat. Gangguan pengaliran darah yang membawa oksigen dan mengangkut keluar toksik amat berbahaya untuk jangka masa panjang  

  5. Menjejaskan bentuk payudara terutamanya dari segi jangka masa panjang akibat support yang tidak betul oleh bra
Jadi, amatlah penting untuk para wanita mengetahui saiz & ukuran yang betul untuk memilih bra yang sesuai. 

Berikut adalah tips mengukur saiz bra yang betul:


 

Dua perkara yang terlibat dalam mengukur saiz bra ialah : 
  • Ukur lilit lingkaran badan &
  • saiz cup
UKUR LINGKARAN BADAN
Ambil ukur lilit badan dalam unit inci, bawah payudara iaitu di bahagian tulang rusuk bawah payudara (Nombor 1 pada gambar diatas). Jika hasil ukuran :
>> Bernombor genap, tambahkan 4 inci
>> Bernombor ganjil, tambahkan 5 inci. 

Contoh 1 :
Ukuran lilitan badan ialah 28, jadi ukuran bra ialah 32. (28+4=32). << Tambah 4 sebab 28 nombor genap
Contoh 2 :
Ukuran lilitan badan ialah 29, maka ukuran bra ialah 34. (29+5=34). << Tambah 5 sebab 29 nombor genap 

UKURAN CAWAN (CUP)
Ukur lilit badan pada bahagian paling depan payudara iaitu bahagian puting paling menonjol (nombor 2 pada gambar). Kira perbezaan dengan angka ukuran lilit badan yang telah dibuat awal tadi. Pilih cup berdasarkan perbezaan ukuran dibawah : 

Perbezaan 1 inci = Cup Size A
Perbezaan 2 inci = Cup Size B
Perbezaan 3 inci = Cup Size C
Perbezaan 4 inci = Cup Size D 

Contoh:
Ukuran lilitan badan tadi = 28
Ukuran lilitan payudara = 31
Jadi perbezaannya ialah 3 inci (31-28) >> Cup C

Contoh akhir :
Ukuran lilitan badan (no 1 pada gambar) >> 28
Ukuran lilitan payudara (no 2 pada gambar) >> 32 

Saiz bra ialah :
Lilitan >> 28 + 4 = 32 (tambah 4 sebab 28 angka genap)
Saiz cup >> Ukur lilit payudara - ukur lilit badan = 32-28 = 4 >> Cup D

Cara Memakai Bra Dengan Betul

  1. Condongkan badan ke hadapan dan masukkan tangan melalui tali bahu. 
  2. Masukkan payudara ke dalam ‘cup’ bra dan selepas itu pasangkan cangkuk. 
  3. Pastikan payudara masuk sepenuhnya ke dalam ‘cup’. Perbetulkan kedudukan tali bahu supaya selesa. 
  4. Selepas itu luruskan badan dan angkat kedua-dua belah tangan. Bra yang bersaiz betul tidak akan terangkat naik.

Cara Yang Betul Menjaga Bra Atau Pakaian Dalam

  • Bila hendak mencuci pakaian dalam, jangan rendam terlalu lama untuk mengelakkan bra cepat rosak atau longgar. Rendamkan sekejap sahaja, kira-kira 10 minit menggunakan air sejuk. 
  • Seeloknya elakkan mencuci bra atau pakaian dalam lain menggunakan mesin basuh. Cuci pakaian dalam menggunakan tangan supaya ia tidak mudah rosak. 
  • Pilih sabun pencuci yang sesuai. Selain merosakkan bra, sabun pencuci yang tidak sesuai juga boleh menyebabkan kita mendapat alergi atau kegatalan. 
  • Untuk mengelak bra dari cepat pudar, elak menjemurkan baju dalam di bawah cahaya matahari yang terik. 
  • Jangan melipat bra kerana ‘cup’ akan cepat rosak.
Selain itu pastikan anda beli baju dalam yang berkualiti supaya dapat tahan lama. Pilih bra jenis kapas untuk membantu penyerapan peluh.

Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee atau ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan produk Shaklee Anda boleh hubungi saya. Dengan setiap pembelian produk Shaklee anda layak mendapat konsultasi secara percuma:-
 
SMS/whatapps: 013-4505852 (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com
Facebook: Natural-Beauty-With-Natural-Supplement/  
 
Share:

Awas!!! Minor Strok Petanda Kepada Strok Yang Lebih Merbahaya

Apa itu Minor Stroke?

Minor stroke atau pun dikenali sebagai “pre-stroke“, merupakan penyakit strok permulaan. Dalam bahasa perubatannya dinamakan serangan iskemik transien atau transient ischaemic attack (TIA). Penyebab penyakit ini sama dengan stroke, yaitu terhalangnya aliran darah ke otak. Ia merupakan tanda peringatan bagi stroke yang mungkin membawa maut

Walaupun ianya sementara dan pesakit akan sembuh semula, ia tidak bermakna pesakit bebas dari ancaman stroke sampai bila-bila. Ianya ibarat bom dalam otak kita yang boleh meletup pada bila-bila masa.

Gejala Minor Stroke

  • Susah hendak memulakan percakapan, susah untuk menyusun ayat dalam percakapan atau percakapannya tidak jelas
  • Masalah lemah anggota atau tidak boleh menggerakkan tubuh, Biasanya, pesakit tidak mampu menggerakkan tangan, kaki, mukannya atau sebelah badannya.
  • Masalah penglihatan. Secara tiba-tiba penglihatannya tidak jelas atau terus tidak dapat melihat apa-apa di hadapannya. Namun ada pesakit yang hanya mengalami pandangan berkabur saja.
  • Kelemahan otot wajah sehingga wajah turun ke salah satu sisi, tidak bisa senyum, mata, atau mulut turun ke bawah. 
Jika salah satu gejala yang telah disebutkan, maka segeralah menghubungi doktor. Bagi mereka yang pernah terkena stroke ringan pada sembilan tahun pertama adalah memiliki risiko harapan hidup lebih rendah dibandingkan mereka yang tidak pernah mengalaminya.

Minor Stroke Ummie Pulih Setelah 15 Tahun. 

Dulu bila orang citer pasal Vivix, saya takda perasaan apa2....kosong...kosong...kosong. Ramai dok kata vivix ni best sangat...tapi mak x fell pun...hahahah.

TAPI, bila saya saje je belikan untuk UMMIE saya ( dia ada masalah jantung dan darah tinggi) saya nampak perubahan positif dalam diri dia.

N yang paling best, mak saya ada masalah saraf dimuka dia, urat mata n pipi dia ( dulu pernah kena imbasan angin ahmar) so start dari tu mata dia akan terkejet2 dan berkedip2 tanpa henti..puas dah berubat dari rawatan kampung hingga doktor pakar sampai ke Singapore pun takda perubahan...makam masa lebih 15 tahun.

Tetapi...setelah mengamalkan VIVIX dengan KONSISTEN...penyakit dia pulih 100%...wow amazing n alhamdulilah dengan izin Allah baru2 ni masa mengerjakan umrah....dia mampu melakukannya semua dengan sempurna...tanpa bantuan kerusi roda.

Apalah sangat harga sebotol Vivix berbanding pengorbanan orang tua pada kita...i`m heppy for her...so uols bila lagi???

 Lagi Testimoni Minor Strok

 

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order. 
Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma, Postage Percuma, Penjimatan dengan harga Ahli serta Duit Cash sebanyak Rm36.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

Wednesday, October 19, 2016

Cara Mudah Untuk Suami Isteri Subur


Vivix Shaklee bukan sahaja membantu atasi masalah penyakit kronik tetapi juga membantu dalam masalah kesuburan. Selain pengambilan Set kesuburan Shaklee, dengan pengambilan Vivix juga dapat mencerahkan lagi peluang anda untuk hamil kerana Vivix merupakan supplement untuk kesihatan menyeluruh.

Gangguan pada sistem reproduktif wanita dan penurunan kualiti dan kuantiti sperma dikatakan menjadi punca masalah kesuburan.Pasangan yang dikatakan mengalami masalah kesuburan ialah pasangan yang telah berkahwin lebih 2 tahun tetapi masih belum mendapat zuriat sedangkan mereka tidak menggunakan sebarang alat pencegah hamil.

Masalah kesuburan bagi wanita adalah seperti:
  • Masalah sistem reproduktif (fibroid, cyst, kanser rahim dsb) 
  • Masalah kitaran haid yang tidak teratur 
  • Masalah telur tidak matang 
  • Obesiti 
  • Lanjut usia
Masalah kesuburan bagi lelaki adalah seperti:
  • Pra-testikular iaitu hormon terganggu mengakibatkan testis tidak teransang dan bermasalah menghasilkan sperma. 
  • Testikular iaitu sperma yang sihat tidak dapat dihasilkan berpunca dari sel yang rosak.
  • Post testikular iaitu gagal berejakulasi walaupun berupaya menghasilkan sperma yang normal.
Peluang untuk hamil lebih tinggi dengan mengamalkan vivix shaklee. Vivix membantu suami isteri dalam usaha mendapatkan cahaya mata di mana peranan Vivix adalah bertindak dari Sel DNA seseorang.

Bagaimana Vivix memperbaiki masalah KESUBURAN ?




Vivix shaklee mempunyai kandungan Resveratrol yang sangat tinggi. Resveratrol ini bertindak sebagai anti-oksidan yang kuat berbanding anti-oksidan yang lain. Ini bermaksud, tinggi anti-oksidan maka semakin berkuranglah "Oxidative Damage". Dengan kata yang mudah, lebih banyak oxidative damage lebih banyak sel menjadi rosak, begitulah sebaliknya.

Fungsi Resveratrol itu tadi juga adalah melindungi telur yang belum atau hampir atau sudah matang daripada oxidate damage. Apabila telur yang 'dilindungi' ini selamat daripada menjadi rosak, ianya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk SURVIVE, MEMBESAR dan DISENYAWAKAN. Vivix Shaklee mempunyai salah satu mekanisma untuk memperbaiki sel-sel yang rosak atau abnormal.

Kesimpulannya, Vivix juga membantu meningkatkan kesihatan lelaki dan wanita dengan meningkatkan lagi kualiti benih telur, memanjangkan jangka hayat telur dan sekaligus meningkatkan peluang untuk disenyawakan.

Lagi perkongsian yg menggumbirakan hati... alhamdulillah positif hamil.

Customer ni dah jadi duta kehamilan dgn vivix plak, sampai cadangkan sape2 yg belum rezeki anak elok amalkan vivix.

Salah satu cara ikthiar utk stabilkan hormon, kuatkan rahim.

Bg yg dah lama mencuba takda hasil lagi, apa kata ambil ambil vivix. Insyallah mungkin rezeki anak anda dgn asbab vivix...macam puan ni.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

Monday, October 17, 2016

Penyebab Luka Pesakit Diabetes Lambat Sembuh



Diabetes merupakan satu sindrom atau penyakit akibat dari kekurangan atau hilangnya keberkesanan hormon insulin. Insulin membolehkan glukosa memasuki sel-sel dalam badan. Sel-sel ini kemudiannya menggunakan glukosa sebagai sumber tenaga. Tanpa insulin, paras glukosa darah akan meningkat. Kita selalu panggil sebagai penyakit kencing manis.

Kita selalu dengar pesakit diabetis luka lambat sembuh dan penjagaan yang tidak rapi membuatkan luka berbau bukan ? Mengapa pesakit lambat sembuh jika luka ?

Mengapa luka pesakit diabetes sukar sembuh?

Proses penyembuhan secara semulajadi dalam keadaan normal
Diabetes itu adalah dikaitkan dengan gula dalam darah yang tinggi dan gula itu bersifat diuresis atau menarik air. Kandungan utama plasma darah adalah air, jika terdapat gula di dalam darah, plasma akan diserap oleh gula. Darah pula akan mengental.

Jika terjadi luka, faktor pembekuan darah (trombosit,fibrinogen) akan berperanan dan ia sebahagian komponen dalam darah. Namun kerana aliran darah tersumbat (darah mengental) pada penderita diabetes, faktor pembekuan darah menjadi sukar untuk menutupi luka. Inilah yang mengakibatkan luka menjadi lambat sembuh. 



Perbezaan luka yang lambat sembuh dan luka yang sembuh secara normal
Antara sebab lain pula, apabila bacaan gula dalam darah terlalu tinggi, arteri akan menjadi keras dan menyebabkan salur darah menyempit. Salur darah yang sempit akan menghalang zat dan nutrisi yang penting ini untuk sampai ke bahagian yang berlakunya luka, maka proses penyembuhan akan menjadi lambat .

Sel darah putih pun jadi tak banyak di kawasan luka. Sel darah putih ni fungsinya bertindak untuk melawan jangkitan kuman. Bila sel darah putih tak efektif, susahlah luka nak sembuh.

Selain itu, gula di dalam darah juga menjadi penggalak bagi pertumbuhan bakteria. Jadi selain sukar sembuh, penderita diabetes juga kerap kali mengalami infeksi yang mengarah ke gangren. Jika gangren parah, kaki pesakit terpaksa pula dipotong. 

Penderita diabetes juga mudah mengalami kerosakan saraf terutama pada saraf kaki. Inilah yang menyebabkan penderita diabetes seringkali merasa kebas-kebas atau semut-semut pada kakinya.

Vivix - Alternatif untuk pesakit diabetes

Kajian saintifik mendapati pengambilan RESVERATROL(terdapat dalam Vivix) mampu membantu meningkatkan tenaga, mengurangkan kandungan gula dalam darah, anti-keradangan, bahan anti-kanser selain mampu mengawal berat badan.


Apa itu Vivix?

Vivix® Botanical Beverage Mix melambangkan penemuan revolusioner dalam bidang khasiat pemakanan polifenol.

Vivix® mengandungi ramuan botani Shaklee yang tersendiri iaitu Polygonum Cuspidatum, anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fitokimia berasaskan tumbuh-tumbuhan dengan kebaikan antioksidan dan berkesan melambatkan penuaaan sel. Serba asli. Bakal dipatenkan. Kandungan utama telah diuji secara klinikal. Eksklusif untuk Shaklee.

Kebaikan Vivix kepada pesakit kencing manis

  • Menurunkan kepekatan gula di dalam darah. Pengambilan karbohidrat yang tinggi juga boleh meningkatkan kandungan gula. Polifenol yang terdapat dalam anggur muscadine berfungsi melambatkan penyerapan karbohidrat dalam darah dan seterusnya menghalang kepekatan gula dalam darah semakin meningkat.
  • Mencegah ‘insulin resistence’. Kegagalan sel badan memberi respon terhadap insulin merupakan punca utama diabetes. Di sini, resveraterol memainkan peranan dalam meningkatkan sensitiviti badan kepada insulin. Semakin tulen resveraterol, semakit tinggi sensitiviti. Bagusnya, vivix mencapai 98% tahap ketulenan resveraterol dan ia 10x ganda lebih baik dari resveraterol di dalam minuman yang lain.
  • Membantu mengurangkan kompilasi diabetes yang lain seperti mata kabur dan kebas saraf. 
  • Vivix juga membantu menghasilkan semula tisu yang sihat dan memperbaiki sistem saraf yang rosak yang mengganggu pengaliran darah untuk merawat luka. Sebab tu Vivix ni sangat membantu untuk merawat luka especially bagi mereka yang menghidap pesakit diabetes ni. 

Testimoni Vivix Menyembuhkan Luka dengan Cepat dan Turunkan Paras Gula

" Sue, sal amik vivix tu, nampak sangat positif nya, luka kat kaki dah makin sembuh, sebelah kiri dah betul2 sembuh, sebelah kanan yang operate buang kuku tu, ada sikit lagi untuk sembuh, tu pun luka lama. Luka jahitan dah cantik sangat, dah elok Doktor cakap.

Kalau before consume vivix dulu,luka kat kedua2 ibu jari tak mahu sembuh, isi baru yg tumbuh pun jadi macam mati,putih, then kena kikis dengan MA untuk bagi tumbuh isi baru. Tapi sejak consume vivix, terus tumbuh isi yang cantik,merah n makin tutup luka tu"
 
" Ha...satu lagi, paras gula pun dah ok" Latest check up, Doktor puji sebab luka dah makin baik, Tinggal skit ja lagi nak betul-betul baik.
Vivix bukan ubat kencing manis. Tetapi Vivix merupakan sejenis supplemen yang dapat membantu mengawal dan menstabilkan kandungan gula dalam darah. So, jangan buang masa lagi. Dapatkan Vivix untuk yang tersayang.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan Vivix, anda boleh klik link di bawah dan terus order.

Selamat Membeli belah bersama Shaklee!

https://www.shaklee2u.com.my/widget/widget_agreement.php?session_id=&enc_widget_id=5cba6e74e996a4b1d7534b6bdc8ee5f6
Atau
 
Dengan Pembelian 2botol vivix Anda layak mendapat keahlian secara percuma dan penjimatan dengan harga Ahli.

Untuk keterangan lebih lanjut sila hubungi saya untuk mendapatkan konsultasi secara percuma:
SMS/whatapps: 013-4505852   (Soffiah)
Shaklee ID: 1027990
Emel/ YM: soffiah_ms@yahoo.com

Facebook: Natural Beauty With Natural Supplement/ 
Share:

Perkongsian Wanita ini Atasi Masalah Batu Karang Hempedu Ketika Hamil

  Sedar tak sedar Migrain,Gerd, Batu karang hilang asbab amalkan 3 ketul ni masyaAllah tadi husband baru tegur “ eh gerd ayang hilang dah e...

Jom Tambah Pendapatan Dengan Shaklee

VIVIX The Best Antiaging

Search This Blog

Powered by Blogger.

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Free Auto Malaysia Backlinks
My Ping in TotalPing.com

Labels

Blog Archive